Tuesday, January 28, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Shinkansen


Kali ni aku nak cerita pasal Shinkansen a.k.a bullet train
Kalau nak tahu, salah satu ikon Jepun selain dari Mt. Fuji ialah shinkansen.
Keretapi ni bukan calang-calang, malah diiktiraf sebagai keretapi paling laju di dunia.


*Yang aku nak cerita ni pasal shinkansen yang ada di West Japan.(Dari Tokyo hingga ke Kepulauan Kyushu)
 

Shinkansen ni ada 3 level:-
1. Nozomi dan Mizuho :

Shinkansen ni kategori berdesupppppp tahap maksima. 

Kalau ambil JR Pass pun, korang tak boleh naik train ni sebab tahap laju die melampaui batas. 
Nozomi hanya akan berhenti di station utama saja. In case kalau Nozomi nak lalu, train lain yang low class kene bagi laluan dulu 

Aku bagi contoh route Osaka-Tokyo, Nozomi akan ambil masa 2 jam lebih sikit. Tapi shinkansen lain akan ambil masa 2jam setengah - 3 jam walhal jarak die tu umpama JB ke Ipoh.




2.  Hikari, Sakura:
Ini Shinkansen kategori middle class. Train ni le yang aku banyak naik sepanjang di Jepun. Walaupun aku cakap middle class, tapi service,kelajuan,keselesaan die lagi hebat dari MAS..So korang boleh bayang la camne ye..


3.  Kodama: 
Train ni kategori lembap sikit. Lembap bukan sebab ape, sebab die banyak berhenti di station-station kecik. Lagi satu, kalau ada Nozomi kat belakang tengah kejar dia, die stop kejap kat station kecik ni bagi laluan untuk Nozomi. Aku pernah kene kes ni,yang mana aku naik Kodama,die stop kat station kecik. Pastu Nozomi lalu sebelah.
Berdesupppp...

oo mak kauu..

Aku melatah..rasa nak terbang je si Kodama ni.

Tapi walaupun aku kate Kodama ni versi lembap, tapi servis,keselelesaan dan  kelajuan die tetap lagi hebat dari MAS ..

Ada paham????


Lain-lain nak cerita pasal Shinkansen:-
  • Kalau shinkansen ni berselisih antara satu sama lain-terasa macam nak terbang je.
  • Nak masuk ke track shinkansen, korang kene ade tiket shinkansen. Track menunggu shinkansen di asingkan dengan train-train ke lain. Means, kat sini hanya penumpang je boleh masuk. Kalau hangpa nak hantar pakngah,makngah sampai diorang naik train, jangan harap boleh lambai diorang. Cuma boleh lambai dari main gate je.
  • Ada gerabak reserve, non reserve & green car. Kalau ambil JR Pass, boleh reserve seat.Tapi tak boleh amik green car. Green car ni kirenye seat first class. Istilah "car" kat sini ialah coach / gerabak. Kalau kat tiket tu tulis car 3, korang kene beratur terus kat platform 3.Beratur okey!! Jangan bongkak sangat taknak beratur.
  • Dalam gerabak akan ada pramugari yang akan jual air & makanan.Pramugari ni akan tolak troli setiap gerabak. Sebelum keluar,dia akan tunduk hormat dulu kat pintu gerabak walaupun korang tak layan die jual.
  • Kalau airasia, nak makan makanan luar tak boleh kan?tapi dalam shinkansen no problem. Even ramai bussinessman bussinesswoman yang beli set bento & makan dalam train.
  • Dalam shinkansen ade toilet,bilik bersolek, bilik untuk telefon,vending machine...ade sesetengah shinkansen tu siap toilet untuk nappy room/ OKU yang selesa gile. Aku pun guna toilet OKU je.hikhik..
 
