Wednesday, April 19, 2017

Glove Yang Hilang di Korea [Seoul-Jeju-Busan] ; Jeju Island [Day 5]


Hoyeh!!!

Hari ni kami nak pergi Jeju Island!!

Awal pagi lagi kami dah bangun nak naik AREX ke Gimpo airport. Dan nasib baik train first yang bergerak ke airport dalam jam 5.30pagi. 

Waktu nak keluar hostel, suami ajjuma tu tak tidur lagi. Maka die le yang tolong angkut beg-beg kami ke bawah.

Bye Seoul.. Tak tau aku akan datang lagi ke tak. 

Kalau ikutkan taste aku memang kurang berminat dengan Seoul, kurang attraction yang kene dengan taste aku. 

Tapi aku tau mungkin akan bawak sanak saudara aku ke sini sebab Seoul ni best untuk sesapa yang suka melancong ala leisure dan yang penting boleh shopping.


And welcome Jeju!! Jeju le tempat yang aku nak pergi sangat. The whole island dikategorikan dalam UNESCO site. Jadi boleh bayanglah betapa special dan cantiknya tempat ni di mata dunia.

Kami sampai Jeju Airport dalam jam 8 pagi.

Kemudian tak tau mana nak start dulu. Kalau ikutkan aku nak sewa teksi satu hari dan terus bawak kami pergi berjalan. Tapi aku tak tau kaunter mana nak pergi sebab kebanyakkannya tak provide service tour one day. Kene pandai-pandai kita untuk communicate sendiri dengan driver.

Jadi kalau nak sewa teksi satu hari, better booking awal-awal kalau nak diorang amik kita di airport.

Maka, disebabkan kami tak booking awal, terpaksa la naik public bas ke hotel. Dah sampai hotel, terpaksa mintak budak kaunter booking teksi untuk kami.

Sama je rate price hotel booking dengan rate asal yang aku google. Cuma kalau nak jimat masa, better booking awal-awal.

Korang boleh google 'Jeju Taxi Tour' dan dekat trip advisor akan keluar banyak no hp pakcik taxi yang buat service ni. boleh baca review dulu sebelum booking.

Ni salah satu pakcik taxi yang ada blog. Mula-mula aku nak book die, tapi sebab aku hantar whatsapp tak berbalas, terpaksa la kuburkan aje.

Depa ni kurang pakai whatsapp tau. Kalau nak deal better call or LINE or Wechat.

Sebab tak dapat taxi, kami tunggu bas ke hotel dulu. Dah rehat dan breakfast baru keluar berjalan. Waktu tu kami start berjalan jam 10 pagi. Just nice sebab tour kami akan berakhir jam 6petang.

Kami dapat pakcik teksi ni, Kang Chul-kyo nama die. Baik pakcik ni..ikhlas buat kerja. Dalam teksi die pun ade wifi, maka best la melayan. Sorry la, tak include no phone die sebab yang penting kami snap muka die sebab takut die hilang. Beria pakcik ni amik gambar kami guna camera aku. Kami pulak penat posing. Ni salah satu untung ade driver merangkap photographer ni. Banyak gambar kami berdua kat Jeju ni.

Masa mula-mula jumpa pakcik ni, aku tunjuk itinerary tempat yang aku nak pergi. Kalau ikut aku, nak end tour kami di Seongsan Sunrise Peak dan kemudian kami akan pulang ke hotel dengan bas.

Tapi die cakap tak boleh, sebab Seongsan tu jauh.

Jenis tour taxi kat sini, diorang akan cover one side pulau je. Kalau tempat yang kita nak pergi tu belah barat, maka tour hari tu akan cover belah barat je. Die takkan cover dua-dua side terus. Kalau ikutkan tour map ni, banyak tempat menarik di area barat. Jadi untuk hari ni aku terpaksa korbankan kawasan belah timur. Tapi pakcik Kang Chul cakap Sagumburi boleh pergi sebab kedudukan die di tengah-tengah. Ape lagi, kite terusan perjalanan.

Sebelum mulakan perjalanan, aku bagitau pakcik ni yang kami tak perlu berhenti makan di restaurant. Jadi tak perlu le die susah-susah carikan restaurant mana untuk kami. 

Lepas tu die berhenti kat kedai dulu untuk tapau makanan die. Aku nampak die bungkus gimbap.nyumnyum...

Sangumburi Crater

Sangumburi ni adalah sebahagian parasitic valcano yang dah lama wujud di pulau Jeju ni.

