Aku dalam proses nak siapkan sambungan travelog Chongqing 2015, tapi takde idea campur dengan malas nak filter gambar. Jadi sebab pengembaraan aku ke Korea ni sejuk lagi dan winter pun belum habis, aku selitkan info pasal hotel yang aku menginap sepanjang 10 hari di Korea.
Nah ini die review hostel sepanjang aku di Seoul, Jeju dan Busan.
Here we go!!!
Seoul
Family Housetel , Mapo-gu, Hongdae.
Type room : Dorm (4 night)
Location : Absolutely right choice aku dok sini.. Apa yang aku suka, sebab dari airport dah takyah nak tukar train dah. Cuma naik AREX dan turun di Hongik Univ St. Sebab flight kami ke Jeju awal pagi, kami dah toksah nak pening kepala pasal transport ke Gimpo Airport. Keluar exit 3 dari Hongik Univ St, jalan terus sampai jumpa traffic light, seberang jalan tu. Dah menyeberang, dari simpang tu dah nampak bangunan Family Housetel. Takyah nak mendaki bukit.
Owner : Sepanjang aku duduk, aku cuma jumpa owner die (Mr & Mrs Nam *tak salah aku la, nama die). Takde staff lain. Die le sambut guest, kemas bilik, sediakan breakfast, cuci towel dll..The whole building tu aku rasa die punye, Die pun tinggal kat situ jugak.. Bila ada masa terluang, die tengok tv sambil urut muka dan exercise depan tv. Bila malam, die masak untuk husband die dan makan sama-sama kat dining room.
Bilik : Female dorm letaknya level lobby (tingkat 2) dekat dengan lobby. (bagi aku lobby tu dikira ruang tamu la..). Bilik pulak bagi aku kategori luas. Tapi masa aku duduk ade sorang pompuan mat saleh yang memang study kat Korea. Kalau dah nama mat saleh, korang boleh bayangkan le camane bersepahnye baju-baju die. Die punye space baju-baju winter toksah cakap la..Tapi sebab bilik luas dan kami berdua dapat katil bawah, aku takde masalah. Nak solat pun senang. Aku rasa hostel ni takde dorm untuk lelaki sebab aku tak pernah jumpa traveler lelaki kat sini kecuali yang ambil private room.
Toilet : Toilet untuk penghuni dorm kene share dengan public & owner hostel. Kat dalam toilet ni jugak la die basuh baju, simpan towel, dll.. Banyak shower/facial/ubat gigi traveler yang pernah duduk sini dijadikan public. So kalau ambik hostel ni, takyah susah-susah nak pikir bawak toiletries.
Kitchen/Dining/Breakfast : Breakfast pagi disediakan. Standard roti, jammed & butter. Coffee & masak telur self service. Sebab aku duduk dorm, dining & kitchen dah jadi tempat aku lepak sambil tengok tv. Untuk utensil for muslim, memang takde disediakan tapi takde masalah pun, sebab aku memang bawak sendiri. Tapi Mrs Nam bagitau aku, ade banyak stock instants food dari Malaysia yang orang tinggalkan dalam almari. Sekali aku bukak, mak aihh..banyak gile!!Macam kedai pulak..Yang paling banyak nasi brahim..Jadi Mrs nam suruh aku amik je kalau nak. Tapi sebab aku dah ade stock aku sendiri, takde le aku amik.
Apa yang aku suka: Feels like home!! Aku rasa menumpang tidur typical korean home sebab semua facility dalam rumah die aku guna. Sampaikan aku mintak Vit C Mrs Nam sebab aku rasa tak sedap badan. Lagi satu, lantai die adalah heater. Jadi kalau kat luar suhu membeku, masuk dorm aku dah boleh pakai one piece.
Apa yang aku tak suka : Lobby & dorm di tingkat 2, takde lift. Seksa kalau korang bawak beg 20kg sekaligus. Tapi kalau duduk private room di tingkat 1, jadi takde masalah.
