Sunday, February 8, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 2 [Summer Palace]

Sambungan dari Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 1[KL-Beijing]

Dah ambik travel insurans belum? Kite nak mulakan perjalanan ni..

Jommm..

Mula-mula kita nak ke hostel dulu nak letak beg. Dari airport ke hotel kami naik Airport Express Train.

Airport  Express --> Dong Zhimen Station-->Tukar Line 2-->Yong Hegong St-->Tukar Line 5--> ZhangZiHongLu St..

Kali pertama masuk station subway Beijing ni, otak aku terbayang stesen keretapi komunis zaman dulu. Sama macam yang tengok gambar stesen keretapi di North Korea.Tapi...iye laa...kan China ni komunis, sebab tu design die lebih kurang je...

Dah sampai station tu, kene menapak lagik agak-agak 0.6km ke hotel dengan mak tapir 12kg atas bahu!Si Eiza pulak, walaupun die bawak beg tarik, tapi keje die dok elak dari sisa ludah orang yang lalu lalang.

Sampah takde, tapi air liur orang meludah bersepah!!Ewwwww!!!

 Keluar dari station ZhangzhiZhongLu, jumpa jalan besar dulu.

  Kemudian cari jalan ni, Xinsi Hutong

Nampak macam suram, tapi dont worry.Selamat..

Nak sampai hotel ni kene lalu Hutong. Hutong ni kirenya alley tempat perumahan tempatan yang tradisional la..Walaupun lorong kecik, tapi selamat..Kami jalan tengah malam pun takde le seram macam jalan kat lorong-lorong di Malaysia.

Gile penat!!Nasib baik le cuaca sejuk, takde le berpeluh ketiak ni.
Akhirnya sampai jugak di hotel. Kami tak boleh check in lagi,tapi boleh le letak beg dan rehat kejap.

Dah letak beg kat hotel, dah gosok gigi & makeup, *tak payah mandi..kami keluar balik.

Beijing Lucky Family Hotel.

First destination kami di Beijing pagi ni ialah Summer Palace. Kami perlu menapak lagi ke subway station yang kami sampai tadi.

Okey..sebelum tu meh aku cerita serba sedikit perihal nak naik public transport around Beijing ni sebab lepas ni aku dah malas nak cerita pasal journey naik subway.
  • Sebenarnya teramatlah mudah kalau nak berjalan-jalan sekitar Beijing since main hotspot tourist attraction kat sini hampir 100% dihubungi dengan subway. Jadi, amat penting kalau korang perlu fahami dulu route subway sebelum mulakan perjalanan..
  • Dan untuk naik subway di China ni kene scan bag dulu..Jadi, kalau setakat handbag kecik tu takde masalah la..tapi kalau bawak mak tapir atas bahu, masak le ko nak scan bag tu dengan orang kat belakang dok beratur mintak cepat.
  • Lagi satu, tambang untuk ke mana-mana destinasi dengan menggunakan subway ialah RMB2.. Korang boleh pilih nak beli tiket di kaunter ataupun machine. Ada sesetengah station seperti Tiananmen Square tak de kaunter untuk beli tiket. Tapi hampir kesemua station ade kaunter nak beli tiket..So, jangan risau..
  • Kalau malas nak beli tiket untuk keluar masuk subway, korang boleh Yikatong Card. Kalau kite ni umpama touch and go card la..Boleh beli di convenience store ataupun di kaunter tiket subway tu..Macam kes aku ni, bukannye taknak beli, tapi dah tiga tempat aku tanye, dari airport hingga ke station subway, semuanya communication breakdown!!So aku malas nak pening kepala, jadi aku pilih choice untuk beli je tiket secara manual.
  • Kalau terkena route nak transfer Line subway?Don't worry! Direction signboard tu mudah dicari & diorang guna tulisan roman..So, no more lost in subway station.


Yang aku highlight warna merah & hitam tu location subway yang aku nak mendarat. Yang kaler hijau floresent tu location hotel. Yang lain-lain tu pandai le cari nak tukar kat station mana-mana. Aku print route subway ni size A3, bawak ke hu ke hilir. Masuk hari ke-3, kertas  ni terus hancur dek pasal aku asyik dok tenung je.haha

Done!!

Kite nak pergi mana tadi?Summer Palace kan?

