Showing posts with label Osaka. Show all posts
Showing posts with label Osaka. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 4 [Part 4] ; Osaka [Don Qui Jote]

Sambungan dari Day 4 [Part 3] ; Osaka [Tempozan Ferris Wheel & Dotombori]

Si Nobita dok berkeras suruh aku cepat dari berlegar-legar kat Dotonbori ni.
"Bila nak masuk Don Qui Jote ni??"

Aku buat pekak je..

Aku berenti lama depan kedai takoyaki ni sebab ramai orang berebut nak beli. Aku ajak Nobita masuk lepak makan, dengan muka toya die cakap, "Kan tadi baru makan takoyaki?"

Huh..sedih...

Mr. Octopus..


Sudah laa..akhirnya aku pun dah tak boleh nak exited sorang-sorang kat sini..Nak shopping pun tak tau nak beli ape, nak makan pun tak berani nak masuk restoran..

Sebab suhu pun makin sejuk, aku ajak le Nobita masuk Don Qui Jote...

Nobita keriangan....

Ape ade kat Don Qui Jote ni sampaikan si Nobita beria-ia nak masuk?

Aku pulak yang naik rimas bila Nobita asyik sebut nak shopping kat Don Qui Jote..Menyesal pulak aku cerita kat dia pasal kedai ni..

Don Qui Jote di Dotonbori.

Kalau nak tau, kedai ni la tempat jualnya barang-barang mak nenek dari ubat gigi hingga ke handbag jenama LV!!

Don Qui Jote ada banyak cawangan di Jepun ni, tapi di Osaka, cawangan le yang paling famous dan ianya dibuka 24jam.

Kalau nak cari kedai ni, tak perlu gigih baca tulisan Jepun, tapi cuma perlu ingat anak patung itik biru dengan pakcik gemuk je sebab ianya adalah icon Don Qui Jote.

Harga barang-barangnya pun boleh dikatakan berpatutan kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai lain di Jepun ni.

Kedai ni ada lebih kurang 7-8 tingkat semuanya.
Setiap floor diasingkan ikut jenis keperluan. Ground floor jual segala jenis snack jepun.

Ada floor untuk pakaian perempuan, floor pakaian lelaki, barang dapur, beg & kasut..dan banyak lagi..Manakala floor atas sekali untuk branded item.

Luggage..Aku hampir beli luggage kat sini sebab aku suka tengok minah-minah Jepun bawak luggage ni sambil berlari.Pastu corak die fancy & stylo pulak tu..

Kami naik setiap floor nak tengok barang-barang yang dijual walaupun dengan terhinjut-hinjut...dah sampai level 6, baru tau kedai ni provide escalator..

Lorr..penat tau naik tangga..

Akhirnya sampai le kami level paling atas yang mana kat sini le jual barang-barang jenama..

Aku survey jugak Baby G & G-shock, tapi kenapa ntah mood shopping takde sebab aku menahan sakit kaki.




Kemudian mata aku terarah pada handbag...

Tibe-tibe berubah jadik Fazura & Maya Karin kejap.

Oh My Gucci!!Oh My Prada!!Oh My LV!!Oh My Coach!!Oh My Channel!!

Semua ni Ori ke???

Bile tilik harganya, memang betul macam ori.

Dan aku pernah dengar yang orang Jepun tak main barang imi,beb!!!

Akhirnya aku terima hakikat yang ianya original...

LV!!
Prada!!
Coach!!

Jalan lagi, jumpa section LV  secondhand..Tapi aku cuma mampu telan air liur je la tengok harga tu.

Jalan lagi, tenampak section Tiffany & co, Swarovski...

OMG!! Ko letak cam gitu je??

Ni yang aku nak buat tabik spring dengan Jepun ni.

Dah habis ternganga tengok barang-barang high class ni, kami keluar dari Don Qui Jote.

Tau ape yang kami beli??

Cuma beli Kit Kat je...Punye bersemangat nak masuk shopping, Kit Kat jugak yang dibeli...

Harga KitKat kat sini tak salah aku dalam Y840 sekampit dan aku amik macam-macam perisa. Ada cinnamon tea, green tea, strawberry, coffee...Aku cari perisa wasabi, tapi de le pulak...

Dah keluar dari Don Qui Jote, kami perlu cari kerusi nak duduk sebab kaki dah sakit sangat dah ni..

