Showing posts with label Travel-Seoul-South Korea. Show all posts
Showing posts with label Travel-Seoul-South Korea. Show all posts

Tuesday, April 18, 2017

Glove Yang Hilang di Korea [Seoul-Jeju-Busan] ; Seoul City [Day 4]


Hari ni aku bangun awal pagi.

Tapi Ecah bermalas-malasan atas katil. Katanya sebab hari ni kita round Seoul je, jadi tak perlu nak start awal pagi.

Awal planning aku nak pergi ke Mt. Seorak untuk hari ke-4 ni. Tapi Ecah dah dua kali pergi, aku kesian pulak die kene repeat tempat sama. 

Jadi aku cancel Mt. Seorak memandangkan aku nak tengok Mt.Seorak time autumn..Time winter ni membunuh namanya kalau pergi jugak. Cukuplah suhu beku kat Seoul je aku hadap.

Masalahnya waktu cancel nak pergi Mt. Seorak, aku dah beli tiket flight Seoul-Jeju. Kalau tak maybe aku boleh duduk Jeju 3 hari.

Maka dengan itu, hari ni waktu dihabiskan dengan membuang masa pusing Seoul. 

Nak masuk Everland?sorry, aku tak berminat theme park.

Maka aku blank hari ni nak buat ape. Nasib baik terjumpa satu aktiviti main sliding kat Teuksseom Park. Lagipun murah..Yea..itu kita nak.

Hari makin siang, Ecah masih melepak atas katil. Aku lepak kat dapur sambil tengok tv. 

Waktu tu penghuni katil atas Ecah yang baru sampai malam tadi pun dah bangun. Ecah berbual dengan dengan die.

Bila kami bersiap nak keluar, Ecah bisik kat aku. 

"Kak, kalau budak cina katil atas aku ni nak ikut kita keluar skali boleh?Die macam tak tau hala tuju nak pegi mana. Kesian pulak aku tengok"

"Boleh je. Tapi nak ke die ikut kite. Kite ni tak boleh masuk sebarangan kedai makan. Die semua boleh balun"

"Kita suruh die ikut kite separuh jalan je.Lepas main sliding biar die berjalan sendiri la"

"Okey la camtu"

Dengan itu, trip hari tu bertambah sorang awek dari China, Yulian namanya.

Perkenalkan, Yulian dari Guangzhou. Datang Seoul sorang-sorang walaupun time tu cuti CNY. Die kata family die semua bercuti ke Thailand, tapi die tak nak. So die pilih Seoul untuk bercuti sorang diri. Aku tanya tak  makan besar dengan famili malam CNY ke, die kata tak. Gaduh ke dengan famili? Die kata tak jugak. Memang selalu ke bercuti time CNY? Die iyakan..hmm..Ntah lah, mungkin lain tempat lain cara celebration kot. Ataupun die ni kategori anak taikun besar China, so memang lifestyle family die camgitu. Peduli hapa hari raya yang bahagia ni, yang penting dapat melancong. Tapi aku suka Yulian ni. Die kategori innocent dan bukan typical china mainland. Dan die jenis boleh buat berbual dan akan follow je ape yang kami cakap. 


Ttukseom Resort

Dari Hongik Station, kami ke Ttukseom Resort Station. Keluar je nampak la ttukseom resort dari jauh. Dah sampai sini baru aku perasan yang kat sini jugak pernah jadi location shooting Running Man yang episod diorang culik Gary dan kurung dalam kontena tu.

Untuk masuk sini kene bayar W6000. Kira okey la, murah nak dibandingkan dengan main ski kat Yeongpyong Resort. Kami disambut dengan rombongan budak tadika ni. Masing-masing exited nak main sliding. Akak pun exited jugak dik..Akak pun same dengan korang tak pernah main sliding. 

Masuk je nampak le sliding ni. Kami nak main yang ni, tapi tak pasti untuk budak-budak sahaja  atau dewasa pun boleh naik. Sebab aku tengok budak-budak je yang main, jadi segan pulak nak naik atas tu. Tapi bile balik M'sia, aku tengok gambar tempat ni, ramai  je orang tua naik bende alah ni.huhu..

Maka kami main sliding yang ni memandangkan ianya open area. Cuma kene panjat kawasan tinggi je sikit.

Okey, sebenarnya Ttukseom Resort ni adalah waterpark bile hari biasa dan dijadikan park untuk main sliding bile musim winter. 

Iyela, sape yang nak datang berendam air time winter kan..

