Tuesday, February 16, 2016

Amazing China 2015 : Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou [Day 3 ;Jiuzhaigou National Park]

Warning!! Eye Candy overloaded!

Sambungan dari Amazing China 2015 : Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou [Day 2 ; Chengdu - Jiuzhaigou]

Hari yang ditunggu sudah tiba..Tak sabar aku nak masuk Jiuzhaigou National Park.

Kami keluar hotel dalam jam 7 pagi, breakfast dulu dengan air milo je dah kenyang. Tak lalu aku nak makan.

Dalam beg kami bawa bekal buah, biskut, roti, tuna dan maggi. Maggi tu cuma prepare incase dapat makan. Tapi harapan tipis sebab aku tau, nak mintak air panas amat susah dengan tuan kedai.

Kami berjalan kaki ke menuju ke entrance. Bukan kami berdua je, tapi ramai..

Rupanya kalau datang naik bas dengan tour guide pun, kene parking bas dekat dengan  hotel kami.

Kemudian berjalan secara berjemaah ke entrance, kena melalui kedai-kedai souvenir.

Takde ape yang menarik, kecuali jacket winter for hiking. Aku rasa murah-murah kat sini kalau nak banding dengan rege kat shopping complex tu.

Dah sampai entrance, masuk ticket office, aku beli  ticket sekali dengan shuttle bus.
  • Entrance ticket = RMB 220
  • Shuttle Bus       = RMB90

Bas pelancong banyak berhenti sini. Kat sini jugak banyak ah so- ah so jual barang. Aku tak tau murah ke tak kalau beli dengan diorang sebab diorang tak mai serbu aku pung.

Laluan kedai yang harus dilalui oleh semua orang.

Ticket Office

Mula-mula naik bas menuju ke checkpoint persimpangan Y. Kiranya itu starting point untuk mulakan journey dalam park ni.

Sebelum aku cerita panjang pasal journey aku sepanjang dalam park ni, meh aku bagi introduction sikit pasal park ni bagi memudahkan korang rancang perjalanan.

Yang penting baca..Kalau tak baca dan nak harap orang suap je, gi amik tour agent, toksah travel.

Jiuzhai Valley ni adalah kesinambungan dari Tibetan Plateau yang mana asalnya adalah satu perkampungan orang Tibet yang tinggal di sini sejak dari dulu lagi dan pada 1992 ia telah diletakkan di bawak UNESCO World Heritage Site yang dikategorikan di bawah Protected Landscape.

Jadi jangan tanam impian nak mandi dan berkelah ala tepi pantai kat sini.

Nak berak pun tak boleh tau tak..eh..boleh je sebenarnye. Nanti aku cerita jap lagi.

Sekarang ni masih ada 7 perkampungan Tibet (asalnya 9 kampung) yang tinggal dalam ni dah mereka dah tak boleh menjalankan kerja-kerja pertanian bagi melindungi alam semulajadi dalam taman ni yang semakin terancam. Jadi tourism adalah sumber pendapatan utama mereka.





Hadam map ni sebelum pegi. Jarak walk path antara lake tu boleh tahan jauh jugak. Jiuzhaigou Park ni laluan perjalanan die benyuk Y. Di tepi jalan tu le letaknya tasik-tasik yang indah permai. Jadi takde maknanya kalau korang nak buat route round bentuk pusingan. Nak tak nak kene patah balik ke pit stop tengah tu jugak.


Dari main entrance, kita akan naik bus menuju ke intersection 'Tourist Centre" * rujuk map.

Aku ade baca dari info mat saleh, kalau nak naik shuttle bus free, boleh je.

Tapi korang kene berjalan dulu dari entrance park hingga ke intersection.Sebab dari situ, bas memang berhenti amik-turun penumpang. Dari bus stop tu dah takde nak check tiket dah.

Tapi korang jangan ingat dekat pulak..ade le 11 km. Itupun kalau korang sanggup la..Mat saleh ade je buat., tapi aku tak sanggup..

Naik shuttle bas tu, memang ade guide yang akan explain lake sekian-sekian bile  lalu kat tempat tu.

Tapi dalam bahasa cina la.. Untuk kita ni, tengok tv yang ada dalam bas tu untuk dapat information ape istimewanya lake tersebut.

Ada banyak tasik, waterfall dan view yang stunning yang harus korang jejaki dalam park ni.

Dan, sekali lagi aku baik hati, aku inform terus yang mana harus pergi dan yang mana boleh skip.