Aku ajak masuk kedai makan kat sebelah, adik aku tak berani. Akhirnya aku buat keputusan lepak depan Don Qui Jote, tepi sungai untuk rehatkan kaki kami yang makin sakit.

Depan Don Qui Jote ni ada jety untuk naik river cruise yang akan lalu sepanjang sungai di Dotonbori area ni.
Disebabkan Osaka Unlimited Pass tu pun termasuk dengan  tiket free untuk naik river cruise, so kami decide untuk naik cruise ni.

Hampir 20 minit menunggu dalam sejuk beku tu, sampai le river cruise ni..Masa nak naik pekerja dia agihkan selimut..Fuhh..legaa...Terima kasih le kerana memahani ksejukan ini...

Naik river cruise ni, sebenarnya nak hilangkan lenguh kaki je sebab kami nak duduk tapi waktu ni le kaki kami makin sakit sebab bila duduk kat luar dengan suhu sejuk, aku rasa urat betis aku makin frozen.....arrggh..tak tahann..

River cruise yang kami naik. Tapi gambar ni waktu petang sebelum kami masuk Don Qui Jote.
Duduk atas river cruise, dapat le tengok kemeriahan signboard area sini.




Habis pusing area sini, kami berjalan balik ke station melalui kedai-kedai pakaian..

Maka, di sinilah aku sempat sambar 2 helai winter coat dengan harga Y2900 (RM92)..kire murah la tu kalau nak dibandingkan dengan Malaysia yang iklim khatulistiwa ni..

Nak balik ke hotel, kali ni kami tak perlu nak transit kat mana-mana station since naik Midosuji Line dan akan berhenti terus di station Nishinakajima, dekat dengan hotel kami.

Dah sampai bilik, berendam dalam bath tub dengan air panas, terus lega urat-urat kaki aku...memang terasa nikmatnya. Baru le aku tau kenapa orang Jepun suka berendam dalam Onsen..aku dah dapat 'feel' die walaupun aku cuma berendam dalam bath tub je..hikhik..

Lepas tu baru le makan maggi dan kemudian buat stretching, tampal koyok, sapu minyak gamat & yoko-yoko...Lepas tu baru le dapat tidur..

Terapi perlu dibuat sebelum tidur supaya esok pagi boleh bangun sihat dan walafiat..lagipun esok kita perlu berlu bersaing dengan warga Tokyo yang jalannya laju macam palesit..

Yeah!!Esok kita akan ke Tokyo sekali lagi...

Bersambung....

p/s ; Lepas seminggu balik dari Jepun, tibe-tibe aku dapat whatsapp dari Nobita "Aku tengah tengok gambar kita kat Jepun ni, apasal le mase lepas Don Qui Jote tu kita tak masuk ke restoran takoyaki @ ketam tu dari duduk atas river cruise tu kan??"

Aku speechless....

Wednesday, April 2, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 4 [Part 3] ; Osaka [Tempozan Ferris Wheel & Dotonbori]

Sambungan dari Day 4 [Part 2] ; Osaka [Umeda & Universal Studio]

Keluar dari USJ area, next destination kami ialah ke Tempozan Ferris Wheels.

Kalau ikut map yang diberi dalam Osaka Unlimitedd Pass ni, aku boleh naik ferry di jetty belakang Hotel Universal. 

Jadi dari Universal Station kami keluar ke jalanraya menghala ke Universal Hotel.

Jalan lenggang gile waktu ni..Umpama kami je kat situ.

Berjalan dan terus berjalan..lepas 500m, baru le tau yang kami terlepas simpang...

Arghh...terpaksa patah balik untuk masuk ke simpang tu untuk ke jetty. Dah sampai jetty, baru le tau hari ni no service...

Urghhh..stresss!!

Sadis..


Takde orang..cuma kami berdua je waktu tu..

Ni le satu hal yang tak gemar melancong time winter ni, banyak service tutup.

Terpaksa le kami patah balik ke Universal Station untuk naik train.

Sedih gile time ni. Dah la kaki tengah berdenyut sakit, sejuk lagi, penat lagi..rasa macam baring je tepi jalan kat situ jugak.

Tapi tau ape aku jumpe time nak cari  jetty tu?

Masa tengah jalan kaki tu ade sebuah van datang turunkan 2-3 orang pekerja untuk nak check pavement pejalan kaki kat area situ. 