Kalau ikutkan di Jeju saja ada lebih kurang 368 parasitic valcano yang dah mati dan sekarang menjadi landskap yang cantik. Dan sagumburi ni adalah antara crater yang besar dan cantik. 

Sebab tu aku gigih nak sampai sini. 
Sangumburi (산굼부리) is a crater with a circumference of over 2 km, and has been designated as a Natural Monument. It is located on the southeast side of Jeju-si, and is a flat crater, about 650 meters wide, 100 meters deep, and 2,070 meters in circumference. If you look at the crater from above up, it looks like a man-made circular stadium. There is a variety of plant-life in the crater. On the north side, Nandaeseong vegetation such as red-thorn trees, and magnolia trees grow, along with the rare winter strawberries. On the south side of the crater, Ondaerim vegetation such as evergreens, maples, and mountain strawberry trees cover the area. Because so many different kinds of trees and plants grow in such a limited space, it attracts the attention of researchers as well.
Nak masuk sini pakcik Kang Chol yang bayarkan untuk kami. Jadi dapat le local price. 

Masuk entrance akan jumpa park. Sisa-sisa salji masih lagi kelihatan kat sini. 

Dan akan jumpa kawasan carter yang luas ni. 

Lagi...

Luas kawasannya ni. Banyak port landscape untuk bergambar. Paling best bila dapat gambar lompat-lompat. Aku tempek gambar Ecah je sebab gambar die cantik untuk ditempek. Untung ko Cah..



Cah, tau yang yang kite dok amik gambar lompat-lompat ni, belakang tu kubur? Camane kalau hantu korea ikut kite balik?

Dah, mari kita naik atas nun pulak.

View dari atas. Tempat ni waktu spring,summer dan autumn amat cantik. Tapi sebab datang time winter, semua kering.

Mt. Halla yang ditutup kabus dari jauh.

Di sekeliling Sangumburi akan banyak jumpa oreum (parasit valcano). Ade sorang celebrity korea ni sanggup pindah duduk di Jeju sebab sukakan pulau Jeju. Dan die ada target nak mendaki 368 oreums yang ada. Sebenarnya aku pun berminat dengan aktiviti ni sebab waktu panjat oreums ni memang kita akan jumpa view yang sangat cantik.

Sagumburi ni kawasan die besar dan luas. Ni sebahagian view yang aku dapat. Kalau nak tengok gambar cantik lagi, boleh tengok google maps.

Eceh..selit sikit...

Kemudian jalan lagi akan jumpa kawasan ni.

Saranghae...ehhh??

Kawasan ni tempat shooting drama ape ntah.Aku tak tengok drama ni. Tapi yang aku tau time spring memang cantik tempat ni.


Maze Land

Lepas habis berjalan di Sangumburi, kami nak menuju ke area Seogwipo sebab kat situ le letaknya banyak tempat yang kami akan pergi. Kiranya Sangumburi ni starter pack je la.

Masuk je kereta, banyak pamphlet yang disediakan tapi kebanyakannya tulisan korea. 

Tapi ade salah satu pamplet yang tulisan roman dan lambang running man iatu maze land.

Then aku saja tanya pakcik tu.."Ajjushi..yogi..yogii"sambil tunjuk tempat tu.

"aaa..Running man??Okey!!"
Terus die pusing kereta patah balik.

Wahh..bagus pakcik ni. Tu menandakan maze land ni dah dekat dengan sangumburi sebab waktu tu kami baru je keluar dari kawasan sangumburi.
  
Nak masuk sini pun sama jugak, pakcik Kang Chul yang tolong bayarkan untuk dapatkan local price. 

Untuk pengetahuan korang yang berminat nak pergi tempat ni, Maze Land ni ada dua tempat. Satu tempat tu baru bukak iaitu Kimnyoung Maze Park. Tapi Maze Land yang kami pergi ni ada Maze batu bata manakala yang satu lagi cuma ada maze pokok je.

Sebelum masuk pakcik tu suruh posing dulu. Beria die suruh, terpaksa la layankan je. Bila dah bayar tiket, die akan bagi peta. Kalau tengok gambar belah kiri tu, belakang kami adalah laluan maze tempat tu. Belah kiri yang bentuk patung haerubang simbol jeju tu adalah laluan maze batu bata. Manakala belah kanan adalah laluan maze pokok-pokok. Mula-mula kita kene masuk kawasan maze pokok dulu. 