 Dekat train station ada banyak kedai yang jual set bento bagi penumpang yang nak makan dalam train.Tak cukup dengan tu,ade restoran yang serve makanan tapi kene makan sambil berdiri. Means,kalau train dah datang, korang tinggal je makanan tu kejar train. Bayar??korang kene bayar dulu makanan tu guna vending machine sebelum ambil makanan tu.
 Handphone habis bateri?Don't worry, boleh charge.

Seat dalam Hikari menuju ke Hiroshima. Tengok gambar pakcik yang duduk tu..
Style orang Jepun ni, masuk shinkansen, bukak set bento, makan dalam masa 5 minit, habis makan, kemas pastu baca buku.Kalau tak pun tidur..Takde le macam orang kite lengah-lengah makan sambil tengok handphone ke..belek majalah ke..

 
 Ini seat dalam Kodama, Shinkansen versi lembap!!Mana luas dengan seat Air Asia??

 

Ini ruang yang menempatkan toilet, bilik makeup, nappy room, vending machine & bilik untuk telefon

 Mula-mula aku jumpa bilik ni, aku ingat bilik apa. Ada button hijau tu untuk open, merah tu untuk tutup. Lepas beberapa kali naik aku terserempak minah duduk atas kerusi roda keluar dari toilet & masuk bilik ni. Rupanya ini tempat untuk OKU!! Aku jeling dalam bilik ni memang selesa gile, umpama bilik VIP



 

Toilet. Tak sah kalau tak datang Jepun tak upload gambar jamban..Sebab jamban diorang tiptop bersih



Ruang untuk bersolek. boleh tutup dengan dengan langsir.
Ada cerita pasal tempat ni.  Satu hari tu aku nak baiki tudung (tudung bawal). So aku bukak balik tudung tu sebab nak lipat segitiga balik. Tibe-tibe tangan aku pi lalu kat paip sinki tu & air terus keluar kene tudung aku. Arghhh..terus lencun tudung tu. Aku lupe yang kepala paip kat Jepun pun pakai sensor!!


Pramugari atas shinkansen. Lagi berhemah dan sopan dari pramugari atas flight.


Green car seat yang aku sempat snap Nozomi di  Kyushu


Last, aku letak video shinkansen yang aku sempat record sepanjang kat sana.
Penat dan stress tau tak dengan video ni..Aku menghayati keindahan alam,tengok kampung-kampung..pastu bile pegang handphone nak record, die masuk terowong. Asal aku nak record je masuk terowong..stress mak!!


Kalau korang perasan dalam video ni korang akan nampak tiang / rumah/ bangunan senget. Bukannye sebab bangunan Jepun tu senget, tapi sebab camera handphone aku tak boleh nak tangkap dengan kelajuan shinkansen. So korang boleh bayangkanlah ye, laju macam mane shinkansen ni.


Monday, January 27, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Hotel


Hiroshima (Day 1-Day 2)

Hiroshima Hana Hostel
Kami sampai hotel ni awal pagi jam 9.00pg selepas bertolak dari Kansai Airport.Sampai di Hiroshima Station, jalan kaki ke hostel ni. Letak beg,ingat nak mandi dulu.Tapi sejuk sangat,abaikan je la niat nak mandi. Di hotel ni kami amik Female Dorm dengan harga RM67.80 sorang.

Bilik memang kecik la lagi-lagi bila dah masukkan mak tapir yang besar gedabak ni. Bilik tu aku rasa kecik sebab bile nak cari barang dalam beg, kene selongkar habis. Kalau aku susun elok-elok, rasanya sesuai je dengan saiz bilik tu.kiki..

Toilet memang ada dalam bilik so tak perlu le nak keluar dari bilik. Sebab cuaca sejuk sangat,nak mandi pun malasss..Tapi mandi jugak la..

 
Walaupun bilik kecik, aku tetap selesa tidur katil cam ni..

Ada ruang untuk berehat.masa kami sampai malam tu.

 
Kitchen. Box depan tu heater..memang aku berebut duduk depan box ni sebab nak panas.
 