Pekerja tu check setiap pavement/tutup manhole dengan cara sambil jalan,seret kaki. Bile die jumpa pavement/ penutup manhole yang dah tercongek sikit, terus die ambil tukul dan ketuk hingga rata.. 

Itu le keje die sampai dia puas hati, then naik balik van tu pergi check area lain pulak.

Ternganga kami berdua tengok..

Cam gini ke cara korang kerja, Jepun??

Patutlah aku tengok walkway kat Jepun ni semua rata, takde yang tertanggal, terserpih, terpecah...

Kalau korang nak tau, majoriti orang Jepun ni berjalan naik train dengan bawak beg tarik sambil berlari. 

Aku pun naik heran sebab aku perhatikan, beg tu isi die takde berat mana pun, tapi still nak pakai beg tarik jugak.

Tapi kalau korang mampu heret beg tarik sambil berlari kat walkway tanpa masalah beg terbalik or tersangkut dek pavement tu, mesti korang pun naik isi segala barang mak nenek dalam beg tarik tu kan??

Cuba korang bawak beg tarik tu kat Malaysia, mesti lebih banyak korang nak kene bimbit & betulkan beg dari terbalik kan??

Dah!!

Penat la nak cerita pasal style orang Jepun ni.

Korang pergi sendiri le tengok camane orang die hidup, baru le korang ternganga tengok diorang.

Eh...mana kite tadi?Nak pergi Tempozan Ferris Wheels kan?

Dari Universal Station kene patah balik ke Nishikujo Station then tukar train ke Bentencho St naik subway ke Osakako Station.

Walaupun ferris wheel ni tutup waktu ni dan kami tak dapat naik, tapi tetap gigih ke sini jugak walaupun cukup untuk bergambar je.

Ferris Wheel tutup!!Ada paham??
Korang nampak tak pengawal yang tidur sambil berdiri kat dalam bilik tepi mesin autogate tu. Korang tanye le die direction tiap kali sampai satu-satu station tu. Kesian aku tengok diorang ni takde keje, tapi tercegat jugak kat tepi tu. Keje kene ikhlas,okey....






 Tempozan Ferris Wheel
 Kaiyukan Aquarium

Dah sampai sini, masuk area shopping complex terjumpa food court, kami duduk untuk legakan kaki.

Kebetulan kami duduk depan kedai yang jual takoyaki, aku pun beli sebab cuma makan sweet potato pagi tadi.

Sebelum beli takoyaki tu aku tanye budak yang jual tu, isi die octopus ke?
Tibe-tibe die terus masuk dalam.
Lepas tu die keluar balik dan angguk kepala."Hait...octopus."

Lorr..rupenye die tanye kawan die octopus dalam English kat dalam tu..

Dah dapat takoyaki, sebab tak sabar sangat makan takoyaki original Jepun, aku terus masuk seketul dalam mulut.

Tau ape jadi??

Umpama lahar gunung berapi meletup dalam mulut aku.

Isi takoyaki yang masih panas tu meletup dalam mulut..aku tak boleh buat ape. Nak keluarkan balik dalam mulut tu, depan, kiri, kanan aku family tengah makan..
Nak tak nak aku terpaksa biarkan je lava tu dalam mulut aku...
Hampir 5 minit aku menangis..

Tau ape Nobita buat waktu ni? Die sibuk ambik gamba aku sambil gelak sampai keluar air mata sampaikan orang kiri kanan tengok.

Makkkk!!!Ape le nasib anakmu ni..

Takoyaki yang hampir rosakkan deria rasa aku. Duduk sini sambil kira-kira duit budget yang tinggal.

Dah habis makan takoyaki, kita keluar untuk ke tempat lain pulak.

Waktu ni jam dah 3ptg.

Disebabkan penat, aku pun rasa tapak kaki aku dah tak boleh jalan jauh lagi. 

So aku buat keputusan skip Sumiyoshi Shrine dan Shinsekai Market.

Kita akan terus ke Dotonbori area.

Dari Osakako Station kami naik subway ke Hommachi Station dan tukar train ke Osakananba Station since itulah station yang paling dekat dengan Dotonbori area.

Segala jarak perjalanan untuk ke sesuatu tempat, perlu dititikberatkan bagi mengelakkan kaki yang makin sakit..

Macam orang tua je kan??Tapi itulah hakikatnya..Tapak kaki aku dah tak tahan dah sebab banyak berjalan. Lutut aku takde masalah, tapi masalah aku di tapak kaki. Mungkin sebab salah pakai kasut, bertabah aje laa..