Tapi sebelum tu, hadam tu map kat atas untuk korang notes pitstop yang korang nak turun dari shuttle bus tu nanti.

Kat atas aku dah cakap yang route die adalah berbentuk Y, jadi ianya terbahagi pada 3 valley.

Tiang Y tu adalah Shuzheng Valley

Sayap Y belah kanan ialah Rize Valley

Sayap Y belah kiri ialah Zechawa Valley.

Rize Valley
Aku start dengan Rize Valley dulu. Panjang nya hampir 18 km dan menempatkan paling banyak main hotspot bagi Jiuzhaigou National Park. Ada 8 location/ pitstop yang korang boleh tengok iaitu:-
  • The Virgin Forest : Kedudukan yang paling tinggi sekali dan waktu winter, tempat ni ditutup.
  • Swan Lake : Panjang Lake ni lebih 2km dan dinamakan swan lake sebab sentiasa dilawati oleh swan & itik.
  • Grass Lake
  • Arrow Bamboo Lake : Antara lake & kawasan yang terbesar di valley ni
  • Panda Lake 
  • Five Flower Lake : Multi-color lake
  • Pearl Shoal : Ada waterfall dan location shooting Journey to The West. Tapi untuk ke kesini kene jalan jauh sikit dari tepi jalan.
  • Mirror Lake : Kalau kena timing, akan nampak gunung mirror dalam tasik.*eh, betul ke ayat aku ni.
Zechawa Valley 
Panjangnya hampir 18km juga, tapi ia lebih banyak mendaki
  • Long Lake : Lake yang paling luas, paling dalam dalam dan lake paling tinggi kedudukannya.
  • Five colour pond : Lake paling kecil, tapi paling cantik kerana memiliki 5 jenis warna air.
  • The Seasonal Lake : Ada lower, middle & upper lake. Waktu aku pergi adalah dry season, takde air dan dikatakan ianya boleh penuh dalam satu masa. Dulu ada orang kampung duduk di tepi-tepi tasik ni, tapi sekarang dah pindah. Jadi orang dulu-dulu je nampak camana rupa tasik tu penuh.
Shuzheng Valley
Panjangnya hampir 15km dari entrance hingga ke intersection antara Zechawa dan Rize Valley. Starting point dari intersection, terletaknya :-
  • Nuorilang Falls : Ketinggian highland waterfall ni ialah 20m dan yang paling lebar di China.
  • Nuorilang Lake ; Meliputi 3 buah lake yang namanya berdasarkan citer dongeng orang dulu. Rhinoceros lake, Unknown Lake dan Tiger Lake. Ketika-tiga lake ni terletak berdekatan.
  • Sleeping Dragon Lake : Kedudukan tasik ni adalah paling rendah sekali dari segi altitudenye.
  • Reed Lake

My personal review for list of attraction inside Jiuzhaigou National Park:-*eh,omputeh pulak
  • Wajib sampai, tapi ambil masa yang lama untuk cover/banyak berjalan kaki
    • Arrow Bamboo Lake / Panda Lake / Pearl Shoal / Mirror Lake / Five Color Lake / Nuorilang Waterfall
  • Wajib pergi, tapi ambil masa singkat untuk cover/ tak banyak guna tenaga untuk berjalan
    • The Virgin Forest / Five Flower Lake / Nuorilang Lake (Rhinoceros Lake, Tiger Lake)
  • Boleh Layan view dari atas bas je
    • Swan Lake / Shu Zheng Lake / Reed Lake / Bonsai 
  • Lake yang dah kering 
    • Swan Lake / Grass Lake / The Seasonal Lake

Dah baca satu-satu tempat dah?

Aku tau ade yang skip..Rotan karang..

Cikgu tengah hot ni.

Pintu masuk utama Jiuzhaigou National Park

Sekarang aku bagi suggestion route mana yang boleh diikut.

Starting point bergantung pada driver bas mana yang die nak berhentikan korang.

Macam dalam kes aku, bas dah berhenti di intersection, aku nak turun..tapi tour guide  tu cakap  "Seeloknya anda semua berhenti di rize valley atas nun.."

Aku agak je la sebab masing-masing tak nak turun.

