Monday, January 21, 2013

Minang Kau Bau : [Bukit Tinggi] Part 2

Day 2 di Bukit Tinggi [Tasik Maninjau]



Second day kami kat sini, jam  7 pagi kami dah boleh sarapan..tapi sebenarnye kalau kat Malaysia dah kol 8pg..memang le perut dah lapar..so kami sarapan kat dulu..
menu hotel hari ni lontong,tapi kuah putih..ade nasi goreng..kami makan je nasi goreng tu..
lepas tu pose-pose sekitar hotel..pagi-pagi lagi dah berkabus.
Dah habis makan, kami pose-pose dulu kat courtyard  menikmati pemandangan indah. Sesungguhnya memang nyaman suasana kat sini yang belum tercemar dengan aktiviti manusia.


 
Lupe nak kenalkan yang baby ni namenye Naufal. Memandangkan die sorang yang original comel dalam group kami kali ni, maka lens memang asyik tuju kat die je la..meh kite tengok gambar Naufal kejap.





Kemudian, Anang datang dengan driver nak bawak kami berjalan..
Kami seterusnya di bawa Danau Malinjau. Nak ke danau ni. kene melalui kelok 44. Kenapa Kelok? Sebab jalan menuju ke tasik ni curam yang amat disertakan dengan selekoh  sudut 30 darjah. Panjang jalan ni lebih kurang 10km dan tu ade 44 selekoh yang tajam camtu..sebab tu die panggil Kelok 44.

Aku tak sempat nak ambil gambar Kelok 44 ni sebab hati memang gerun tengok selekoh-selekoh ni. Tiap kali terjumpa kenderaan lain dari arah bertentangan, selawat je la..bagi aku nak jadi driver kat sini memang kene berani. lebar jalan bukannye ikut standard kat Malaysia yang3 meter..tapi 2.5 meter agaknye..So bayangkan le kalau van kami terserempak dengan bas pariwisata,celah mane tu ke tepi bagi laluan kat bas tu.



Kami singgah kat salah satu kelok ni untuk posing..rasanye port ni (kelok 39)memang femes kot sbb aku tengok banyak betul view dari sini..
Rumah minang tepi sawah tu sebenarnye dulu adalah sebuah restoran.tapi kenapa ntah ditutup..jadi sekarang dibiarin aja di situ..
Tapi sebenarnye ade value jugak le rumah tinggalan ni kat sini..tak pasal-pasal jadi landmark orang datang ke Danau Malinjau ni.


Rumah minang yang berlatarbelakangkan Danau Maninjau.



Sedikit info pasal Danau Maninjau ni.
Danau Maninjau ni merupakan sebuah danau vulkanik seluas 99,500km2. Dalamnye pulak 495meter. Danau ni merupakan Danau yang ke-11 terluas di Indonesia dan ke-2 terluas di Sumatera Barat selepas Danau Singkarak.Macam yang kite tau, Indonesia memang banyak gunung berapi. So banyakle wujudnye danau macam ni. Danau Maninjau dulu merupakan gunung berapi di mana puncaknya terdapat sebuah kawah yang luas. Tapi disebabkan dosa manusia,maka gunung berapi ni meletus dan membentuk sebuah danau yang luas.*Ni semua lagenda cerita dongeng tempat ni.Nanti aku ceritakan...


Seterusnya kami ke Rumah Hamka. Honestly generasi macam aku ni tak amik port sangat pasal jasa-jasa tinggalan Hamka. Tapi ayah aku exited sangat dapat ke sini..kat rumah ni ade seorang pewaris Hamka yang ade ceritakan serba sedikit pasal rumah ni. Sebenarnye orang ABIM Malaysia le yang bersusah payah usahakan rumah peninggalan Hamka untuk dijadikan salah satu tempat pelancongan kat sini bagi mengenang jasa tinggalan Arwah Hamka.


 





bergambar dengan potret HAMKA



Seterusnya kami teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Bile nak turun bukit tu kami singgah dulu kat kedai yang jual jacket & barangan kulit. Kat sini jugak ade port macam kedai kopi..
So kami duduk le di kaki bukit ni sambil minum Tora Bika. Aku pun tak tau camne geng-geng laki termasuk bapak aku boleh tau pasal Tora Bika ni.

Rupanya, mase kami shopping kat kedai sulaman tu, geng laki dok tunggu kat luar. kat sini ade bilik yang dah siap kopi, gula, susu (siap bancuh sendiri lagi)..khas untuk warga lelaki menunggu bini-bini die abis shopping ..rupenye setiap kedai sulaman yang kami singgah ade disediakan ruang minum kopi ni..