Maka diletaknya ice untuk main sliding. 

Jadi korang boleh tau la kan camane ice dijadikan lantai dan bukannya salji. Mesti le licin kalau berjalan.

Jalan je jatuh..

Jalan je jatuh tergolek macam nangka busuk.

Memang lawak la time ni sebab masing-masing dah takde nak control cun dah. 

Jalan pun menonggeng nak elakkan dari jatuh. 
Bila aku kata jatuh tergolek macam nangka busuk tu, percayalah..nasib baik baju tebal, takde le sakit-sakit badan.

Dah Cah, jom kita slide dulu. Yulian tolong amik gambar ye..hahahahnat

1..2...3...Kita tengok sape sampai dulu.

Cah, yang ko slide reverse dah kenapa??Okey, memang susah nak control ni sebab slide atas ice, mane ade gear..

Penyudahnya accident. Tunggang langgang jadiknya. Budak baju hitam hanat betul..Dari awal lagi die dok gelakkan kiteorang jatuh macam nangka busuk. Pastu ajak race, die pun tak boleh brek dok langgar dinding. Pastu kteorang gelakkan die balik. hahahanat..

Lepas tu Ecah pulak naik..lepas tu Yulian pulak naik..kami gilir-gilir..Tapi gambar Yulian naik slide takde le sebab snap guna camera die, aku lupa copy. Camera die lagi canggih dan paling penting auto edit muka jadi flawless..erk..

Lepas tu aku pulak naik. Adik tunggu kejap ye, akak turun dulu..akak susah nak sampai sini. Adik tak pe le selalu jumpa salji, kat tempat akak takde salji.

1...2...3...start!!!

Hoiii..mane ko nak pegi daaaa

Dah tungang terbalik asyik terbabas je, best pulak baring atas ni. Peduli ape dengan tanah yang sejuk membeku yang penting dapat selpie.

Sekali lagik..

Dah puas sliding tungang terbalik, rehat kejap. Budak-budak yang ramai tadi pun dah kene panggil balik dengan cikgu masing-masing untuk makan tengahari.

Gambar bertiga sebelum balik. Masa dah puas main, ade group pompuan dari Malaysia baru sampai. Kami offer ambik gambar diorang, pastu diorang ambik gambar kami pulak. 

Masa nak balik tempat ni dah kosong. Eh..mana semua orang pergi?Ke dah tutup? Dah nak keluar baru tau budak-budak tadi tu tengah lunch kat food court dalam khemah. Comel je semua makan bekalan masing-masing.

Marilah kita beredar.

Sebenarnya kalau ikut plan, Yulian nak pergi ke Namsan Tower lepas main slide. Tapi die tak tau jalan. Awal pagi tadi memang kami ingat nak hantar die kat Myeongdong Station dan suruh die berjalan ke Namsan Tower je. 

Tapi sebab kteorang dah syiok main slide sama-sama, jadi die pun nak follow kami even tempat yang kami nak pergi ni tak related langsung untuk produk perlancongan.

Aku nak pergi Hardrock Cafe.

Mase create itinerary aku dah tanya Ecah kalau aku nak pergi HRC boleh tak sebab die bukannya kumpul barang HRC pun. Ecah cakap takde masalah je die nak follow.

Tapi masalahnye Yulian le, kesian pulak kalau die terpaksa ikut kami.

Memandangkan HRC dah dekat dengan Ttukseom, aku redah je la. 

HRC Seoul ni letaknya dalam lotte mall di Jamsil. Kalau dah sampai Jamsil station tu memang pening carik underground entrance Lotte Mall. Dan mall tu besar pulak tu.Kalau masuk semata nak cari HRC memang penat la. Tapi sebab Yulian ni kaya, die sempat shopping lagi barang-barang die.

Jadi takde le aku rasa bersalah datang sini semata HRC je.

Die sempat cakap dengan aku, "This brand cannot enter China. That's why I buy it" Sambil tunjuk berus gigi, baju tidur, dan macam-macam lagi die beli.

Adeh, kesian pulak aku tengok warga China ni yang kene block serba serbi.

HRC pun die tak tau menatang apa dan terkejut bile aku cakap almost every country have it.

Ecah sempat snap depan HRC sementara aku masuk beli. Dulu katanya HRC Seoul pernah tutup dan sekarang baru dibuka balik.

Dah keluar dari Jamsil, kami ke Namdaemun untuk cari brooch.

Hari ni hari ketiga berturut-turut kami datang sini. Kalau tak dapat beli brooch jugak tak tau la.