Jadi, kalau bas terus menuju ke arah Rize Valley, korang berhenti terus di last bus stop iaitu "The Virgin Forest"

Start dari The Virgin Forest - Naik bas ke Arrow Bamboo Lake - Jalan kaki hingga ke Waterfall - Panda Lake - Naik bas ke Pearl Shoal - Jalan kaki ke  Pearl Shoal Waterfall - Naik bas ke Five Flower Lake - Naik bas ke Mirror Lake
*In case bas tak berhenti di bus stop Mirror Lake, boleh jalan kaki dari intersection. Macam kes aku, bas tak berhenti, padahnye aku tak cover Mirror Lake.
Next...Naik bas di intersection menuju ke Zechawa Valley.
Start dari Long Lake - jalan kaki ke Five Color Pond - Naik bas menuju ke intersection-Berhenti di Zechawa Village kalau nak shopping di perkampungan Tibet.

Last sekali, dari intersection ni, korang boleh start cover Shuzheng Valley.
Start dari intersection, jalan kaki ke Nuorilang Fall -  Naik bas ke Rhinoceros Lake -Naik bas ke Tiger Lake - Naik bas ke Shuzheng Lake - Jalan kaki ke Reed Lake - Naik bas ke main entrance park.
*Di sepanjang Shuzeng Valley, belah kiri adalah perkampungan orang-orang yang tinggal dalam park ni. Jadi kalau nak berhenti shopping boleh je. Bas memang akan berhenti di setiap bas stop.
Ni adalah suggestion route aku. Korang boleh create sendiri mana nak cover dulu.

Macam group Mamat Spain & Wu yang aku jumpa semalam, die cover Zechawa Valley dulu, kemudian baru Rize Valley.

Dah habis belajar dah pasal Jiuzhaigou ni?

Jomm..kita layan gambar pulak mane tempat yang aku sempat cover satu hari dalam park ni.

Kita start dari pintu masuk park dulu. Dah naik shuttle bus, aku tak dapat tempat duduk. Rakyat marhain dia dah penuh.

Bas bawak slow je, tapi sebab jalan bengkang bengkok, terpaksa la aku berpaut kat tiang. Belah kiri aku, dari tingkap bas aku dah nampak tasik nan membiru iaitu Bonsai Shoals, Reed Lake dan Shuzheng Lake.

Tapi aku tak boleh nak snap sebab tak cukup tangan.Takpe, aku tau, kat atas nanti banyak yang lagi cantik.

Dah sampai intersection, aku nak turun, tapi pintu bas tak buka. Tour guide pompuan dok chong cheng ape ntah, pastu bas terus jalan.

Aku follow je la..

Dah sampai bus stop pertama, bus tak berhenti..Sampai bus stop kedua, bas tak berhenti jugak. Bila sampai di bus stop ketiga, bas berhenti..

Dan semua turun..

Haish..camane nih? Nak turun ke tak..

Dalam kepala aku nak turun di The Virgin Forest, last bus stop. Tapi bila semua orang berpusu-pusu turun umpama kene halau, aku pun turun jugak la..

Dah turun, aku blur..Ni kat mana ni?

Bila tengok signboard, baru aku tau, di Arrow Bamboo Lake..

Aku pun jalan sikit..Tapi sebab tak ade orang jalan kaki kat walk path tu, aku dah jadi serba salah.

Betul ke tak laluan aku nih.

Crowded yang turun bas tadi, semua pakat jalan kaki tepi jalan turun bukit menuju ke Panda Lake.

Aku nak ikut sape ni? Kalau teruskan follow walk path yang ada akan masuk hutan dan cuma aku dan Nobita je dalam kawasan tu. Nak ikut crowded orang-orang cina, aku rasa route diorang tu salah.

Lastnye aku patah balik tempat bas berhenti tadi, tunggu bas untuk pergi ke The Virgin Forest.




Takde orang..tapi nyaman gile waktu ni..

Seriously nyaman. Aku rindukan udara nyaman kat sini.

The Virgin Forest

Sampai di Virgin Forest, highest altitude dalam park ni yang boleh dikunjungi pelancong..Sejuk toksah cakap la..

Aku tak tau berapa suhu pagi tu, tapi sampai aku pakai glove sebab tangan tak tahan sejuk.

Time aku pergi tu dah nak masuk summer, kalau winter aku tak tau la camane sejuk die.Sebab tu Virgin Forest ni tutup time winter.

Itu puncak yang tertinggi.. Sini adalah pit stop tertinggi dalam kawasan Jiuzhaigou Park.

