Showing posts with label Travel-Malaysia-Sabah. Show all posts
Showing posts with label Travel-Malaysia-Sabah. Show all posts

Sunday, December 1, 2013

Safe Country in Asia Pacific For Solo Traveller Women


Top 10 Country in Asia Pasific for Woman Solo Traveler

okey,mari kita lihat negara mana yang sesuai untuk kaum yang lemah tapi semangat juang yang tinggi ni boleh travel seorang diri..

tarik nafas panjang panjang....


10.Kazakhstan
Tak pernah pulak aku jangka Kazakhstan termasuk dalam list untuk para traveler. Yang aku tau, mase kat UTM dulu selalu je jumpe orang-orang die. Cantik dan hensem orangnye...Walaupun muslim, agama diorang tak macam kita. Di negara diorang, solat hanya untuk golongan tua yang dah insaf je. Orang muda ni enjoy..tunggang arak, party tu bende normal. 
Mula-mula aku ingat Kazakstan ni kecik. Tapi bile gugel,besar okeyyy..camane negara besar ni boleh rendah jenayah die?
Keluasan die lebih kurang 8 kali ganda Malaysia.


 9. Vietnam
Vietnam termasuk skali?Kat sane selamat untuk kaum hawa ke? Tapi memang so far aku dok perhati, ramai je solo traveler woman yang buat trip overland (Cambodia-Vietnam-China) dengan takde masalah besar. hmm....



8. Mongolia
Ouchh... Negara Atlantuya ni..camne die boleh skali?*sambil tumbuk bantal
Mongolia  ni salah satu negara yang akan dilalui oleh para traveler Trans-Siberian @ Tran-Mongolian. Sebenarnye aku pun teringin jugak nak buat TransSiberian since aku dengar banyak culture yang kite boleh tengok.
 Trans-Siberian:  Laluan keretapi hanya melibatkan China dan Russia sahaja
Trans-Mongolian:  Laluan keretapi melibatkan China,Mongolia dan Russia.


7. South Korea
Malas nak citer panjang pasal negara pakwe-pakwe aku ni. Dah ramai yang tahu kot ramai gadis-gadis pergi melancong ke sana. Yang pergi sorang diri toksah cakap le..Aku je belum..huahuahahua..
Aku tak payah pegi,tengok drama & vareity show diorang pun dah umpama aku sampai ke sana..*feel terlebih.


6. Hong Kong
huaaaa...negara yang padat,mampat ni pun dikira selamat ke??bukan ke Jackie Chan banyak dok lawan geng kongsi gelap sane?kira tak safety le kan??hihi..*Global safety rank bagi HongKong ialah tempat ke 65. Walaupun tinggi, tapi still selamat untuk kaum hawa.
Tapi 70% rakyat die cakap diorang berani jalan tengah -tengah malam.Maybe sebab bandar die 24 hours happening dengan orang ramai..hmm..

5. Sydney
Sydney..memang aku nak pergi sini..Walaupun Australia tu besar bapak, tapi aku heran camane rakyat die boleh hidup dengan lifestyle camtu..Apsal aku cakap camtu? Waktu malam takde aktiviti macam pasar malam, window shopping..(kecuali pub & disco). Shopping complex pun tutup awal. 
Waktu malam diperuntukkan untuk kaum keluarga. Tak macam kite, malam biasenye kite keluar jalan-jalan, makan dengan famili. Sedare aku yang dok kat sane, anak die pernah jatuhkan hp tingkat bawah.Tapi lepas 3 hari die jumpe kat bilik lost & found. 
Makcik aku yang dok 2 minggu kat sane pun cakap, night life die sama macam area rumah aku kat Kelantan. hikhik..*Aku membesar di Pasir Puteh(pekan kecik)..Jadi aku tau pekan tak hidup waktu malam. Lain le ibu negeri..
Tapi ini Sydney okey,ibu negara...Memang rakyat dia diasuh waktu malam waktu bersama keluarga di rumah. Jadilah anak-anak itu membesar di bawah pengawasan ibu bapa dengan selamat. Dengan itu, jenayah akan berkurang.*tengok le Global safety rank bagi Australia ialah kedudukan ke-13.

