Showing posts with label Travel-Thailand-Krabi. Show all posts
Showing posts with label Travel-Thailand-Krabi. Show all posts

Sunday, December 1, 2013

Safe Country in Asia Pacific For Solo Traveller Women


Top 10 Country in Asia Pasific for Woman Solo Traveler

okey,mari kita lihat negara mana yang sesuai untuk kaum yang lemah tapi semangat juang yang tinggi ni boleh travel seorang diri..

tarik nafas panjang panjang....


10.Kazakhstan
Tak pernah pulak aku jangka Kazakhstan termasuk dalam list untuk para traveler. Yang aku tau, mase kat UTM dulu selalu je jumpe orang-orang die. Cantik dan hensem orangnye...Walaupun muslim, agama diorang tak macam kita. Di negara diorang, solat hanya untuk golongan tua yang dah insaf je. Orang muda ni enjoy..tunggang arak, party tu bende normal. 
Mula-mula aku ingat Kazakstan ni kecik. Tapi bile gugel,besar okeyyy..camane negara besar ni boleh rendah jenayah die?
Keluasan die lebih kurang 8 kali ganda Malaysia.


 9. Vietnam
Vietnam termasuk skali?Kat sane selamat untuk kaum hawa ke? Tapi memang so far aku dok perhati, ramai je solo traveler woman yang buat trip overland (Cambodia-Vietnam-China) dengan takde masalah besar. hmm....



8. Mongolia
Ouchh... Negara Atlantuya ni..camne die boleh skali?*sambil tumbuk bantal
Mongolia  ni salah satu negara yang akan dilalui oleh para traveler Trans-Siberian @ Tran-Mongolian. Sebenarnye aku pun teringin jugak nak buat TransSiberian since aku dengar banyak culture yang kite boleh tengok.
 Trans-Siberian:  Laluan keretapi hanya melibatkan China dan Russia sahaja
Trans-Mongolian:  Laluan keretapi melibatkan China,Mongolia dan Russia.


7. South Korea
Malas nak citer panjang pasal negara pakwe-pakwe aku ni. Dah ramai yang tahu kot ramai gadis-gadis pergi melancong ke sana. Yang pergi sorang diri toksah cakap le..Aku je belum..huahuahahua..
Aku tak payah pegi,tengok drama & vareity show diorang pun dah umpama aku sampai ke sana..*feel terlebih.


6. Hong Kong
huaaaa...negara yang padat,mampat ni pun dikira selamat ke??bukan ke Jackie Chan banyak dok lawan geng kongsi gelap sane?kira tak safety le kan??hihi..*Global safety rank bagi HongKong ialah tempat ke 65. Walaupun tinggi, tapi still selamat untuk kaum hawa.
Tapi 70% rakyat die cakap diorang berani jalan tengah -tengah malam.Maybe sebab bandar die 24 hours happening dengan orang ramai..hmm..

5. Sydney
Sydney..memang aku nak pergi sini..Walaupun Australia tu besar bapak, tapi aku heran camane rakyat die boleh hidup dengan lifestyle camtu..Apsal aku cakap camtu? Waktu malam takde aktiviti macam pasar malam, window shopping..(kecuali pub & disco). Shopping complex pun tutup awal. 
Waktu malam diperuntukkan untuk kaum keluarga. Tak macam kite, malam biasenye kite keluar jalan-jalan, makan dengan famili. Sedare aku yang dok kat sane, anak die pernah jatuhkan hp tingkat bawah.Tapi lepas 3 hari die jumpe kat bilik lost & found. 
Makcik aku yang dok 2 minggu kat sane pun cakap, night life die sama macam area rumah aku kat Kelantan. hikhik..*Aku membesar di Pasir Puteh(pekan kecik)..Jadi aku tau pekan tak hidup waktu malam. Lain le ibu negeri..
Tapi ini Sydney okey,ibu negara...Memang rakyat dia diasuh waktu malam waktu bersama keluarga di rumah. Jadilah anak-anak itu membesar di bawah pengawasan ibu bapa dengan selamat. Dengan itu, jenayah akan berkurang.*tengok le Global safety rank bagi Australia ialah kedudukan ke-13.

