Thursday, September 17, 2015

Amazing China 2015 : Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou [Day 0 ; KL - Chongqing]

Assalamualaikumm....

tok..tok..tok..ade orang tak kat rumah??

Adoii..meh nak cuci sawang jap..

Kesian rumah ni, berhabuk benau dah...

Meh sini semua, aku nak wish..

'Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak'

"Selamat menyambut hari raya Aidilfitri.."

Lastnye aku mampu ucap Selamat Hari Merdeka..

Eh..tak boleh jugak..Selamat Hari Malaysia laa

Akhirnye aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil adha

*nangis

Okeyla, memandangkan penyakit malas makin menjadi-jadi, aku update terus travelog Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou ni..

Mula-mula aku nak siapkan travelog Siem Reap dulu, tapi nampak gaya, detail info journey aku Chongqing-Jiuzhaigou amat diperlukan oleh para traveler, jadi aku cuba siapkan ceritera Chongqing dulu.

Baik..mana nak mula ni.

Kita terus lompat di hari kejadian la, sebab aku pun dah malas nak berkias-kias...

Flight aku bertolak ke Chongqing adalah jam 7.30ptg..jadi, aku dari office, terus ke KLIA2 dan jumpa adik aku kat airport..

Dengan office attire & high hills memang jadi masalah untuk aku..takkan nak galas bag backpack 75 liter  dengan hills?

Nasib baik ade sepupu aku yang dari Kota Bharu turun flight jam 4 ptg, aku suruh die tunggu kejap kat airport &  pass kasut dan baju kerja aku tu dan terus bawak balik kereta.

Jadi dari office attire turn to travel attire..welcome sports shoes..dah lame aku tak gunakan kau..
*nampak sangat dah lama tak exercise.phuii...

Sebelum masuk departure hall, aku beli sandwich Johnny Rocket dulu. Sebelum naik flight kene isi perut dulu. Kalau dah hidu nasi lemak pak nasir, naye pulak karang..Kali ni, aku malas nak beli meals sebab flight 4 jam je pun..

Duduk dalam departure hall ni, aku dah nampak perangai kiasu tu bile orang-orang dalam hall ni dok cakap kuat-kuat dan potong que.

Okey..aku dah dapat rase 'intro' dah..

KLIA2..Apasal le jauh sangat aku nak kene menapak kali ni.

Aku malas nak bersesak dengan orang die, jadi aku saje masuk lambat..

Sesape yang dah biase naik Airasia X mesti dah biase dengan section die..paling depan ialah premium seat, 2nd section pulak hot seat, 3rd & 4th section tu untuk seat biase (for those yang tak beli seats laa..)

Tapi mase aku naik, start dari premium section hingga ke 3rd section seats kosong..

Section yang paling belakang tu penuh!!

Dan bising!!

Bising tu aku tak boleh describe camane,kalah pasar!!

This ia China territory.Aku dah dapat rasa feeling China dah..

Hmm..flight kosong..

Mase masuk flight tadi ade sorang FA Malay datang sapa kami.

"Buat ape ke Chongqing, kerja ke?"

"Eh..takla .holiday"

Berkerut muka FA tu.

Dah jumpa seat, rupenye seat aku dah kene kebas dengan orang die..

Tak pe, aku boleh sabar...tapi yang boleh buat aku hilang sabar sebab section tu makin bingit. Ape yang nak dikecohkan pun tak tau la..

Elok je aku nak duduk, FA yang dok tegur kami tadi datang bisik kat aku..

"Kalau nak pergi dok depan, pegi la..kat depan tu banyak kosong."

Wah..baiknye die..Aku pun ape lagi, terus gi duduk depan...

Dah duduk kat seat depan, FA tu cakap lagI."Kesian u all, belakang tu bising sangat.".haha..

Actually dalam flight ni aku kami je melayu, dan sorang mat salleh.yang lain tu orang die je.

Masa mula-mula kami duduk, tak ramai orang lagi. Bila dah lama, makin penuh pulak seat kat sini.

Tapi lambat pulak kapal terbang nak jalan, passenger dekat section belakang tadi tu, ape lagik, pi pindah duduk seat kosong kat depan la...jadi la area yang aku duduk bising jugak sebab anak beranak die pun tukar seats jugak.

Nak dijadikan cerita, row sebelah aku tu mula-mula kosong, dekat nak take off datang satu couple duduk.

Mula-mula sopan santun lagi..lama-lama macam dah nak beromen pulak.