4. Japan
Jepun niiii..tak perlu nak cerita panjang laa..antara negara yang paling selamat di dunia. Cuma masalah utama kat sini bagi traveler ialah communicaton. Tapi jangan risau, camane pun orang die tetap tolong bila kita tanye diorang. Even terpaksa berlakon "pak mat tempeeee...kecepunggg" sekalipun, maklumat tetap akan disampaikan pada kita. 
Cuma yang perlu berhati-hati waktu malam ialah bile jumpe orang mabuk. Bagi kita yang Muslim ni mesti le pandang orang mabuk ni bahaya. Tapi bagi mat saleh, orang mabuk ni perkara kecik je..hihihi...

3. Taiwan
Erm..Taiwan ni zero info untuk aku..drama Taiwan tu aku tau le..Meteor Garden, Prince Turn to Frog..Tapi based on yang aku bace travelog orang ke Taiwan, ade masalah dalam communication..Biase le, negara belah sane memang rakyatnya menggunakan bahasa ibunda mereka. Tapi beza dengan Jepun & Korea, orang die kurang menolong guide pelancong. Kene ketuk lagi ade le..



2. New Zealand
Tak asing lagi negara yang dikenali sebagai tempat untuk golongan pesara..hihi..
Dah tentu negara yang dijadikan orang pencen untuk bermastautin, jadi selamatle tempat ni..hihi..Satu hari nanti aku pun nak pergi sini jugak bawak ayah aku tengok lembu-lembu yang segar bugar tu..hihi


1. Singapore
Aisyy..Singapore???Seberang tambak je..kalau dari rumah aku, lambai je Singapore ni..Tapi lambai hutan je laa..hihi..Walaupun dekat dengan Johor, risiko tahap keselamatan orang awam tinggi jurangnya.. Dalam mase terdekat ni, aku cuma masuk Singapore untuk meeting & antar/amik orang kat Changi airport je..Tak pernah lagi naik public transport round Singapore..USS?Aku kurang minat sangat dengan theme park ni..buktinya,walopun LEGOLAND dekat,& aku ade annual pass, berapa kali je pegi, tak full utilized langsung annual pass tu..
Tapi sebenarnye Singapore ni jadi tumpuan warga pelancong yang suka lifestyle urban. Means orang yang nak bercuti bawa famili & golongan pelancong yang tak suka adventure. Kalau yang jenis suka history & culture mungkin akan ke tempat lain.


Sadis okeyyy...Malaysia takde dalam list..hukhukhuk...rasa macam dah aman sentosa dah dok kat sini, tapi rupenye belum sampai tahap selamat lagi bagi orang luar..hikhik..
Itu pun kalo tengok source die guna rape statistic. Kalau guna kes ragut?mesti lagi tercorot Malaysia ni..


Itu hari dok tengok channel Lifestyle Inspired pasal rumah-rumah kat Jepun..rilek je orang die renovate rumah guna dinding cermin dari atas sampai bawah.Padahal kawasan rumah tu padat gile (tau le rumah Jepun jenis rapat-rapat macam rumah doraemon) dan bukannye kawasan elite pun. Mak aku cakap, kalau kat Malaysia, rumah camni kejap je kene pecah masuk.

Kat tempat kita ni, standard bile masuk rumah baru, kene pasang grill awal-awal..kalau tak habis semua hilang..CCTV toksah cakap le..kalau pasang sekalipun, kes pecah rumah tetap berlambak jugak.

Bagi aku, negara kita kita akan diiktiraf low crime bile mentaliti penduduk Malaysia dah diubah dari rumah yang dipasang grill macam penjara tu kepada tak perlu grill.

Lagi satu, berapa ramai sekarang mak bapak yang hantar/ambik anak sendiri ke sekolah?
mak bapak sekarang sanggup bersesak jemput anak depan pintu pagar sekolah sebab macam-macam kejadian boleh berlaku.

Lagi satu, dah jadi habit untuk kaum perempuan yang bawak handbag, mesti nak kepit handbag tu..Lebih-lebih kalau baru keluar bank.

Mase kat bus station Larkin hari tu, aku berbual dengan sorang pelancong dari Jakarta,die tengah tunggu bas ke Genting Highland. Die tanye aku tempat yang die boleh jalan-jalan sekitar JB sementara tunggu bas bertolak jam11 malam. So aku suggest Bazar Karat & die pun setuju le nak pergi. Sebelum pergi, aku sempat pesan, 'beware of your handbag'..terus die buat muka terkejut beruk. Aku pulak jadi serba salah..
Bagi kite, pesanan ni dah normal for ladies lagi-lagi kalau nak pegi tempat crowded. Tapi die boleh terkejut pulak. Aku terpikir jugak, "Eh,tempat ko takde kes pickpocket & ragut ke?"