4. Japan
Jepun niiii..tak perlu nak cerita panjang laa..antara negara yang paling selamat di dunia. Cuma masalah utama kat sini bagi traveler ialah communicaton. Tapi jangan risau, camane pun orang die tetap tolong bila kita tanye diorang. Even terpaksa berlakon "pak mat tempeeee...kecepunggg" sekalipun, maklumat tetap akan disampaikan pada kita. 
Cuma yang perlu berhati-hati waktu malam ialah bile jumpe orang mabuk. Bagi kita yang Muslim ni mesti le pandang orang mabuk ni bahaya. Tapi bagi mat saleh, orang mabuk ni perkara kecik je..hihihi...

3. Taiwan
Erm..Taiwan ni zero info untuk aku..drama Taiwan tu aku tau le..Meteor Garden, Prince Turn to Frog..Tapi based on yang aku bace travelog orang ke Taiwan, ade masalah dalam communication..Biase le, negara belah sane memang rakyatnya menggunakan bahasa ibunda mereka. Tapi beza dengan Jepun & Korea, orang die kurang menolong guide pelancong. Kene ketuk lagi ade le..



2. New Zealand
Tak asing lagi negara yang dikenali sebagai tempat untuk golongan pesara..hihi..
Dah tentu negara yang dijadikan orang pencen untuk bermastautin, jadi selamatle tempat ni..hihi..Satu hari nanti aku pun nak pergi sini jugak bawak ayah aku tengok lembu-lembu yang segar bugar tu..hihi


1. Singapore
Aisyy..Singapore???Seberang tambak je..kalau dari rumah aku, lambai je Singapore ni..Tapi lambai hutan je laa..hihi..Walaupun dekat dengan Johor, risiko tahap keselamatan orang awam tinggi jurangnya.. Dalam mase terdekat ni, aku cuma masuk Singapore untuk meeting & antar/amik orang kat Changi airport je..Tak pernah lagi naik public transport round Singapore..USS?Aku kurang minat sangat dengan theme park ni..buktinya,walopun LEGOLAND dekat,& aku ade annual pass, berapa kali je pegi, tak full utilized langsung annual pass tu..
Tapi sebenarnye Singapore ni jadi tumpuan warga pelancong yang suka lifestyle urban. Means orang yang nak bercuti bawa famili & golongan pelancong yang tak suka adventure. Kalau yang jenis suka history & culture mungkin akan ke tempat lain.


Sadis okeyyy...Malaysia takde dalam list..hukhukhuk...rasa macam dah aman sentosa dah dok kat sini, tapi rupenye belum sampai tahap selamat lagi bagi orang luar..hikhik..
Itu pun kalo tengok source die guna rape statistic. Kalau guna kes ragut?mesti lagi tercorot Malaysia ni..


Itu hari dok tengok channel Lifestyle Inspired pasal rumah-rumah kat Jepun..rilek je orang die renovate rumah guna dinding cermin dari atas sampai bawah.Padahal kawasan rumah tu padat gile (tau le rumah Jepun jenis rapat-rapat macam rumah doraemon) dan bukannye kawasan elite pun. Mak aku cakap, kalau kat Malaysia, rumah camni kejap je kene pecah masuk.

Kat tempat kita ni, standard bile masuk rumah baru, kene pasang grill awal-awal..kalau tak habis semua hilang..CCTV toksah cakap le..kalau pasang sekalipun, kes pecah rumah tetap berlambak jugak.

Bagi aku, negara kita kita akan diiktiraf low crime bile mentaliti penduduk Malaysia dah diubah dari rumah yang dipasang grill macam penjara tu kepada tak perlu grill.

Lagi satu, berapa ramai sekarang mak bapak yang hantar/ambik anak sendiri ke sekolah?
mak bapak sekarang sanggup bersesak jemput anak depan pintu pagar sekolah sebab macam-macam kejadian boleh berlaku.