Keluar dari exit 3, akan nampak jalan ni, terus je..Kalau jalan sorang diri tengah malam pun takde masalah sebab belah kanan tu linear park, ramai orang lalu lalang. Lagipun ni kawasan universiti, ramai student.
Bilik dorm yang aku duduk. Gambar ni dari agoda. Aku tak snap gambar sebab bilik bersepah.
Dining and kitchen. Lengkap semua.
Toilet die besar.
Hall dan juga lobby. memang bersepah sikit sebab aku sampai dah malam, Esok pagi tu kemas je.
Jeju
Goodstay Hostel Lyndon, Jeju City.
Type room : Female Dorm (2 Night)
Location : Good location. Tepi jalan je. Kalau dari airport naik bas #100 berhenti tepi jalan. Kalau nak ke area Seongsan dengan public bas pun senang sebab bas akan lalu sini. Di Jeju ni, best tranportation ialah dengan rent car dan taxi. Public bus memang slow dan lambat.
Owner : Actually kalau sape yang familiar dengan Yeha Hostel, owner die adalah sama. Yeha ni boleh dikatakan satu nama besar dalam hal-hal guesthouse di Korea ni. Cuma owner Lyndon ni dah keluar dari share Yeha dan buat die sendiri. Dan sebenarnya Lyndon Hostel ni pun adalah Yeha hostel yang lama. Jadi, every facility kat Lyndon adalah systematic dan follow criteria guesthouse.
Bilik : Female dorm letaknya level 7 manakala lobby/kitchen/dining di tingkat 6. Bilik dorm memang luas, senang nak selongkar barang. Mini fridge pun ade dalam bilik. Toilet pun ada dalam bilik jadi senang nak buat kerja. Towel kecik pun ade disediakan tapi kena ambil di lobby waktu check in.
Facility : Breakfast pagi disediakan. Standard menu..roti,cheese, jammed & butter. Coffee & masak telur adalah self service. Muslim utensil ade disediakan, dan muslim akan dapat password sebab locker tu berkunci. Utensil ni pun adalah inisiatif muslim traveler sendiri yang wakafkan pinggan mangkuk/sudu. Dining room pun boleh tahan besar dan dekstop pc pun ade disediakan. International call pun free, but limit to 3 minit only.
Apa yang aku suka: Semua lengkap dan location senang nak cari.
Apa yang aku tak suka : Sebab hostel aku di Seoul lantai die ada heater, tapi kat sini takde. Heater cuma di tilam je. Tapi nasib baik suhu beku kat luar tak masuk ke dalam bilik ,jadi takde le sejuk beku. Cuma aku sentiasa pakai sweater. Sorry beb, orang iklim khatulistiwa tak suka pakai sweater indoor.
Ni bangunan Lyndon. Kalau dok seberang jalan, memang nampak sighnboard Lyndon. Tapi kalau dok kat bawah bangunan tu kene mendongak dan mencari la..sebab semua tulisan korea.
Ni gambar bilik aku dari agoda. Aku takde snap gambar hostel pun. Yang penting sampai bilik terus rehat.
Dining room. Kalau pagi penuh la..tapi tengahari kosong. Aku berkampung kat sini sambil layan running man.
Busan Suk Bak Dot Com Guest House, Busan Station area
Type room : Female Dorm (3 Night)
Location : Good location, dekat dengan Busan Station yang mana main hub transportation untuk inter city train, subway & public bus & airport limousine bus. Keluar dari exit 7 subway, kene menapak sikit ke hostel.
Owner : Aku tak jumpa pun orang yang jaga lobby. Tapi semuanya sistematik. FYI, hostel ni pun dah dapat title "goodstay" yang mana kalau ada title tu, maknanya dah diiktiraf oleh Korean Tourism. Sebelum sampai, die dah email kat aku password main door & locker untuk ambil kunci bilik. All rules & guideline hostel dah ada dalam pamphlet yang ditinggalkan dalam locker.
Bilik : Female dorm letaknya level 2 iaitu sama level dengan lobby/kitchen/dining. The whole unit room untuk level 6 adalah for ladies only. Bilik dorm luas, ade locker dan toilet luar bilik. Tapi takde masalah sebab level tu semua ladies. Towel kecik pun ade disediakan tapi kena ambil di lobby.