Untuk pergi ke Summer Palace, bile aku search kat google map, die kata berhenti di St. Beitucheng (Line4). Dah keluar dari station ni, mak aih!!Ramainye umat!!!

Aku pun dah lost direction kejap mane nak cari main entrance die, sebab aku konfius dengan crowd yang dah balik dengan crowd yang nak pergi ke Summer Palace. Orangnya ramai macam ade sambutan hari merdeka pulak.

So kami main jalan je follow satu group ni. Tapi aku tak tau diorang nak g mane. Dah jauh berjalan, rupenye kami dah berlawanan arah..Jadi terpaksa la patah balik..dekat 1km jugak tu dari entrance Summer Palace.

Awal-awal pagi pembaziran tenaga kaki aku dah berlaku.Huh!!

Akhirnya jumpa jugak main entrance & kaunter tiket.

Nak beli tiket masuk pun aku pening sebab ade banyak pakej tiket ditambah dengan keramaian orang die yang bising dan tak reti nak beratur...Pakej tiket die pulak, kalau nak masuk kawasan  Park Summer palace sahaja harga lain, nak masuk dalam bangunan Summer Palace pulak lain harganya..nak masuk kawasan sini lain harga,masuk sana pun lain harga.. Last sekali, ade pakej tiket masuk keseluruhan kawasannya, iaitu tiket paling mahal.

Akhirnye aku pilih beli basic tiket je dengan harga RMB 30..

Tapi tak de map!!Camane nak jalan ni??Kompleks Summer Palace ni besar tauuu..Kalau jalan tanpa arah dalam kawasan ni , memang silap besar la..kalau tak jumpa jalan pulang, boleh bermalam dalam kawasan ni.

Nak tak nak aku beli le map summer palace ni dengan harga RMB10..

Summer Palace

Summer Palace ni ade 4 main entrance iaitu East Gate, West Gate, South Gate & North Gate.

North Gate

Sebenarnya kalau setakat nak dapat view stunning dari Kunming Lake, boleh turun di Xiyuan Station dan masuk melalui East Gate.

Macam aku, masuk melalui North gate, jadi awal-awal lagi dah kene mendaki naik ke Summer Palace. Kalau aku tau, aku turun kat Xiyuan Station sebab aku bukannya nak masuk sangat ke Summer Palace pun. Konsep aku berjalan, sekadar ambil gamba/ check in dari jauh pun dah cukup. Tak perlu nak beria mendaki dan ambil feel lama-lama di seseuatu tempat tu.

Lagi-lagi dalam keadaan sekarang, tenaga kaki aku kene jimat, ade 2 bandar besar lagi yang aku nak tempuh.

Tapi sebab dah duduk kat entrance North Gate ni, nak tak nak kene cross jugak la Summer Palace hingga ke East gate.

Dah alang-alang sampai sini, meh le kite belajar sejarah sikit.

Meh aku ceritakan sikit pasal Summer Palace ni..

Kalau korang dah biasa dengan sejarah china ni, mesti dah biasa dengan pemerintahan dinasti-dinasti.. 

7Tak biasa?Tak tau?Ke Dah lupa??

Sebab aku baik hati, meh aku ceritakan sikit. Bukan ape, basic kene tau, beb..takde le pengembaraan korang nanti kosong je..

Pemerintahan sistem beraja dalam sejarah China ni dah lama, sejak 2000BC lagi..Masa tu zaman pembinaan piramid lagi..Tapi piramid dekat Mesir, tapi ni di China.

Waktu tu, kerajaan China yang ada walaupun kecik, tapi banyak pecahannya..

Antara tahun 2000BCE hingga 256BCE, ade 3 Dinasti pemerintahan maharaja. Hinggalah pada tahun 221BC datang seorang maharaja yang boleh dikatakan gila dalam sejarah China iaitu Mahajara Shih Huang Ti. Dia le yang menyatukan kesemua jajahan China dan mewujudkan pemerintahan Dinasti Qin. Pada zaman Dinasti Qin ni la bermulanya era keagungan pemerintahan sistem maharaja di China. Mahajara ni jugak la memulakan pembinaan tembok china yang seterusnya disambung pembinaannya oleh maharaja seterusnya.

Selepas Dinasti Qin musnah (206BCE) hingga la ke zaman moden (1911), ada lebih kurang 10-15 pemerintahan dinasti. Kenapa tak dapat jumlah sebenarnya?