Lagi satu, dah jadi habit untuk kaum perempuan yang bawak handbag, mesti nak kepit handbag tu..Lebih-lebih kalau baru keluar bank.

Mase kat bus station Larkin hari tu, aku berbual dengan sorang pelancong dari Jakarta,die tengah tunggu bas ke Genting Highland. Die tanye aku tempat yang die boleh jalan-jalan sekitar JB sementara tunggu bas bertolak jam11 malam. So aku suggest Bazar Karat & die pun setuju le nak pergi. Sebelum pergi, aku sempat pesan, 'beware of your handbag'..terus die buat muka terkejut beruk. Aku pulak jadi serba salah..
Bagi kite, pesanan ni dah normal for ladies lagi-lagi kalau nak pegi tempat crowded. Tapi die boleh terkejut pulak. Aku terpikir jugak, "Eh,tempat ko takde kes pickpocket & ragut ke?"

Situasi kehidupan kita dalam sehari  pun dah menandakan yang sebenarnya masyarat Malaysia pada hari ni hidup dalam berjaga-jaga setiap masa. Kalau orang kita sendiri  berjaga-jaga untuk buat aktiviti seharian tanpa perlu bebas ancaman kes jenayah, lagi le orang asing yang datang ke sini..So, tak hairan le Malaysia tak termasuk dalam list ni.



Ni  nasihat sikit untuk para wanita yang kesorangan untuk melancong...
  1. Elakkan situasi di mana anda boleh berkesorangan dengan seorang lelaki. Kalau boleh, join dengan traveler lain untuk naik teksi.
  2. Jangan bagitau orang yang anda melancong seorang diri. Kali pertama berbual, bagitau dah berkahwin.
  3. Elakkan naik bas yang sesak. kalau boleh ambil seat belakang driver.
  4. Benda yang paling dirisaukan ialah penyeluk saku. Jadi simpan barang berharga di tempat yang selamat. Jaga-jaga dengan bag bagi mengelakkan diragut. Lock beg dan kalau boleh simpan duit dalam pouch beg yang boleh diselindungkan dengan baju. Jangan terlalu tunjuk barang berharga seperti gadget.*Barang kemas takkan nak pakai pulak time melancong kannn..
  5. Kalau boleh gunakan teksi bermeter & selalu refer pada pihak hostel/hotel berkaitan tambang/jarak perjalanan.


  1. Cuba jangan tonjolkan diri sebagai 'pelancong' seperti pakai barang kemas dan accesory berjenama.cth nye: shopping kat Ben Thanh market, pakai gelang sampai ke siku, handbag LV you...*biarpun zhulian & LV pasar karat je
  2. Sediakan kondom. eh???...ini untuk mat saleh laaaa...hahahah
  3. Cover rambut yang blonde dengan 'sarung'. ini pun untuk saleh jugak..*pakai tudung je senang..
  4. Bawak ubat-ubatan..Ubat yang paling penting, ubat sakit perut. Mane tau food poisoning ke..selain dari tu, sebagai orang melayu, minyak gamat jangan lupa.
  5. Simpan sebahagian duit dalam bra @ stokin. in case ape-ape, ade backup.Selain dari tu, fotostat passport, itinerary, simpan no telefon kedutaan malaysia di negara yang kita pergi. Simpan salinan tu di pelbagai tempat. In case tercicir, sekurang-kurangnya ada backup info.
  6. Gunakan sun screen.Tapi kalau rase kulit tu dah penuh dengan Vitamin C, tak perlu guna.
  7. Ambil insurans travel. Bende ni sebenarnye penting...Makcik aku pernah cerita, mase die melancong ke Spain, salah seorang group pelancong die tu sakit jantung dalam flight. Masalahnye FA bawak turun ke airport & cuba selamatkan nyawa die di airport. Akhirnye die hembuskan nyawa kat airport tu jugak. Dan nak dijadikan cerita arwah tak ambil travel insuran. Rasanya kalau nak dikebumikan kat sana pun tak boleh sebab die tak keluar dari airport lagi. Kalau die meninggal atas kapal terbang, mungkin pihak Airline yang tangguung(tak silap aku le). Tapi sekarang, anak die kat Malaysia kene datang jemput di Spain & kos penerbangan dan urusan bawa balik tu makan puluhan ribu ringgit. Kalau dia ambil travel insuran, bende ni semua ditanggung. Kat sini le pentingnya travel insuran..sebab kalau kite meninggal kat sana,boleh kebumi terus tak kisah..Tapi ahli keluarga kita yang kampung kene tanggung semua tu.