Jalan dari Hiroshima Station ke hostel. Aku suka suasana tenang kat Hiroshima ni

Shin Osaka (Day 2- Day6)

Sunny Stone Shin Osaka

Hotel ni kami duduk selama 4 malam. Sebab booking, awal dapat le dengan harga murah. For me hotel ni quite good sebab kami tak cerewet. Staff die tak boleh speaking, tapi sebab kami tak demand apa-apa barang so takde masalah. Semua barang dah lengkap kat hotel ni walaupun biliknya kecik. Kene le terima kenyataan bahawasanya ruang-ruang di Jepun ni memang kecik dan sempit.

Duduk dalam bilik ni tengok tv Jepun walaupun tak paham, aku rasa heaven betul. Kalau kat rumah, bile ada documentary pasal Jepun mesti aku akan mengadap dengan tekun. Bile duduk kat bilik ni tengok documentary tu, aku rase nak jerit."Oii..aku dah sampai tempat ko le!!!"

Katil die memang kecik..Lagi-lagi pulak tidur dengan Nobita!!Perut aku berkeroncong pun die nak gelak.Stress aku!!
 
 
Tv, kettle semua dah siap.

 
Bilik air??memang heaven berendam dalam bathtub yang kecik ni. Dengan musim sejuk, berendam dengan air panas.*feeling berendam kat onsen.
 
Kyoto (Day 6-Day7)

Haruya Aqua Hostel

Hostel ni kami duduk di Kyoto. Kyoto ni kiranya heart of Japan,kiranya klimaks pengembaraan kami. Jadi yang best tu kita simpan yang terakhir. Nak tambah lagi feel Japan, kami book ryokan satu malam di Kyoto.
Hostel ni antara ryokan yang paling murah sebab kalau cari yang betul-betul ryokan, harganya boleh cecah RM500 satu malam.

Nak lagi feel, aku berlagak taknak amik dorm,tapi ambil private room but shared bathroom.

Mula-mula sampai hostel ni, waaa...jakun gile..sebab dah rasa feeling citer Oshin. Masuk lobby die, dapur die, ruang lepak die..aku dah exited sebab dah rasa Jepun.Tambah-tambah pulak dengan salji turun kat luar.
Dah terasa dah macam Ayumi Hamasaki bercuti kat kampung halaman!!

Tapiiii...
Ade tapi die..moh layan gambar dulu.
 
Muka depan Hostel Haruya Aqua

Kalau korang tengok bilik kayu belah kanan tu, itu le bilik aku nak tidur malam ni.

Feeling Sinchan duduk berehat di ruang tamu sambil kaki letak bawah meja berebut heater.Beku!!!!


Dapur..Tau tak kat sinki die tu diletakkan batu-batu..means sisa makanan korang takkan sewenang-wenang nya buang. Kalau tak satu keje penat nak kutip balik!!

Ni ruang nak masuk ke lobby.

 
Bilik kami!!Tatami room!!Memang dah rase oshin giler dah ni!
 
Biliknya memang kecik..Kalau korang jenis yang suka duduk terkangkang luas, aku tak suggest amik bilik ni.hihi..Lagi satu, kalau rase jenis ganas, jangan amik...


 Camane korang tengok pompuan Jepun tutup pintu die sambil duduk & tutup slow-slow guna dua belah tangan, macam gitu le aku kene buat.. Kalau tak, boleh roboh pintu tu!!


Pintu belah kanan tu nak masuk ke bilik aku. Dinding belah kiri tu nak masuk ke toilet.Nampak tak sempit die?So kalau korang rasa kategori ahli sumo, aku tak suggest amik hostel ni


 Walkway menuju ke toilet. Tapi aku takut nak masuk toilet.Bukan sebab serammm..tapi sebab jumpa air sejukk..woooshh..terpaksa aku tadah air panas & rendam kaki dalam bathtub. Kalau tak bekuuu!!

 Mini garden

 Bilik persalinan sebelum masuk ke toilet

 Ini dapur lama yang ada dekat bilik aku. Dapur ni tak guna, diorang buat hiasan je.