Dah sampai Dotonbori area ni, si Nobita tanye lagi. "Ape yang best kat sini?" sambil jeling kat aku yang dok exited sorang-sorang bila tengok glico man. Die boleh buat no feeling ambik gambar aku depan glico man.

Bengang tak???

Oii..ko tau tak sebenarnya Dotonbori highlight kalau korang sampai Osaka?? Kiranya kalau kat Kelantan tu Pasar Siti Khatijah laa....

Kalau ko tak ambik gambar depan glico man, kiranye tak sampai le Osaka.

Nobita blurrrrr.....

Doraemon bengang sambil keluarkan alat bersihkan otak Nobita.

Sebenarnya minah ni tak sabar nak masuk Don Qui Jote!!Sebab tu die malas nak alert dengan Dotonbori area ni.




Aku je dok hyper sorang-sorang tengok meriahnya signboard & facade kedai-kedai makan kat sini.

Kalau jual takoyaki, patung octopus besar duduk kat depan. Kalau jual menu berasaskan ketam, patung ketam le die letak. Kalau menu beef, letak le patung lembu..


Ketam..
Beef..
Ikan buntal
Dumpling..
Erk..dragon???



Replika makanan yang diorang letak kat luar ni menggugat nafsu aku..Kalau ikut aku memang nak masuk je makan kat kedai-kedai ni..

bersambung......

Tuesday, April 1, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 4 [Part 2] ; Osaka [Umeda & Universal Studio]


Dah habis Osaka Castle, kita nak pergi Umeda Sky Building pula.

Dari Osakajakoen Station, kita balik semula ke Osaka Station. 

Time ni, tapak kaki hingga ke betis aku dah start berdenyut. Baru satu tempat cover untuk hari ni, die dah berdenyut..Adeh..

Kali ni aku lebih berhati-hati bile keluar dari mesin autogate untuk cari exit ke mana. 

Ke kiri or ke kanan??

Aku tanye dulu abang guard yang dok kat pintu keluar masuk gate tu.

"Sumimasen..Umeda Sky Building?" 

"Righttoo.." abang tu tunjuk kanan..

Kemudian tanye lagi sapa-sapa yang aku jumpa sampai le aku puas hati. Aku dah taknak amik risiko sesat dalam station lagi dah. Silap arah makin sakit kurang tenaga aku untuk berjalan.

Keluar dari Osaka Station, terus nampak Umeda Sky Building dari jauh..


Oh makk..jauhnyaa....

Nak ke sana perlu lalu walkway bawah tanah yang akan terus sampai dekat bangunan Umeda Sky Building.

Jalan..jalan..dan terus berjalan....

Persaingan kami kaki dengan warga muda, warga emas, mak yang dokong anak dan tak kurang basikal..Semuanya berjalan laju tinggalkan kami, aku tercabar. Diorang arnab, kami kura-kura

Dah sampai Umeda Sky Building kami duduk dulu kat bawah.
Tapi tak boleh lama-lama..sejuk...

Yang bersilang di tengah-tengah circle itulah die escalator terpanjang di dunia.
Sakit kepala aku dongak!!

Nak naik ke Floating Garden, satu hal pulak nak mencari pintu masuk ke atas sebab die ada 2 tower.

Pergi south tower, die kata north tower..

End up aku tergecat depan ofis orang...

Lohh..ko nak ke mana Doraemon, nak pergi kerja?

Aku turun balik..

Akhirnya jumpa jugak pintu nak naik ke observation tower. Bukannya pintu pun, tapi escalator..padahal aku dah masuk ikut situ awal-awal lagi, tapi sebab mata biul, aku tak nampak direction tu..

Huhu..macam takde luck hari ni di Osaka..bersabarlah...

Umeda Sky Building

Di Umeda Sky Building ini adalah salah satu sky building di Osaka yang berbaloi untuk naik dan tengok surrounding bandar Osaka dari atas.

Di sini lah juga kalau nak tengok salah satu the most amazing engineering yang popular dan banyak gambarnya sharing dalam internet iaitu lebuhraya yang tembus bangunan. 

Tak salah aku untuk bina highway ni, die gunakan level 4-6 bangunan tu.
Nampak tak highway yang tembus bangunan tu?

Masa mula-mula tengok gambar ni dalam internet tahun 2004 dulu (tak salah aku) kagum gile aku dengan bangunan ni dan terus simpan niat nak tengok depan mata bangunan ni. 