Tips memudahkan urusan semasa travel
  1. Book penginapan anda untuk malam pertama ketibaan di tempat tersebut.
  2. Packing hanya barang yang mudah untuk dibawa sahaja.(Aku pernah je bawak hills aku mse melancong.Tapi tak guna pun..lepas dari tu, bawak selipar je..Ade orang pernah bawak 4 pasang kasut mase melancong.laki bini pulak tu..pastu bersusun je kasut dalam bilik hotel.haha)
  3. Beramah mesra dengan orang tempatan (perempuan).
  4. Kira budget lebih dari seorang in case kalau ade emergency, kita je yang dapat sumbangkan duit untuk diri kita sendiri.
  5. Bawa makanan & buku. Makanan incase tak jumpa tempat makan yang sesuai lagi-lagi le untuk muslim.Buku pulak, boleh hilangkan bosan walaupun kadang-kadang cuma berlakon je..
  6. Try to be friendly
  7. Cuba pakai fake ring *berlagak macam dah kahwin..waahhh..gituuu
  8. Pilih bilik hotel yang high safety zone. Contohnya, cuba pilih bilik yang level ramai pelancong famili.Ataupun pilih female dorm bagi hostel.
  9. Tiba waktu siang.Kalau boleh jangan sampai waktu malam sebab susah nak cari hotel waktu malam.*kecuali kalau dah cukup info untuk direction ke hotel.
  10. Pakaian yang bersesuaian, tak perlu menjolok mata.
  11. Simpan dokumen di tempat yang selamat. Satu copy simpan dalam hand luggage,lagi satu copy simpan di beg baju yang tersorok.
  12.  Tunjukkan confident diri anda, jangan buat-buat takut.







Friday, October 25, 2013

[Krabi Petty] Day 3 : Ao Nang

Arghh..

Malasnye nak balik...

Hari ni lepas Subuh,sambung tidur lagi.Bermalas-malasan..

Agak-agak dah lapar, turun lobby untuk breakfast.

Lepas tu plan nak round-round sekitar Ao Nang since tempoh sewa motor tu ade lagi.

Tapi sebelum tu cari barang dulu..

Sebenarnye takde ape nak cari pun since FM dengan baju dah beli malam tadi.

Tapi aku terjumpe satu kedai runcit ni, ade jual poskad. Aku tanye ade jual setem tak, die cakap ade..So aku terus beli, tulis & pos untuk diri sendiri..

Kebetulan pulak peti pos ade dekat situ, jadi senang keje aku.



Round Pekan Ao Nang sebelum pulang..

Then kami plan nak cari  gerai-gerai yang jual makanan siam. Time balik dari pantai semalam ade nampak gerai-gerai tepi jalan,so kami decide nak pegi sane..


 Street food..ini le yang aku suka...

Pancake!!!

 Adoii..rindunye nak makan pancake ni..

 Padthai..*eh, betul tak name ni??

Okey, dah habis round untuk kali terakhir, kami balik hotel get ready untuk balik.
Nasib baik hotel ade sediakan teksinya untuk hantar ke airport..So kami amik dengan hotel je..
Kalau tak satu keje kene turun awal tunggu bas.

Dan akhirnya kami pulang..
Bye Krabi!!!


Nanti kami datang lagi..