Yang flight pulak lambat pulak nak terbang. Aku nak baring ni, malas nak tengok couple sebelah beromantika! Bila dah lama dok menunggu, lastnye si pompuan tadi baring & tidur atas riba jantan tu. Pastu si jantan tu dok cemolot pompuan tu.

Mase nak takeoff, FA datang tegur pompuan tu suruh duduk pakai seat belt, tapi die degil malas bangun. 
Sudahnye mase nak takeoff, posisi depa tetap same, makin kuat cemolot lagi ade la..

Maslan betul laa!!

Semua doa aku baca mase nak terbang tu. Jangan la Allah nak laknat diorang time ni..Dengan aku jugak la kene nanti.

Aku malas nak cerita hal orang die dalam flight..yang pasti memang bising. Itu pun tak penuh..tak dapat aku bayangkan kalau flight penuh..

Mase pergi Beijing dulu takde le rase pasar macam ni. Mungkin sebab ke Beijing tu ramai Chinese Malaysia & berhemah sikit. Tapi ke Chongqing ni memang style China Mainland habis!!.

Tepat jam 11.30mlm, kami selamat tiba.

Meh sini nak cerita sikit pasal airport Chongqing ni.

Landasan die besar gile!!

Tapi airport die kecik gile!!

Gini, die ade 3 terminal.

Terminal 1 ; for international
Terminal 2 A ; for domestic
Terminal 2 B ; for domestic.

Walaupun landing tempat yang sama, tapi 3 bangunan.

Terminal 2 A & B memang attached satu sama lain.

Tapi terminal 1 terletak dalam 50m dari terminal 2.

Dan terminal 1 adalah kecik bangang. Kedai pun takde, Information Centre & kaunter pertanyaan pun takde.

Airport Banda Acheh lagi besar.

Dan..ianya tak friendly user especially for foreigner. Khas untuk orang die je.

*ni nada marah ni.

Kenapa aku marah pasal airport ni? Sebab dari sampai hingga nak balik, memang aku boleh rasa service untuk foreigner ni memang hina benar..belum lagi bercampur dengan rakyat marhain die yang tak reti nak eratur.

eh..kata dah sedia maklum dengan perangai Cina mainland ni?

okey, sambung balik.

Keluar je dari arrival hall, ade le luas die dalam 15m x 10m.

Pastu terus lobby tempat tunggu teksi.

Eh...takde tempat duduk ke?

Aku berdiri relakskan jiwa dulu dalam ruang legar tu.

Aku tengok jam, dah dekat 12tgh malam..Plan asal aku nak tidur kat airport. Tapi aku tengok gaya macam tak kene je nak tidur. Seat pun takde..

Aku tau, kalau nak ruang yang besar & selesa, kene pergi ke terminal 2. Tapi bila aku keluar, aku takde nampak shuttle bus. Yang ada cuma teksi-teksi yang dok tunggu orang.

Dan 5 minit kemudian, datang polis die mintak aku keluar sebab terminal 3 ni dah nak tutup.
Ah sudah!!mana aku nak tuju ni? Kat tempat tunggu teksi tu aku nampak 4-5 orang dok menunggu sedara-mara pickup. Yang lain semua pakcik teksi..

Maka bermula lah edisi bahasa ayam itik dengan polis tu.
Aku nak tanye die, kat mana tempat dalam airport ni yang aku boleh rest sekejap.

Dan die tunjuk kat aku airport hotel yang betul-betul ada depan terminal 3 tu.

Pastu die panggil kawan die yang pandai cakap english..

Actually aku nak cakap kat die nak tidur dalam airport je. Tapi aku tak tercakap yang nak pergi ke Terminal 2. Walhal aku dah tau, kalau nak tidur di airport, pergi terminal 2 je.

Kesnya sebab aku dah blur dan campur cuak sebab tengok airport kecik. Semua ni bukan dalam bayangan aku. Aku dah sedia maklum airport kecik, tapi tak sangka kecik bangat!!

Tiba-tiba aku dah dikerumun dengan pakcik teksi.
Semua sibuk nak tolong aku, tapi makin pening lagi ade la.

Akhirnye, aku keluarkan booking hostel di bandar Chongqing, Greenforest Hostel. Dan aku tunjuk kat polis tu tadi, die panggil driver-driver teksi tu untuk translate tulisan rumi pada tulisan cina.Tapi semua tak boleh settlekan puzzle tu.

Bengong!!

Nasib baik aku teringat yang aku pernah snapshot address hotel tu dalam tulisan china.Satu keje la aku kene selak gambar satu-persatu dalam hp. Dan sekali lagi aku kene kerumun sebab pakcik-pakcik teksi tu pun same sibuk nak tengok screen hp aku.