Close up lagi

Orang dah start ramai dah..Kat sini jugak boleh sewa pakaian orang tibet kalau nak pose-pose berlatarbelakangkan gunung.

Lagi..


Actually area sini bukannya photozone untuk The Virgin Forest. Sebenarnye kene masuk ke dalam sikit sampai jumpa hutan tebal.  Tapi sebab dah naik tangga sikit je dah rasa tercungap-cungap, aku malas nak ke dalam lagi.

Aku snap kejap, terus ajak Nobita turun.

Aku dah terasa sakit dada dan sesak nafas. Tapi aku diam je..mungkin ni nama die altitude sickness.

Dah naik bas turun ke bawah, aku ingat nak stop di Grass Lake dan Swan Lake.

Tapi bas tak berhenti..Dari atas bas pun aku tengok kedua-dua lake ni tak banyak air..

Aku tak tau yang airnya dah kering atau sebab summer tasik ni ni kering.

Tapi air still warna biru.

Arrow Bamboo Lake 

Kemudian bas berhenti di Arrow Bamboo Lake, tempat yang kami turun mula-mula tadi.

Kali ni aku dah dapat mood nak explore sebab dah ada starting point die.

Kami masuk balik di starting walk parth tu tadi dan mula berjalan..

Masih lagi kami berdua di situ..

Kami teruskan berjalan hingga masuk ke kawasan hutan. Kemudian aku terjumpa sorang kakak yang tengah menyapu daun, daun..Aku tanye die betul ke jalan ni..

Dan die angguk kepala, suruh aku jalan terus je.

Jadi aku confident untuk teruskan perjalanan.

Kawasan Arrow Bamboo Lake



Arrow Bamboo Lake

Tiba-tiba aku rasa nak terkuchil..Haishh..carik toilet dulu..Dengan harapan toilet die okey laa..

Bila masuk toilet tu, blurr jugak aku camne cara nak guna.Toilet duduk, tapi balut dengan plastik..

Eh..camane nak guna nih?

Bila tekan flush, plastik cover tu bergerak masuk dalam.

Oooo..Baru aku faham cara guna die.

Maksudnye sisa buangan tu takkan masuk ke dalam tanah sebab kat sini memang takde sistem pembentungan dalam tanah

Sini kan Eco protected landscape..Jadi sisa buangan tu ke mana?Korang pikir la sendiri.

Dah keluar toilet, Nobita tunggu kat luar.

"Okey toilet?" die tanye..

"Hmm..okey laaa..tapi aku nak explain pun tak reti camane"

Aku blurr lagi waktu tu camane sistem toilet die.

Waktu ni jugak tibe-tibe orang dah start ramai.

Loh..cepat!! Sebelum rakyat die kongker walkway tu naya kita.

Kami berjalan melalui walkway tu tepi tasik yang cantik.

Jumpe view cantik je, berhenti posing..

Tapi asal baru nak posing, orang lalu..hishh

Masih lagi di Arrow Bamboo Lake

Nampak bas belah nun?Itu le shuttle bas yang bawak penumpang.

Arrow Bamboo Lake yang mana airnya semakin berubah warna

Memang susah nak amik gambar berlatarbelakangkan tasik since atas walkway, ramai orang lalu lalang.

Masih di Arrow Bamboo Lake


Layan gambar je la..Mood malas nak type dah sampai..

Besar dan panjang Arrow Bamboo Lake ni. 



Waterfall & Panda Lake

Jalan..dan terus berjalan..

Tiba-tiba laluan walkway yang rata dan terus tu jadi berliku-liku dan naik turun tangga sampai jumpa mini waterfall.

Rupanya ade waterfall kecil area sini, tapi superb cantik.

Malas nak cerita apa..Eye candy untuk korang, layan je la waterfall ni.









Cikgu tanye ni, best tak??

Kami berjalan lagi..aku follow je walkway dan crowded mana nak pergi.

Akhirnya sampai ke tempat ni..Inilah die Panda Lake.

Panda Lake

Panda Lake

Actually kannn...

Aku nak buat pengakuan..

Yang sebenarnya..

Waktu nak sorting gambar ni, aku konfius mana satu kat Arrow Bamboo Lake, mana satu Panda Lake..Mata aku dah berpinau dengan air tasik yang warna turqoise tu. Jadi, lebih kurang le ye.hikhik..Tapi yang pasti, Arrow Bambbo Lake-Waterfall-Panda Lake adalah terletak bersebelahan.