Sebab dalam tempoh tu banyak siri peperangan berlaku dan banyak pecahan kawasan pentadbiran maharaja. Sebab tu wujudnya macam-macam dinasti.

Sebagai contoh, antara tahun 907-1279 ade banyak pecahan tanah jajahan berlaku. Waktu tu sahaja ade 8 dinasti pentadbiran.

Pening la korang nak paham..Aku pun lagi pening nak explain kat korang..
Nah, aku tempek je senarai dinasti yang ade dekat wiki.

Senarai Dinasti China 

Berbalik pada Summer Palace ni, ia mula  dibina pada zama Dinasti Jin pada tahun 1122, pada waktu itu pusat pemerintahan baru bertukar ke Beijing. Tapi pada waktu itu nama tempat ini ialah Wang Hill Palace.

Kemudian hinggalah masuk pemerintahan Dinasti Qing pada tahun 1752, Qianlong Emperor bina istana ni untuk hadiahkan pada bonda dia iaitu Empress Dowager Chongqing.

Zaman berlalu, hingga di akhir zaman Dinasti Qing, Summer Palace dijadikan tempat persinggahan kaum kerabat diraja untuk aktiviti keraian, pementasan opera dan macam-macam lagi. Pada tahun 1888, ia secara rasminya menjadi Summer Palace di bawah Empress Dowager Cixi.

Cerita pasal Empress Dowager Cixi ni pun best jugak kalau baca. Dia mula-mulanya seorang gundik, tapi lama-kelamaan die makin menjadi kesayangan raja dan berjaya melahirkan pewaris/bakal Maharaja. So lepas Maharaja a.k.a suami die mangkat, dilantik dua orang maharani dilantik iaitu Cixi dan isteri pertama Maharaja tu. Kemudian, Cixi dikatakan racun isteri pertama maharaja tu dan kemudian Cixi berkuasa dalam pemerintahan China. Maharaja China yang dilantik pun sekadar boneka je sebab dalam hal pentadbiran, Maharani lebih berkuasa.

Hinggalah pada tahun 1908 Cixi mati, maka dia adalah Maharani terakhir dalam sejarah China.
Kemudian Maharaja yang dilantik pula budak lagi, tak kuat dan kurang berkuasa. Disebabkan zaman tu adalah zaman penjajahan Mat Salleh dan Jepun, maka sistem beraja China musnah hinggalah sekarang.

Aku suka baca sejarah China ni dari dulu..lagi-lagi cerita pasal gundik.Bukan sebab cita-cita aku nak jadi gundik,tau..tapi sebab memang cerita gundik ni memang best.

Okey, dah!!Sampai sini je cerita sejarah. Moh le kita berjalan-jalan dalam Summer Palace ni..

Dah masuk main gate, kita akan jumpa Suzhou Street dulu. Suzhou ni adalah nama tempat yang mana kedudukannya dekat dengan Shanghai nunn..

Jadi apasal Suzhou Street ade dalam Summer Palace plak?

Moh le aku cerita sikit..

Suzhou street belah kiri
Suzhou street belah kanan.

Ceritanya bermula..

Dikatakan maharaja telah pergi ke ke sebuah temple di Suzhou dan di sana dia terjumpa seorang nun yang cantik. Kalau boleh dia nak bawak balik nun tu jadikan gundik, tapi tak boleh la sebab nun dah kira tok sami, so tak boleh diusik.

Jadi maharaja buatkan sebuah temple di Beijing dan kemudian nun tu pun ikut la duduk di temple tu.
Maharaja tu selalu la jumpa nun tu bila die ke temple.

Satu hari die tengok nun tu asyik bersedih,lalu bertanyalah Maharaja.

"Kenapa nun sedih?"

"Nun teringatkan kampung halaman nunnnn di Suzhou."

"Ohh..kalau bergitu, nun toksah risau..Nanti abang settlekan.."

Dan tidak beberapa lama kemudian..

"Taraaaa...surprise!!!"

Suzhou Street dah ada depan mata nun tu.. Siap dengan peniaga-peniaga & pedagang yang diimport dari Suzhou untuk nampakkan soul of Suzhou..

Maka itulah ceritanya camane Suzhou street boleh wujud dalam kawasan Summer Palace ni.

Aku malas nak turun berjalan di kawasan Suzhou Street ni, cukup le sekadar bergambar kat atas jambatan.

