Thursday, April 13, 2017

Glove Yang Hilang di Korea [Seoul-Jeju-Busan] ; Seoul -Nami-Gapyeong [Day 3]



Bangunnn..

Hari ni kita nak pergi Nami Island.

Walaupun aku tak rasa special Nami Island, tapi destinasi selepas Nami tu yang buat aku exited.

Selepas sarapan, kami naik subway dari Hongik Station ke Seoul Station..

Okey, kat sini aku bengap sikit sebab aku terus pi cari kaunter nak beli tiket ITX. Dah habis pusing station baru aku perasan yang aku kene pergi ke Yongsan Station. 

Cess...padahal aku dah notes siap-siap, tapi saje je nak bazirkan masa. 

Dan cerita bengap aku tak habis di sini.

Maka kami ke Yongsan Station untuk naik ITX dan turun di Gapyeong St.

Naik train tak sempat membuta pun. Ralit dok peratikan view luar.

Nami Island

Dari station naik kami naik teksi ke entrance Nami Island. Dah sampai kene beli tiket dulu sebelum naik feri. Ramai gile pelancong kat sini.

Menyeberang ke Nami Island, tengok sungai ni pun ko dah tau suhu beku tahap mana. Takde maknanya aku amik angin kat luar feri,duduk dalam lagi bagus.

Turun feri nampak ada pendiang ni. Panaskan tangan sekejap sebelum teruskan berjalan. 

Maju lagi ke depan, ada sikit kawasan bersalji dan dibina ice block. Ecah exited nak amik gambar aku. 

Aku pulak walaupun first time jumpa salji kat Korea, layankan aje. "Ko tak nak amik gambar,Cah?" -"Taknak, aku dah dua kali sampai sini. Dah tak exited pun"


Masalahnye aku yang tak pernah sampai sini pun tak berapa exited ape kes? Takpe la Cah, kite buat-buat happy posing la Cah. Rugi jauh-jauh sampai tak posing.

Jomlo Happy!!

Akhirnya sampai di mainpoint Nami Island ni, tempat Winter Sonata. Kalau takde Winter Sonata, mungkin kpop dan kdrama tak berkembang macam sekarang. Tapi pokok togel. Salji pun takde. Ape citer??Lagi la tak exited.

Jalan terus lagi akan jumpa sungai. Tapi sungai beku, takde ape yang menarik, kami patah balik.

Patung Bae dengan Choi dijadikan memorial kat sini. Dan sebenarnya aku tak pernah tengok citer Winter Sonata yang femes tu. Sebenarnya punca utama kami tak exited sebab bende ni la..Orang lain datang sini berkapel. Aku pula datang dengan Ecah. No feeling...

Nami Island ni besar jugak. Banyak kedai, cafe, galeri dan tempat riadhah yang disediakan. Kalau nak naik basikal pusing pulau pun boleh jugak. Aku berkenan jugak nak naik besikal, tapi kalau dengan ehem-ehem syiok le bermadu kasih.hihi..

Rest area dalam Nami.

Cafe dalam Nami Island


Dah la Cah, jom kite keluar dari sini. Lagipun kita nak naik basikal rel keteapi ni. Tapi sebelum tu tolong amik gambar gambar akak kat sini. Sekali aku baca Apa Khabar kot Turki meraba daaa...


Gangchon Rail Park

Waktu aku pergi ni ada lagi satu railbike baru buka dekat dengan area Nami iaitu Gyenggang RailBike.

Jadi kalau ambik combine bus ticket sekali dengan  Nami Island, Petite France, Garden of Morning Calm bas akan stop di tempat rail bike yang baru tu.

Tapi since waktu tu baru dibuka, tak banyak review pasal tempat tu. Jadi aku pilih pergi yang ada di Gimyujeong since kat situ le tempat Running Man pergi.

Dari Gapyeong Station nak ke tempat Rail Bike ni kene turun di Gimyujeong Station. 

Tapi kenapa ntah sekali lagi aku bengap, aku turun awal di station Gangchon. sebab dah nama die Gangchon Rail Park, turun kat station Gangchon le kan.. 

Rupanya tidak. 

Oh sengalnya aku... 

Jadi terpaksa la naik teksi ke main entrance rail bike tu. 

Apasal tak naik train je ke next station?

Sebab dah naik teksi baru aku tau yang dia akan bawak ke main entrance rail park tu. Jauh pulak tu nak sampai..melayang W12000.

Mari kita gelak ramai-ramai..

main entrance Gangchon Rail Park

Sampai je situ kami terus beli tiket. Nasib baik diorang baru nak start, jadi takde le menunggu lama.

Lepas bayar dan dapat tiket terus je kami dibawa naik basikal ni.

and..

RACE START!!!!

Nak race ape bende nye..dah tentu ko duduk atas rail ni, takde nye orang pintas. Tapi orang depan ni laju betul. makin lama makin jauh kami ditinggalkan.

