Nak buat camane, sejak kene GST ni aku makin malas nak buat keje menaip..ehhh..??takde kene mengena pun dengan GST pun.haha..
Kalau ade sesape yang nak tanye, boleh PM aku kat FB. Insya Allah aku jawab.
Kalau aku tak jawab tu maksudnye massage korang masuk dalam folder 'Others'..Aku baru lepas check, rupanya ramai yang PM aku..kesian korang...
Okey..travelog Chongqing insya Allah aku akan sambung.
Tapi aku selitkan pasal Acheh dulu sebab aku nak sorting & buang gambar-gambar yang tak berkenaan.
Ikon Banda Acheh, Masjid Baiturrahman. Gambar ni tahun lepas, waktu kedatangan aku yang pertama.
Actually trip Acheh kali ni tak ada dalam jadual aku pun sebenarnye walaupun ini adalah kali kedua aku pergi. Mei 2015 aku dah pergi dengan family aku. Tapi waktu tu kami cuma pergi 3D2N dan hanya berjalan sekitar Banda Acheh je.
Waktu tu aku malas nak insert schedule ke Pulau Sabang since aku bawak ayah yang mana kaki die tak berapa kuat nak berjalan naik turun feri. Jadi first trip Acheh aku cuma tertumpu pada tempat-tempat tsunami je. Untuk ke Pulau Sabang, aku plan nak datang dengan orang-orang muda je, baru best nak buat aktiviti snorkeling or diving...
Nak dijadikan cerita waktu kedatangan kami pada May 2015 tu dah nak dekat majlis kahwin Nobita, jadi terjumpa kain-kain lace murah untuk buat baju pengantin. Dan banyak lagi kain-kain utuk persediaan pengantin yang murah kat Acheh ni. Kain lace tu, kalau kat Jakel boleh dapat harga RM80 semeter, tapi kat sini dalam RM10 semeter.
Tak ke gile mak aku jadinya..
Mak aku pun cakap, shopping barang-barang nak kahwin kat Acheh lagi best dari Bandung.
Kemudian bile masuk November, plan untuk majlis aku pada 2016 pulak.. Dalam tempoh tu, mak aku bagi arahan, "Pegi la Acheh tu, beri kain-kain..boleh la mak jahit.."
Dan aku pun ape lagi, terus le beli tiket flight untuk cuti New Year 2016, pergi 3 hari 2malam je biarpun harga tak reasonable. Aku dapat harga RM330 return..pejam mata je aku beli. Beli untuk 2 orang pulak tu..sape lagi, Nobita mesti menyelit, sebab nak temankan aku, biarpun die dah berlaki waktu tu..
Dipendekkan cerita, majlis aku tak jadi..
Huahuahua*gelak sambil muka pucat tahan keluar air mata.
Jadi no point la aku pergi ke Acheh sebab motif asal nak pegi shopping barang pengantin, tapi tak jadi.
Aku dah berkira-kira nak cancel trip ni. Waktu tu pulak kebetulan insurans kete pun mati, hujung tahun pulak..jadi memang miskin gile la waktu tu. Tapi bile pikirkan harga tiket flight yang mahal, tak berbaloi untuk aku burn tiket tu.
Jadi aku dah berkira-kira tukar plan pergi ke Pulau Sabang biarpun sebenarnya tak cukup masa.
Ayah aku pun kali ni dah bagi greenlight nak terbang. "Pergi la Acheh tu, release tension.." kate die kat Nobita.
Berbekalkan Rp1.3 juta, aku bawak duit untuk transport (feri, becak,teksi) + hotel + makan untuk 2 orang. Budget untuk Nobita pun aku tanggung sekali sebab aku yang berkeras nak die ikut, jadi dengan rela hati la aku tanggung.
Jadi, pada pagi 1 Jan 2016, kami pergi ke KLIA2 untuk flight ke Banda Acheh..Konon-konon nak celebrate new year kat Acheh la..
Malam sebelum naik flight tu, aku dah contact Husaini, guide aku mase kat 1st trip ke Acheh. Kalau budak-budak BBM mesti boleh kenal Husaini ni.