Structure kat belakang tu digelar Paifang. 

Kemudian, jalan lagi Wanshou (Longevity) Hill. Kalau dah nama hill, tu jawabnye kene mendaki laa..Terpongeh lah lagi kita..

Bila dah sampai Hall of Buddhist, kami rehat kejap sambil makan biskut. Makan sambil merenung anak tangga, nak panjat lagi ke tak?

Aku tengok main spot Summer Palace (The Tower of Buddhist Incense) tu jauh lagi nak kene mendaki, so kami buat keputusan patah balik..Aku fikir, takpe lah,kalau sampai pun bukannye aku nak masuk.Cuma nak ambil gambar dari luar je.

Wanshou (Longevity) Hill

Dataran, view dari atas.

Hall of Buddhist Tenets

Mendaki..

Merenung ke atas..nak naik ke tak?

Bile dah turun, aku tak tau nak ke kiri or kanan. Main jalan je takde arah walaupun map ade kat tangan. Dah jauh berjalan, kami tengok ade service boat untuk cross Kunming Lake.

Mendaki le jugokk
Ade gerai jual air
Pathway yang redup sejuk mata memandang
Ini ialah tandas

Akhirnya kami sampai di tepi tasik, tengok ramai orang dok naik boat..Kami hampiri budak lelaki promoter boat ni, tanye die boat ni nak pergi mane..So die tunjuk kat map yang kami ade tu boat akan menyeberang ke other side tasik..

Aku pikir, kalau dari tasik, boleh la tengok Tower of Buddhist Incense, so jimat le masa..Jadi kami ambik keputusan naik boat je. Melayang RMB60..

Lai..lai..naik boat.

Laluan boat.

Tapi...

Bile dok atas boat, aku tak nampak ape kecuali kabus..

Argghhh..stress mak gini tauuu...

Sumpahh!!Kalau aku kate tak nampak, memang tak nampak ape..Jadi, view Tower of Buddhist Incense tu aku tak dapat snap la..

Memang frust betul aku dibuatnya...

Dalam keadaan terpaksa, aku pasrah je la..
Nampak tak cinonet atas bukit tu?itu le main towerof Buddisht Incense. 

Ini pun dah puas aku edit nak kasi hilang kabus tu.

See..?? Memang tak nampak ape.

Akhirnya boat berlabuh dekat dengan Seventeen-Arch Bridge. Jambatan ni le yang menghubungkan Kunming Lake dengan Nanhu Island.

 Spacious Pavillion. Di sini le boat akan mendarat.
 Seventeen Arch Bridge.
Rakyat marhain yang menyeberang jambatan. 

Kat sini, lagi le aku terkejut dengan keramaian rakyatnya melancong cuti-cuti China.

Penuh dengan agent die yang bawak group pelancong yang kebanyakkannya warga mas.

Tourist foreigner pun tenggelam, aku tak nampak.

Dan kami berjalan lagi menuju ke East Gate yang mana aku kene tempuh Hall of Benevolence and Longevity.
 Hall of Benevolence and Longevity.

Aku tempek map Summer Palace. Source dari travelchinaguide.



Dan akhirnya sampai jugak aku ke Exit.

Akhirnye aku berjaya jejakkan kaki ke salah satu UNESCO Site di China.


Fuh!!Penatnya berjalan..

Dah keluar tu, mencari pulak jalan ke Xiyuan Station yang mana jauh jugak kalau berjalan kaki. Tapi sebab ramai orang dan walkway dia pun luas, landskap pun cantik, jadi tak terasa sangat jauhnya..
On The way to Xiyuan Station 

Terjumpa ade satu part tu design kawasan fasad bangunan & landskap kat sini sini memang cantik dan high class..siap ade patung-patung lagi.

Daan akhirnya masuk ke subway, destinasi kami seterusnya ialah Beijing Olympic Stadium.

Bersambung..

Tuesday, February 3, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xi'an-Chengdu] : Day 1 [KL-Beijing]

Bismillahirrahmanirahimm...

Berdebau aku nak nak buat entry travelog China ni..Sebab aku risau akan terbengkalai dek virus malas. Sebelum ni style aku , draft je dulu, baru post.. Tapi untuk travelog ni, aku malas nak buat draft..siap je terus post.