Orang depan makin jauh, orang belakang makin dekat kejar kami. Cah..cepat!! Nanti orang belakang hon..

Kejap kak..aku nak cari biskut. penat pulak kayuh besikal ni, tenaga aku dah habis dah.

Lepas Ecah, giliran aku pulak dok mecari barang. Cari handphone la,lepas tu cari glove laa...lepas tu cari power bank laa..kelam kabut anak dara dua orang ni naik besikal. 

Orang hayati keindahan alam laa..ni ko sibuk mencarik barang. Tengok tu, main handphone lagik..

Nak menghayati keindahan alam ape nye kalau pokok semua takde daun. Sape suruh datang winter.

Kalau autumn mesti cantik tempat ni

Kat sini pun depa letak patung couple. Everywhere in Korea suit for propose maaaa..Simbol lovey dovey ada dimana-mana.   

Tapi realitinya aku datang dengan Ecah. Aku tengok die, die tengok aku.. takde perasaan. Tengok tu, sibuk manjang.

 Btw, akan lalu terowong, dan setiap kali lalu terowong dipasang dance song dan siap lampu disco lagi.

Akhirnya sampai di tempat rehat. Aku ingat tempat ni sebab pernah keluar Running Man dan diorang makan teokkbukki kat sini.

Maka aku pun beli la teokbukki jugak. Dan bagi aku teokbukki kat sini sedap, cuma aku jadi budak comot bile makan.haha..

Dah rehatkan kaki, aku ingat kene kayuh lagi sampai pitstop. Tapi rupanya tidak. Kami kene naik train yang akan bawa kami ke last station. Ini sudah bagus..takde le longgar lutut aku nak berkayuh lagi. Maybe bile winter je diorang provide train ni. Maklumle, sejuk beku, sape yang sanggup kayuh celah-celah bukit tu.

Akhirnya sampai di last pitstop. Kami masuk dulu GS25 beli ape yang patut dan panaskan makanan. Kami kene berjalan ke bus stop yang railbike provide untuk ke main entrance dan kemudian boleh jalan kaki ke Gimyujeong Station.  Kat bus stop ni baru aku tau yang sepatutnya pakcik teksi tadi nak hantar kami ke sini dan nak suruh kami naik bas tu je, tapi sebab bukan waktu operasinya, dia hantar kami terus ke main entrance. Die ade terangkan kami dalam kereta, tapi macam biasa tak boleh paham.

Ada paham!!Gimyujeong Station ye. Jangan turun station lain. Btw, aku suka design station ni.

Kak, glove aku hilang lagi la..terpaksa la aku kahwin campur glove ni. Lantak la orang nak cakap ape, tak tahan sejuk dah ni.

Masa nak naik train balik ke Seoul, sekali lagi kami buat bengap.

Train ITX ni share platform dengan train biasa yang akan berhenti setiap station. Jadi walaupun train dah berhenti di platform depan mata, kami tak naik sebab ingatkan tu train lambat. Bila dah lepas baru tau yang tu ITX. cesss...kene tunggu lagi 20minit dengan suhu sejuk beku tu.

Ni kes dok syiok sangat berbual dengan couple Malay Singaporean. Depa kutuk negara depa, kami kutuk negara negara kami. Haha..tu makan dia..kan dah terlepas train.

Dari Gimyujeong, kami tukar line di Dongdaemun dan terus ke Namdaemun untuk lengkapkan misi beli brooch. 

Semalam tak dapat beli sebab bangunan tu tak operasi hari ahad.

Sekali sampai dah gelap. Bangunan tu pun dah tutup.

Arghhh!!Stress mak tauuu.

Makan lagi fishcake makcik ni..

So kita nak ke mana ni? Dah dua kali sampai sini tapi tempat tu tutup.

Kite pergi area Ewha Women University la. Orang kata kalau nak shopping kat situ best.

Lagipun tempat tu on the way balik ke hostel kami. Jadi boleh la nak habiskan masa kat situ.

Memang betul, kat Ewha Women University ni memang best shopping sebab pakaian die trendy dan murah. Tapi untuk pompuan je la, baju lelaki tak banyak.

Kalau datang Korea time winter, tak perlu susah-susah nak cari baju sejuk, bawak duit je & beli kat sini. Boleh rambang mata kalau kaki fesyen. standard price pulak W10 000 - W50 000.


Dah la Ecah..duit dah habis dah ni. Jom balik!!

Ecah kemaruk masuk kedai RedEye. Beli snowcap la..glove la..porch laa..setiap kali jumpa kedai RedEye die masuk. Sekali balik KL dah banyak franchise RedEye dah bukak.

Aku pulak tersangkut dengan beg pororo untuk anak buah aku.

Jadi sebelum terbabas beli baju yang girly girly tu baik kite balik.

End for day 3. Esok kita pi round Seoul lagi.

Semoga esok dapat beli brooch.

bersambung..

No comments:

Post a Comment