Since tiket Jepun dah beli, sudah tiba masanya aku riki-riki Jepun dengan konfidennye. Entry ni bukanle nak T-Down Jepun, malah In syaa Allah aku pun akan melawat Jepun. Tapi sebagai info mengapa bile ade orang ajak melancong ke Jepun,ayat pertama yang orang reply "Haa???Jepunn?Dah banyak duit terpijak ke sampai nak melancong ke Jepun tu?"
Tapi akan kubuktikan yang aku boleh travel budget ke Jepun waloupun dalam akaun bank aku takde RM10k pun nak apply visa ke Jepun.ahaks....
Berikut adalah 3 hal yang dianggap terlalu mahal oleh para pelancung asing yang sedang berkunjung ke Jepun:
1. Makan di Restoran
Meskipun ada
banyak restoran menawarkan harga yang wajar kerana krisis ekonomi,
banyak pelancung mengatakan bahawa makan di restoran Jepun mahal.
Keluhan utamanya adalah bahawa porsi yang dihidangkan terlalu kecil,
sehingga harga totalnya akan lebih mahal bagi mereka yang biasa makan
banyak.
2. Buah Melon
Disini, buah
melon (dari kota Yubari) pernah terjual dengan harga 2,5 juta yen.
Hampir semua pelancung asing terkejut bukan main ketika melihat sepasang
buah melon yang dijual dengan harga antara 10.000 sampai 30.000 yen.
Ternyata
orang Jepun menganggap bahwa buah melon adalah buah eksklusif yang
sangat sesuai untuk diberikan sebagai hadiah kepada atasan, klien besar
atau orang tua.
3. Tiket Wayang
Mahu menonton
filem di Jepun? Sebagai pelancung sebaiknya tak usah. Harga rata-rata
tiket wayangdi Amerika Syarikat adalah $7,95 . Di Jepun kita harus
membayar minimal 1.800 yen .
*credit @eltoro
-Cari.com.my/Peristiwa Dunia
Dan atas sebab-sebab di atas le aku pernah dengar yang ramai orang jepun suka jadikan M'sia
second home after retire..sbbnye nak dapatkan bahan asas kat sane memang
mahal..
kalau kat M'sia ni kita jadikan makanan memang keperluan dalam hidup.so
makanan memang murah..tapi kat jepun tu makanan diorang sebagai bahan
seni..even Anthony Bourdain pun tak boleh blah dengan lifestyle makan
orang jepun.sbb orang jepun ni anggap makanan tu bahan seni.kalau nak
makan,kena lambat,santai,kene menghayati keindahan laa..
tengok kite orang malaysia ni..nak makan,bedal je..walaupun sekadar ayam
masak kicap yang itam legam tu pun dah kire murah dan sedap..
tapi orang jepun,kalau potong ikan mentah, pastu cicah wasabi dengan sos,dah kire makanan mahal & ekslusif.
Aku beruntung lahir kat Malaysia yang kaya dengan menu makanan yang pelbagai..nak cari buah & bahan asas pun harga boleh masuk akal lagi kalau nak dibandingkan dengan negara lain.
so sila simpan duit untuk souvenier i kat jepang nnt yer
ReplyDeletedont worry,bt plan awal..
ReplyDeletenk jimat sila bawak makanan sendiri...klu nk rase makanan jepun yg murha, boleh beli kt supermarket..in sha ALLAH makanan macam udang, sotong semua halal..dorg guna minyak sayur dan xcampur minyak masak seafood dgn daging or ayam..
itu le,plannye nak bawak makanan sendiri je...tak berharap pun nak masuk restoran kat sane..
DeleteJalan mana2 pun terutama oversea mmg kena bw makanan dr malaysia..huhu nak jimat pnya pasal..tp klau nak gi australia kena check brg bkn semua boleh bw..dorg straight skt..
ReplyDelete