Situasi kehidupan kita dalam sehari  pun dah menandakan yang sebenarnya masyarat Malaysia pada hari ni hidup dalam berjaga-jaga setiap masa. Kalau orang kita sendiri  berjaga-jaga untuk buat aktiviti seharian tanpa perlu bebas ancaman kes jenayah, lagi le orang asing yang datang ke sini..So, tak hairan le Malaysia tak termasuk dalam list ni.



Ni  nasihat sikit untuk para wanita yang kesorangan untuk melancong...
  1. Elakkan situasi di mana anda boleh berkesorangan dengan seorang lelaki. Kalau boleh, join dengan traveler lain untuk naik teksi.
  2. Jangan bagitau orang yang anda melancong seorang diri. Kali pertama berbual, bagitau dah berkahwin.
  3. Elakkan naik bas yang sesak. kalau boleh ambil seat belakang driver.
  4. Benda yang paling dirisaukan ialah penyeluk saku. Jadi simpan barang berharga di tempat yang selamat. Jaga-jaga dengan bag bagi mengelakkan diragut. Lock beg dan kalau boleh simpan duit dalam pouch beg yang boleh diselindungkan dengan baju. Jangan terlalu tunjuk barang berharga seperti gadget.*Barang kemas takkan nak pakai pulak time melancong kannn..
  5. Kalau boleh gunakan teksi bermeter & selalu refer pada pihak hostel/hotel berkaitan tambang/jarak perjalanan.


  1. Cuba jangan tonjolkan diri sebagai 'pelancong' seperti pakai barang kemas dan accesory berjenama.cth nye: shopping kat Ben Thanh market, pakai gelang sampai ke siku, handbag LV you...*biarpun zhulian & LV pasar karat je
  2. Sediakan kondom. eh???...ini untuk mat saleh laaaa...hahahah
  3. Cover rambut yang blonde dengan 'sarung'. ini pun untuk saleh jugak..*pakai tudung je senang..
  4. Bawak ubat-ubatan..Ubat yang paling penting, ubat sakit perut. Mane tau food poisoning ke..selain dari tu, sebagai orang melayu, minyak gamat jangan lupa.
  5. Simpan sebahagian duit dalam bra @ stokin. in case ape-ape, ade backup.Selain dari tu, fotostat passport, itinerary, simpan no telefon kedutaan malaysia di negara yang kita pergi. Simpan salinan tu di pelbagai tempat. In case tercicir, sekurang-kurangnya ada backup info.
  6. Gunakan sun screen.Tapi kalau rase kulit tu dah penuh dengan Vitamin C, tak perlu guna.
  7. Ambil insurans travel. Bende ni sebenarnye penting...Makcik aku pernah cerita, mase die melancong ke Spain, salah seorang group pelancong die tu sakit jantung dalam flight. Masalahnye FA bawak turun ke airport & cuba selamatkan nyawa die di airport. Akhirnye die hembuskan nyawa kat airport tu jugak. Dan nak dijadikan cerita arwah tak ambil travel insuran. Rasanya kalau nak dikebumikan kat sana pun tak boleh sebab die tak keluar dari airport lagi. Kalau die meninggal atas kapal terbang, mungkin pihak Airline yang tangguung(tak silap aku le). Tapi sekarang, anak die kat Malaysia kene datang jemput di Spain & kos penerbangan dan urusan bawa balik tu makan puluhan ribu ringgit. Kalau dia ambil travel insuran, bende ni semua ditanggung. Kat sini le pentingnya travel insuran..sebab kalau kite meninggal kat sana,boleh kebumi terus tak kisah..Tapi ahli keluarga kita yang kampung kene tanggung semua tu.



