Tuesday, April 21, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 9 (Wuhou Temple - FINALE)

Sambungan dari Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 8 ( Chengdu City - Jinli Street)

Yihaaaa!!!!

Hari ni hari last kami di China. Petang ni flight kami ke KL. Tak sabar rasenye nak jumpe nasi lemak Pak Nasir atas flight nanti.

Dan aku tak sabar nak habiskan episod Amazing China 2014 ni..Aku nak start episod 2015 pulak.hahaha...

Okey, petang ni balik, pagi ni kite nak ke mana?

Takkan nak duduk dalam bilik?Aku tak sanggup habiskan masa dalam hotel ni.Jauh-jauh aku datang, biar habis ku lenjan bandar Chengdu ni.

Jadi kami keluar je hotel, berjalan kaki ke bus stop semalam untuk tunggu bas no 1.

Aku cuma konfident naik bas no 1 je sekarang ni. Bas lain aku tak berani...

Bile tengok maps attraction, kat area Jinli Street ade Tibetan Quarter..hmm..nama macam menarik, jadi ini menguatkan sebab aku nak ke sana.

Turun je di bus stop Jinli Street, aku menapak ke hadapan lagi, sebab tengok map Tibetan Quarter letaknye dalam 0.4km dari entrance Jinli Street.

Tapi aku tak jumpe pun..Yang banyak deretan kedai-kedai outdoor macam North Face, Columbia, etc..pagi benar kami sampai, kedai tak bukak lagi..

Yang bukak cuma satu kedai je.

Jadi kami masuk je kedai tu.

Betul la orang kate, barang outdoor kat Chengdu memang murah since sini last pitstop untuk traveler sebelum naik ke Tibet. 

Tapi tau ape aku beli? 

Tongkat!!

Untuk ayah aku hiking, kalau tak pun untuk die tebas semak samun belakang rumah.

Big Boss kena bodek, beb!! Die pegang lesen besar untuk aku travel mana-mana.

Keluar dari kedai tu, aku dah tak tau nak ke mana bila tak jumpa Tibet Quarter...

"Kita nak habiskan masa kat mane ni, Eiza?"

"Ntah, kite ikut Pja la."

Adoi..aku dah tau standard jawapan minah ni. Memang ade virus Nobita jugak die ni.

Masalahnye, aku memang dah tak dapat buat keputusan sekarang ni. Otak aku dah blurr bedooh dah..Kalau boleh aku taknak masuk temple, lagi-lagi aku tau, buddhist temple ni penuh dengan patung-patung die.

Waktu tu, dalam hati aku terdetik nak masuk butik LV, Gucci, Prada, etc..bas no 1 tadi ade lalu satu kawasan elite yang mane semua butik high class duduk kat situ. 

Sebenarnye aku bukan nak masuk sangat butik LV dan seangkatan die..aku pun tahu taraf aku setakat mane je, tapi aku lebih pada teringin nak bersiar-siar kawasan tu sebab design bagunan situ lebih mewah dan futuristik.

Waktu tu kami dah sampai entrance Wuhou Temple.

Hmm...

"Kita masuk temple ni je la.Habiskan masa kat sini.Tibe-tibe aku buat keputusan.

Tak tau kenape aku boleh cakap camtu, walhal dalam hati nak pergi tempat lain.

"Okey..jom..kite follow je" Eiza jawab.

Kan aku dah kate, spesis Nobita jugak die ni.haha..

Dan kami masuk Wuhuo Temple.

Tempat ape Wuhuo Temple ni?

Aku pun tak tau ape bende..yang pasti tempat orang die semayang. Tapi sebab die tersenarai dalam must visit place in Chengdu, jadi aku berani le masuk.

Wuhuo temple ni sebenarnye adalah memorial temple untuk Zhuge Liang, seorang Marquies pada zaman Kingdom of Shu. 

Kan aku ade cerita kat awal entry yang dinasti pemerintahan maharaja China ni banyak berpecah kawasan pentadbiran sejak dari 300M lagi. Jadi di Wuhuo temple ni le tersimpannya sejarah maharaja yang memerintah bahagian selatan China. Sementara bahagian atas China diperintah oleh maharaja lain.

Waktu pemerintahan maharaja China waktu ni dikenali sebagai the Three Kingdom.

Antara yang aku nampak objek warisan yang masih ada ialah patung-patung maharaja. Mula-mula aku tengok patung tu ingatkan patung tuhan depa, tapi rupenye patung maharaja, maharani, anak die, perdana menteri, menteri-menteri lain semua ada.

Patung-patung ni dibuat sejak tahun1300 lagi, dan dijumpai pada 1800 dan dikonservasi hingga sekarang. Bayangkan sejak dari tahun 1300 lagi diorang dah boleh buat patung yang mana warnanya akan kekal sehingga 700 tahun kemudian. Hebat betul peradaban depa ni.