Si Yulian pun terpaksa la mengekor kami. Aku offer jugak kalau die nak pergi Namsan boleh tunjukkan jalan. Tapi die nak ikut jugak.

Maka, Yulian pun ikut kami masuk di bangunan e-lengdang, tempat jual brooch tu.

Perghh..ramai rakyat Malaysia yang shopping barang-barang kat sini.

Yang sombong toksah cakap la..

Sebab tu aku lagi suka pergi China sebab tak jumpa orang Malaysia. Kalau jumpa mesti bertegur-sapa sebab kita dikategorikan alien kat sana. 

Kat sini aku penat senyum kat depa kalau terserempak kat subway. Tapi masing-masing buat muka toya. Lastnya aku malas nak senyum dah. 

Akhirnya aku pun dikategorikan pelancong M'sia sombong.

Eh..???

Sudahlah, mari kita shopping. Duit dah banyak habis pun ada hati nak shopping lagi.

Kalau nak tau pasal tempat aku beli brooch ni boleh baca sini. Aku dah cerita detail.

Gambar aku tak sempat snap. Maklumle, busy shopping..

Namdaemun hari ketiga kami datang.

Bangunan hijau tu le kami naik. Yulian terpinga-pinga tengok kami pilih brooch banyak. Akhirnya die pun sama naik pilih beli untuk diri sendiri.

Namdaemun..dari camera Yulian. Kalau ikutkan kami memang malas dah snap kat Namdaemun ni.

Namdaemun lagi

Dari Namdaemun, kami ke Dongdaemun market.

Hoiii..market lagi??

Kat Seoul ni takde tempat lain ke nak pergi selain dari market?

Tapi kali ni misi kami bukan nak shopping, tapi nak makan mackerel bakar yang merupakan salah satu wishlist aku bila dah sampai Korea.

Aku tak heran makanan korea lain sebab banyak yang kita tak boleh makan. Yang boleh makan pun dah berlambak jual kat Malaysia.

Tapi ikan bakar ni memang dah lama aku mengidam.

 Ni le area kedai makan ikan bakar Dongdaemun. Aku pun dah lupa masuk kedai yang mana antara kedai pertama atau kedua. Tapi salah satu kedai tu ade serve pork, jadi aku masuk yang takde pork. Tapi masalahnye aku tak boleh recall kedai mana yang serve pork tu. Ok, sorry..info tak membantu.

Perrghh..sedap betul mackerel bakar tu. Side dish semua sedap & licin kami makan. Siap mintak tambah lagi kimchi tu. Ish..aku pulak terliur tengok gambar ni. rasa nak pergi Dongdaemun balik smata nak makan mackerel ni.

Yulian dengan kami. Aku tanye die enjoy ke jalan dengan kiteorang. Mane tau kot-kot die tak suka dalam hati maklumle, jalan dengan muslim ni limited sikit benda yang boleh dibuat. Tapi die cakap suka je..even jadik follower orang melayu.

Nah..aku hadiahkan map nak pegi makan ikan bakar kat Dongdaemun. Aku pun dah lupa cara nak pergi sini. Tapi bila belek album gambar, terselit gambar ni yang aku snap dari handphone.


Selepas Dongdaemun, kami pulang ke hostel je.

Hari ni pulang awal sebab nak packing barang dan esok pagi jam 4.30pagi lagi dah nak keluar ke airport untuk flight ke Jeju.

Hoyeh!!! Jeju wait for me haaaa!!!

btw, seminggu sebelum tu Jeju snow yang amat dasyat sampaikan banyak flight terkandas. 

Hopefully time kami sampai sisa snow tu ade lagi. 

bersambung..

Thursday, April 13, 2017

Glove Yang Hilang di Korea [Seoul-Jeju-Busan] ; Seoul -Nami-Gapyeong [Day 3]



Bangunnn..

Hari ni kita nak pergi Nami Island.

Walaupun aku tak rasa special Nami Island, tapi destinasi selepas Nami tu yang buat aku exited.

Selepas sarapan, kami naik subway dari Hongik Station ke Seoul Station..

Okey, kat sini aku bengap sikit sebab aku terus pi cari kaunter nak beli tiket ITX. Dah habis pusing station baru aku perasan yang aku kene pergi ke Yongsan Station. 

Cess...padahal aku dah notes siap-siap, tapi saje je nak bazirkan masa. 

Dan cerita bengap aku tak habis di sini.

Maka kami ke Yongsan Station untuk naik ITX dan turun di Gapyeong St.