Tips memudahkan urusan semasa travel
  1. Book penginapan anda untuk malam pertama ketibaan di tempat tersebut.
  2. Packing hanya barang yang mudah untuk dibawa sahaja.(Aku pernah je bawak hills aku mse melancong.Tapi tak guna pun..lepas dari tu, bawak selipar je..Ade orang pernah bawak 4 pasang kasut mase melancong.laki bini pulak tu..pastu bersusun je kasut dalam bilik hotel.haha)
  3. Beramah mesra dengan orang tempatan (perempuan).
  4. Kira budget lebih dari seorang in case kalau ade emergency, kita je yang dapat sumbangkan duit untuk diri kita sendiri.
  5. Bawa makanan & buku. Makanan incase tak jumpa tempat makan yang sesuai lagi-lagi le untuk muslim.Buku pulak, boleh hilangkan bosan walaupun kadang-kadang cuma berlakon je..
  6. Try to be friendly
  7. Cuba pakai fake ring *berlagak macam dah kahwin..waahhh..gituuu
  8. Pilih bilik hotel yang high safety zone. Contohnya, cuba pilih bilik yang level ramai pelancong famili.Ataupun pilih female dorm bagi hostel.
  9. Tiba waktu siang.Kalau boleh jangan sampai waktu malam sebab susah nak cari hotel waktu malam.*kecuali kalau dah cukup info untuk direction ke hotel.
  10. Pakaian yang bersesuaian, tak perlu menjolok mata.
  11. Simpan dokumen di tempat yang selamat. Satu copy simpan dalam hand luggage,lagi satu copy simpan di beg baju yang tersorok.
  12.  Tunjukkan confident diri anda, jangan buat-buat takut.







Wednesday, January 2, 2013

Sabah Bah [Surrounding KK] : Part 4

*Sambungan dari Part 1, Part 2 & Part 3

Hari ke-4 kami kat sini aktiviti cuma tertumpu pada jalan-jalan surrounding bandar Kota Kinabalu je.
Dan kebetulan hari ni hari Ahad dan dekat area Jalan Gaya ada Pasar Gaya yang memang femes di kalangan penduduk tempatan. Sue pun ade cakap kalau nak cari souvenior macam t-shirt @ keychain, boleh le cari ke sini. (walaupun hakikatnye kat Pekan Nabalu lagi murah.)
So, pagi-pagi lagi kami dah keluar (pagi pun kol 8pg le)..
Disebabkan kami pergi naik kereta, so memang ambil masa yang lama nak cari parking.*sigh
Setelah hampir sejam berpusing dalam jammed tu, akhirnye jumpa jugak parking.Kami park belakang Dewan Bandaraya KK.
 
ape makna 'walai koubasan' ni ek?orang sabah,tolong jawab

start our tour.. mula-mula nak isi perut dulu.
tapi tak jumpa muslim restoran laa..jauh jugak le pusing

sambil-sambil tu cuci mata dulu ape yang orang sini jual kat pasar ni..
ade puppy bulu kerinting..hihi
ada kurak-kurak
kitten for sale..
banyak kucing & puppy yang diorang jual kat sini..
sape yang minat tu boleh le beli..
tapi harganye....mak oih...
baik aku simpan duit pi travel europe lagi bagus
 ni die kucing yang nilai dekat 2k tu*demam
akhirnye jumpe jugak restoran muslim..kat sini banyak kedai non-muslim..kami pun was-was nak masuk makan.tapi bile terjumpa kedai makanan muslim ni terus je masuk..tapi mak aihh..ramai gile orang,maybe sebab kedai ni je makanan yang komfirm halal kat area Jalan Gaya ni.
Aku order roti bom..
* pic roti bom takde sbb dah meletup awal2 dalam perut baru teringat nak ambil gamba.
okey,dah isi minyak, baru le boleh shopping dengan megahnye sambil bawak duit yang banyak

mata dah start rambang tengok mutiara
 ade mutiara air tawar, ade mutiara air masin..
kalau mutiara air tawar, murah sikit ye,datin-datin sekalian
 brooch!!!den taknak berniaga kat semenanjung.so den tak borong yo!


haa...ni name die rumah asal mutiara tu dulu sebelum die proses..
bile tengok balik raga ngan topi ni, rugi pulak tak beli ko ayah aku untuk die wat noreh getah..huhu