Untuk kawasan maze pokok ni kami cuma ikut laluan luar je, sebab taknak habiskan masa sesat dalam tu. Target aku nak masuk maze batu bata je. Ecah tetap gigih nak jalan ikut laluan peta tu. Aku je sibuk bergambar ikut je mana die nak pergi.

Bile dah tempuh laluan maze pokok, ade satu menara tinjau kat tengah-tengah antara maze pokok dan maze batu-bata.

Kawasan maze pokok-pokok. Tapi kami tak lalu kawasan ni tadi.


Sebelah side lagi kawasan maze batu-bata.

Dah, jom Cah kita turun lalu ikut maze ni. Ecah masih gigih study peta maze tu. Aku pulak ikut je mana Ecah nak jalan.

Tiba-tiba aku tinggal sorang. Ecah tak tau ke mana pergi dah. Maka aku sesat sorang-sorang dalam tu. Dah le peta takde dengan aku. Banyak laluan mati aku jumpa. Cessss...

Tibe-tibe aku dengar orang panggil nama aku. Rupanya Ecah dah berjaya keluar dan naik atas platform. Gelak besar die tengok aku sesat sorang-sorang dalam maze tu. Maka die le penunjuk laluan keluar dari tempat ni. Tapi yang untungnya aku ade gambar di celah maze ni.


Gasiri Canolla Flower Plaza

Keluar dari Maze land, kami menuju ke Seogwipo. On the way ke situ aku ternampak kincir angin. 

Maka exited la aku tengok bende tu.

Bile pakcik Kang Chul tengok aku exited, maka die masuk tempat ni dan suruh turun bergambar.

Bagus pakcik ni.

Nama tempat ni Gasiri Canola Flower Plaza. Aku pun tak tau ni tempat ape. Bila aku google rupanya bila musim bunga, Jeju ni akan jadi tumpuan untuk festival bunga canolla. Maka tau le aku kalau nak datang Jeju datang le musim bunga. Korang akan jumpa banyak tempat yang cantik.

Pakcik Kang Chul cepat-cepat suruh bergambar dan teruskan perjalanan.

Last sebelum keluar tempat ni.

Jeongbang waterfall

Kemudian kami teruskan perjalanan dean destinasi seterusnya ke area Seongwipo. Di kawasan belah barat pulau Jeju ni letaknya banyak tempat menarik dan kebanyakannya berbentuk nature seperti waterfall dan coastal. 

Kami kene pilih mana yang betul-betul nak pergi sebab masa tak mencukupi.

Pakcik tu cakap better pergi  Jeongbang waterfall dulu sebab kedudukan die tak jauh dari Seongwipo.

Ape-ape lah pakcik. Aku pening nak ingatkan mana tempat air terjun yang aku nak pergi. Nama tempat dalam hangul ni memang berbelit lidah nak sebut.

Jeongbang Waterfall ni special die sebab kedudukannya bersebelahan dengan laut. 

Jeongbang Falls is among the top three waterfalls of Jeju-do and is the only waterfall in Asia to fall directly into the ocean. Next to the waterfall is an inscription reading “Seobulgwacha,” referring to Seobul passing by this place. Seobul was a servant of the Emperor of the Chinese Qin Dynasty (BC 259~210) who was ordered by the Emperor to find a substance that would make him immortal. Seogwipo is also said to have gotten its name from this story, meaning "Seobul Headed Back West."
Air terjun yang letaknya dekat dengan pantai.

Kami bergambar di sini.

Mula-mula aku dengan Ecah je yang turun dekat dengan tangga ni. Kalau ikutkan aku nak stop sampai sini je, malas nak turun ke bawah sebab malas nak mendaki naik kejap lagi. Tapi Pakcik Kangchul ni beria ajak turun. Baik pakcikkkkkk..

Lepas tu beria die nak tolong amikkan gambar kiteorang. Camera dslr aku tu dah jadi hak milik mutlak die dok snap gambar kami. Layankan aje laa...

Pakcik Kang Chul dan kami. Tulus ikhlas pakcik ni bekerja bawak pelancong walaupun communicate macam ayam dengan itik.



Pakcik ni memang gigih suruh kami posing. Banyak gile die amik gambar kami. Sekali die tekan button, sepuloh keping terus die amik.terus penuh memory card aku.

Cheonjiyeon Waterfall

Dah puas posing di Jeongbang waterfall, kami pergi ke destinasi seterusnya, Cheonjiyeon Waterfal.