Kemudian, aku tengok macam dah takde arah tujuan dan kami dah dekat dengan tepi jalan dan dekat dengan bus stop.

Aku naik shuttle bas dan berhenti di next bus stop. Tak tau ape next lake yang aku akan pergi, aku main belasah je waktu tu.

Bila dah turun baru tau, tu adalah Five Flower Lake

Five Flower Lake

Lake ni pun cantik..orang memang ramai la..semua berkumpul kat walkway & jambatan.

Memang boleh bergaduh jugak nak ambik gambar kat sini.

Asal nak snap je, ade orang lalu..Sebab tu terpaksa kami amik gambar dengan cara selfie, guna monopod.

Tengok..tengok..air die...







Nasib baik ada monopod untuk gambar yang ada muka kami..Sports cam aku dah habis betri, jadi cuma harapkan DSLR kokak dan handphone. Aku pakai Note II, Nobita pakai Iphone 4..

Hp pun kokak..selfie pakai camera depan yang low pixel pulak tu.

Tau ape jadik?

Gambar kiteorang langsung hampeh..si Nobita pulak pakai cliplens untuk selfie, makin tak cantik gambar-gambar tu..

Dah separuh jalan baru tau gambar tak cantik. Itu pun nasib baik perasan bila naik bas.

Rugi..rugi..background dah cantik, tapi low quality picture.

Gambar-gambar yang ade muka kiteorang dari Arrow Bamboo Lake hingga ke Five Flower Lake semua pecah

Nasib baik gambar-gambar pemandangan yang korang tengok ni cantik.

Haish..

Dah la..mari kita teruskan perjalanan..Menyesal pun tak guna.


Ape perasaan korang bila tengok kualiti gambar yang camni? Ranap tak ? 

Kemudian kami naik bas lagi dan berhenti di next bus stop iaitu di Pearl Shoals

Pearl Shoals

Dah turun bas,  ada la aku nampak waterfall..

Kufikirkan itu le Pearl Shoal Waterfall, tapi rupanya bukan..Kalau nak tengok waterfall tu,kena jalan kaki lagi ke dalam.

Mula-mula aku ingatkan ini le waterfall nye

Dah naik bas baru aku tau bukan ini tempatnya

Nampak tak orang yang jalan kaki kat atas tu?Itu le laluan nak ke Pearl Shoal Waterfall. Yang tempat aku bergambar ni tepi jalan je. Tapi sebab aku dah turun ke bawah, aku dah malas nak naik balik pergi ke arah Pearl Soal Waterfall.


Pearl Shoal Waterfall, tempat yang aku skip. Cantik kan?Ni gambar dari wikipedia. Mula-mula aku ingatkan takpe la skip satu tempat, tapi bila balik tengok gambar kat internet rugi pulak aku rasa.

Kemudian kami naik bas lagi melepasi Mirror Lake. Aku ingatkan bas nak berhenti, tapi laju semacam je bas ni. Alih-alih sampai di bus stop intersection.




Antara view Mirror Lake yang aku sempat snap dari atas bas. Dinamakan Mirror Lake sebab kalau pandai cari port dan kena timing akan nampak reflection dua bukit dari dalam air.

Dalam hati aku dah berkira-kira nak naik balik ke Mirror Lake, tapi memandangkan kaki aku pun dah penat dan dah start lapar, aku rasa better rehat kejap.

Di intersection ni jugak la ada Tourist Centre al-ala RnR besar. Kedai-kedai sovernir, restaurant dan macam-macam lagi ade.

Masa nak masuk ke arah Tourist Centre tu, kami terserempak dengan Wu dan segerombolan. Dari jauh die dah melambai dok panggil kami..

Rupanya die jalan satu group dengan Mat Spain tu..dan die dah cover Zechawa Valley, sekarang baru nak naik bas pergi Rize Valley. Diorang ajak kami join group diorang sekali tapi sebab dah lain arah, terpaksa la tolak.

Haishh..rugi..rugi..

Kalau tau janji awal-awal dari pagi tadi. Kalau tak aku dah boleh join dengan mamat-mamat ensem ni. hikhik..

Diorang pun nampaknye risaukan kami yang terkontang-kanting berjalan. Lagi-lagi si Wu tu..Risau sangat kalau alien ni ade masalah kat negara die.*eh, terperasan pulak.