Lagi satu, mase nak siapkan entry Jepun dulu memang aku semangat nak sharing kat orang berbanding dengan China. Bukan sebab China tak best, tapi sebab Jepun terlalu best.hahahah

*mati la pening nak paham.

So harap faham le kalau travelog China ni tergantung. Time tu, feel free to email me, kejutkan aku untuk siapkan travelog ni.

Lagi satu yang buat aku pening, puas aku dok pikir ape tajuk yang sesuai untuk trip ke China ni.

Mula-mula nak gunakan title Pengembaraan Doremon dan Sizuka (my travel partner, Eiza), tapi macam tak lengkap pulak takde nama Nobita.

Akhirnya title Amazing China dipilih sebab bagi aku, China memang selayaknya terima tagline tu.

Sebenarnye, trip ke China sepatutnya adalah bertiga, tapi saat akhir, jadile berdua.

Macam biasa, nama Nobita mesti nak menyelit sekali dalam cerita aku. Mula-mula adik aku, a.k.a Nobita ikut sekali dalam trip ni. Tiket flight pergi balik pun dah beli, Tapi tiba-tiba die taknak pergi sebab sistem kewangan die tengah bergolak.

Jadi, aku tak boleh nak paksa dia sebab kalau aku paksa jugak, means aku kene support die punye budget. Aku punye budget pun semput, apetah lagi nak support si Nobita,iye dokk..

Jadi, aku buat kesimpulan yang hobi si Nobita ni ialah burn tiket flight.

Ini bukan pertama kali die burn tiket. First time mase trip famili kami ke Padang, second time masa trip aku ke Bandung. Dan trip ke China  ialah kali ketiga.

Padahal mase beli tiket flight ke Beijing, aku tak offer die pun,die yang beria nak ikut sebab dengar aku nak shoot terus sampai ke Chengdu.

Tuptap, die mengalah di tengah jalan pulak.

Dah!!

Doraemon dah malas nak bebel kat Nobita. Baik aku fokus nak siapkan entry travelog Beijing-Xian-Chengdu ni..

Okey, mane nak mula ni??

Aku dah ceritakan serba sedikit ape persiapan aku sebelum ke China. Korang boleh baca kat entry budget travel, aku dah inform serba sedikit persiapan aku.

Antara yang utama ialah tiket train dari Beijing-Xian, dan Xian-Chengdu.Untuk beli tiket train ni, aku guna khidmat agent untuk uruskan tiket beli tiket train dan diorang akan hantar tiket tu ke hotel.

Selain dari tu, hotel pun aku dah book awal-awal di Agoda. Cuma hotel di Chengdu je aku book by email sebab hotel Traffic Inn baru je pindah lokasi. So diorang belum update lagi dalam agoda/booking/hostelworld,etc..

HARI KEJADIAN

Kita terus lompat ke hari kejadian, hari untuk bertolak ke Beijing.

Kebetulan, adik lelaki aku dah berpindah rumah dekat dengan TBS, so senang le keje aku. Aku mintak die drop kat TBS je. Dari TBS, aku amik tiket shuttle bus ke KLIA2 dengan harga RM9. Bas ni ada 2 jam sekali, so kalau dah terlepas waktu die dan nak cepat, better naik ERL je..

Nasib baik aku tak terkejar masa, so boleh la amik bas ni jam 2 ptg biarpun flight jam 7 mlm.

Sampai di KLIA2, aku solat dulu. Sementara nak tunggu Eiza, aku jalan-jalan dulu dalam KLIA2.

Sebenarnya aku ade misi kenapa datang awal ke sini.

*Flashback sikit sebulan sebelum kejadian.

Sebulan sebelum, aku dah beli satu sports camera jenama RD990..dah lama aku berkenan dengan camera ala go pro ni, tapi sebab aku kurang kegunaan, jadi aku hold dulu.

Bile dah dekat dengan date untuk travel ni, aku terniat nak guna sports cam. Sebab utamanya ialah camera ni wide lens yang boleh cover 170°. Selain dari tu, aku tengok variety show korea, contohnye Friends Over Flower yang mane VJ & member program tu guna gopro je untuk shoot mane diorang pergi melawat..mula dari atas flight,atas train, bas, dalam bilik semuanya diorang guna Go pro..

Jadi aku rase camera ni senang nak handle sebab die kecik. Jadi aku dah niat malas nak bawak DSLR yang berat gedabak tu.