Kat area sini ada 3 waterfall yang popular.
1. Jeongbang Waterfall
2. Cheonjiyeon Waterfall
3. Cheonjeyeon Waterfall.

Nama pun lebih kurang. Aku pun pening nak pergi yang mana. Kalau ikutkan ketiga-tiga aku letak dalam itinerary, pastu pakcik Kang Chul yang pilih nak bawak pergi mana.

Akhirnya die bawak ke Cheonjiyeon Waterfall. Katanya Cheonjeyeon tu tempatnya besar, takut tak sempat nak cover Yeongmori Coast.

Ape-ape la pakcik..saya follow jah.
The water at Cheonjiyeon Falls, meaning "sky connected with land," appears to fall from the heavens, giving the falls its name. Apart from the wild Dampalsu trees, designated as Natural Monument No. 163, the wooded area also contains a great variety of rare plants such as brambles, Songyeopnan as well as Gusiljappam trees, Sanyuja trees (Chinese lemon trees), and camellias which all make up a forest specified as Natural Monument No. 379. Take a walk along the subtropical path towards the Cheonjiyeon Falls for a kilometer and you will be able to hear the magnificent sound of the water falling. The waterfall is 22m high, 12m wide and 20m in depth. The clear and deep water of Cheonjiyeon Falls is designated as Natural Monument No. 27 and is renowned as a habitat for Mutae eels (Natural Monument No. 258)
Dah sampai tempat parking, kami berjalan ke air terjunnya.

Tempat ni bagi aku biasa je, tapi nyaman.

Layan gambar.

Sungai sebelum sampai ke waterfall

Anak itik tokwi berenang-renang di tepian.

Laluan nak ke Cheonjiyeon Waterfall. Masa ni pakcik Kang Chul sibuk diok baca kertas-kertas A4. Aku ingat die baca ape,rupanya die tengah study bahasa mandarin. Lorrr...pokcik study rupanya..gigih betul die. Aku tanye kenapa tak study english. Die cakap die banyak bawak tourist china.

Sampai le kami ke Cheonjiyeon Falls. Kat sini aku dah malas nak keluarkan camera handphone sebab dah tentu ade orang amikkan gambar aku kan. Padahnya takde sekeping pun gambar air terjun sahaja. Semua ada muka kami.



Lepas tu gigih pakcik Kang Chul berjalan jauh semata nak amik gambar ni. Siap halau sape-sape yang datang dekat dengan kami. Balik hotel, aku review gambar, memang banyak pokcik ni amik, tapi yang blurr pun lagi banyak. Hahahhahanat betul pokcik..Bazir memory card aku jah.

Oedolgae Rock

Seterusnya kami ke Oedolgae Rock.

Aku pun dah tak alert mana pakcik tu nak bawak. Balik Malaysia baru aku tilik balik itinerary aku dengan location pakcik ni bawak.
Oedolgae Rock sits not far from the shores of Sammaebong, Seogwipo. It is an amazing rock 10 meters in circumference and 20 meters in height and is also known as Janggunseok Rock. It is surrounded by beautiful islands such as Bum Island, Sae Island and Seonnyu (fairy) Rock.

Oedolgae was also a filming location in the 2003 TV drama series, "Daejangguem" where Hansangoong (Yang Mi-Kyung) faced her death under a false accusation while being carried on Daejanggeum's (Lee Young-Ae) back. The fantastic rocks of Oedolgae and fields of reeds in the extensive ranch provide the perfect background for trekking. The sunset of Bum Island, which can be seen from Oedolgae Rock, has long been an essential stop for tourists going to Jeju-do Island.
Ini le die Oedolgae Rock tu.

Sememangnya ia adalah seketul batu. 

Coastal area oedolgae ni panjang jugak. kalau rajin boleh berjalan sepanjang coastal ni.

Bagi aku, coastal area Jeju ni memang cantik.

Kat sini jugak location untuk cerita Dae Jae Gum. Aku tak tengok cerita tu, tapi baru-baru ni aku tengok cerita Saimdang, pompuan ni berlako. Memang cantik gile pompuan ni even dah umur 40-an. Patutle orang korea gelarkan die simbol wanita korea. Okey dalam gambar ni, wanita-wanita ni semua cantik. Eh...nak jugakkkk..

Last sebelum balik. Pokcik, gambar sekeping.