Aku mintak die belikan tiket feri ke Sabang, dan sediakan transport dari Bandara ke Pelabuhan Ulee Lheeu sebab kalau boleh aku nak grab feri ekspress jam 9.30pagi.
Jam 8.30 pagi, kami sampai di airport, disambut oleh kawan Husaini dan terus bawa kami ke jetty. Husaini dah tunggu kami kat sana.
Nak dijadikan cerita, kan hari tu cuti new year, jadi satu Indonesia la cuti. Maksudnye ramai gile la orang..Bertambah buruk, ombak kuat sehari sebelum tu sampaikan feri cancel tak boleh beroperasi. Aku dah start risau kot-kot tak dapat pergi ke Sabang. Dah le aku cuma ade 1 malam je kat sane.
Akhirnye kami naik kapal lambat jam 2.30ptg memandangkan itu je transportation yang ada.Bagi feri ekspress shahbandar tak bagi berlepas memandangkan angin dan ombak terlalu kuat.
Jadi melanguk la kami di jetty dari jam 9pg sampai 12.30tgh. Nak keluar pi jalan-jalan kat Bandar Acheh pun macam membazir aku nak keluarkan duit untuk naik becak. Jadi lepak la situ dengan orang yang ramai..
Dalam ruang menunggu di jetty. Ade yang dari semalam lagi menunggu sebab seharian kapal tak boleh berlepas.
Sebab ape aku cakap camtu?
Kapal die besar bak hang 3 tingkat, seat nak duduk (termasuk VIP seat) cuma ada tingkat atas. Jadi nak taknak kene naik tangga yang tinggi. pastu orang-orang die naik tangga main tolak-tolak, peduli hape sape yang ade kat depan. Kalau kene orang tua, naye la..
Aku pulak amik economy class, merempat la duduk kat mana tempat yang ada. Lastnye aku duduk kat luar, laluan orang keluar masuk nak ke tingkat atas.
Dah puas duduk dalam bangunan, pegi lepak di kedai-kedai kat luar.
Akhirnya kapal lambat dah sampai
Merempat aku duduk nak cari port. Akhirnye duduk je la kat sini. Aku rase better duduk kat luar, dapat jugak angin. Kalau duduk kat dalam, dengan panas, bau kepam dengan asap rokok, boleh mabuk aku agaknye.
Naik feri 12.30tgh, tapi sebab hari jumaat, diorang tunggu lepas solat jumaat dulu, jam 2.30ptg baru jalan.
Jam 4.30ptg baru kami sampai di Sabang.
Jadi bayangkan la betapa hazabnye perjalanan kami nak ke Sabang hari tu.
Husaini pesan kat aku, lain kali nak ke Sabang, jangan datang time National public holiday. Datang time weekdays, tak perlu bersesak camni, kak...
Dah sampai Jetty Balohan (Pulau Sabang), aku naik becak nak ke hotel di Sumur Tiga.
Seminggu sebelum aku dah email booking kat Freddie Sumur Tiga.
Video ni aku naik becak dari jetty ke hotel. abang ni dah le bawak laju, die ikut jalan shortcut pulak tu..mula-mula seram, lama-lama seronok. macam naik roller coaster pun ade. Hilang pening aku aku naik kapal tadi.
Akhirnye sampai jugak di Freddie Sumur Tiga Hotel. Antara yang famous jugak di Pulau Sabang.
Angin memang kuat waktu kami sampai tu. Tapi view die layannnn
Ambik feeling
Bilik kami. Angin memang kuat la..pantang bukak pintu, segala benda nak terbang. Takde sepoi-sepoi bahasa punya, kencang terus.
Actually kalau korang memang plan nak snorkeling atau buat activity, better duduk kat area Iboih. Tapi sebab aku ni sekadar jejak kaki je di Sabang, aku duduk kat hotel Freddie Sumur Tiga since tempat die dah mengadap laut yang cantik.
Dah check in bilik, kami bawak maggi makan kat tepi laut dan ambil angin kat pantai area situ.
Waktu tu dah jam 6.30ptg.Jalan sekejap, terus masuk bilik mandi..
Setakat main air kat gigi air tu aku berani la..Nak mandi dengan ombak besar tu takde maknanye..