Terompah.Mula-mula aku berlagak taknak pakai terompah, tapi sebab lantai sejuk gile, terpaksa pakai..


Nak dijadikan cerita, hari aku sampai, Kyoto turun salji.  Memang heaven la sebab ini adalah first snow yang turun di Kyoto untuk winter kali ni. Rasa bertuah gile!!
Tapi....
suhu nya adalah membeku.Aku rasa malam tu boleh drop below 0 degree.
Heater dalam bilik pun tak dapat panaskan badan kami. Aku boleh tidur nyenyak lagi. Si Nobita la tak boleh tidur sebab sejuk sangat..
Tak payah jauh sangat nak bayang sejuk camane.Acu korang tidur rumah kayu nenek moyang korang kat kampung bila musim hujan.Tengah malam mesti korang meringkuk cari selimut kan..Inikan pulak ryokan yang dinding kayu & kertas!!Tambah pulak dengan winter!!
So, rasakan!!

Jam 6 pagi lagi aku bangun pergi kat area lobby & duduk kat meja yang ada heater tu.Kaki aku dah beku!!

 Tapi next time aku datang Kyoto, aku memang akan ambil hostel ni lagi
*yang pasti aku takkan datang time winter dah.

Poskad dari Jepun

Memandangkan seminggu selepas balik dari Jepun, aku akan menamatkan perkhidmatan dengan ALMA Architect & Planner yang telah banyak berjasa pada aku.

Puas dok pikir ole-ole ape yang patut bawa balik untuk kawan-kawan.

Jadi terdetiklah hati bagi poskad.

Mase aku dok menulis poskad untuk semua,perkiraan aku mesti poskad ni akan sampai kat ofis bile aku dah berhenti dari ALMA.So feel menulis umpama dah tak jumpa semua orang dah.

Sekali amik ko!!Aku ade 2 hari lagi kat sini, poskad ni dah sampai..

Adoii...jadi bahan aku.Patutnye diorang baca poskad dengan rase hiba,tapi jadi bahan lawak.hahahha...

Gile laju Jepun ni punye kerja!!

Dulu aku pernah post dari Krabi,sebulan baru sampai.Tapi ini,belum masuk seminggu dah sampai.Nak je aku saman posmen Jepun!

Tulis poskad ni kat atas shinkansen dari Osaka-Tokyo. Mula-mula tulis,aku tulis dengan feel happy.Dah sampai orang-orang terakhir,aku dah rase sedih..bercucuran air mata keluar.
Bila lagi 3 poskad terakhir, aku terasa mual..terus muntah.Kesnya sebelum tulis poskad tu aku sarapan onigiri dengan serunding..campur air nescafe..Habis keluar semua. Nampaknye Jepun marah aku gabungkan makanan die dengan makanan melayu.

Ni antara poskad yang sampai kat tangan diorang.Sempat le aku snap sebagai memori untuk diri sendiri.

Poskad gambar Tokyo Skytree

Abang usen siap lekat kat board dengan kitkat dari Jepun lagi.

Kak hajar and the poskad.

Kak Eifa and the poskad.Kak Eifa punye part la buatkan aku keluar air mata bile menulis.syahdu siottt..

Zarm and the poskad

Kak Aini punye poskad. Ada certain poskad tu siap ade cop stamp kat Tokyo Metropolitan Government Building. Sebab masa tu hanya ada beberapa keping poskad je kat tangan aku. Yang lain aku tertinggal kat hotel.So,tak dapat le cop semua.

Kak Saba and the poskad. Kak Saba punye poskad saya beli kat Hiroshima.Hari pertama kat Jepun terus beli poskad!!

Abg Roy saya bagi yang gambar sketch punye.Dah tentu akitek,bagi yang sketch la..

Tiga orang pompuan ni..ermm...no comment!!

Apexx and the poskad,gambar dekat Ginza,Tokyo.

