Thursday, March 20, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 0 ; LCCT-Kansai Airport

Gigih aku nak siapkan entry travelog Jepun ni..
Hampir sebulan aku menaip setiap entry & simpan dalam draft..pastu seminggu nak sorting gambar then kemudian nak edit lagi..
Memang hampir giveup aku dibuatnya...

Dan aku bagi peringatan awal-awal..entry travelog ni kemungkinan banyak. Aku cuba sumbat cerita perjalanan dengan sehari per entry.Tapi bile aku sumbat gambar, macam berjela le pulak..So setiap hari journey aku akan bahagikan pada beberapa part berdasarkan location yang aku melawat.

Jadi bertabahlah baca..

Bertabahlah menunggu..

Silap-silap jadi macam travelog umrah aku yang tak pernah habis..kuikuikui...

Bermula lah cerita detail pengembaraan doraemon dan nobita ke Jepun.

Sebelum tu aku nak intro sikit..

Preparation
Kenapa Jepun?Kenapa bukan Korea?

Orang-orang sekeliling aku kebanyakannya terkejut kenapa Jepun yang jadi destinasi aku sebab aku ni kiranya otai K-Pop,K-Drama,K-Vareity..K macam-macam lagi laa..

Bayangkan sejak tahun 2003 aku terlibat dengan kerja-kerja mendownload drama korea dan akulah yang akan supply drama-drama korea tu kat kawan-kawan,makcik-makcik aku..so artis korea ni semua dalam genggaman aku laa..
Apsal aku tempek gambar ni?Itu le drama korea pertama yang aku layan & yang aku download, A Thousand Year of Love, first drama So Ji Sub.. Bukannya cerita Winter Sonata seperti typical Malaysia mula-mula ter addict. Aku layan pun sebab aku nak belajar download kat clubbox. Masa tu industry download kat M'sia cuma terhad dengan download mp3 dekat jiwang.Tapi kat korea diorang dah advance dengan HD bagai..


Sebab aku banyak tengok cerita Korea la, aku rase imaginasi aku dah sampai sana dan aku pun dah rasa 'speciality' korea tu pun dah hilang dalam jiwa aku..Atas sebab tu, aku letak tepi dulu South Korea..

Jepun??Aku memang dah sedia maklum yang Jepun ni memang banyak special tapi agak mustahil untuk orang biasa macam aku ni nak survive kalau travel kat sana.

Tapi bila aku baca kebanyakan bloggers dok sharing experience diorang di Jepun, aku baru le aku tau.."lorr..mudahnyaa..and soooo many things to explore"

Sejak dari tu aku simpan niat nak ke Jepun walaupun cuma hangat-hangat tahi ayam.

Satu hari adik aku pun terkeluar ayat "Long, kita gi Jepun nak?"

Aku ape lagi...terus merancang strategi.

Mula-mula aku beli tiket flight dulu waktu tengah promo..Padahal masa beli tiket aku takde duit dalam bank more than 5k untuk apply visa to Japan. Masa tu dalam kepala aku dah plan nak pinjam duit mak dulu  untuk cantikkan amount dalam account nak apply visa tu.

Sekali tuptup start July 2013 rakyat Malaysia dah tak perlu mohon Visa untuk masuk ke Japan.

Jadi bernasib baik la kami sebab tak perlu pening kepala mana nak cari duit lebih.

Beberapa bulan sebelum bergerak tu pun aku dah mula dengan booking hotel dan beli JR Pass online kat sini.

JR Pass

Time aku beli kat website tu, aku dapat price USD 268 seorang & die charge dalam credit card aku RM900.

Tapi sekarang ni aku tengok price dah naik dan itu hari aku pergi MATTA fair pun harga die RM960++..

After 3 days dah sampai FedEx ni kat ofis aku..So, memang boleh dipercayai lah.. Mula-mula aku dah nak beli dengan JTB or othe Travel Agensi, tapi bile tengok ramai je yang beli online, so aku cuba je la..




Dah siap preparation dari segi dokumen, itinerary & hotel, sekarang masanya untuk packing barang.

Baju sejuk

Aku pergi time winter dan aku tak tahu tahap kesejukannya camane sebab aku bukannya study kat obersea..Dan ini juga kali pertama aku pergi negara 4 musim..

Aku cuma beli long john dan winter jacket yang time tu tengah sale kat Jusco dengan harga RM60.

Kebetulan pulak sepupu aku kat Sydney nak balik Malaysia dan waktu tu Australia baru nak masuk summer, so die pinjamkan aku 2 helai winter coat.

Seminggu sebelum pergi tu, aku bernasib baik lagi sebab kakak Kak Mawar bermurah hati pinjamkan lagi winter jacket die. Maka dengan itu bertambahlah winter coat & winter jacket untuk kami berdua.

Dan lagi bernasib baik sebab aku dengan adik aku sama size, so boleh le tukar-tukar baju setiap hari.

Jadi tak nampak aku dok pakai baju sama setiap hari..

