Tuesday, July 7, 2009

Majlis pengebumian Jacko



PERARAKAN kereta mengiringikenderaan yang membawa mayat Jackson keluar dari kawasan tanahperkuburan Forest Lawn Mortuary untuk menghadiri upacara penghormatankepada Michael Jackson di Staples Center, Los Angeles, semalam. –REUTERS

LOS ANGELES 7 Julai – Upacara pengebumian Michael Jackson dimulakandengan keluarga Raja Pop itu berkumpul mengadakan majlis khas untukmemberi penghormatan terakhir kepada Jacko, sebelum mayatnya dibawa kearena sukan Staples Center, di sini untuk menghadiri satu upacarapenghormatan kepada Raja Pop itu.


Ketua Polis Los Angeles, Bill Bratton mengesahkan mayat Jackson akandibawa ke arena sukan itu selepas keluarganya mengadakan majlis khasuntuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.

Di Staples Center keranda Jackson diletakkan di tengah-tengah pentasyang akan menyaksikan bintang-bintang seperti Stevie Wonder, MariahCarey dan Lionel Richie mengadakan persembahan bagi memberipenghormatan kepada ikon pop itu.
Keluarganya mencadangkan supaya mayat Jackson dibawa ke StaplesCenter dengan helikopter bagi mengelakkan kesesakan jalan raya,diiringi pasukan SWAT daripada Jabatan Polis Los Angeles.


Barisan kenderaan kereta limosin hitam dan Range Rovers, diiringiPasukan Peronda Lebuhraya California yang akan mengiringi kenderaanyang membawa mayatnya, memenuhi kawasan perkarangan rumah keluargaJackson sejak sebelum pukul 8 pagi lagi.

Laluan bebas kenderaan ditutup pada waktu puncak di Los Angelesuntuk memberi laluan kepada perarakan kenderaan yang mengiringi keretamembawa mayat Jacko untuk dibawa ke tanah perkuburan Forest LawnMemorial Park di kaki bukit Hollywood untuk upacara pengebumian yangdiadakan secara tertutup.

Ketiga-tiga anak Jackson, Paris Michael, 12 Paris, 11, dan PrinceMichael II, 7, tidak kelihatan, tetapi ibu bapanya, Joe dan Katherine,kelihatan berjalan memasuki bangunan itu bersama-sama adik-beradikJackson yang lain.

Sementara itu, di pinggir bandar Los Angeles seolah-olah ‘sepi’ kerana bersedih sempena pengebumian Jackson.
Polis menutup jalan-jalan utama dan menasihati mereka yang tidakmempunyai tiket supaya tidak mendekat arena sukan tempat upacarapenghormatan kepada Jackson diadakan.

Tidak jelas ke mana mayat Jackson akan dibawa selepas upacarapenghormatan itu, walaupun besar kemungkinan ia akan dibawa ke tanahperkuburan di Forest Lawn untuk dikebumikan.


Lebih satu bilion orang mengikuti upacara penghormatan kepada Jackson di Staples Center melalui Internet.
– AGENSI
___________________________________________________________________
*dalam majlis tersebut, keranda tidak dibuka.kebiasaanye dalam majlis pengebumian agama kristian, pintu keranda akan dibuka dan wajah mayat akan dapat dilihat. Jadi timbul persoalan betul ke jenazah ade dalam keranda tersebut.
*more picture:-

Anak beliau, Prince Michael dan Paris yang tiba dengan neneknya.
Abang beliau, kesemuanya memakai white sequinned glove. Dari kiri: Randy, Tito, Marlon, Jackie and Jermaine
Mariah Carey yang 'seksa' dengan Trey Lorenz.They performed Jackson's 1970 hit "I'll Be There"
Queen Latifah : "In Birmingham Alabama and Birmingham England, we are missing Michael Jackson"
Budak yang peling kecik tu adalah anaknye yang sering ditutup dengan kain & sering dikejar paparazzi.
Paris Katherine Jackson(MJ's daughter) speaks bout her dad:"I just want to say, ever since I was born, Daddy has been the best father you could ever imagine. I just want to say I love him so much."Here the video.I'm crying..huhu..



The last part is semua yang hadir menyanyikan lagu 'We are the world"..


R.I.P Michael Jackson..U r the one..

1 comment:

  1. Sebab jacko tu islam..tulh sbb x dibuka.

    ReplyDelete