Eye candy sikit.. Asyik tengok muka aku je..Wu yang paling depan belah kiri, kawan die & mamat spain tu. Malam tu Wu ajak keluar minum ramai-ramai, aku okey je sebab malam takde buat ape. Aku dok paham minum lepak macam kedai mamak, tapi aku tak tau le maksud minum die tu pi mabuk. Tapi nasib baik diorang semua penat berjalan hari tu, jadi malam tu semua terbungkang kat hotel.

Kemudian kami masuk RnR, nak tengok ape yang ade. Muslim restaurant pun ada. Tapi aku rasa itu untuk group yang datang dengan travel agent je kot, sebab dalam hall yang besar dan meja pun ala-ala mewah jugak.


RnR die besar dan mewah. Memang style negara die konsep mewah kot..Kalau nak makan pun ala-ala makan besar gitu. Tapi sesuai untuk yang datang dengan agent-agent la. Macam kami yang nak budget ni..hmmm

Sape yang nak budget, meh dok sini ramai-ramai. Kita makan secara berjemaah

Nasib baik cuaca ala-ala Cameroon bile dah masuk tengah harik terik ni.

Kami buka bekalan..

Cuma buah apple sebiji sorang yang beli di pasar Chengdu 2 hari lepas.

Nak pegi mintak air panas untuk rendam maggi, aku tengok ramai dok kerumun kat kedai runcit.

Dan aku tau mesti bergaduh dulu dgn owner kedai kalau mintak air panas je, tapi tak beli maggi die.

Penyudahnya makan apple je..Itupun dah kenyang..

Dah..jom Nobita..kita naik bas lagi.

Nak cover Zechawa Valley pulak.

Bas dari sini terus menuju ke Long Lake yang mana pitstop paling akhir dan atas sekali. Die takde nak berhenti mana-mana bus stop dah.

Long Lake

Bas berhenti di station Long Lake, last station. Semua penumpang dikehendaki turun.

Luas tempatnya dan view memang superb.

Orang memang ramai, tapi sebab luas, takde le nampak crowded sangat.

Tempat bas behenti, dikelilingi gunung ganang.

Signboard Long Lake. Aku tak nampak lagi mana rupa Long Lake ni.

Nah!!Ni die rupa Long Lake. Besar kan??

Dan teramatlah cantik kan??

Sebab ia adalah tasik yang paling besar dalam Jiuzhai Valley ni. Dan kedudukan altitudenya adalah yang paling tinggi antara kesemua tasik yang ada.


So, ape lagi!Posing la..

Tapi, banyak gambar low quality sebab camera hp tak canggih. Harapkan dari DSLR kokak tu jugak la penyelamat gambar-gambar yang ada muka aku. Yang aku heran, gambar scenery cantik pulak tu.haish
Antara gambar yang low quality. Bertabahlah.

Dah la, jom la kte keluar dari sini..Nak pergi ke Long Lake ni banyak tangga weh..turun takpe la, bila nak naik semput seribu la jawabnye.

Aku ingat nak naik bas, tapi bas yang drop penumpang tak de orang naik pun.Nak naik pun tak boleh.

Maskudnye semua orang kena berjalan kaki menuju ke satu tempat lagi.

Iaitu...

Five Color Pond

Takpe, berjalanlah kami. Padahal sebenarnye mind & energy tak cukup recharge lagi.

Aku follow je crowded mana die nak pergi.

Nasib baik scenery memang cantik.

Antara view sepanjang perjalanan ke Five Color Ponds.

Banyak naik dan turun tangga jugak la..sebab diorang takkan kacau geography kawasan ni. Jadi banyak berlengkor-lengkuk laluannya.

Sampai jugak akhirnya..Inilah die Five Color Lake.

Sebab 5 warna berada dalam satu kolam. Cuba kira..


Tapi jangan ingat senang nak dapat gambar camni.

Hadap dulu dengan kesesakkan rakyat die.

Baru la ko dapat selfie dengan hp + monopod kokak tu.

Nak dapat gambar sorang-sorang camni?Memang susah..Kene tunggu orang habis lalu lalang dulu. Itu pun kalau dapat laa..

Aku dapat ambil gambar pun sebab duduk kat tepi tu makan roti dan korek balance tuna yang ada. Orang lalu lalang tengok je, nak hulurkan duit dalam tin le teww.cess..

Lama jugak kami melepak tepi kolam tu..Dan berjalan lagi entah ke mana, aku tak tau.Yang pasti aku follow crowded je.