Fuh..aku dah berkira-kira mungkin dah kene laburkan hampir RM300 untuk baju sejuk je.

Makan
Dah habis pasal baju, cerita pasal makan pulak. Sebab aku memang dah plan takkan makan di restoran jadi aku perlu bawak stock makanan yang banyak. Antara yang aku bawak ialah milo 3in1, mee maggi macam-macam perisa, serunding, sambal bilis, rendang brahim & 2 buku roti gardenia.

Ubat-ubatan
Sediakan panadol activefast, pil chicket teck on, plaster, koyok, yoko-yoko, minyak gamat, minyak angin, ubat muntah..

Stock ubat ni mula-mula aku pandang remeh nak beli. Tapi ketahuilah korang bahawasanya bende ni la yang amat penting masa travel sebab bila korang dah sakit kat negara orang, nak communicate nak cari ubat adalah payah walaupun ia mudah.

Masa nak sediakan stock ubat, aku dok bagi perhatian tang ubat sakit perut je sebab dalam kepala aku takut food poisoning..

Tapi sebenarnya tidak..Tahu tak korang, activefast aku bawak satu papan tak cukup, koyok kaki pun tak cukup, yoko-yoko pun tak cukup, minyak gamat aku bawak separuh botol pun boleh habis. Ni semua gara-gara aktiviti kat sana yang banyak berjalan buatkan kaki aku sakit, otot sakit..semua sakit..Lastnya terpaksa masuk farmasi cari pil sakit urat.


Abby dan Memey dah bergabung untuk mengembara bersama

Berjela aku cerita  preparation yang tak berapa ni, mari kita teruskan di hari kejadian.

Ape pasal tajuk entry ni Day 0?

Sebab hari permulaan ni tak dikira kami start pengembaraan. Cuma journey dari LCCT ke Kansai Airport je.

Flight kami dijadualkan bertolak jam 3ptg.
Tapi jam 8.30 pagi satu family bertolak dari rumah adik aku di Cheras.

Gigih kan??

Kesnya ayah dengan mak aku punye flight ke KB jam 1.30tgh. Mak dengan ayah aku beria nak hantar anak dara die ni ke airport. 

Sebabnye die kate..
"Mak nak hantar anak pergi belajar obersea,dah tak dapat. Jadi biar le mak hantar anak mak melancong ke obersea.."
*pitam

Err...sedih ke sadis dengar??

Sebenarnya kebetulan waktu tu ayah aku ade seminar di KL, jadi seminar tu dah jadi sebab utama diorang datang ke KL. Kalau tak faktor utama dia sebab nak hantar anak melancong ke Jepun..*sorok muka..aku maluu..haha

Duduk kat LCCT dalam tempoh yang lama bukannya best!!
Tambahan pulak ramai gile rakyat marhain yang nak pegi melancong.

Hoii orang-orangan!!mane korang nak pergi haa?melancong je keje korang ye..

Mak aku pun same naik dok mengutuk orang yang lalu lalang.

"Haa..geng tu mesti nak pegi Bandung,shopping kain.."

"Haa..Cine tu mesti baru balik kampung die kat China."

Aisyy..mak aku nih.


Setelah hampir jam 12, kami hantar mak & ayah ke departure hall domestic.
Kemudian kami settlekan hal kami pulak. Lepas hantar beg masuk luggage,tunggu solat zuhur dulu.

Pastu beli burger kat Marrybrown 2 ketul untuk buat alas perut bila dah sampai Jepun.

Aku tau, hari pertama kat sana mesti blurr dan  malas nak punggah beg korek makanan.

Dah check in, baru aku tau untuk flight ke Jepun kene dok dalam bilik menunggu T18.
Tak tau le pulak aku sama ada untuk ke Jepun saje masuk bilik tu ataupun sebab flight AirAsia X.
Maklum le,ni first time aku naik AAX.Nak masuk departure hall T18 pun kene soal jawab dengan guard jugak, masuk Jepun untuk berkerja atau melancong?

Dok dalam bilik ni,aku perasan kami berdua je budak pompuan pakai tudung.
Ada jugak le sorang dua uncle muka melayu, mesti pegi Osaka atas urusan bisnes..Nak kata jumpa scandal kat sana mustahil orang Malaysia simpan scandal kat sana.Normally orang simpan kat Europe.
*Eh???

Yang lain aku tengok geng mata sepet je.. orang die je penuh.

Wahh..ini sudah bagus..
Tak perlu le aku buat muka beramah mesra dengan makcik makcik melayu yang biasanya akan menyombong kalau nak melancong.

Naik flight kami duduk dekat dengan geng budak muda Jepun. Mungkin baru balik melancong dari KL kot. Bising jugak diorang ni. Lagi bising bile part nak pilih makanan.

Maklum le,jakun tengok menu melayu..pastu exited nak makan mamee perisa tomyam chef tu...lawak pulak aku tengok.

Nasi lemak Air Asia lengkap walaupun takde timun.

Dekat jam 9.30mlm, flight dah landing dan awal 45minit dari jangkaan.

