Tuesday, April 11, 2017

Glove Yang Hilang di Korea [Seoul-Jeju-Busan] ; Seoul City [Day 2]

Sambungan Glove Yang Hilang di Korea [Seoul-Jeju-Busan] ; KL - Seoul [Day 1]

Hari kedua..

Aku bangun awal pagi untuk tunggu Ecah sebab katanya flight die sampai jam 5.30 pagi. Jadi jam 6.30 pagi aku dah bangun siap mandi dan subuh.

Aku risau kalau Ecah sampai tapi die tak boleh nak masuk hostel sebab tak tau password main door.

Jadi aku stand by tengok tengok cctv kat lobby kot-kot nampak tengok Ecah.

Jam 7 pagi aku dah tercongok kat hall sambil tengok ajjuma tu prepare breakfast untuk guest yang lain.

7 pagi..

8 pagi..

9 pagi...

10 pagi..

Sorang demi sorang guest turun breakfast, tapi Ecah tak sampai lagi..

Mana Ecah ni...Aku dah resah..Risau kot-kot ape-ape jadi kat die..

Akhirnya dekat jam 11 pagi Ecah sampai..

"Sorry kak, lambat..Kat airport tadi aku terpaksa jadi guide untuk satu family orang M'sia ni. Semua budak-budak remaja, gigih nak melancong ala bekpek. Yang tak syioknya tak study ape transport nak keluar dari airport. Paling sedih diorang bawak mak bapak diorang yang tua. Kalau ikutkan aku malas nak layan,kak. Tapi bila tengok mak ayah diorang tu dah penat kesian pulak. Jadi gigihla la aku belikan tiket train untuk family diorang tu."

Ecah bebel panjang. Aku pun sama naik hot dengan citer die.

Kalau dah bawak orang tua tu, guna la agent.Takyah nak pening kepala cari jalan.

Dah la, jom gerak. Ke ko mandi dulu, Cah?

"Taknak..Sejuk gile ni."

Dan kami ke destinasi pertama iaitu Namsan Tower

Namsan Tower

Sebenarnya kalau ikutkan hati aku tak nak datang sini memandangkan aku dah muak tengok dalam tv. Tapi memandangkan ini adalah tempat typical tourist pergi bila dah sampai Seoul, aku masukkan jugak dalam itinerary.

Nanti kalau orang tanye dah pergi Namsan tower tak?

Aku boleh le jawab "dahhhh.."

Dari station Myeongdong, kami mencari gate yang akan membawa kami ke Namsan cable car. Tapi sesat barat jugak la nak jumpa. Nasib baik ade guesthouse area sini, jadi tuan guesthouse tu le yang tunjukkan jalan.



Akhirnya jumpa jugak elevator ni yang akan terus ke main entrance Namsan Tower

Naik elevator.

Dah sampai entrance untuk beli tiket, beratur lagi untuk naik cable car. Melingkar jugak beratur untuk naik cable car ni. Tourist cina pun ramai, jadi kesopanan dan kesusilaan tu amatlah kurang.

Naik cable car, nampak view ni. Aku pernah tengok 2D1N diorang ada buat game ambil gambar panoramic sekitar Seoul. Salah sorangnya tunjuk view dari Namsan. Tau ape judges cakap? This is typical of Seoul, nothing's special. Tak special katanya? ok, kita blahhh

View belah kiri.

Sampai je atas, ada tempat gantung padlock. Maka aku tau le, dah sampai Namsan Tower. Tempat couple-couple pasang padlock konon tanda ikatan cinta suci mereka. Bwekk..Nikah terus la woi kalau berani.

View dari atas, banyak le nampak tempat gantung padlock.

Pondok ni pun merupakan bahan sejarah kat Namsan park ni. Dalam variety show pun banyak keluar pasal pondok ni. Kiranya landmark namsan jugak.