Okey, berbalik pada tempat yang kami singgah minum tora bika ni, memang sangat tempat ni..dapat view yang cantik di kaki bukit, suhu dingin tambah pulak dengan kopi tora bika yang panas,memang syiok sangat..





 Layan view yang indah permai ditambah cuaca dingin dengan kopi tora bika..urgghh..aku rindu kat sini

Seterusnya perjalanan kami diteruskan menuju ke Bukit Tinggi. Sepanjang perjalanan ni banyak Anang ceritakan pasal Sumatera Barat ni. Antaranya lagenda-lagenda cerita dongeng dulu-ulu. Kita selalu kutuk kan cerita Indon yang keluar kat tv ni merepek. Bukan setakat sinetron die yang merepek,tapi cerita-cerita zaman dulu die lagi merepek. Tapi sebenarnye itu cerita lagenda die. Macam kita,ade lagenda Puteri Santubong, Puteri Saadong..tapi bezanya kita kurang produce dalam bentuk drama.Cu try kite buat,mesti kene kutuk kaw-kaw punye..Tapi beza dengan kat sini.Diorang sebenarnye lebih membesarkan cerita-cerita dongeng sebegini.

Okey, berbalik pada lagenda Danau Maninjau, Anang cerita pada zaman dulu, ada sebuah gunung berapi yang bernama Gunung Tinjau. Di salah satu kampung di pedalaman, tinggal pula 10 orang bersaudara(adik beradik) iaitu 9 lelaki dan seorang perempuan. Orang kampung panggil diorang Bujang Sembilan.Yang sulung Kukuban,diikuti Kudun, Bayua, Malintang, Galapuang, Balok, Batang, Bayang, dan lelaki muda Kaciak.Adik bongsu perempuan pula bernama Siti Rasani.Diorang ni anak yatim piatu jadi Kukuban le yang mengambil alih tanggungjawab ketua keluarga.

Walaupun yatim piatu, diorang ni dibimbing oleh pakcik mereka dipanggil Engku.Engku ni jugak anak lelaki dipanggil Giran. Dipendekkan cerita, si Siti Rasani dan Giran ni saling jatuh hati dan bercita. Tapi diorang sorokan dulu hubungan cinta diorang ni. Tapi sebab dah tak tahan nak sorok-sorok lagi, akhirnya mereka berterus terang. Nasib baik, kedua-dua pihak sambut dengan gembira. Jadile si Giran ni selalu datang rumah adik-beradik dengan alasan membantu buat kerja-kerja di sawah. Walau bagaimanapun, dalam satu pesta keramaian, pertandingan silat diadakan. Di peringkat akhir, Kukuban berlawan dengan Giran dan akhirnye Kukuban kalah. Disebab hal ni, Kukuban ada perasaan sikit perasaan sakit hati & dendam dengan Giran.

Dipendekkan cerita, satu hari rombongan Engku datang nak meminang Siti Rasani untuk Giran.Tapi Kukuban tolak dengan kasar pinangan tersebut.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Giran dan Siti Rasani bersjumpa sorok-sorok lagi. Waktu diorang berbincang ni, nak dijadikan cerita Siti Rasani terlanggar duri dan terkena bahagian paha dan berdarah. Giran pulak dengan girangnya cuba merawat luka tersebut.(sebenarnye tak girang le sangat.hihi..)Waktu ni jugak le orang kampung keluar dari semak menangkap diorang beserta dengan abang-abang Siti Rasani ni. Maka hukuman dijalankan tanpa pengadilan dibuat.Hukumannya adalah mereka berdua akan dibuang ke kawah gunung berapi.

Tapi sebelum mereka dibuang ke kawah, Giran sempat berdoa."Jika benar kami bersalah, maka hancurkanlah tubuh kami di kawah ni.Tetapi jika kami tidak bersalah, letuskanlah gunung ini dan kutuk Bujang Sembilan menjadi ikan!"

Tidak lama selepas mereka berdua dibuang ke kawah, gunung berapi tersebut meletus dan hampir kesemua penduduk kampung tidak dapat menyelamatkan diri. Bujang Sembilan tersebut pula telah disumpah menjadiikan.Gunung Tinjau ni, selepas memuntahkan lava yang panas menyebabkan terjadinya danau ni. Dikatakan kadang-kadang ade juga penduduk kampung yang terjumpa ikan pelik dalam Danau Maninjau ni.
 Aku tampal lagi gambar Danau Maninjau

Logik?tak logik kan??tapi ceritera rakyat ni le sebenarnye cerita warisan melayu kita.*perlu diingat yang keturunan tanah melayu kita pun datang dari tanah seberang.