Budget??
Malas nak kire..tapi sebenarnye tak habis banyak RM since Krabi bukannye tempat untuk shopping.
Untuk release tension boleh la..

Tapi aku tak release tension pun..sakit badan ade laa..kayak punye pasal..
argghh..

[Krabi Petty] Day 2 : Ao Nang

Good Morning!!!

Waahh..lega dapat tidur..

Plan hari ni nak pegi Island Hoping..Semalam kami amik terus pakej dengan hotel ni..
pilih punye pilih, lastnye kami amik 4 Island with long tail boat.

ntahape yang dipilih, lantak le..yang aku tau, manager hotel tu cakap kalau nak snorkeling better amik 4 island..kalau amik pakej ke Phi Phi Island, Maya Bay tu bergantung pada cuaca..

So, kami pilih la pakej tu yang akan pergi ke Phra Nang Cave, Chicken Island, Poda Island & Tup Island.Total semua 500bath, termasuk lunch & peralatan snorkeling. Makanan don't worry,Halal Food.

So, bagun pagi, kami breakfast di lobby hotel sambil tunggu tuk tuk datang...

vrooomm...vroommm...

tuk tuk dah datang, kami naik..yeay!!! tak sabar nak terjun laut...


mari kite naik tuk tuk...

ISLAND HOPPING

Sampai tepi pantai, sambil tunggu diorang kumpulkan tourist tu, kami sempat shopping..terliur tengok orang pakai beg kalis air tu, kami pun beli la...barang dekat jetty ni lebih kurang murah jugak dari pekan Ao Nang..
 Nasib baik beli beg tu..selamat barang-barang gua dari terpercik air

 Dah cukup semua orang, kami pun berjalan tempat boat...
waahhh..banyaknye boat..ade speed boat... boat mewah...boat buruk...
mane satu boat kite ye...

 pilih..pilih..nak boat yang mana satu..

Speed boat??

smalam die cakap long tail boat..jadi aku bayangkan boat besar yang boleh muatkan orang dalam 30-40 orang..

skali...

ini boatnye..
eh..tak pe laa...jadi laa..boat kayu pun, boat kayu laahh..

Dah naik, aku pilih seat paling belakang, malas nak dok kat depan sebab nak elak angin kuat...

Rupa-rupanya...

Bahana aku dok belakang,tak dapat angin yang bukan sepoi-sepoi bahasa tu buatkan aku rase mual..

Breakfast pagi tadi nak keluar balik..

Ah sudahh...

Ini le kali pertama aku mabuk laut..

Malu dengan orang kampung wehhh  *tutup muka..

Lama betul perjalanan dari jetty tu nak ke pulau..

nasib le ko..sape suruh tak nak amik speed boat..nak murah punye pasal

Akhirnye sampai jugak di Phra Nang Cave,..Kat sini attraction die ialah gua..
kami diberi masa 30 minit nak bersiar-siar..







 See??ombak besar kan??camne akak yang tak reti berenang ni nak mandi??
Kalau nak mandi pun boleh, tapi aku malas nak basahkan baju & legamkan muka. So pose-pose manje je la..







note: bile balik, aku tengok gambar orang lain pegi cantik je, boleh bersantai & snorkeling lagi. tapi mungkin time kami sampai air tengah pasang, ombak tengah kuat, so tak sesuai nak bermandi-mande.

Then pegi pulau yang kedua iaitu  di Poda Island. Sebenarnya Phra Nang Cave tu terletak di Poda Island, kita cume kene pusing boat je..
 boat melabuhkan diri die tepi pantai

   Oh My Speed Boat!!
  
Yeah!!melompat lebih tinggi..tapi kali tak cukup orang laaa

Kat sini boleh la nak mandi-manda..tapi teriknya ya amat..tak sanggup aku nak legamkan lagi muka ni..so santai-santai je..

Sebenarnye kalau jalan ke hujung sane boleh dapat view cantik lagi..tapi malas nak explore lebih.nanti legam..