Facility : Breakfast pagi disediakan. Standard menu..cornflakes, roti & jammed. Coffee ada, tapi no telur.No muslim utensil.. Dining room pun boleh tahan besar dan dekstop pc pun ade disediakan. Nak basuh baju, nak iron semua di hall depan. Senang kerja kita..
Apa yang aku suka: Dari mula hingga akhir, semua buat hal sendiri. Owner tak ambil tahu & tak kenal pun sape yang menginap. Budak lobby tu kejap ade, kejap tak de. Dari start dapat kunci bilik, hingga check out, aku buat sendiri tanpa jumpa budak lobby pun. Information, map & detail semua dah ade disediakan & tampal di setiap dinding. Kami dok try pakai hanbok, gelak-gelak sambil tengok running man pun budak lobby buat tak tau je.
Apa yang aku tak suka : Walaupun indoor, sejuk gila bila masuk bilik. Kat tilam pun takde heater. Bilik cuma bergantung pada heater je..Dah le aku terkial-kial nak on heater camane. Lastnye aku ketuk bilik sebelah, cari budak korea kot-kot die boleh tolong. Lagi satu, tak seperti guesthouse lain, tak banyak choice food yang boleh dipilih. Kalau hostel di Seoul & Jeju, aku boleh buat tea & coffee sesuka hati. Aku nak tinggalkan lebihan stok makanan aku pun tak boleh sebab die takde space untuk traveler sedekahkan makanan.
Bilik dorm. Budak yang arrange bilik ni memang pandai. Die tak sumbat semua penuh dalam satu bilik. Jadi kalau ade orang check in pun die bagi bilik lain. Sepanjang 3 malam aku duduk, takde pun orang duduk katil atas aku.
Lorong untuk unit room for ladies. Toilet lain, shower room pun lain.
Shower room
Makeup area depan shower room.
Lobby / dining/ kitchen.
Bagi aku, bila travel time winter ni, suhu bilik adalah penting sebab dah terseksa hadap beku kat luar, jadi bila masuk bilik mesti le normal temperature. Jadi antara ketiga-tiga hostel yang aku duduk, aku lagi suka Family Housetel sebab lantai die heater.
For ladies, kalau nak gosok tudung, iron kene mintak di lobby. Kecuali di Busan steam iron dah ada disediakan di luggage room.
So far, kesemua hostel yang aku stay di Korea ni adalah friendly user & good facility. Cuma bagi pendapat aku, korang kene pandai cari location. Silap-silap kene mendaki sebelum nak sampai.
End..
beb, dekat jeju ko berdua sewa kereta ke?
ReplyDeletesoalan kedua : ok tak aku cover busan 2 hari je?
tq :)
kat jeju tu aku tak sewa kereta, just hire taxi guide..Bila pikir balik sebab 2 orang je, lagi berbaloi sewa taxi.salah satu sebab utama aku malas nak sakit kepala pikir pasal cari jalan & drive belah kiri.Lagi satu, hire taxi guide ni antara satu kelebihan die jadik photographer kita..Dalam masa 8 jam, aku boleh cover 7 tempat. Kalai aku sewqa kereta, belum tentu dapat cover tempat banyak tu sebab terkial-kial guna gps..dah le dekat jeju tak boleh pecut laju.
DeleteKalau busan, 2 hari dah cukup untuk cover hotspot..
kat jeju tu mcm mana awk hire taxi? nk contact kat mana? & kat yeha guesthouse tu ada sediakan iron tak?
Deletethank you
setiap kali ke Seoul dan Busan mesti stay bilik berdua belum try bilik dorm..so Jan hari tu try stay kat hostel di busan..aduhhh..kami nak kuar awal pagi ke Seoul...mandi pakai baju dalam gelap to make sure kwn2 lain x terganggu but ada yg tersedar..rasa bersalah lak..tp mmg jimat
ReplyDeleteFeeza..nanti emailkan sis JM alamat..ada small gift for u sbg kenangan
ReplyDelete