Nak dijadikan cerita, aku beli sportscam tu online dengan seller yang boleh dapatkan stock direct dari China.

Bile camera dah sampai, aku belajar cara nak guna camera kecik ni..memang aku puas hati la..

Bila masuk minggu aku nak bertolak ke China, tibe-tibe aku sibuk gile minggu tu. Dengan kerja ofis yang nak kene siapkan, aku kene outstation ke JB, mak ayah aku pulak datang dari Kelantan then ajak bercuti di hotel kat Bangi sebab ayah aku ngigau nak duduk hotel biarpun rumah anak die dekat je.

Time aku sibuk tu jugak la camera yang aku baru beli aku tu rosak tak tau sebab ape. Terus punah harapan aku nak bercanda posing dengan camera baru. Frust toksah cakap la..dah contact seller, lambat pulak die punya feedback.

Macam biasa la,seller ni bile time nak beli,baik punye promote, bile rosak lambat la die punye service. Bila aku dah sampai China, baru la die dok bagi solution mintak aku post balik camera kat die,untuk die post balik ke agent die di China.

Nak dijadikan cerita,sebab aku frust sangat dengan sportcam yang baru beli tu tak boleh pakai, mase kat KLIA2 aku dah beli lagi satu sportcam brand RedBuffallo..

Pejam mata je aku swep kad plastik..nak tak nak aku pasrah je la awal-awal dah kene keluarkan duit. Tapi nak buat camane, takkan aku nak hadap guna camera hp je..

Jadi, bila nak bertolak ko baru nak beli gadget, bende ni perlu dielakkan. Sebabnye boleh kacau mood nak bercuti.

Jadi sepanjang kat airport hingga dalam flight,aku dok godek cara nak guna & setting..

Nasib la si Eiza pandai bawak diri dok sebelah aku..kami tak banyak sembang pun..die tidur, aku dok belek camera.


KLIA 2. First time aku guna KLIA 2 after LCCT.

Haa..sebelum aku cerita lebih jauh, aku nak cerita kat korang yang aku dengan Eiza ni jenis skima bangang bile dok berdua. Kami takde le nak bercakap, gurau kasar walaupun dah lama jadi BFF..Kami berdua jenis professional, cakap pun formal, gurau pun sopan. Kalau ade masalah pun, cepat cari solution..takde nye nak bertekak tegang urat. Tapi kalau datang si Ecah(sorang lagi travel buddies aku), time tu baru group kami jadi riuh.

Kenalkan, travelmate aku kali ni, Eiza. Abaikan tarikh kat gambar tu sebab snap gambar ni mase kat airport, belum ubah setting camera baru.

Jadi plot travel kali ni takde le bangang macam aku dengan Nobita. Disebabkan Nobita tu adik aku, so aku ngan die memang takde berlapik kalau bercakap. Bertekak pun ikut suka hati nak cakap, aku kutuk die, die kutuk aku adalah benda normal.

So, bile dok atas flight, aku say sorry to Eiza sebab tak sempat nak berborak dengan die sebabnye keje aku asyik dok belek camera baru je.

Die cakap, "Takpe..kite kan ade mase 9 hari lagi kalau nak borak. Banyak masa lagi kalau nak borak.."

Tengok!!Topik borak pun kami boleh simpan tauuu..

Sekali lagi aku say sorry kat Eiza sebab aku tak sempat nak study lebih pasal transport kat Beijing,Xian, Chengdu nanti.

Dan die jawab, "Takpe..nanti kite tolong Pja, kte kan sama-sama townplanner, so hal mapping & cari jalan naik public transport kite settle same-same laa.."

Tengok!!!Beza dengan si Nobita. Kalau Nobita, aku cakap camtu, mesti dah pucat muka die.

*Mati la bangga budak tu kalau aku asyik selit nama die je kat sini.

Ok, Next!!!

Flight kami bertolak jam 7.00 mlm dan sampai di Beijing Airport jam 12.30mlm.

Hai Pak Nassir!!Jumpa lagi kite.

Dah lepas immigration, amik luggage kami terus keluar..mase on the way keluar dari arrival hall tu ade orang dok jual simcard.

Kami pun riki-riki la kot nak terbeli simcard tu sebab aku rase aku memerlukan 3G kat china ni since aku kurang preparation dari segi map and others info..