tshirt!! sudah kukatekan yang tshirt kat KK ni mahal sikit dari Pekan Nabalu..
beza harga RM2-RM3.
hasil tangkapan..
takde le banyak sangat pun..tapi kopak jugak le
Dah habis shopping kat Pasar Gaya, sepatutnye plan kami lunch kat rumah Sue. Tapi bile dalam kereta, Sue call kteorang mintak postpone lunch to dinner sebab die baru nak keluar pegi pasar.hihi..
kteorang no hal je tp kteorang mintak suggestion kat die tempat mane yang best untuk lunch. So Sue and husband recommend kat area Kampung Sembulan. Sue cakap, kalau kat KK ni memang susah nak cari restorang nasi campur.Yang ada area luar bandar KK je..
Mase nak cari kampung Sembulan ni, termasuk le kawasan Masjid Negeri Sabah ni..tapi kami tak singgah,cuma bagi salam je 
kebetulan time lunch ni jugak, jumpa Sue&famili kat restoran ni..Kami lunch dengan Ammara yang comei ni.
Mase lunch ni, kami mintak suggestion Sue mane tempat nak pergi semenatar nak tunggu Pasar Filipin bukak kol 4 petang. Dan Sue bagi idea untuk kami melawat Muzium Sabah sementara nak tunggu pasar filipin bukak kol 4 petang..  err..melawat muzium?? macam lawatan budak sekolah pulak. 
Tapi kami cekalkan hati memandangkan takde tempat nak pergi siang-siang camgini kecuali Shopping Complex!!Bagi aku,kalau datang jauh-jauh setakat shopping complex, baik kat Johor je.kohkoh.. 
So kami decide nak pegi muzium. Dan Sue pun T-up lagi,die cakap muzium kat sini besar..siap ade kampung warisan lagi. So, die suruh kami masuk kampung warisan yang ade dalam kawasan muzium tu kalau ralat nak jalan.
 Okey, ahkak dah sampai Muzium Sabah, ye adik-adik..meh kita mulakan lawatan sambil belajar.
nak masuk muzium ni kene bayar RM2 ye adik-adik.Tapi untuk dewasa je la
 kat depan muzium tu ade kerusi,tapi aku tak amik port pun..
bile tengok gambar tu baru perasan yang bumbung die tu berkonsepkan topi kaum-kaum kat sabah ni.
 ni pun sama, tengok bumbung die tu..
kalau korang perasan kat belakang tu pun ade sculpture yang bentuk die macam raga untuk petani kutip hasil tanaman die
 
dalam muzium takleh amik gambar ye adik-adik..kalau dapat snap, nanti adik-adik skip lawatan sekolah masuk muzium plak..hihi

actually dalam muzium die not bad jugak le..masuk2 je kami disambut dengan rangka ikan pauh yang besaaarrr bapaakkk..
pastu ade banyak lagi bahagian sejarah..sejarah penubuhan sabah,kebudayaan kaum-kaum di sabah..
tapi ade orang tu masuk bilik tayangan & pi tido..terbaik la korang, ingat panggung wayang ke..haha

Seterusnya kat luar muzium tu, ade banyak kereta-kereta antik..






Lepas solat zuhur & dapat lelapkan sekejap mata kat surau dalam muzium, kami teruskan perjalanan ke Kampung Warisan.
  
haaa...kawasan muzium ni besar ye adik-adik..
ade muzium, ade balai seni lukis, ade taman botani, ade kampung warisan..pilih je mana-mana adik nak pergi..
tapi sebab abang kakak ni tak amik seni & pertanian, so kite skip balai seni lukis & taman botani..
kite terus ke kampung warisan..
*tengok tu cikgu eiza bagi penerangan.

ni laluan masuk ke Kampung Warisan dari Muzium Sabah tadi 
tapi kami tak guna jambatan gantung tu.kami guna laluan suram ni..adventure katanya  

sampai je Kampung Warisan ni, kami disambut dengan staff kat sini yang ajak kami main permainan tradisional.. ade gasing..
aunty ni call anak die..
"aloo...apasal kamu tidak datang??ini acara sukan kalau kamu masuk mesti menanggg"
 
actually acara-acara ni sebenarnye untuk budak sekolah yang buat lawatan ke sini..
tapi sbb bukan musim cuti sekolah, & takde budak sekolah,kami le menyamar jad budak sekolah tu..hahaha
 
 
kalau korang tengok budak debab baju kuning tu, die main baling je gasing,tapi pusing cantik je..
tapi bile akak feeza ni baling, bersepah..haha
 akak dengan abang dah ready nak baling gasing
 tapi sebab balingan gasing tak cun & kalah dengan budak debab tadi, kami beralih arah pada melastik..aku ni konon jaguh melastik le mase kecik-kecik dulu..
tapi rupenye tangan dah belok daaa..awal-awal lagi dah kalah..haha
misi melastik ni kene lastik kat tin tu sampai berbunyik
acara lastik tadi pakcik Q menang..tapi ade saringan..so sementara tu kami tengok adengan menyumpit pulak
 pakcik Q amik acara menyumpit. kali ni die menang lagik...
nanti pakcik boleh masuk olimpik pulak ye..hihi