Waktu tu aku cuma tahu ia terletak di Jepun je.Tapi aku tak sangka bangunan ni letaknya di Osaka sampai le aku buat research travelog bloggers yang dah ke Osaka. Jadi makin exited le aku nak ke Jepun waktu tu..

Dan kini...bangunan tu depan mata aku..

Aku menangis terharu, akhirnya dapat tengok depan mata..

Eh??
Oh..terharu wa..Akhirnye dapat jejak langkah kaki ke sini.

Selain dari tu, di sini lah juga kalau nak naik escalator yang tertinggi di dunia yang mana escalator menghubungkan antara kedua-dua tower.

 Ready nak naik!!
Aku sebenarnya ade sikit gayat bila nak guna escalator. Masa mula-mula naik escalator ni, aku sibuk snap gambar adik aku yang dah berdiri depan aku. Lepas tu adik aku snap gambar aku yang atas ni,  die buat muka terkejut tengok belakang aku. Sekali aku pusing, lemah longlai lutut aku tengok bawah..Aku dah tak mampu nak senyum lagi dah.Gayat..

Nak tengok bandar Osaka dari atas boleh pilih indoor atau open area. 

Mula-mula aku naik ke atas untuk pergi ke open area. Tapi sekejap je..tak sanggup nak duduk lama-lama..

Angin kuat,sejuk gile..

Lastnye aku turun balik..










Keluar dari Umeda Sky Building, berjalan balik ke Osaka Station.

Semalam waktu di Shibuya, kami ada satu masalah iaitu memory card DSLR adik aku dah full..banyak gambar tak berkaitan kami delete, tapi still tak cukup jugak..

Berkira-berkira jugak le nak beli memory card sebab takut budget lari. Sebelum tidur kat hotel malam tadi jugak aku sempat google kat mana nak beli barang-barang gadget di Osaka. 

Banyak suggestion beli di Yodobashi, sekitar Osaka Station.

Kebetulan masa on the way ke Umeda Building, kami terjumpa Yodobashi. Rupenye belakang Osaka Station je..
Yodobashi Umeda, ala-ala Akihabara Osaka

Jadi balik dari Umeda Building, kami masuk dulu Yodobashi untuk beli memory card. Pejam mata aku bayar memory card tu..mahal ke murah ke..lantak le...
Ini le satu-satunya perkara yang termasuk dalam kos luar jangka budget aku.

Harga??¥3000

Syhh..jangan komplen mahal ke murah

 G-Shock

 Itulah dia Osaka Station

Next destination!!!

Kita ke Universal Studio Japan pulak.

Eh..kata tak minat dengan theme park,ni USJ pulak ko pegi..

Aku pergi USJ ni sekadar nak cukup syarat je..Amik gambar depan globe pun jadi le..Nak naik ride?Dah..aku dah malas..cukup le naik kat Legoland je..

Lagipun aku nak pergi USJ ni pun sebab ade motif lain..nak pergi HRC Osaka yang letaknya betul-betul depan pintu masuk USJ.

Dari Osaka Station, kene amik JR Osaka Loop Line ke Nishikujo Statio.

Then tunggu lagi lagi train ke USJ yang akan berhenti di USJ.
*tak salah aku ade train direct ke Universal Studio, aku tunggu lama,takde pun..so aku naik je la JR Osaka Loop Line.

Keluar je dari station,aku nampak starbucks dulu. Terus kami masuk untuk renggangkan tapak kaki yang makin sakit. 

Lagi satu, semalam masa beli tumbler starbucks di Shibuya, kami dapat voucher free 4 keping. 

So ambik peluang ni untuk tapau coffee.

Aku memang dah plan nak redeem, so bawak le tumbler siap-siap..

Dan kat sini jugak aku tambah lagi satu tumbler Starbucks Osaka version. Free lagi satu voucher..Yeah!!!

Kemudian, masuk Hardrock Cafe Osaka yang betul-betul kedudukannya dekat pintu masuk USJ. Dan nasib baik ade Osaka Unlimited Pass, aku dapat discount 10% bile shopping kat sini. hohoho...

 Universal Singapore pun aku tak pergi lagi, tapi sampai kat sini dulu.ngeh..ngeh..
 Kedai-kedai depan USJ


Dah habis shopping kann..dah,moh kite keluar dari sini. Ade banyak tempat lagi ni nak pergi..

Bersambung....