Entrance belah hadapan & tengah tu untuk ke Wuhuo Temple,belah Paling kanan dan deret bangunan memanjang tu Jinli Street. Kawasan Jinli Street memanjang hingga ke belakang.

Masuk je Wuhuo Temple Akan jumpa taman dulu.Tapi tak berapa cantik sangat taman kat entrance ni.


Pagoda tempat Nak beristerirehat..


Makin masuk ke dalam, banyak jumpe landscape yang menarik.

Memang ade temple dalam untuk depa semayang.

Actually dalam kawasan Wuhuo Temple ni landskap die amatlah menarik. Ade banyak taman, tapi yang paling aku suka ialah bonsai park sebab kawasan die teramatlah nyaman.

Jadi memang tak sia-sia aku masuk sini..

Dari Wuhuo Temple nak keluar ke Jinli street pun ade pintu exit. Tapi sebab kami dah pergi semalam, so kita abaikan je la.
Kita round-round dalam kawasan taman je , banyak tempat boleh posing ala Fazura ni, noks..



Opocot mak kau!!! Terkejut aku tengok patung ni mula-mula.Main hall Wuhuo Temple menyimpan khazanah patung yang bentuk macam opera cina.Bukan sikit tau, banyak!! Setiap patung ade cerita masing-masing. Adik raja, mak sedara raja, anak sedara raja pun ade sekali. Jadi bayangkan le banyak mane tu.  Tapi acu tengok warna patung tu.Camane zaman dulu dah boleh create cat undercoat yang boleh tahan lama hinga 700 tahun kemudian?

Ni lagi patung sape ntah, aku malas nak tilik info sejarah patung-patung yang memang ade tulis kat situ. Aku seram nak duduk lama-lama.

Seterusnya kami masuk ke kawasan taman-taman.

Ramai orang dok bersiar-siar..cuma takde orang berkelah bawah pokok je.

Ade tempat jualan batu jed.

Taman bonsai.

Dalam taman bonsai.

Air terjun.

Ape lagik,posing laa..muahahaha...tongkat tu aku beli kat kedai outdoor sebelum masuk tadi.Jadi la aku golongan orang tua bertongkat untuk bersiar-siar.


Pokok bonsai

Pokok bonsai lagi

 Lagi..

Lagi..

Last pose sebelum keluar, kene melalui lorong tembok merah ni..memang old skul cina punye style la tempat ni.

Selepas keluar dari Wuhuo Temple, kami terus nak bas no 1 balik ke hostel.

Masuk bilik, sempat lagi kami berehat, dan agak-agak jam 12 tengahari kami keluar dan check out.
Untuk pergi ke airport, aku dah suruh budak hostel tu booking taxi tapi taxi akan datang dalam jam 1tghari. Flight aku pulak jam 3ptg.

Aku pun tak tau sempat ke tak kalau nak kejar..

Masa dok argue dengan budak kaunter tu, datang sorang perempuan..Bile die dengar flight aku kol 3ptg, die kata tak sempat sebab aku international flight..

Rupenye, die le Loretta..

Kemudian si Loretta tu mintak budak die cancelkan booking taxi tu, then die tolong aku tahan taxi depan hotel.

Dekat 15 minit baru dapat taxi! Itupun lepas beberapa kali kene reject dengan pakcik taxi.

Sahkan orang die sendiri tahan taxi pun susah, apetah lagi pelancong!

Akhirnye sampai jugak kami di airport Chengdu, dengan tambang RMB 60.

Bye China!!

Aku tak tau nak letak tagline 'nanti kami datang lagi' ke tak..

Kalau ikutkan, aku malas nak hadap keramahan rakyat jelatanya. Tapi bile ditengok dalam list wishlist breathtaking view dan UNESCO Site, China mendahului senarai..


Beratur nak check in lugage, Cina Malaysia aje yang aku jumpa. Kami dua orang je melayu.

Masa duduk atas flight, ade sorang perempuan cina duduk sederet dengan kami. Rupenye die tourist guide yang bawak rombongan pelancong Malaysia ke Chengdu.

Tercabar jugak la bile die dengar kami travel dari Beijing-Xian-Chengdu sendiri tanpa guide.

Muahahaha..bangga kejap aku.

Lepas tu die cakap lagi,"Sebab tu tourist agent susah nak cari makan sekarang".

Baru aku tau, yang die cuma part-time tourist guide je sekarang. Ni semua sebab die kata dah ramai orang boleh berjalan sendiri ..tak macam dulu-dulu. Jadi die dah bukak kedai jual barang-barang spa kat Klang.

Time ni jugak la, die racun aku betapa ruginya aku datang ke Chengdu, tapi tak pergi ke Jiuzhaigou..

Pulak....

Aku racun die dengan gambar-gambar dekat Xian dan Beijing, tapi tak berapa menjadi sebab gambar die di Jiuzhaigou lagi cantik.