Then bergerak ke pulau ketiga iaitu Tup Island.
Kat sini kita makan dulu..
*lauk tak berapa sedap, tapi telan je la, sebab nak tenaga..Aku tak berani makan banyak sebab takut keluar balik..Adeh..terseksanya bile pikirkan mabuk laut ni..


Pulau ni bersambung dengan satu lagi pulau..kalau nak berjalan kaki ke pulau sebalah boleh la,tapi malas nak berjalan ke hujung sana.

Ntah kenape rase tak bersemangat nak explore lebih-lebih kali ni. Mungkin sebab berdua je kot..kan Ecah??hihi..








 macam syiok je kan redah ombak kecil ni sambil bermadu kasih??tu yang best honeymoon kat sini 


Tapi kami mandi-mande je takat gigi air tu..

Dah dekat sejam kat sini, kte ke Chicken Island..Kat sini, boat tak mendarat. Boat berhenti kat laut dalam, kite terus terjun snorkeling..
Nampak tak bentuk kepala ayam tu?sebab tu name die Chicken Island

Ini le yang ditunggu-tunggu...akhirnye dapat jugak nak snorkeling tengok ikan..

Tapi si Ecah masih takut-takut lagi sebab kaki tak boleh cecah darat,die tak berani..

Aku dah otai..berkat snorkeling kat KK hari tu..haha

 tengok ikan tu..banyak gile...






Syiok snorkeling kat sini..ikan pun banyak gile,main redah je kat muka aku..
Nasib tak baik sebab tak boleh bawah kamera masuk air je..kalau tak semua ikan tu nak nak buat selfcam kot.. *Que, pinjam camera ko..haha

Masa yang diberi tak lama..setengah jam je kot...

Alaaa...nak lagi..nak lagi..tak puas ni..

Ecah dah naik awal-awal atas boat..kih kih..tinggal je aku dengan orang lain yang galak nak tengok ikan..

Akhirnye dah tiba masa nak balik...

So far bagi aku Island Hopping ni tak memuaskan hati aku sangat sebab tak puas nak snorkeling. Tapi ade hikmahnye jugak, kalau tak sunburn habis la..lagi satu tenaga mesti banyak habis..

Sebelum datang Krabi, aku siap beli set snorkling.Tapi skali dah naik atas boat, google aku boleh jatuh dalam air pulak.

*Bile balik dari Island Hopping ni, dok share cerite dengan tourist lain, diorang yang pergi ke Phi Phi Island teruk nak kene mengadap ombak besar..lagi satu naik speed boat,teruk kene hentak buntut tu..lagi satu Maya Bay pulak ade yang tak dapat pegi sebab cuaca tak berapa baik. Jadi ade hikmah le aku amik long tail boat ni walaupun terpaksa hadap mabuk laut.

KRABI TOWN EXPLORE

Balik dari Island Hopping tu, disebabkan badan tu tak penat sangat, kami terus siap-siap nak sewa moto nak ke Krabi Town. Katenye malam ni ade Krabi Night Market..yeayy...

vroomm..vroomm..sedia nak merempit ni..

Haa..yeay la sangat..Aku ni dah lama tak bawak motor. Berdebau ni..
Dah dapat penerangan  & map dari orang hotel, kami mulakan perjalanan..Aku cube check kat google map pun, keluar tulisan siam daaa..

Dah lama aku tak bawak moto, lambat jugak la nak stablekan handle moto tu..padahal bawak skuter je kottt...press je laa..kenapa ntah, kali ni aku takut-takut nak bawak..

Dalam 20 minit tu kami sampai di pinggir pekan Krabi,dah jumpa highway.Tapi orang hotel tu kate terus je sampai jugak traffic light kedua.

Kami terus..

Tapi masalahnye tak jumpa traffic light kedua tu..

Ah sudaahh..

Try tanye orang tepi jalan, tak reti speaking...siaammmmmm

lastnye ade sorang ni faham sebab kami sebut "night market".. die tunjuk arah suruh U-turn..

dah u-turn akhirnye kami jumpe jugak Pekan Krabi..

