Monday, March 31, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 4 [Part 1] ; Osaka [Osaka Castle]

Dambungan dari Day 3 [Part 3] ; Tokyo [TMG Building]

Selamat pagi..

Waktu aku siapkan draft entry ni, aku baru je beli tiket ke Beijing. So mood aku sekarang ni dah melayang ke Beijing..

Kene panggil mood Jepun balik nih..

meh sini..meh sini...mood Jepun!! Aku nak bercerita panjang ni..

Pagi hari ke 4 ni aku lewatkan sikit waktu bangun pagi sebab aku perlu cukup rehat.

Lagipun itinerary hari ni aku cuma plan untuk round-round sekitar Osaka so tak perlu nak terkejar-kejar ambil shinkansen awal pagi.

Tapi walaupun plan nak keluar lewat, tetap keluar dari hotel jam 6.30 pagi berjalan ke Shin Osaka.

Misi kami awal pagi ni nak beli Osaka Unlimited Pass yang valid untuk sehari dengan kos ¥2000.

*Osaka Free Pass ada juga untuk 2 hari yang mana kosnya ¥2700.

Pass ni valid untuk kegunaan subway dalam Osaka (tapi tak termasuk JR train), serta termasuk tiket-tiket masuk pusat tumpuan utama di osaka seperti Osaka Castle, Umeda Sky Building, Tempozan Wheels dan banyak lagi tempat menarik. Selain dari tu, ada juga diskaun untuk certain tempat seperti Universal Studio & Kaiyukan Aquarium dan jugak restoran-restoran dalam Osaka.

Tapi masa aku datang ni, aku tak boleh naik Tempozan Wheels sebab ditutup untuk maintainance. Sebenarnya aku dah sedia maklum yang time aku datang ni peak winter, angin kuat.Sebab tu le tutup.

Frust!!

Aku sampai di Shin Osaka lebih kurang 7pagi, terus melilau cari Tourist Information Centre untuk beli Osaka Fee Pass. Tapi tak jumpa..Cari TIC pub dah buat aku penat. 

Akhirnya aku ambil keputusan nak beli pass ni dekat Osaka Station je sebab aku dah buang masa melilau dalam Shin Osaka Station hampir setengah jam.

Nak naik JR train ke Osaka Station ni pulak satu hal, penat aku dok memusing cari track. Selama 3 hari duduk di Osaka, aku cuma jadikan Osaka ni pusat persinggahan je. Shin-Osaka ni pulak aku cuma tahu guna track shinkansen je.

Tu pasal le nak naik JR train kat Osaka ni boikot aku kot sebab aku asyik dok pandang shinkansen je...huhu..

Dah sampai Osaka Station, sekali lagi melilau cari TIC. Ke kiri,ke kanan, ke depan...akhirnya aku lost jugak. 

Time ni aku dah start stress sebab kaki aku dah sakit..Belum lagi start berjalan, tapi die dah mula tunjuk belang..

Akhirnya setelah penat berpusing, baru lah jumpa Tourist Information Centre ni. Aku pun tak tau kenapa luck aku pagi tu kurang menyengat, padahal TIC ni senang je nak cari. Tapi kalau cari sambil stress tu yang tak jumpa agaknya.

Lepas beli Osaka Unlimited Pass tu, barulah mission yang sebenarnya bermula. 
Ini le tiket Osaka Unlimited Pass
Selain tu jugak kita akan dapat guidebook dan kupon tiket free & kupon discount untuk masuk ke tempat-tempat menarik di Osaka.

Kalau ikutkan jadual aku hari ni pack dengan semua tempat di Osaka. Aku kene cover semua attraction place di Osaka in one day!!

Tapi sebab aku dah buang masa dok mencari TIC plus dengan kaki aku dah start berdenyut,so plan terpaksa ubah sikit.

Osaka Castle-Umeda Sky Building-USJ-Tempozan Ferris Wheel-Sumiyoshi Shrine-Shinsekai Market-Dotonbori.

Yes!!!Aku tau yang aku tak sempat nak cover semua, tapi aku skip mana yang tak penting.

Dah dapat Osaka Unlimited Pass tu baru le aku terfikir, kenapa la aku tak beli semalam atau hari sebelum ni. Jadi pagi ni aku cuma aktifkan je..huhu..

Dah dapat pass ni, kite mulakan langkah.

First, kite akan ke Osaka Castle.

Nak ke Osaka Castle ni perlu naik train JR Osaka Loop Line di Osaka Station ke Osakajakoen Station.

Awal-awal pagi dah terpaksa guna lift untuk turun naik ke track menunggu train. 

Untuk pengetahuan korang, kat Jepun ni lift di train station disediakan khas untuk OKU, warga emas dan parents yang bawak stroller baby. Walaupun sama je dengan LRT KL, tapi kat Jepun ni memang betul- betul orang gunakan lift hanya golongan tersebut sahaja.

Orang-orang yang segar bugar takkan gunakan lift. Jadi bila orang anggun macam kami ni guna lift, jatuh le maruah.

Tapi terpaksa guna juga lift tu sebab adik aku ada masalah besar bila nak turun tangga.

Dari Osakajakoen St. ke Osaka Castle ni pun satu hal jugak perlu menapak!!

Ada le dekat 1km!!

Tasik yang mengelilingi Osaka Castle
togel..

Tapi takpe la, kita jalan slow-slow..