Akhirnya sampai bus stop..Rupanya semua bas yang berhenti di Long Lake tadi akan ambil penumpang di bus stop dekat Five Color Lake.

Kami naik bas..

Honestly badan aku dah penat..Si Nobita naik bas tidur, siap berdengkur lagi. Geram pulak aku tengok.

Zechawa Village

Bas bergerak turun ke intersection tadi, melalui The seasonal lake.

Tasik tu dah kering atau pun time aku datang memang tengah kering. Tapi katanya ia boleh penuh bila tiba musim die.

Katanya dulu-dulu memang ada orang tinggal kawasan ni dan bercucuk tanam dalam tasik tu bile kering. Sekarang ni penduduk tu dah pindah ke kawasan yang berdekatan.

Walkway memang ada disediakan untuk orang trekking walaupun tasik tu takde air. Tapi memang jauh gila la.

Ade ke orang nak terikking dalam hutan dan tengok tasik yang mengering tu?

Ada..mat saleh laa...Aku jumpa ramai je mat saleh yang jalan kaki dari intersection tu menuju ke Long Lake. Tak tau la diorang kategori gila ke ataupun tertipu dengan map yang ada.

Sebab bila tengok map, memang mampu berjalan. Tapi bile tengok view tasik kering, aku rasa tak berbaloi untuk berjalan.

Antara tasik yang dah kering dan aku sempat snap dari atas bas. Boleh nampak tak ade walkway di tepi tasik belah kanan tu?Itu la laluan orang terkking.


Zechawa Village untuk sesape yang nak cuci mata shopping.

Bas memang akan berhenti untuk turun & ambil penumpang kawasan ni.

Akhirnya bas berhenti di intersection tadi dan semua kena turun.

So sekarang nak pergi mana?

Dalam kepala aku dok pikir nak naik balik sikit ke Rize Valley sebab aku tak sempat cover lagi satu tenpat iaitu Mirror Lake.

Tapi biasa, si Nobita.."Nak pergi lagi ke?Tak cukup lagi ke?"

Aku tau pompuan ni dah penat, sebab aku pun dah penat. Tapi sebab aku pikir, aku datang sekali ni je dan susah pulak tu nak sampai. Jadi aku rasa aku perlu pergi jugak.

Tapi bila aku tengok muka die yang dah keletihan dan mencuka, aku beralah le..

Jadi aku buat keputusan ke Nuo Ri Lang Waterfall terus.

Nuo Ri Lang Waterfall

Dari intersection ke Nuo Ri Lang waterfall, aku ingatkan kene naik bas. Rupanya tak..

Kena jalan kaki jugak..

Dan berjalan kaki le kami..Akhirnya sampai jugak..

Nuo Ri Lang Waterfall.

Dikatakan air terjun ni akan beku bila tiba musim winter.

Nuo Ri Lang waterfall ni adalah ketinggian 20m dan lebar 32m dan ia merupakan waterfall paling lebar di China

Cantik tak?

Dikatakan waktu winter lagi cantik.

Aku tak lama kat area ni walaupun ianya besar jugak. Aku terus naik atas nak cari bas stop, tapi rupanya kene jalan jauh jugak untuk sampai ke bus stop.

Melusuri anak-anak sungai dan anak-anak hutan.

Tiba-tibe si Nobita cakap nak membuang. "Okey tak toilet die?" die tanye.

"Okey laa..at least bersih." aku jawab.

Dah keluar toilet die cakap..

"Okey la toilet die..Jakun kejap nak guna.Ha..kita nak pergi mana lagi, Along?"

"Jom la kita naik bas, dah nak habis cover dah ni.."

"Aku tau napa aku takde semangat tadi. Baru bangun tidur dan kena berak. Dah berak ni, aku rasa bersemangat dah ni. Ni kita dah nak balik dah ke?"

Aku terdiam..

Haruskah aku sepak je budak ni?

Kalau aku tau, aku suruh ko berak kat RnR tadi tau tak?Kalau ko berak awal-awal, dapat la aku pergi Mirror Lake.

Dah la, menyesal pun tak guna. Nak patah balik naik ke Mirror Lake, terlalu jauh.

Aku teruskan je la ke bus stop untuk cover ShuZheng Valley.

Nuo Ri Lang Lakes (Rinocheros Lake & Tiger Lake)

Bas yang aku naik ni akan turun menuju ke main entrance, tapi dia akan berhenti di bus stop yang mana ia ada di setiap tasik  tepi-tepi jalan.