 haaaa..tengok,budak kecik ni menyumpit plaakkk
gengster kampung dusun tengah menyumpit

dah abis acara sukaneka tu, kami teruskan melawat rumah-rumah kaum kat sabah ni..
 yang ni rumah suluk,
  yang kat atas ni plak rumah lotus,ye adik-adik

 spot this kids yang mengail kat tasik tu..
kami tanye "ade ikan tak dik??"tapi die tak jawab..(tak paham kot)
 lalu budak ni tunjuk baldi yang penuh dengan ikan..amik kaauuu

  
  alatan ni gunanya untuk buat gula tebu ye adik-adik 

 haaa..ni pun sama kawah untuk masak gula tu
bukenyo untuk wat gulai kawah ye adik kakok
dalam rumah panjang
ni pulak tempat untuk menyumpit
 ni pun sama..pondok untuk menyumpit jugak
 dalam rumah panjang, ade lagi biliknye..setiap bilik ade tempat memasak..haa..ni tempat masak untuk sebuah keluarga dalam bilik tu..(setiap bilik, satu keluarga)
alaa.macam kite belajar kat sekolah duluu..ingat tak??


 okey, dah abis lawatan sekolah, kami pi shopping kat pasar filipin pulak..
kebetulan waktu ni dah kol 4,sedang elok pasar filipin pun baru bukak,so kami shopping le mane-mane barang yang belum dibeli.




 terserempak dengan lobster ni mase odw nak keluar dari pasar filipin tu..
tapi kami say hi je laa..tak singgah pun.harganya mungkin RM50++ sekor kotttttt

lepas tu kami ke Tanjung Aru nak tengok sunset..
tapi sunset ke mana??kami sampai lambat, hari pun dah gelap
 kite pose-pose manja je laaa


ade aerobik kat sini nok..time-time orang azan plak tu..
lagu bigbang plak tu,noks..
dosa...dosaaa

kami??kami ni musafir..tapi pakcik Q sempat solat kat surau sini..keluar je, die snap gambar orang aerobik ni..kohkoh

dah abis round-round Tanjung Aru, misi kami ke rumah Sue..
Kami dapat undangan dinner kat rumah Sue..yihaa..kite makannnn
 ni menu die..kerang rebuss...kepah sambal, dan ayam madu (resipi ayam madu kat Arked Meranti UTM) hahaha.. nice dinner with Sue and famly..
TQ,Sue..

dah abis dinner, sambung shopping lagik kat Kampung Air*sigh..shopping lagik!!
sebenarnye kalau nak borong brooch mutiara kat sini lagi murah.tapi sebab kami dah borong awal-awal kat Pasar Gaya pagi tadi, pandang sebelah mata je la.

Aku beli tempat gantung ni letak no rumah..
abang ni cakap "cantik no rumah kamu..bawak tuah ini"..ekekeke
 then lepas siap shopping, balik rumah terus tido..

Day5 in KK 

Flight kami kol 12.30tgh..tapi pagi-pagi lagi kami keluar lagi pegi pasar besar..niat hati nak borong seafood bawak balik semenanjung..
 tapi kami salah masuk pasar laa..kami masuk kat tempat orang tempatan beli ikan..patutnye kami masuk kawasan jualan ikan sejuk beku..huhu
 kerang..
* note:kat sini kerang die mahal tauu..tak macam kat semenanjung

ikan pari..teringat lagenda ikan pari di negeri sabah..hikhik

 oh ketamm..ku hanya pandang sepi..kau tak sampai ke semenanjung sebab tak de sape yang mau bungkus ko masuk flight
dan sepatutnye aku masuk bangunan tuuuu..bukannye masuk pasar basah tu kalau nak bungkus seafood bawak balik semenanjung.adehh
Lepas jam 11pg,kami checkout dan  kami ambil Sue kat ofis.Sue yang akan  hantar kami ke airport..
 tengok beg raga tu..yang besar tu ecah punye..die beli kat Pekan Nabalu RM23..
yang kecik tu pulak aku punye..aku beli RM30 dekat kampung air..nampak tak perbezaannye? so pengajaran, pi Pekan Nabalu, shopping sana..haha
 bye-bye KK..akan ku datang ke sini lagi..
*tu gambar Pulau Manukan & Pulau Gaya
(aku agak je la..hihi)