For the rewards to our self yang bersesak-sesak naik ferry tadi, aku buat decisions ambik pakej buffet yang Freddie offer dengan harga Rp65,000 sorang.
Walaupun simple je menu die, tapi bagi aku not bad la.Style buffet Freddie ni bukan macam kat Malaysia yang banyak menu tu..Duduk je kami dah dihidangkan dengan appetizer..ade 2 menu..satu soup, satu begedil ikan.tapi memang sedap.
Kemudian baru le boleh start buffet makanan yang dihidang. Actually hampir semua menu adalah tekak mat saleh yang mana chef die cipta menu-menu ni.
Bila difikirkan, menu-menu die kalau aku nak rasa semuanya kat western restaurant 5 star. Cuma presentation diorang je kureng. Last sekali, ade dessert kek jeruk. Sedap kek tu.
Dan chef die adalah Mr Freddie sendiri, mat saleh, tapi semua staff die adalah muslim.So no arguement on halal or not..Ini Acheh bebbb..Mat saleh kat sini semua respect Islamic culture. Takde pakai seksi-seksi pun..Kat Malaysia je mat saleh besar kepala.Nak buat camane, orang melayu sendiri pun dah macam mat saleh.ehhh..
Dah siap makan, kami masuk bilik tidur sambil didendangkan dengan bunyi desiran ombak..
Fuh..mana dapat camni.Kalau kat KL kejap-kejap bunyi motor mat rempit. Tak cukup dengan tu, siap main mercun lagi.
Esok pagi, seawal 6.00pagi kami dah tercegat kat lobby. Kami dah booking transport dengan hotel untuk ke jetty.
Huh..dah macam amazing race dah..sampai 5 petang, 6 pagi dah balik. Tak cukup 24 jam aku kat Sabang.
Salah satu sebab aku nak balik pagi ialah kerana aku risau kalau ferry petang tak boleh jalan since ombak kuat. Kalau camtu, naye la kami sebab flight balik KL pagi keesokan harinya. Jadi untuk selamat, aku terpaksa jugak naik kapal jam 8.30pg.
Bersesak la lagi kami atas kapal tu..Kali ni dok tingkat paling atas, port direct kena cahaya matahari pulak tu.
Hadoiii..tak terkata aku..Nasib baik atas kapal ni ade jual kuih muih sedap. Tak cukup dengan tu ade syarahan agama lagi weh..Ini Acheh laa...
Dah sampai Pelabuhan Ulhe Lheeu, aku cari becak untuk bawak kami ke Bandar Acheh, berhenti di Masjid Baitul rahman.
Sekitar masjid tu, ade deretan kedai-kedai..Kat area situ le aku shopping kain lace yang murah-murah dulu..
Sebab malas galas beg sambil window shopping, aku buat keputusan jalan kaki je ke hotel. Jauh jugak tu woo..tapi sebab aku malas nak deal harga dengan abang-abang becak yang suka hati letak harga mahal, aku lebih rela jalan kaki.
Maka menapak la aku dari masjid ke Hotel Medan..Tapi aku suka je, sambil-sambil tu boleh layan mata untuk tengok kedai-kedai.
Kene menyeberang sungai dulu.
Jalan sampai jumpa bulatan ni, belok kiri, nampak deretan bank-bank.
Dah sampai hotel, sebab tak boleh check in lagi, aku simpan beg dan pergi makan kat restoran depan hotel.Makan kat Acheh ni style nasi padang jugak. Duduk je die letak banyak lauk. Tapi sebab poket kami sempit, aku letak tepi terus mana yang taknak.Lastnye cuma makan kari ayam kampung dengan begedil je.
Kemudian kami naik becak yang ada depan hotel untuk ke Pasar Atjeh. Kali ni aku dapat pakcik tua yang ikhlas, die charge Rp10,000 je. Kalau orang lain semua letak Rp15,000.
Dalam pasar ni pun best jugak shopping. Tapi disebabkan aku memang tak plan nak shopping, kami duduk kejap je..Bahaya duduk lama-lama dalam ni. Dah le aku dah cucuk kat ATM CIMB kat hotel tadi. Ade jugak bende merepek aku beli karang.