Ada banyak pakej, untuk buat call sahaja ade, untuk 3G data sahaja pun ade.

Aku nak beli pakej 3G sahaja : 300RMB untuk 6GB, boleh guna sampai 90hari.

Kami dah keluarkan duit nak bayar, minah tu dah keluarkan simcard nak patahkan.

Sekali ade segerombolan pelancong makcik-makcik cina datang kerumun kaunter tu. Jadi minah tu tibe-tiba busy..

Mase tu aku tanye Eiza,

"300RMB berapa ringgit,eh?"

Aku tibe-tibe blur sebab dok terbayang currency Thai yang mana kalau Thai Bath, aku kene tolak kosong kat belakang jadi otak aku fikir RM30. Tapi skarang currency China kan..

"Kalau China kene bahagi 2.."

"Jadi...harga die lebih kurang RM150 le kan?"

Kami telan air liur..

Aku tengok minah tu, die macam dah pening sebab tibe-tibe customer ramai gile..

Slow slow kami undur, terus cabut!!

Takde maknenye aku keluarkan duit banyak tu semata-mata nak beli internet data.

Hakhak..kesian minah tu..

Jadi kami keluar..ramai agent yang menunggu customer diorang..tapi kami jalan senonong umpama dah expert..

Aku rilek tak terkejar sebab memang dah plan nak tidur kat airport malam ni.

Tapi aku tak study kat mane area strategik untuk port tidur. Yang aku tau Bejing Airport ni ade 3 terminal..kami mendarat die terminal 2 .aku dah confuse mana satu airport yang besar, sama ada terminal 2 atau 3..

Kalau nak lagi selesa baik kite pergi terminal yang besar, tapi sekali lagi aku confius sama ada terminal 2 ni kategori besar or kecik..

Kami keluar dari airport, tengok ade shuttle bus untuk ke terminal 3..Aku dapat agak yang terminal 3 lagi besar,tapi aku teragak-agak nak naik.

Camane kalau dah sampai sane, terminal 3 lagi kecik?

Camane kalau kat terminal sane lagi strict tak boleh tidur kat airport?

Aku try tanye orang-orang teksi & bas kat situ, tapi communication breakdown!

Akhirnye kami amik keputusan tidur kat terminal 2 je..

Ape yang tak bestnye kat sini?

Sebab antara seat die ade handle..memang masak buntut kami kene tidur duduk..

Haisyhh..kalau budak-budak boleh la tidur baring masuk badan celah handle tu, tapi badan aku tak muat!

Jadi la malam tu dah habis posing kami  tidur..bukan kami je terseksa, aku tengok orang lain pun terseksa!

Tak friendly user langsung airport Beijing ni.

Airport Beijing

Ada satu time tu, aku dah nak terlelap dah, tapi mata terasa nak tengok jam pukul berapa, so aku bukak mata..

Tapi tau ape yang aku nampak?

Ade sorang mak cik ni berlari dukung anak die yang dah bukak seluar pergi ke arah recycle bin. Dah sampai situ, die kangkangkan anak die untuk kencing atas recycle bin tu bahagian 'others'..

Arghh..siot!!

Pandai pulak tu ko kangkangkan bahagian Others, apasal tak letak kat Paper ke,Bottle ke..

Minda aku baru kosong nak terlelap, bila tengok aktiviti camtu terus kotor tau tak?

Akhirnye dekat jam 2.30 pagi jugak aku tidor kat seat tu..setiap jam aku tersedar,akhirnye dah jam 5.30 pg aku bangun nak pi toilet dan bersiap ape yang patut.

 Sorry Eiza, kene upload gamba yang tengah serabai ni jugak.Sebab dah takde gambar lain dah.haha

Airport Beijing yang penuh orang tidur..Ada dua-tiga buah sofa je, tapi dah penuh dengan orang dah baring. So terpaksa le aku ambik port kerusi yang ada handle.

Jam 6.30 pagi train airport express dah mula operasi..so kami pergi level bawah skali di terminal 2 untuk beli tiket..

Takyah pening, follow je signboard airport express then follow je orang yang nak naik train. Beli tiket pun di kaunter, tak payah guna machine.

First destination kami pagi ni ialah nak ke hotel dulu letak mak tapir di belakang ni..

Kalau nak naik Airport Express Train, turun level B2.

Bersambung....