Naik train tak sempat membuta pun. Ralit dok peratikan view luar.

Nami Island

Dari station naik kami naik teksi ke entrance Nami Island. Dah sampai kene beli tiket dulu sebelum naik feri. Ramai gile pelancong kat sini.

Menyeberang ke Nami Island, tengok sungai ni pun ko dah tau suhu beku tahap mana. Takde maknanya aku amik angin kat luar feri,duduk dalam lagi bagus.

Turun feri nampak ada pendiang ni. Panaskan tangan sekejap sebelum teruskan berjalan. 

Maju lagi ke depan, ada sikit kawasan bersalji dan dibina ice block. Ecah exited nak amik gambar aku. 

Aku pulak walaupun first time jumpa salji kat Korea, layankan aje. "Ko tak nak amik gambar,Cah?" -"Taknak, aku dah dua kali sampai sini. Dah tak exited pun"


Masalahnye aku yang tak pernah sampai sini pun tak berapa exited ape kes? Takpe la Cah, kite buat-buat happy posing la Cah. Rugi jauh-jauh sampai tak posing.

Jomlo Happy!!

Akhirnya sampai di mainpoint Nami Island ni, tempat Winter Sonata. Kalau takde Winter Sonata, mungkin kpop dan kdrama tak berkembang macam sekarang. Tapi pokok togel. Salji pun takde. Ape citer??Lagi la tak exited.

Jalan terus lagi akan jumpa sungai. Tapi sungai beku, takde ape yang menarik, kami patah balik.

Patung Bae dengan Choi dijadikan memorial kat sini. Dan sebenarnya aku tak pernah tengok citer Winter Sonata yang femes tu. Sebenarnya punca utama kami tak exited sebab bende ni la..Orang lain datang sini berkapel. Aku pula datang dengan Ecah. No feeling...

Nami Island ni besar jugak. Banyak kedai, cafe, galeri dan tempat riadhah yang disediakan. Kalau nak naik basikal pusing pulau pun boleh jugak. Aku berkenan jugak nak naik besikal, tapi kalau dengan ehem-ehem syiok le bermadu kasih.hihi..

Rest area dalam Nami.

Cafe dalam Nami Island


Dah la Cah, jom kite keluar dari sini. Lagipun kita nak naik basikal rel keteapi ni. Tapi sebelum tu tolong amik gambar gambar akak kat sini. Sekali aku baca Apa Khabar kot Turki meraba daaa...


Gangchon Rail Park

Waktu aku pergi ni ada lagi satu railbike baru buka dekat dengan area Nami iaitu Gyenggang RailBike.

Jadi kalau ambik combine bus ticket sekali dengan  Nami Island, Petite France, Garden of Morning Calm bas akan stop di tempat rail bike yang baru tu.

Tapi since waktu tu baru dibuka, tak banyak review pasal tempat tu. Jadi aku pilih pergi yang ada di Gimyujeong since kat situ le tempat Running Man pergi.

Dari Gapyeong Station nak ke tempat Rail Bike ni kene turun di Gimyujeong Station. 

Tapi kenapa ntah sekali lagi aku bengap, aku turun awal di station Gangchon. sebab dah nama die Gangchon Rail Park, turun kat station Gangchon le kan.. 

Rupanya tidak. 

Oh sengalnya aku... 

Jadi terpaksa la naik teksi ke main entrance rail bike tu. 

Apasal tak naik train je ke next station?

Sebab dah naik teksi baru aku tau yang dia akan bawak ke main entrance rail park tu. Jauh pulak tu nak sampai..melayang W12000.

Mari kita gelak ramai-ramai..

main entrance Gangchon Rail Park

Sampai je situ kami terus beli tiket. Nasib baik diorang baru nak start, jadi takde le menunggu lama.

Lepas bayar dan dapat tiket terus je kami dibawa naik basikal ni.

and..

RACE START!!!!

Nak race ape bende nye..dah tentu ko duduk atas rail ni, takde nye orang pintas. Tapi orang depan ni laju betul. makin lama makin jauh kami ditinggalkan.

Orang depan makin jauh, orang belakang makin dekat kejar kami. Cah..cepat!! Nanti orang belakang hon..

Kejap kak..aku nak cari biskut. penat pulak kayuh besikal ni, tenaga aku dah habis dah.

Lepas Ecah, giliran aku pulak dok mecari barang. Cari handphone la,lepas tu cari glove laa...lepas tu cari power bank laa..kelam kabut anak dara dua orang ni naik besikal. 