Pasar Atjeh ni. Memang meriah bahan jualannya. Baju fesyen muslimah pun banyak. Kalau setakat skirt & seluar kembang tu murah je.
Kami jalan-jalan kat deretan kedai depan pasar Atjeh tu..dah dapat skirt selai, baju kelawar mak aku 2 helai, baju anak buah 2 helai, aku dah rasa banyak gile dah tu shopping.
"Dah, jom Nobita kite balik! Bahaya duduk sini.."mood shopping aku dah habis memandangkan duit dalam wallet dah berkurang.
Jam aku time tu baru 1.30 tghari. Rupenye tak sampai 2 jam pun kami duduk situ.
Masa kami datang dulu, sebab datang 3 hari je, mak dan makcik-makcik aku komplain tak cukup masa nak shopping. Jadi aku tak paham macam mana diorang rasa tak cukup masa sedangkan aku tak tau nak beli ape dah.
"Memang kalau nak shopping kene bawak orang tua weh."Nobita cakap.
"Bukan laa...tu beza die orang banyak duit berjalan dengan orang takde duit berjalan.."Aku jawab.
Tapi memang diakui..shopping kat Acheh memang best. Kalau korang pergi, ready je la duit. Sebabnye fashion dan barang harian kat Acheh tu dah hampir sama dengan orang Malaysia. Tu sebab kita rasa best shopping kat sana. Bayangkan kalau sarung kaki dan sarung lengan tu, kat Malaysia standard price RM10, tapi kat sana RM4. Ayah aku dulu hampir beli perkakas nak bertukang style 70-an sebab kat Malaysia dah takde. Nasib baik aku sempat halang. Kalau tak nanye kene soal-siasat kat airport.
Kami balik hotel, check in bilik dan tidur.
Baru 15 minit tidur, aku tersedar & lompat dari katil sebab aku ingat dah terlepas flight.Ntah kenape aku boleh ngigau petang tu.
Si Nobita yang baru nak terlelap time tu, terus tak dapat tidur sebab terkejut dengan aku punye melompat.
Lastnye dua-dua tak dapat tidur siang. Memang teruk aku kene bebel dengan Nobita sebab kacau die tidur.
Jam baru pukul 3 petang..kami dah bosan dok golek-golek atas katil. Sekali tengok ade pamplet service massage & bekam.
Hah!! Ape lagik, terus aku call kaunter untuk booking.
okey la price die..Bekam + massage or Full body massage+reflexology = Rp110,000.
Kalau kat Malaysia memang tak dapat harga tu dah..sekarang ni ready RM50 je kalau nak berurut.
Maka bermassage la kami dalam bilik tu..
Kemudian jam 7.00 mlm, kami keluar jalan-jalan depan hotel. Happening dengan warong-warong yang jual makanan. Disebabkan di Sumatera, Acheh pulak tu jadi aku bedal je ape yang aku nak makan tanpa ragu-ragu.
Dataran depan hotel medan ni namanye REX. Banyak yang stall makanan bila malam. Paling banyak jual sate malang dan nasi gurih. Aku nak cari Mee Acheh, tapi tak jumpa pulak stall mee Acheh.
Kami order jus apokat,jus mangga, sate malang, (dah siap nasi & sup babat), ayam tangkap, & nasi gurih. Dah siap makan, aku beli murtabak mesir bawak masuk bilik. Pergh..makan takde to'maninah.
Kalau kat Msia memang takde maknanya bila makan aku nak order jus buah. Tapi sebab kat Indonesia, manis jus tu adalah manis buah, aku bedal je. Kat M'sia je kalau order jus, gula je terlebih..ade tu pakai kordial je..Pastu charge mahal.
Ayam tangkap. Ratah daun kari tu sedap.
Dan pagi esok jam 6.30pagi, kami naik teksi hotel ke airport.
Trip ke Acheh kali ni memang sekadar jejak kaki je. Disebabkan aku dah pernah ke tempat-tempat tsunami dulu, jadi takde le aku beria sangat nak berjalan. Ke Pulau Sabang pun sekadar tengok air laut yang super cantik tu dah cukup le.
