Tuesday, April 8, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 6 [Part 3] ; Kyoto [Ginkakuji Temple]

Bersambung dari Day 5 [Part 2] ; Kyoto [Ryoanji]

Nak masuk ke Ginkakuji Temple kene bayar ¥500.

Lepas bayar, kami masuk..

Di Ginkakuji Temple ni, apa yang special pulak?

Kalau Kinkakuji terkenal dengan gelaran Gold Pavilion, Ginkakuji pula dengan gelaran Silver Pavilion walaupun temple ni bukannya berwarna silver.

Sebenarnya Ashikaga Yoshimasa (shogun pada waktu tu) memang nak bina temple  ni dengan diselaputi silver sebab datuk die (Ashikaga Yohimitsu) yang bina Kinkakuji temple dengan warna emas.
Sebab tu ia diberi gelaran Ginkakuji (Silver) walaupun cita-cita dia nak bina dengan silver tak tercapai.

Jom masuk..

Jumpa moss garden dulu.Tapi tak nampak moss nye.
Bila masuk temple ni route dia biasanya mengelilingi kawasan temple. So kita follow je la anak panah.
Mula-mula masuk akan jumpa bangunan temple dulu...kat sini ramai le orang die semayang.Diorang tak boleh semayang dalam bangunan Ginkakuji Temple sebab bangunan tu tourist tak boleh masuk.
Kat sini, aku perhati jugak orang dia semayang. Mata aku terarah pada sorang aunty ni dengan anak lelaki dia yang kecik. Aku tengok anak die dah cukup behave dah, tapi dia asyik dok marah je budak tu. Semua budak tu buat tak kena..Aku tak tau le sama ada itu cara orang Jepun jaga anak, tapi bagi orang kita anak die tu dah kategori budak baik. Aku pernah dengar yang parents Jepun ni memang garang dalam didik disiplin anak die. Sebab tu walaupun dalam train, budak kecik pun pandai duduk diam dan cakap perlahan.

Depan temple ni pula ada garden yang yang disusun batu-batu kecik dan juga ada batu besar. 

Aku tak tau ape fungsi batu besar dalam agama diorang tapi aku tau nak susun batu-batu kecik camni memang perlu kerja yang teliti.


Yang bonjol besar tu le batu yang aku cakap..yang kat depan tu adalah batu-batu kecik yang telah dilitupi salji. 

Sebenarnya garden dalam Ginkakuji Temple ni lagi cantik berbanding Kinkakuji sebab die besar serta penggunaan elemen air, batu dan moss kat sini lagi cantik.

Tapi sayang sebab salji, jadi kurang nampak moss dan batu tu...tapi kalau takde salji, sebenarnya lagi le tak nampak cantik sebab pokok banyak togel.hihi..

Kemudian kami jalan lagi mengelilingi garden tu dan nampak le temple Ginkakuji.

Ginkakuji 1
Ginkakuji 2
Ginkakuji 3
Itu le makcik dan anak die yang aku cerita kat atas. Syyhhh..jangan ngumpat, die tengah semayang..
Dah keliling garden die, ramai berhenti nak amik gambar kat sini.Aku pun tak terkecuali. Kebetulan pulak, makcik tu mintak amik die dengan anak die. So aku amik le..Time ni pun die marah lagi anak die..kesian pulak aku tengok budak tu. Lepas tu die offer nak amik gambar kami, so aku tarik le anak die nak bergambar sekali..

Dah..lupakan makcik tu dengan anak die..kita fokus kat garden..

Seterusnya kami berjalan lagi mengelilingi garden ni...

Cantik...

Tenang...

Damai....

Sejuk...

Aku suka...


Dah habis berjalan Ginkakuji Temple ni, mana pulak kita nak pergi?

Takkan nak pergi temple lagi??

Iye...aku plan nak pergi ke Kiyomizudera temple pulak..

Kan ke aku dah bagitau yang Kyoto no penuh temple.

Tapi ....bila difikirkan balik, cukup le tu..awak tu orang Islam..walaupun sekadar nak tengok monumen bersejarah, tapi agak-agak le..

Masa melalui street keluar dari Ginkakuji temple ni kami cari tempat nak duduk untuk legakan kaki dan nak cari  tempat panas.

Aku dah masuk restoran, tapi tibe-tibe ternampak sebuah kedai yang ada heater dan kedai tu jual fishcake..

Jom..kita lepak kat kedai ni le kejap sebab aku nak heater tu..tapi kena beli le fish cake tu..takkan nak lepak bodo je..

Aku beli cheese fish cake, Nobita beli prawn cake..dua-dua sedap..

fuhh..lega dapat heater ni..

Masa makan kat sini, kami buat keputusan untuk jalan-jalan sekitar Kyoto je nak beli souvenir. 

Iyela, sampai hari ke 6, tak beli apa-apa yang boleh buat ole-ole kecuali beli FM kat Asakusa di Tokyo.

Yang lain, aku cuma beli HRC Collection & tumbler Starbucks je..

Jom...kita shopping....

Yeahh..Nobita keriangan dapat shopping..

Bersambung..

1 comment:

  1. Bergambar dengan budak pepel tu yang paling win..!!!

    ReplyDelete