The problem is... Manenye Night Market tu?

Tak nampak pun tempatnye..

Kami cuba follow motor pakcik yang bonceng anak bini mane tau kot-kot die nak bawak famili pegi shopping kat night market ke..

Tapi rupenye die nak balik rumah daaaa..
sekali lagi kami Lost!!!

argghh...ape ni??malu la weh townplanner boleh sesat kat pekan kecik camni..

bukak map, tak tau sebenarnye kami sekarang duduk kat mane..nak bukak GPS pun, takde network..

nak dekat sejam dok main pusing-pusing kawasan perumahan orang..

dipendekkan cerita, akhirnye kami jumpe sungai. Tengok dalam map yang ade kat tangan, night market ade dekat dengan sungai..Tanye pakcik teksi kat mane night market, die kate "straight, turn right"

Akhirnye jumpe la night market tu...

 yang aku jumpe, orang jual beras, sayur,makanan...

tang mane night market tu?

Tapi...night market tu tak mencapai dek akal fikiran kami..yang kami nampak cuma macam pasar awam je..tourist mat salleh pun takde..

round-round dekat 10 minit, decide dengan Ecah, baik kite balik sebelum hari makin malam.

Note: Dah balik, aku tengok map, rupenye ade banyak night market kat krabi ni.Yang kami pegi tu yang kecik punye..Kalau betul-betul night market yang happening tu kat tempat lain.Deng!!!

Aku cube ingat jalan balik ke Ao Nang..dah corner kiri, dah sampai kat roundabout, aku amik jalan lurus sebab seingat aku mase nak datang tadi tak jumpe roundabout. Tapi lastnye aku jumpe jalan mati..

Ah sudah...kiri kanan hutan, minyak dah nak habis, hari dah malam, anak dara berdua,sesat kat Siam pulak tu..

Dah macam-macam timbul kat fikiran aku ni..

Kami pusing balik, terjumpe satu kedai sebelah masjid ni..kami beranikan diri tanye memandangkan tuan kedai tu pun baru balik masjid...die kate kalau nak ke Ao Nang, roundabout tu pusing kiri..Sah memang kami salah jalan..

Nasib baik depan kedai pun ade tempat isi minyak, kami isi dulu minyak..

Dah aku malas nak citer panjang bab LOST IN SIAM ni..

Dipendekkan cerite,akhirnye kami sampai jugak di Ao Nang..

Dah sampai kami round dulu sekitar Ao Nang nak shopping..cari FM dengan tshirt I Love Krabi je..
Bagi aku takde ape ole-ole yang menarik nak dibawa balik untuk orang kampung. Kerepek, asam-asam,kain-kain pun takde..Bagus la tu, save sikit duit den..hikhik..





Dah lapar giler dah ni. Kami decide tak nak makan kat tempat semalam sebab memang mahal gile.

Akhirnye kami pilih restoran biase je yang bersambung terus dengan rumah ownernye..tengok ade je Malaysian makan kat situ..

Duduk je aku tanye ade pulut mangga tak??Die cakap ade..

wahh..suke aku..memang datang siam ni aku nak cari pulut mangga je..
 Pulut mangga..Yummy!!!

Tomyam wajib ade ye..

Bile dah nak siap makan tu, ade team pakcik dari Malaysia ni dok makan kat meja sebelah kiteorang. Team pakcik tu konvoi baru balik dari Phuket. Si Ecah ni memang peramah,so berborak le dengan pakcik tu..Die cerita die amik pakej Phi PHi Island, mak aih..sakit badan kene hentak dek ombak..
pastu die cakap Phuket terlalu mahal laa..baik dok kat Krabi..Banyak jugak le die dok bercerita..And last skali die cakap, sumpah,lepas ni die malas nak drive konvoi je nak ke Phuket & Krabi. Baik naik flight je la..sakit badan dok atas kereta..haha 

End for day 2.

Esok nak balik..