Jusang Jollidae


Naik kereta, kami ke destinasi seterusnya, Jusang Jollidae.
If you follow the farm road about 600m to the southwest from Daepo-dong, at the end of the pine tree forest is a cliff. At the base of this cliff is the Jisatgae Coast along with the imposing stone pillars. Jusangjeolli are stone pillars piled up along the coast and is a designated cultural monument of Jeju Island. Jusangjeolli Cliff was formed when the lava from Hallasan Mountain erupted into the sea of Jungmun. They are rock pillars shaped like cubes or hexagons of various sizes and almost seem as if stone masons had carved them out. The administration of the district named them 'Jisatgae Rocks' from their old name 'Jisatgae'. The 20m cliff makes it a popular spot for high tide and sea angling. The waves of the high tide crashing into the side of the cliff provide a breathtaking view of the ocean surrounding the pillars.
Sekali lagi aku tak ambik kisah mana pakcik ni nak bawak. Kertas itinerary pun aku tak tau ke mana.
Ape-ape la pakcik, asalkan ade objek nak snap.

Jusang Jollidae ni special sebab batu-batu yang berbentuk hexagon dan tersusun seperti tiang buatan walaupun sebenarnya ianya adalah semulajadi. Ini juga adalah kesan dari lava gunung berapi yang keluar beratus tahun dahulu.

Jusang Jollidae, tiang berbentuk hexagon yang tersusun .

Lagi..

Lagi..

Lagi..

Selepas keluar dari Jusang Jollidae, tiba-tiba kami rasa lapar.

Tadi berlagak cakap dengan pakcik taknak makan..sekarang dah lapar pulak.

Jadi aku mintak pakcik tu drop dekat 7e or mana-mana convenient store. Pakcik tu layankan je, dan jumpa 7e yang besar dan selesa sikit di area teddy bear museum. 

Waktu kami makan tu dah jam 4 petang. sebenarnya kami dah rasa penat sikit walaupun tak banyak guna tenaga. 

Lepas makan, kami cakap dengan pakcik tu nak balik hotel dah. Kami dah penat, nak tidur.

Pakcik tu tercengang sebab tak habis dah berjalan lagi. Die beriya cakap nak pergi situ, nak pergi sini. 

Kalau ikut list, kami tak sampai lagi ke Yeongmori Coast. Tapi waktu tu aku ingat dah cover semua tempat. 

Yeongmori Coast le pak cik Kang Chul nak bawak lepas makan. Tapi sebab kami cakap tak payah pergi, die akur.

Disebabkan kami tak nak pergi ke Yeongmori Coast, pakcik tu beriya nak bawak ke lagi satu tempat yang lokasinya on the way balik ke hotel. Rugi agaknya balik hotel awal die kata. Dah le timing tak habis lagi. 

Dia kata nak bawa ke satu tempat ni. Yang aku paham die sebut "1100" je.

Ape-ape je la pakcik. Kami ikut jaaa..

Lepas tu aku keluarkan duit W1100 bagi die.

Die pelik, tak nak amik.

"Duit ni buat apa?"

"Dah pakcik kata tadi kene tambah bayar 1100 won. Ni la duit die"

Pastu die gelak gilaa...

"Bukan laa..nama tempat tu 1100. Bukan kene tambah bayar W1100."

"Oooooo...ingatkan kene tambah bayar duit parking kalau nak pergi tempat tu."

Ni aku translate sendiri ape yang pakcik tu cakap. Kan kata macam ayam itik bercakap..

On the way ke tempat tu lalu ladang oren. Jeju ni memang famaous dengan buah oren, maka banyak owner ladang offer join aktiviti petik buah oren.

Pakcik Kang Chul offer nak berhenti tepi jalan ambik gambar dengan pokok oren ke tak.

Aku sorang je nak sebab nak tunjuk gambar kat ayah aku ladang oren ni.

Ayah aku tertengok cerita My Girl yang part YooRin curi buah oren kat ladang di Jeju. Lepas tu die asyik sebut je nak datang Jeju semata ladang buah oren ni.

Aku dan oren. Ecah taknak bergambar, dok dalam kete. Katanya tak exited dengan buah oren.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan lagi. Kali ni makin mendaki. Makin ke atas, nampak le salji kiri kanan..Waaa...kami exited. Pak cik Kang Chul cakap "Tunggu..tunggu..ade banyak lagi kat atas."

Akhirnya sampai jugak tempat salji tebal ni, pakcik tu pun cakap "Dah, turun pi bergambar kat salji tu!" -"Hoyeh!!!terima kasih pakcikkkk!!" 