Siot je la!!

Ni yang buat aku nak datang lagi nak pergi Jiuzhaigou ni.

Sebenarnye untuk itinerary di Chengdu, aku memang cuba cari solution untuk pergi jugak ke Jiuzhaigou & Huanglong Valley dalam masa 2 hari.

Tapi amat mustahil sebabnye kalau nak tempat tu perlu ambil masa sekurang-kurangnye 3 hari.

Itu pun kene ambik domestic flight.

Jadi, mula la aku tanam impian nak ke Jiuzhaigou. Takpe, ade peluang nanti kite datang lagi..

Meh aku belanja gambar Jiuzhaigou dan Huanglong Valley.

Huanglong Valley

Jiuzhaigou

Sudahlah..nak nyesal pun tak guna, sape yang suruh malas buat survey awal-awal? Bile dah booking tiket train baru aku tau pasal Jiuzhaigou ni. Kalau tak aku cuba pendekkan masa dekat Xian dan lebihkan masa di Chengdu.

Jom la, kite layan view awan sambil makan nasi lemak Pak Nasir.

Aku tak sabar nak jejak kaki bumi Malaysia ni..Nak jumpa rakyat Malaysia yang penuh tata susila.

 Di atas langit lapisan pertama

Aku rase ni area Lijiang..cantik gile mase lalu atas ni.

Akhirnya, jam 7 petang, kami sampai di KLIA2..Si Nobita dah menunggu aku..

"Amacam, best China?"die tanye.

"Erm...boleh laaaa" Aku jawab

"Hmm..bunyi macam takde le aku rugi sangat aku burn tiket flight!"

Bengong ..dah memang hobi die burn tiket flight!

Tapi bile balik rumah, dekat seminggu jugak aku teringatkan China.

Walaupun aku kate tak best, sebenarnye dalam jiwa aku terselit kepuasan yang orang lain tak boleh rasa.

Sebenarnye China tu best!!

Sebab tu China is Amazing!!

_END_



Eh..tak habis lagi.

Nak dijadikan cerita, 3 bulan lepas aku balik, Airasia buat contest di IG, upload gambar selfie yang ada background melambangkan cina. Tak kisah la pakai cheongsam ke, dengan angpow ke..

Dah tentu aku baru balik China, penuh la gambar selfie aku kat sana.

Jadi banyak jugak la aku hantar contest..

Alhamdulillah, memang rezeki aku.. gambar aku dengan panda dipilih pemenang.

Tengok!!Kan aku cakap!!

Panda ni bawak tuah pada aku..


Tu dia..The Winner!!Terpampang gambar aku dengan panda

Tau ape hadiah die?

Hadiah die sepasang tiket ke Beijing or Chongqing.

Ade dua pemenang, jadi aku amat berharap dapat tiket KL-Beijing since aku pikir nak shoot terus ke Shanghai- Huangzhou-Suzhou.

Tapi..yang aku dapat ialah tiket ke Chongqing.

Chongqing??Mane tu?Aku tak pernah dengar pun nama tempat tu.

Bile aku study geografi, baru tau yang Chongqing dekat dengan Chengdu..

Whoaahhh...ini sudah bagus!!

Dalam kepala aku dah nampak Jiuzhaigou..

hahahaha..kite gelak jahat lagi.

Tapi tak lama aku gelak jahat..Sebab ade hantu raya dok mengekor aku mana aku pergi..

Si Nobita!!

Aku tak offer pun tiket free tu  pada die..Tibe-tibe dah ade keputusan yang nama die wajib pergi.

"Kire ganti tiket flight aku yang burn KL-Beijing, Chengdu-KL hari tu la kan?" die kate.

Bengong!!Mula la aku nak maki die.

"Ko punye pasal tak nak pegi hari tu, apsal pulak aku yang ganti tiket ko? Penat aku masuk contest ni tau tak?"

Tapi nak buat camane, lesen besar aku nak travel dengan bigboss dah mensyaratkan peneman adalah orang die percaya. Sebab si Nobita ni memang mendapat kepercayaan bapak aku, nak tak nak terpaksa la aku bawak die.

Dah!! Malas nak cerita panjang..

Hujung bulan ni (cuti Labour day dan Wesak Day) kami nak pergi Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou..

Sekali lagi aku travel dengan Nobita.

Nak cover 3 buah National Park sekaligus selama 6 hari.

Tak tau la stamina aku camane nanti. Bawak Nobita pulak tu.

Haish...



5 comments:

  1. Congrats Feeza... selamat menChongqing...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks!!
      dah pergi Chongqing belum?

      Itu hari terjumpa sorang blogger ni dah sampai ke Chongqing.tapi tak save link plak..

      Penat study pasal Chongqing sebab kurang info

      Delete
  2. China is amazing ye....... but India is incredible !!!!!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahaha ..Incridible India!!!
      India lagi hebat!!hahaha

      Delete