Aish!!!

Akhirnye selepas berhempas-pulas polis dan driver teksi tu berbincang location hotel tu, baru le aku boleh naik teksi.

Actually aku nak duduk hostel ni di hari ke-4 lepas balik dari Jiuzhaigou. Tapi nampak gaya dah jadi macam ni, terpaksalah aku cari sollution lain. Dan cuma hotel tu je yang aku nampak waktu tu.

*Rupenye untuk ke terminal 2, cuma kene jalan kaki je sejauh 50m dari Terminal 3. Keluar dari terminal, menghala ke belah kiri akan nampak le Terminal 2. Hari last nak balik baru aku tau semua ni.

Entahlah, aku pun tak tau kenapa blur sangat aku malam tu. Mungkin sebab dah sampai lewat malam kot.

Cerita blurr aku belum habis takat tu..

Tambang teksi dari airport ke hotel (CBD) ialah RMB 80. Driver teksi tu lepas turunkan kami, tunjuk bangunan hotel dan terus blah.

Rupenye baru aku tau yang location hostel dekat benar dengan masjid sebab aku nampak signboard masjid dan ade sorang lelaki duduk kat pintu masuk tu.

Tapi masjid pun tak macam masjid la, just bangunan tinggi 8-10 tingkat dan mungkin jugak combine dengan pusat kegiatan orang islam kat sini.

Berbalik pada Greenforest Hostel, aku baca yang kedudukan hostel di level 4 dan perlu naik anak tangga. Die ade tunjuk gambar tangga mana yang kene naik, dan aku nampak tangga tu.

Tapi masalahnye nak naik tangga tu gelap gulita, takde lampu langsung. Cuma harapkan cahaya dari bangunan masjid tu je.

Nobita dah was-was..
"Betul ke ni Long?"

Betul! Sebab aku cam die punye tangga.

Dan dengan konfidennye aku naik menuju ke level 4.

Tapi yang aku jumpe cuma ofis/rumah yang tengah construction.
Bayangkan dari level bawah sampai level 4 tu takde lampu, dan area tangga tu penuh dengan barang-barang orang buat construction. Nak naik tangga tu aku kene bukak lampu hp sebab tak nampak anak tangga.

Masa ni aku dok terpikir, 'takkan teruk benar hotel ni. Baca review semua kata bagus'.
Masa ni jugak aku dah dok terbayang cerita hantu cina hongkong tu.Yang hantu-hantu dok kacau penghuni dekat area tangga rumah pangsa. Macam gitu le situasinye waktu tu.

Dah sampai level 4, ade la nampak cahaya lampu, design ruang tu macam lobby, tapi masih dalam construction. Bila aku jenguk ke dalam, aku nampak dua lelaki tengah tidur terkangkang tak pakai baju. Terus aku lari turun ke bawah sebelum lelaki tu sedar.

Yang si Nobita, bile tengok aku lari tu, terus die tinggalkan beg tarik yang die dok usung tu. Aku bernasib baik sebab galas beg 75liter, jadi, mampu la aku lari sikit.

Sampai kat bawah, Nobita tanye, "Long?Ape yang ko nampak?"

"Takde la, aku nampak lelaki dua orang tidur terkangkang. Macam pekerja construction.Tu aku lari sebelum diorang sedar"

"Oi..ko tau tak beg tinggal kat atas!!"

Jadi untuk senyapkan mulut Nobita, aku je la pegi naik balik tingkat atas tu nak amik balik beg tarik yang tertinggal.

Dan berdiri la kami dua orang di tengah-tengah parking area depan masjid tak tau ke mana hala nak tuju. Jam dah menunjukkan 1pagi.

Lelaki yang duduk atas kerusi depan masjid tu ade lagi buat macam takde orang depan die.

Waktu aku nak hampiri die nak tanye betul ke hotel Greenforest tu kat sini, time tu jugak aku nampak sorang mat saleh baru masuk kawasan tu.

Aku cam die!Sebab die sorang je mat saleh yang ada dalam flight tadi.

Bunga-bunga harapan kembali menyinar.

Aku tanye die nak ke mana. Die jawab nak ke Greenforest Hostel. Dan aku tanye die tau tak kat mane sebab aku dah naik atas tak jumpa. Die pun kata, tengok address dah kawasan ni.

Jadi kami cuba jalan ke arah belakang bangunan.

Time jugak la lelaki yang duduk depan masjid tadi panggil dan suruh kami jalan ke arah hujung bangunan sana.

Loh..hidup rupenye ko.