Orang hayati keindahan alam laa..ni ko sibuk mencarik barang. Tengok tu, main handphone lagik..

Nak menghayati keindahan alam ape nye kalau pokok semua takde daun. Sape suruh datang winter.

Kalau autumn mesti cantik tempat ni

Kat sini pun depa letak patung couple. Everywhere in Korea suit for propose maaaa..Simbol lovey dovey ada dimana-mana.   

Tapi realitinya aku datang dengan Ecah. Aku tengok die, die tengok aku.. takde perasaan. Tengok tu, sibuk manjang.

 Btw, akan lalu terowong, dan setiap kali lalu terowong dipasang dance song dan siap lampu disco lagi.

Akhirnya sampai di tempat rehat. Aku ingat tempat ni sebab pernah keluar Running Man dan diorang makan teokkbukki kat sini.

Maka aku pun beli la teokbukki jugak. Dan bagi aku teokbukki kat sini sedap, cuma aku jadi budak comot bile makan.haha..

Dah rehatkan kaki, aku ingat kene kayuh lagi sampai pitstop. Tapi rupanya tidak. Kami kene naik train yang akan bawa kami ke last station. Ini sudah bagus..takde le longgar lutut aku nak berkayuh lagi. Maybe bile winter je diorang provide train ni. Maklumle, sejuk beku, sape yang sanggup kayuh celah-celah bukit tu.

Akhirnya sampai di last pitstop. Kami masuk dulu GS25 beli ape yang patut dan panaskan makanan. Kami kene berjalan ke bus stop yang railbike provide untuk ke main entrance dan kemudian boleh jalan kaki ke Gimyujeong Station.  Kat bus stop ni baru aku tau yang sepatutnya pakcik teksi tadi nak hantar kami ke sini dan nak suruh kami naik bas tu je, tapi sebab bukan waktu operasinya, dia hantar kami terus ke main entrance. Die ade terangkan kami dalam kereta, tapi macam biasa tak boleh paham.

Ada paham!!Gimyujeong Station ye. Jangan turun station lain. Btw, aku suka design station ni.

Kak, glove aku hilang lagi la..terpaksa la aku kahwin campur glove ni. Lantak la orang nak cakap ape, tak tahan sejuk dah ni.

Masa nak naik train balik ke Seoul, sekali lagi kami buat bengap.

Train ITX ni share platform dengan train biasa yang akan berhenti setiap station. Jadi walaupun train dah berhenti di platform depan mata, kami tak naik sebab ingatkan tu train lambat. Bila dah lepas baru tau yang tu ITX. cesss...kene tunggu lagi 20minit dengan suhu sejuk beku tu.

Ni kes dok syiok sangat berbual dengan couple Malay Singaporean. Depa kutuk negara depa, kami kutuk negara negara kami. Haha..tu makan dia..kan dah terlepas train.

Dari Gimyujeong, kami tukar line di Dongdaemun dan terus ke Namdaemun untuk lengkapkan misi beli brooch. 

Semalam tak dapat beli sebab bangunan tu tak operasi hari ahad.

Sekali sampai dah gelap. Bangunan tu pun dah tutup.

Arghhh!!Stress mak tauuu.

Makan lagi fishcake makcik ni..

So kita nak ke mana ni? Dah dua kali sampai sini tapi tempat tu tutup.

Kite pergi area Ewha Women University la. Orang kata kalau nak shopping kat situ best.

Lagipun tempat tu on the way balik ke hostel kami. Jadi boleh la nak habiskan masa kat situ.

Memang betul, kat Ewha Women University ni memang best shopping sebab pakaian die trendy dan murah. Tapi untuk pompuan je la, baju lelaki tak banyak.

Kalau datang Korea time winter, tak perlu susah-susah nak cari baju sejuk, bawak duit je & beli kat sini. Boleh rambang mata kalau kaki fesyen. standard price pulak W10 000 - W50 000.


Dah la Ecah..duit dah habis dah ni. Jom balik!!

Ecah kemaruk masuk kedai RedEye. Beli snowcap la..glove la..porch laa..setiap kali jumpa kedai RedEye die masuk. Sekali balik KL dah banyak franchise RedEye dah bukak.

Aku pulak tersangkut dengan beg pororo untuk anak buah aku.

Jadi sebelum terbabas beli baju yang girly girly tu baik kite balik.

End for day 3. Esok kita pi round Seoul lagi.

Semoga esok dapat beli brooch.

bersambung..