Btw, meh aku bagi tips/ or notes untuk sesape yang nak ke sana:-
- Dari bandara nak ke pelabuhan Ulhe Lheu tu harga teksi Rp130,000. Kalau ramai, boleh la sharing.
- Ferri nak ke pulau Sabang ade 2 jenis. Ferry ekspress (kapal cepat) dan Ferry besar(kapal lambat). Ferry ekspress tu kecik je, kalau angin kuat, tak boleh jalan.Kalau kapal lambat tu besar, tapi hazab sikit la nak berebut tempat duduk dengan local people. Tapi aku rasa takde masalah untuk orang muda. Boleh check sini untuk jadual pelayaran. Tambang kapal cepat Rp75,000, kapal lambat Rp25,000.
- Kalau nak elak bersesak, boleh pegi weekdays. Sebab weekend tu ramai orang dari Medan yang turun.
- Kat Sabang boleh sewa motor dengan harga Rp100,000 sehari. Kalau tak pun boleh sewa transport + guide kat sana..bersepah..
- Di bandar Acheh, recommended pilih hotel area hotel Medan sebab kat situ happening dan banyak kedai bile malam. Kedai-kedai souvenir dan bank-bank pun kat area situ.
- Kalau nak shopping yang lagi murah, boleh jalan sekitar deret kedai sebelah Masjid Baitul Rahman. Kat situ bagi aku murah sikit kalau nak dibandingkan atas pasar Atjeh. Tapi actually dalam pasar tu dah cukup murah kalau nak dibandingkan dengan Malaysia.
- Untuk oleh-oleh makanan, boleh beli kuih bika, Rp20,000. Kedai die dekat dengan Hotel Medan. Dia cuma masak pagi, dan lepas maghrib je. Sape cepat die dapat. Die dah siap packing dalam kotak..Kalau nak bawak balik brownies, boleh beli di airport Rp 40,000. Boleh mintak die letak dalam kotak terus.
- Masjid Baitul rahman tengah renovate sekarang. So kalau nak pergi dalam masa terdekat, check dulu bila siap. Rugi woo tak sampai masjid ni. Saksi penting tsunami 2006. Nasib baik aku dah pernah sampai dulu, takde le ralat sangat kali ni tak dapat masuk.Tapi aku tak dapat masuk sebab datang pakai seluar,memang le kene halau.
- Kalau nak jalan-jalan sekitar kawasan tsunami, boleh ambil guide sehari. Satu hari pun dah cukup untuk cover semua tempat tu.
- Otherwise,boleh pilih agen-agen tour guide. Tapi honestly aku cakap, industri wisata kat sini tak berkembang pesat lagi. Almaklumla, diorang baru nak naik after tsunami 2006. Sebelum tsunami pun, Acheh kurang aman. Jadi kalau ade kekurangan tu, pejam mata je la.
Gambar atas tu brownies. Ade perisa kopi, cheese, tiramisu dll. Kuih bika tu pulak packing dalam kotak, ade perisa ubi dan tepung. Aku suka perisa ubi..Boleh la nak buat buah tangan kat sedara mara untuk minum petang.
Bagi aku Acheh ni best untuk holiday dengan family after Padang-Bukit Tinggi. Aku rasa aman lagi datang sini sebab sistem jalanraya kat sini teratur kalau nak dibandingkan dengan Bandung dan Padang. Bunyi hon kereta pun kurang..Maklumle, after tsunami, Acheh banyak dapat bantuan dari negara-negara maju. Jadi sistem perbandaran pun teratur je dan loghat percakapan orang die pun senang nak paham.
*Trip kali ni memang tak banyak gambar. Gambar pantai yang cantik pun aku kurang snap sebab lebih pada menghayati quality time without my gadget.
Sekian
salam,
ReplyDeleteaku dulu pergi sabang tiga jam je sebab masa tu feri pukul 5pm(kalo x silap) dah 2 minggu tak beroperasi. mmg frust tp redha je at least dah smp.
insyaallah aku nak repeat lg. tunggu pak tony bg free seats. dasar suma nak murah wei, nak buat camni, hehe
rajin rajinkanlah jari jemari tu menaip n hapdet trip china tu cepat!!!
ReplyDelete