Ceh..time aku plan nak tidur di airport, boleh pulak die landing awal. Tapi cuba aku plan nak tidur kat hotel, mesti delay laa..pastu mesti kene berkejar naik train laa..

Antara sebab aku pilih nak stay kat airport malam tu sebab tu le, mesti take time bile kite nak pahamkan enviroment kat tempat tu bile baru sampai. Belum lagi tambah masa nak terpinga-pinga depan mesin beli tiket naik train..Play safe, baik aku tidur kat airport je.

Jadi berlenggang lah kami keluar, tak perlu berkocoh kacah sebab malam ni kita berkampung di airport.

Mula-mula,kite round sekeliling airport dulu. Airport ni ade 3 tingkat..Level ground tu ade tempat untuk tourist information.Kalau nak charge hp, surf internet dengan laptop boleh le kat situ..


Kemudian kami naik level 1, ade satu pintu keluar yang ada walkway jambatan menyeberangi jalan. 

Nak ke kaunter JR tu kene seberang ke bangunan sebelah guna walkway jambatan tu

Keluar kejap..wooooooshh..angin sejuk menerpa..

Lari masuk balik pakai baju sejuk.

Then baru pegi ke seberang.

Actually kat sini jugak kalau nak naik train ke bandar Osaka sama ada guna JR line atau Nankai line ekspress





Dah  selesai ambik angin winter kat luar (sebenarnya jakun nak pakai baju winter baru beli) kita cari port nak tidur pulak.

Aku teringat ade orang cakap kat airport ni ade Pray Room. So, aku pegi information kaunter nak tanye. Budak kaunter tu cakap pray room kat level atas skali, dekat dengan starbucks.


 


So naik le kami ke sana. Sampai situ, starbucks dah tutup,so kat area situ dah takde orang.

Mula-mula plan nak tidur dalam pray room tu.Tapi mengenangkan peraturan Jepun yang strict, so better tak payah.
Lagipun, kalau berkampung dalam pray room tu nampak sangat Muslim ni melebih-lebih. Kang Jepun tarik balik taknak sediakan Pray room, padan muka Muslim sedunia!!


Dah habis solat, cuci muka, kami cari port tidur kat luar. Dekat dengan Starbucks jugak kami tidur. Sebelum tidur kami telan dulu panadol sebab kepala dah start pening. Time tu jam dah tunjuk kol 11 mlm.

Tak sangka malam tu kami boleh tidur nyenyak.Sedar-sedar dah jam 3.30pagi.

Ini menandakan kat situ le port terbaik kalau korang nak tidur kat Kansai Airport. Sebab takde gangguan langsung.

Kat area sini le aku tidur. Aku pilih seat yang paling hujung nunnn..privacy gile.

Kemudian, terus bersiap apa yang patut..gosok gigi, cuci muka dan tak perlu mandi kot..kan kat luar sejuk, hopefully takde bau le.. 

Selepas bersiap dan tunggu subuh,sebelum jam 5.30pagi kami terus ke JR office untuk tukar voucher JR Pass  pada tiket JR Pass.

Tunggu staf die bukak tepat jam 5.30 pagi, kami la orang pertama masuk kaunter tu..terus isi borang dan staff akan proses, tak sampai 10 minit dah siap.

Kemudian, apa lagi..kita mulakan perjalanan dengan Bismillahirrahmanirrahim...

Nak jalan jauh ni,dengan mak tapir di belakang, suhu 1 celcius..

Kita nak ke Hiroshima

bersambung...


5 comments:

  1. Itu dia entry darijepun dah keluar.. setuju tu sebelum pergi and jika tak tahu memang rasa macam susah nak travel di jepun.. but bila dah baca and tgk sendiri memang senang jer kan nak explore jepun ni hehehe.. :D
    Untung nyer dapat pergi sampai Hiroshima ...

    ReplyDelete
  2. teruja membaca story ni.. kalau 2 anak dara boleh pergi.. mesti laki bini boleh pergi.. ada masalah bahasa tak?
    plan nak g tahun depan nak belajar bahasa jepun 2 3 puluh patah perkataan.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Feeza!! Wahh..ni yang sayang kat kak feeza ni! lama tak jumpa sudah berblog travel rupanya!

    oh ya..thanks so much for this info. saya n husband plan nak ke Jepun next year inshaAllah..skrg duk buat research..nnt nak ikut kak feeza punya plan lah. inshaAllah

    ReplyDelete
  4. hai..nak tanya JR PASS jika beli online, kita kena isi first name dan family name kan. kita kena letak binti sekali tak.dan nnt mcm na dekat borang jr pass kita tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupe dah nak kene letak bin/binti..
      rasanya tak le tak..tapi kalau letak pun takde masalah..
      sbb mase g korea hari tu, kat tiket takde 'binti'..pastu bile tukang check tengok pasport ade 'binti' die tambah kat bahagian 'first name'.
      so takde masalah untuk kite sama ada letak atau tak

      Delete