Namsan tower

Namsan tower..Aku tak duduk lama pun kat sini, buat cukup syarat jejak kaki je. Lagipun jari jemari aku dah beku. Nak setting camera pun malas, akhirnya snap gitu-gitu dan kami turun. 

Gyeongbokgung Palace

Dari Namsan tower, kami naik bas ke Gwanghwamun. 

Aku main naik je bas yang akusearch dalam Google maps dengan harapan lalu gwanghwamun gate atau King Sejong statue nanti kami turun.

Nasib baik ade King Sejong sebagai landmark.

Hai King Sejong...Saya dah sampai korea. King Sejong ni ibarat bapa pembangunan era dinasti Joseon. Dia le yang menjadikan kehidupan rakyat korea makin bertamadun. 

Dari statue King Sejong, kami berjalan ke arah gwanghwamun gate. Kebetulan waktu sampai, ada guard changing performance, jadi kene tunggu sekejap sebelum dapat masuk.


Map Gyeongbokgung Palace. Sebelum sampai better study map ni dulu. Kalau tak, jadi macam aku jalan tak tentu hala..haha

Main building dalam kompleks istana yang dinamakan Geungjeong-jeon. Hall ni adalah tempat raja berjumpa menteri-menteri dan upacara rasmi dilakukan di sini.

Rumah kecil atau dikenali Sajeong-jeon. Kedudukannya adalah belakang Geungjeong-jeon yang mana kawasan ni umpama pejabat menteri-menteri dan maharaja.

Banyak rumah kecil, kawasan ni dinamakan Gangnyeong-jeon. Di sini le maharaja bersemayam.

Gangnyeong-jeon lagi

Hall lagi..aku dah tak alert dengan persekitaran kat sini. Tu la, sebelum masuk, amik tau dulu sejarah tempat ni. Jadi takde le blank macam aku ni. Dah le aku tak suka tengok drama saeguk korea, jadi takde le tahu sangat pasal sejarah maharaja ni.

Pagoda ni sebenarnya National Folk Museum. Kalau nak masuk sini kene bayar. Kami jalan sampai sini je. Kalau ikutkan ade lagi garden kat belakang, tapi aku rasa cukup. Kalau masuk garden pun, pokok semua togel. Lain le kalau datang time salji, view mungkin cantik. Jadi kami patah balik keluar ke gate depan.

Untuk keluar, aku tak lalu kawasan istana tadi, tapi lalu ikut tepi gate.

Kawasan ni dinamakan Dong-gung, yang mana tempat ni adalah kawasan putera mahkota bersemayam.

Detail bumbung. Bila masuk kawasan istana, detail bumbung akan jadi perhatian sebab kalau zaman dulu, detail bumbung yang akan menjadi lambang kekayaan sesorang.

Pintu keluar masuk.

Masa nak keluar tu sekali lagi dapat tengok guard changing performance.

Lagi..nak terus keluar tak boleh sebab diorang block pintu masuk. Terpaksa la tunggu sampai habis.

Bukchon Hanok Village

Next destination adalah Bukchon Hanok Village.

Kalau ikutkan lokasi tempat ni adalah sebelah Gyeongbokgung Palace, tapi walaupun sebelah menyebelah, aku tau mesti mengah nak berjalan.

Dan sebab aku nak jimatkan tenaga kaki, harusla naik subway dan turun di Anguk Station. 

Keluar je kami cari Tourist Insformation untuk dapatkan map. 

Nasib baik diorang pandai cakap english, jadi banyak membantu le untuk kami yang nak cari shortcut sebab malas berjalan dan nak jimatkan waktu ni.

Tapi sebelum masuk hanok village, kami berhenti dulu convenience store untuk lunch. 

Kalau kat Korea ni kebanyakannya adalah GS25 dan CU je. Jadi kalau ko tanye kat mana 7eleven, susah nak jumpa.