Aku punye poskad?? Sebab aku pun musykil alamat mane nak post untuk diri sendiri.JB?KL? Akhirnya aku guna alamat kat kampung di Kelantan.

Mak,mak jangan buat bahan mainan Lopa pulak poskad tu.

Bye ALMA.Panjang umur datang lagi.eh???
 

Thursday, January 23, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Intro

Yuhuuu...

baru balik dari Jepun...

Konichiwa..Ku tak pernah kuciwaaa

Arigatogozaimasss...Ku tak pernah rimass

Feel Jepun tak habis lagi ni.

Tidur pun mimpi Jepun lagi..Semalam mase bangun tidur sambil pejam mata aku plan nak pergi Kyoto kejap ambil gambar salji sebelum masuk ofis..Maklumle, seminggu dok hadap kelajuan shinkansen..Tak sedar dah dok Malaysia kene hadap kelajuan KTM.kohkoh..

Apasal trip ni dipanggil Pengembaraan Doremon dan Nobita ke Jepun?Pernah tak Doraemon keluar dari Jepun?habis-habis pun die kembali ke zaman lampau.

Lagi satu sebab kali ni aku jadi Doraemon,bersesuaian dengan gemuk pendek.muahaha..

pastu bawak pulak Nobita a.k.a adik aku yang menjadi follower tegar...so memang seduai sangat laa..

Dan di sinilah aku sebagai Doraemon menjalankan peranannya..huhu..

Penat dowh jadi Doraemon ni..Kalau Doraemon betul,ade macam-macam dalam poket die.Poket aku cuma map jah..dalam beg galas kat belakang cuma ade coklat & maggi jah..camno tuh?

Kalau doraemon yang betul ade kipas yang boleh letak kepala,boleh terbang..Ini kami jalan kaki kene bersaing  dengan si Jepun-Jepun yang jalan laju macam lipas kudung tu.

Kami jah jalan slow terkangkang sebab urat betis dah menyeringai..

Tiba-tiba..
nenek bongkok tiga jalan melintasi kami..

Aiyorkk...tercabar Sharifah Sakinah camni.

Terus kami pecut..

Akhirnyaaa... 

end up dengan masuk farmasi cari muscle pain..

Dengan menggunakan separuh bahasa isyarat,akhirnya berjaya jugak dapat ubat tahan sakit yang murah..

Dah!!

Malas nak cerita panjang pasal experience travel di Jepun ni.entry akan datang kita cerita panjang lebar pasal Jepun!!

Moh aku citer sikit mana aku pergi kat Jepun.

Aku letak je la roughly itinerary aku ni..Memang giler itinerary ni. 

Nak buat camane,motif datang Jepun ni nak naik shinkansen, so kita buat itinerary yang berbaloi naik shinkansen.yi haaaa!!!

Day 0 : Sampai di Kansai Airport 11.30malam,tidur di airport
Day 1 : Aktifkan JR Pass, terus gerak ke Hiroshima-Moji-Fukuoka.Malam balik tidur di Hiroshima
Day 2 : Melawat Hiroshima-Nara-Kobe.Malam tidur di Hotel dekat Shin Osaka(4 malam)
Day 3 : Pergi Hakone-Tokyo.
Day 4 : Cover Osaka satu hari
Day 5 : Cover Tokyo
Day 6 : Cover Kyoto (tidur Kyoto)
Day 7 : Cover Kyoto. Malam flight balik

Nah hadap map Jepun ni ye Nobita mane kite pergi!!nanti cikgu geografi datang soal!!

Day 1st : bermula checkpoint dari Kansai Airport terus ke Hiroshima. Letak beg di hostel, kami ke Miyajima,tengok Tori Gate dalam air.

 Kemudian ke Hiroshima Station balik untuk ambil shinkansen ke ke Moji Retro Town..For me, Moji Town sungguh cantik bagi sesiapa yang suka building architecture.