Best tak cerita aku??Boleh jadi penglipur lara tak??ekeke..


Okeylah, berbalik pada perjalanan kami, akhirnye kami sampai di Bukit Tinggi. Sampai kat sini, Anang bawak kami ke pejabat RaunSumatra dulu untuk aku jelaskan baki payment trip ni. Kebetulan pulak kami semua ade yang nak tukar duit la, nak cucuk duit la..jadi semua kami settle kat sini. Cucuk duit kat CIMB depan ofis Raun, tukar duit pulak di ofis Raun. Nasib baik rate die kasi pun murah jugak.

Dah habis operasi money changer, kami pergi ke Pasar Atas. Tak banyak yang berubah dari ape yang aku tengok setahun sebelum ni. Cuma kali ni shopping complex yang dekat dengan Jam Gadang dah siap sepenuhnya. Memandangkan hari ni hari Sabtu, dah start hari libur, so orang dah ramai.Banyak aktiviti kat sini. Bagi aku, diorang memang betul gunakan kemudahan kawasan rekreasi.Ade jualan, kumpulan tarian, ade persembahan jalanan..macam-macam lagi. Bagi aku, berbeza dengan apa yang ada di Malaysia di mana yang orang Malaysia suka menghabiskan masa dengan keluarga di shopping complex,tengok wayang, makan besar...
So, layan gambar yang sempat team aku capture..



  





 Cengkerang siput yang dilukis gambar Upin Ipin.Ko mampu???


Kemudian kami dibawa ke Lubang Jepang. Nak masuk ke sini, kami memang kene bayar,tapi dah termasuk dalam pakej kami. Tapi upah budak yang guide kami masuk tak termasuk. Banyak budak ni cerita  pasal sejarah Lubang Jepang ni.Tapi tak dengar sangat since mak dengan ayah aku dah tertinggal kat belakang. Aku risau jugak kot-kot diorang hilang. Tapi sebenarnye diorang dah malas nak jalan sebab mata dah nampak tempat shopping.haisyyhh....

So, dekat Lubang Jepang ni takde le aku fokus sangat pada cerita sejarahnye. Tapi camne pun kat sini ade view yang menarik.sempat jugak le adik aku shoot view yang best.




Lepas tu ape lagik, kami shopping kat kedai-kedai dalam Lubang Jepang ni. Aku ade jumpe review yang barang-barang cenderamata dalam ni lagi murah kalau nak dibandingkan dekat Pasar Atas. Kat sini aku dah berkenan dengan lukisan-lukisan.Memang cantik & price pun worth it kalau nak dibandingkan aku beli kat CM




Then jalan sampai ke penghujung kawasan jumpe banyak monyet dok main-main dengan tourist kat sini. Nampaknye monyet kat sini sudah jinakkk..adik aku sempat amik gambar monyet ni minum air botol ni. Tapi tak sempat adik aku shoot, die dah stop minum. Adik aku suruh minum lagi,die minum..Dah dapat nice pic, adik aku tunjuk screen camera kat monyet ni. The best is, die tumpang tengok gambar die.*tapi sayang aku tak sempat nak capture scene ni..tapi monyet tu memang jinak. Sebab die takde nak rampas makanan dari kite-kite ni..


tolong amik, kawan sape ni???

Dah habis shopping, kami dibawa ke hotel Grand Malindo. Sebenarnye hotel kami dok depan dengan Lubang Jepang ni je.ahaks...

Dan malam tu kami sekali lagi dibawa makan Nasi Padang.Nampaknye memang demam nasi padang le bapak aku...die dah syiok sangat tu makan nasi padang dan di akui aku lagi suke makan nasi padang dari makan nasi ayam penyek.hihi

bersambung untuk keesokan hari yang mana esok aktiviti kami hanya untuk shopping!!

















4 comments:

  1. wah best2... nk g gk la... thanks tuk perkongsian ni k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aliapeng,memang best kat sini..
      recommended kalau nak release tension & tengok cara orang-orang melayu lama hidup sebab tempat ni tak terusi dengan pembangunan moden lagi.

      Delete
  2. Bole tumpang tanya berapa harga gambar2 pemandangan yg cantik2 bangat tuh????
    Tak sabar rse nk pegi..hihi.cuti sek ni insyaAllah bwk ank2 ke sn..Thanks ats perkongsian..

    ReplyDelete