Lunch kami hari tu, nasi pulut, telur pindang, sambal bilis. Banana uyu memang aku sentiasa beli sepanjang duduk sini. nSebab tu duit cepat habis. Ecah pulak tak suka nasi pulut, jadi die sentiasa makan nasi goreng kampung brahim. Setiap pagi sebelum keluar dari hostel die akan panaskan dulu. Aku nak share pun tak boleh, die kata tak cukup kalau share. cesss...

Lepas makan kami masuk ke hanok village. Masa ni tourist china memang ramai jadi kalau nak bergambar tu memang larat la nak tunggu group depa habis jalan.

Kawasan ni tourist tak boleh buat bising sebab ni kawasan perumahan. Menganggu ketenteraman katanya. Tapi tourist china peduli hape..

Gate masuk ke rumah orang.

Dah habis separuh jalan kami decide nak keluar dah. Sebenarnya Bukchon Hanok Village ade 2 side. Tapi kami cover satu side. Kenapa??Sebab sebelah side lagi aku simpan kot-kot nak bawak orang datang sini lagi.hahaha

Tapi sebab utama cuma pergi ke 1 side sahaja sebab kami nak pergi Namdaemun.

Misi utama nak cari brooch yang diwar-warkan cantik dan murah oleh wanita-wanita Malaysia.

Lagi satu aku target nak bagi souvenir untuk sedara mara cuma brooch je. No more fridge magnet.

Namdaemun market..waktu kami sampai dah hampir petang, banyak kedai dah prepare untuk tutup.

Puas mencari bangunan e-lengdang yang dikatakan jual brooch tu, tapi rupanya hari Ahad die tutup.

Cesss...penat tau takk. Itu belum kira berapa won habis sebab dah layan fish cake. Belum kira lagi terpedaya dengan ajjuma yang cakap melayu nak pujuk kami jual kuih tepung gomak yang tarik tu.

haishh..

"Dah la kak, kita datang besok je la. Ni mana kita nak pergi ni?"

"Ntah, kalau tengok, tempat yang dekat dengan sini Myeongdong. Nak pergi Myeongdong?"

"Jom la, rasanya Myeongdong happening time malam kot."

Maka kami bergerak ke Myeongdong. Walaupun ianya sebelah Namdaemun, tapi kami pilih naik subway.

Aku tak sanggup menahan kesejukan bila dah hampir malam. 

Glove pun asyik hilang je. Kejap pakai, kejap cabut. 

Sama je aku dengan Ecah..Sekejap Ecah tanye "Mana glove aku?"Pastu aku pulak tanya die "Mana glove aku? " 

Pastu sama-sama selongkar beg dok mencari glove.


Keluar dari Myeongdong Station, memang meriah. Yang berniaga memang ramai, yang membeli pun ramai. 

Yang paling tak tahan gerai yang jual makanan ni. Huish..tergugat iman betul la. Ecah awal-awal lagi dah kalah beli bahulu ikan. Nasib baik aku tak minat..Lagipun mahal, W3000. Tak berbaloi pulak aku rasa.


Setelah puas cuci mata kat Myeongdong, kami balik ke hostel.

Sampai bilik kami kira berapa yang duit yang hangus. Awal-awal lagi duit habis untuk bende yang ntahapahapa aku sendiri pun tak paham kenapa aku beli.

Ecah toksah cakap la, awal pagi lagi kat subway station dah beli glove sebab dah hilang satu. 

Sebenarnya bila masuk subway station tu bahaya sikit untuk poket aku sebab kat bawah tu macam-macam kedai ade dan murah pulak tu. Bayangkan winter jacket pun boleh dapat W10 000. 

Jadi kalau korang rasa takde baju sejuk tu jangan risau, sampai sini je masuk subway station cari le baju.

End for day 1..Esok ade lagi nak hadap suhu -4c ni.

Mungkin esok lagi sejuk sebab nak ke Nami Island yang dekat mana kawasan tanah tinggi.

bersambung...

No comments:

Post a Comment