Kemudian terus ke Fukuoka. Apsal datang sini?Sebab alang-alang dah sampai Kyushu ni, kita singgah terus le Fukuoka. Dan pergi ke HRC Fukuoka.Kemudian balik ke Hiroshima balik untuk zzz...

Kesimpulannya, itinerary hari pertama ni, breakfast di Osaka, minum petang di Fukuoka, dinner di Hiroshima..

Tan Sri toksah dok berlagak boleh bfast,lunch & dinner tempat jauh-jauh..TanSri naik flight..ayerr naik keteapi..tapi keteapi berdesuppp!!!lagi canggih dari Tan Sri tauuu..

 Miyajima Tori Gate di Hiroshima
 
 Bangunan di Moji Retro Town

  Layan blues kat bandar retro

 Hard Rock Cafe Fukuoka
 
 Hakata Station di bandar Fukuoka

 Day 2 : Pagi-pagi melawat Hiroshima memorial dome.Lepas tu terus gerak ke Nara. Lepas tu gerak ke Kobe dan pergi ke Kobe port.Nak singgah masjid Kobe pun tak sempat sebab dah malam.

  
Hiroshima Memorial Dome

Kobe port


Day 3 : Awal pagi lagi keluar dari hotel menapak ke Shin Osaka untuk ambil shinkansen ke Odawara dan pergi ke Hakone. Sampai Hakone,warghhh..exited tengok salji.Tapi beku!! Dah habis explore Hakone,sambung pula ke Tokyo untuk ke Shibuya Crossing & Tokyo Metpolitan Government Building. Dalam jam 8mlm,ambil shinkansen balik ke Osaka.Gile penat!!

   
Naik ropeway di Hakone

Shibuya Crossing
                         
Night view of Tokyo from Tokyo Metropolitan Building


Day 4:  Hari ni cover Osaka!!Beli Osaka day pass,pergimana yang aku suka.yihaa!!First pergi Osaka Castle,then Umeda Sky building.Kemudian ke Universal studio,Tempozan Ferris Wheel.Last sekali ke Dotombori area.Akhirnya jalan terkangkang balik hotel.Gile penat !!

Osaka Castle
                               
Umeda Sky Building
                          
Layan blues tengok bandar Osaka


Universal Studio.Tapi tak masuk pun sebab nak pergi HRC je datang sini.

                       Glico Man at Dotombori


Day 5 : Hari ni pergi Tokyo lagik!!First skali pergi Odaiba.Kemudian ke Asakusa dan kemudian ke Harajuku.Banyak tempat aku skip di Tokyo sebab penat smalam jalan di Osaka.Sekali lagi balik jalan terkangkang.huhu

Odaiba
                                      

Asakusa

Creepe di Harajuku

 Day 6 : awal pagi gerak ke Kyoto.dari atas shinkansen nampak macam salji.Bile dah dekat memang komfirm salji turun!Terloncat -loncat shinkasen,lantak la Jepun nak cakap ape!! Hari ni melawat Kinkakuji Temple,Ginkakuji Temple.Kemudian shopping di Shinkyogoku, dan akhirnya Geisha hunting!

Day 7: Pun masih di Kyoto,semalam tidur di ryokan.Ambik kauu..beku malam tu. Hari ni kami sambung sekitar Kyoto iaitu Kiyomizudera, Fushumi Inari & Arashiyama.

Tengok salji dari atas shinkansen.Exited tak terungkap!!

Bandar Kyoto dengan salji


*Gambar-gambar di Kyoto memang saje aku tak sumbat sebab mahal.kohkoh...Nanti aku sumbat dalam entri travelog ye.
*Gile dengki dengan korang kan.hahahaha

Last..kuselitkan sekeping gambar aku makan ubi rebus di Hakone.Tau tak sedap gile!!Sejuk-sejuk makan ubi rebus panas-panas..*mati la aku balik kampung kejap lagi ayah pegi rebus ubi belakang rumah satu periuk.

*Next entry nak ceritakan pasal budget terus sebab penat nak jawab berapa total kos kat sana.