Kami berhenti di Rinocheros Lake dan kemudian naik bas lagi ke Tiger Lake.

Turun dan amik gambar tepi jalan dan kemudian naik bas.

Aku nak masuk kedalam untuk cari view lagi, tapi Nobita dah malas..

Katenye feel exited dah kurang sebab dari pagi dah hadap view yang camgini..

Takpe la, aku follow je la.

Silap aku jugak, tadi gi sebut nak makan mee tarik yang ada kat muslim restaurant depan hostel tu.

"Aku dah tak sabar nak makan mee tarik dah ni" kate Nobita

Rinocheros Lake

Rinocheros Lake

Rinocheros Lake

Tiger Lake

Tiger Lake

Tiger Lake dengan Rinocherous Lake ni nampak macam tempat yang sama kan?Tapi sebenarnye lain. Aku nak susun gambar pun pening.

Dah la, sebab Nobita cakap view die lebih kurang sama je, dan exited dah kurang, jom la kita keluar..

Jam 3 petang, kami keluar setelah hampir cover semua tempat yang ada dalam Jiuzhaigou Valley ni.

Kami berjalan kaki menuju ke hostel, tapi singgah dulu muslim restaurant yang ada tepi jalan.

Signboard kedai tu takde perkataan jawi, "Lailahaillallah", tapi aku cam perkataan "Qingzhen" dalam tulisan cina yang bermaksud "Halal"

Masuk je, ade makcik tak pakai tudung, jadi aku konfius. Pastu aku tanye  die, "Halal?" Die angguk dan bagi salam kat aku.

Kami amik mee tarik, share dua orang. Lepas tu bungkus nasi bawak balik bilik.

Tak sampai jam 4 petang, kami dah masuk bilik, berehat.

Awal pulak aku siapkan mission hari ni. Jadi aku ingat nak round-round kawasan kedai kat bawah nak tengok ape yang menarik.

Nobita?Macam biasa, pemalas nak berjalan. Die nak dok bilik je.

Petang tu sempat la jugak aku belikan ole-ole untuk family aku. Dapat wallet kulit yak & puas berjalan, aku balik bilik..

Sampai bilik, si Nobita ngadu.."Wehhh..banyak gambar kita blurr la..tak cantik langsung..huhu..rase macam nak masuk balik je.huhu"

Memang betul..hampir semua gambar posing kami low quality..

Haish..ni nak pakai iphone 6s plus nih..kalau tak pun S6 edge plus.

Dan bagi aku, antara tempat yang tercantik yang aku pernah pergi ialah  Jiuzhaigou Valley. Berbaloi untuk duduk satu hari dalam ni biarpun bayaran mahal.

Malam tu kami tidur awal sebab esok awal pagi nak kene naik bas ke Huanglong Valley, satu lagi tempat yang aku nak sangat pergi.

Tapi stamina kene kuat umpama panjat gunung kinabalu. Biarpun aku  tak pernah panjat gunung.haha

bersambung..

11 comments:

  1. Cantik giler kot gambar ko ni. Aku setuju tempat ni mmg cantik. Aku nyaris2 je x gi 5 colour pond tu sbb bertangga2. Nasib Allah gerakkan hati aku supaya jgn malas2. Hiks. Rugi la aku pergi sehari je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..sbb tu ade tiket for 2 days..rupenye mmh patut dok 2 hari dlam ni

      Delete
  2. Memang cantik laa gambar.
    Gamabr blur tu, maksudnyaaa kena repeat balik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..tu la pasal..sebenarnye mmg ade hati nak repeat balik ke sini

      Delete
  3. ko menyebabkan aku nak pergi sini!

    ReplyDelete
  4. i'm loving your journey. and thank you for the previous information shared. nice pictures too.

    ReplyDelete
  5. wowwww menarik!! kalau ada sape yg nk pergi, teringin nk join

    ReplyDelete
  6. hii feeza... menariknyaa...thanks 4 sharing... excitedd pulak...kami akan pergi awal bulan 12...agak2 beku tak smua tasik2 ni? hihihi

    ReplyDelete
  7. hii feeza...thanks 4 sharing...menarik sgt...kami akan pergi awal bulan 12 ni..agak2 beku tak tasik2 tu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bulan 12 rasanya area high altitude je yang tak boleh masuk.dah lupa kawasan mana yang ditutup.

      Delete