Masa nak berjalan ke arah hujung bangunan tu, datang sorang pompuan. Die pun seolah-olah tau yang kami tengah cari hostel tu, dan die tunjuk arah sama. Memang sah, die pun duduk Greenforest Hostel ni jugak.

Rupe-rupenya, diorang tengah renovation bilik hotel, jadi, entrace/lobby hotel dah tukar arah. sebelum ni kene naik tangga belah nun, sekarang ni kene naik tangga belah nin pulak.

Haish..memang malang nasib aku kali ni.


Gambar kiri tu, itu le bahagian yang aku naik malam tu. Nampak tak signboard putih "Traveling With Hostel"? Itu le signboard asal die yang aku tengok dalam gambar dalam booking.com. Tapi bile renovation, die tukar entrance ke hujung bangunan nun (gambar kanan). Bila dah siang memang terserlah kokak gile bangunan ni. Malam pulak, lagi la scary.

Masjid yang ade sebelah bangunan hostel.

Area depan hostel. Nampak signboard hijau tu?Tu laluan nak masuk ke subway. Dekat sangat dengan station. Seberang jalan tu jugak adalah masjid dan ade 3 buah restoran halal kat sini.

Haa..ni la entrance staircase yang aku kene naik. Ntah camane aku tak nampak malam tu

Bila dah sampai lobby, mat saleh tu tolong kami sebab die boleh cakap cina. Jadi die le yang tolong translate.

Harga bilik memang mahal sebab walk in. Dorm pulak dah full.

Aku malas nak pilih-pilih lagi dah.Yang aku tau mind & soul aku dah kene reset balik..Jadi aku amik je bilik double bed. Melayang RMB240 kami..

Bila aku dah dapat kunci,aku tanye mat saleh tu, die ambik bilik mana. Rupanya die tidur kat lobby je sebab harga bilik mahal gile.

Aisehh..Kalau i tau, i tidur kat lobby jugak, u..

Masuk bilik, nasib baik le cozy..

Terus hilang weng aku..

Dan lepas solat, aku terus tidur sambil mengenangkan ape akan jadi esok..

Tengok gaya, starting of journey aku kali ni nampaknye tak cantik seperti yang dijangka.
Jadi aku boleh bayangkan esok-esok mesti lagi susah journey kali ni.

Tapi kene teruskan jugak la..lagi-lagi dengan Nobita, follower tegar.

Review hostel?

Double bed room yang aku ambik malam tu. Nak tak nak, ambik je la sebab ini je room yang tinggal.

Toilet memang okey. Toilet untuk dormitory pun memang okey..Iye la, diorang baru renovate.

So far memang very recommended hotel ni. Lagipun dalam bandar Chongqing ni memang aku tak jumpa backpackers hostel selain dari Greenforest ni.

Bilik luas, siap full toiletries lagi, wifi standard ade.. tak laju dan tak lembap..tapi at least consistent..
Location pun okey, tengah CBD. Cuma takde kitchen je kalau nak main masak-masak. Tapi at least ade kettle.

Dah, cheq nak tido nak tenangkan minda yang kelam kabut ni.

bersambung...

11 comments:

  1. Belum2 dah drama...tapi alhamdulillah semuanya selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..tu la...starting pun dah tak syiok..alhamdulillah semua berjalan lancar

      Delete
  2. wah lamanya tak bersua di blog ni..hehe

    Gitulah kekdahnya travel ngn adik kan, aku dulu bwk adik jugak travel, nak order air pun dia suh aku wahal jantan tuh..

    tak sabar nak tgu next stori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..kan..bile dah title adik tu manja bedooh..

      Delete
  3. akhirnya feezafauzi kembali, tepuk tangan berirama

    cepat sambung, kitewww tak sabar nak bc :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoii..doa-doa la biar kite rajin mengarang.hihi

      Delete
  4. Akak banned china utk 5thn....hahhahahah

    Yayyyyy nobita dah kembali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa...nape banned..baru nak ajak buat trip jelajah china.hahahaha

      Delete
  5. Assalam..

    Best baca. Nnt pls continue laa kisah chongqing ni,.
    Sebab ada dlm plan jugak nih. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah struggle mengarang ni..makin lama makin malas nak update blog.hihi

      Delete
  6. Besttlaa baca cerita feeza..mmg tgh usha tix g chongqing..sy pun ade pengalaman sampai2 eport dah tgh malam mmg scary mery sikitt..nak2 eport yg tak meriah..meremang rs nak larii pecut tp xtau kemana..hehehehe

    ReplyDelete