Sepanjang jalan ke Osaka Castle, perlu melalui Osaka Park yang teramatlah besar. Kalau spring, mesti cantik gile tempat ni dengan sakura.Tapi sebab aku datang winter, semua pokok togel.

Sini aku nampak ramai orang Jepun yang jogging dengan attire umpama musim panas.Diorang just pakai tracksuite & tshirt je. Oii..korang ni tak sejuk ke?

Tak cukup dengan tu, ade lagi segerombolan budak-budak sekolah rendah yang just pakai seluar track merah +tshirt putih duduk berkumpul. Aku tunggu jugak ape aktiviti diorang kat situ.

Korang tau ape??
Gigil..

Lumba lari!!

Aku nampak budak-budak tu duduk sambil menggigil kesian sangat. Sahkan aku pakai baju 4 lapis ni pun dok menggigil, apatah lagi diorang pakai one piece.

Tapi bile tibe masa budak-budak tu berlari, wahh..semua macam palesit!!

Barulah aku faham kenapa diorang ni semua jalan laju. Sebab dari kecik lagi diorang dah create aktiviti untuk budak sekolah lari marathon time winter dengan one piece.

Cuba kalau buat practice ni kat Malaysia,nescaya kejap je cikgu tu kene saman masuk paper depan sebab dera anak-anak kecik tu berjemur bawah suhu 2 degree.Kann???

Tapi itulah realitinya di Jepun, generasi budak-budak dah dilatih sejak dari kecik untuk jadi generasi cergas di masa depan.
ke tepi..ke tepi..
Misi kami untuk lawan Usain Bolt

Akhirnya sampai jugak di Osaka Castle..


Osaka Castle

Dibina pada tahun 1583 oleh Toyoyomi Hideyoshi pada zaman Sengoku.

Ada banyak castle dalam Jepun, boleh dikatakan setiap satu wilayah akan ada castle. Di Osaka, Himeji, Hiroshima, Hikone dan banyak tempat lagi di serata Jepun.

Tapi castle yang biasanya jadi tumpuan pelancong luar ialah Osaka Castle (sebab Kansai area memang jadi tumpuan pelancong). 

Selain dari tu, ada lagi satu castle paling femes iaitu Himeji Castle yang merupakan castle paling cantik, paling besar dan satu-satunya castle original yang masih tak pernah musnah. *Kebanyakan castle ni dah dibina/ dibaiki semula setelah musnah akibat kebakaran/peperangan/gempa.

Osaka Castle ni dikelilingi dengan tasik dan dan masuk ke area castle kene melalui gat. Ada lebih kurang 4 gate. Aku masuk sebelah tepi iaitu Aoya Gate.

Kalah nak masuk ikut Osaka Castle Park, kene masuk ikut depan melalui Sakuramon Gate.

Nak masuk ke dalam bangunan Osaka Castle ni kene bayar, tapi kalau ada Osaka Unlimited Pass, tak perlu bayar.

Tapi aku tak masuk, cuma berlegar-legar kat luar je..

Kat luar ni pun ramai group pelancong luar,mula-mula aku ingatkan pelancong Jepun, tapi rupanya ramai China & Korea le..patut le 'gege' lain macam..Kalau group pelancong dari Jepun, behave je diorang tak kira la sama ada muda,tua or budak kecik.

Nah..layan gambar Osaka Castle

Kagum aku tengok hasil binaan orang dulu-dulu buat bangunan camni.



Kat depan Osaka Castle ni, ade gerai jual makanan..

Aku jeling....

Ada sweet potato!!

Teringat aku makan sweet potato kat Hakone smalam di kala suhu membeku ni..

Apa lagik, terus beli..
Oh!!Heaven gile makan bende ni bila die baru keluarkan dari steamer tu..Abaikan kuku wa yang tak cantik.Balik dari Jepun memang teruk jari jemari hasil panahan winter.Baru dok 7 hari dah teruk,camane nak bermastautin kat sini?

Jom keluar dari sini..kita nak naik sky building pulak ni...

Next destination!!!

Bersambung.....

7 comments:

  1. Sama lah.. makan sweet potato yang panas pada waktu sejuk di depan istana osaka :D
    Nanti nak datang lagi sebab tengok blog geng travelholicawesome pergi musim spring hijau jer penuh bebunga huhuu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan, makan potato panas-panas tu..

      komfirm nak datang lagi, kali ni pegi time sakura pulak..kita cuba berkelah bawah pokok...hihi

      Delete
  2. Waaa bestnyaa..tp memang la kan org jepun ni disiplin skit. Cuba tgk kat mesia..dh terpampang koc perempuan ade jugak laki yg degil dok terselit kt ctu. Hehe

    Nway, jemput ke blog perempuankampungmoden.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh beza attitude orang M'sia dengan Jepun bila naik train..

      eh..tq for visit...nanti saye jengah sane ye..

      Delete
  3. Making bersemangat akak nak g Jepun ni...tgah tggu ticket murah AA ni. Selalu terlepas promo..hu..hu..
    Baca blog ni , susah jugak nak ingatkan nama2 stesen n tmpt2 yg menarik tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli sekarang jepun return tiket rm560 jerrrr tapi tahun depan la 2016 punya.

      Delete
  4. Skrg dh pgl osaka amazing pass dan hrga 2days ialah 3ribu yen...
    huhuhu... skrg ni apa pun mahal

    ReplyDelete