Cah..cepat Cah kite bergambar. Exitednya tengok salji menimbun ni.. Walaupun dah pernah tengok salji, tapi first time tengok salji menimbun gini.

 
Bergambar best, tapi sejuk toksah cakap la. Gigil tak hengat..tapi peduli hapa aku..

View surrounding tempat ni, nampak Mt. Hallasan. Fuh..Mt. Halla dipenuhi kesan salji ang turun dengan lebat seminggu sebelum kami datang.

Huish..tengah jalan tu kosong, kereta takde lalu. Best pulak kalau kita amik gambar lompat-lompat.

 
Tapi pakcik Kangchul pagil kami. "Hoii..sini!Amik gambar kat sini dulu. Ni le yang aku kata tadi, aras 1100m dari aras laut. pit stop paling tinggi kalau nak tengok Mt. Halla. Bukannye nak masuk parking kene bayar W1100. Ada paham??" 

Pakcik, kami nak amik gambar lompat ni. Kami pergi tengah jalan dulu ye.
-"Hoi..sabar. Nanti aku amik gambar korang!! " Masa kami bergambar kat sini, ada satu kejadian yang tak diingini berlaku. Bukan..kami bukan kene langgar dengan kereta sebab dok tengah jalan. Tapi sebab bende lain. Pakcik Kang Chul yang menyaksikan kejadian tu dok sekeh kepala aku."Aigoo..aigoo..babo-ya.."

Sebenarnya waktu nak amik gambar lompat tu, kami tukar handphone sebab nak amik gambar masing-masing. Bila part Ecah lompat, aku snap guna handphone die. Lepas tu bila turn aku, Ecah ambik handphone aku untuk snap gambar dan handphone die aku masukkan dalam pocket jacket. Tapi aku lupa yang hari ni aku pakai jacket takde zip.  Maka..bila part aku lompat, handphone Ecah terkeluar dari pocket dan jatuh..Jadi crack la ia..sama la crack dengan hati aku bila tengok screen handphone tu dah gelap.

Mood ku dah mati dah bile jadi bende nih. Tu la, mak pesan jangan galak sangat..Kan bende tak elok dah jadik. Tapi Ecah ni baik budaknya. Die cakap, "Kak, jangan hirau handphone tu dulu. Meh kite bergambar puas-puas dulu." Pakcik Kangchul pun lepas sekeh kepala aku terus suruh kami bergambar lompat tengah jalan lagi. Eh..pakcik, aku dah takde mood dah ni. Tapi layan je la ape yang pakcik suruh. Okey, lompattt!!

Lepas tu pakcik Kang Chul suruh masuk kawasan bersalji laji untuk bergambar. Iyo la pakcik..Aku dah beku dah ni. Tapi walaupun beku, hati dan otak aku dah panas sebab kejadian tadi. 

Gambar ni adalah detik-detik terakhir handphone Ecah sebelum menyembah bumi. Sampai sekarang aku cakap nak bayar handphone tu, tak sempat lagi aku nak bayar. Nak bawak pi repair, Ecah pulak simpan handphone tu tak tau ke mana. Ecah, nanti akak bayar ye.  

Walaupun aku dah takde mood nak teruskan enjoy, tapi Ecah ni cool je walaupun aku tau die frust gile bila screen handphone rosak.

Dan seterusnya Pakcik Kang Chul hantar kami ke hostel. As reward untuk pakcik tu yang berusaha entertain kami, aku bagi duit RM5 buat kenangan. Mula-mula die tak nak sebab ingatkan  duit tips, tapi aku cakap amik je la, lagipun kalau die nak pi tukar kat money changer pun dapat berapa won je.

Sampai  hostel, kami berehat dan malam tu kami turun ke kitchen area untuk masak maggi.

Fuhh..Hari yang penat even tak banyak guna tenaga. Tapi mind aku yang penat sebenarnya bila pikirkan handphone Ecah.

Sambil rehat, dok tilik itinerary , Ecah tanya "Kak, esok kita nak panjat Mt. Halla ke?"

"Takla, tadi kita dah jumpa salji kat sipi-sipi Mt. Halla dah cukup la. Lagipun macam tak sanggup nak hadap suhu sejuk dengan salji menimbun tuh"

"Jadi esok kita boleh keluar lambat le kan?"

"Haa..ye la.."

bersambung...

No comments:

Post a Comment