Wednesday, February 27, 2013

Umrah : The Intro

Dah lame rasenye tak update blog. Ni kes virus M telah menyerang le ni..

entri Minang pun aku tak habis update lagi..tapi nampaknye kene hold le dulu kejap.

Sebabnye,aku akan menjalankan ibadah umrah di awal March ni.
tak sangka bakal menjejakkan kaki ke sana dalam jangka masa terdekat ni.

Sebenarnye berkat ajakan mak ngan ayah le aku dapat menunaikan umrah. Mula-mula plan nak pegi umrah ni cuma ayah dengan mak aku yang nak bawak tok aku ke sana. Tapi sebabkan mak aku dah rimas tengok aku berjalan ke hulu-kehilir, die cakap baik duit tu bawak pergi umrah je..

Aku terdiam jugak mase mula-mula die ajak tu. Die tanye 'Kenapa??sebab takut??Amalan tak cukup lagi??"

erk..camne mak tau ni?anak die liat nak bangum solat subuh..huhuhu

pastu aku jawab,nak cover balik.."Bukan le makk...duit tak cukup lagik.."

pastu mak aku cakap.."Takpe,niat je dulu dalam hati,nanti Allah SWT permudahkan jalan kite sana"

dan Alhamdulillah..memang betul kata mak, ade je cara nak cari duit untuk ke sana. Dan akhirnye keputusan dicapai, kami pergi 5 beranak.Mak, Ayah, Tok, Aku dan adik perempuan aku.Tapi last minin group kami ditambah lagi sorang iaitu bapa sedara ayah aku yang merangkap atok sedara aku le..

 Mase nak cari pakej untuk umrah tu, memang pening aku pilih yang mana. Walaupun semestinya ayah aku yang uruskan, tapi bile tengok ayah aku dah pening nak pilih yang mana, aku pun tolong le survey pakej mane yang bersesuaian.
Ade umrah-ziarah. alfajrtravel , umrahonline, ZahafizTravel, alqudstravel, yaskin, ashhartravel , muhammadiyahtravel, rayhar..

Tapi semuanya lebih dari 5k!!

Adoi la, makin lama makin mahal pakej umrah ni.
rasenye dulu 3.5k dah dapat ke sana..tapi sekarang kene ade 5k ke atas baru dapat. Itu pun baru basic.Belum lagi kalau nak melancong Istanbul Aku Datang..
*noted:Kalau korang ade simpan niat nak ke sana, baik pergi awal-awal sebelum harga pakej ni mencecah pada 7k.


Bagi family kteorg, mesti le kene cari budget.Sebabnyee...err..mestila nak budget.kite bukannye nak mewah sangat,cukup le sekadar tempat berteduh untuk buat amal ibadat kat sana.
Lagi satu sebab, ialah sebenarnye budget mak,ayah dengan tok aku disuppport oleh pakcik aku. So bile orang dah belanja ni, tak boleh le nak amik yang lebih-lebih..Lagi pun budget untuk dengan adik aku tu sendirian berhad,so semestinye le selection adalah yang paling budget..hihi

Lagi satu memandangkan lokasi aku kat JB, Ayah, Mak dengan Tok aku plak kat KB, Adik aku pulak kat KL, bende ni pun kene diambilkira jugak.

Akhirnye ayah aku terjumpa Tiram Travel di KB. Pakej die pulak antara yang termurah aku jumpa iaitu RM4790 sorang!

Dan kami akan ke Makkah terlebih dulu baru ke Madinah.

Tanpa pikir panjang, kami pilih yang ni je memandangkan Tiram Travel pun dah kukuh dalam industri ni.tak perlu nak pikir kalau travel agent songlap duit ke ape.*bende songlap ni dah terjadik kat pakcik aku.dah register siap, bile tibe hari nak berangkat, bayang agent tak nampak..

Dan preparation pun dah boleh buat

Kursus Umrah
Memandangkan lokasi aku kat JB & ibu pejabat Tiram Travel pun kat JB, maka takde masalah untuk aku. Kat JB ni die buat dekat Masjid Wadi Hassan dari 9pg-12tgh. Mase aku pergi tu ramai le jugak yang bakal jemaah yang datang. Tapi ape yang dikesalkan, waktu break untuk breakfast jam 10.30pg, jemaah semua dok berebut amik makanan.tak kira yang tua,yang muda dok main tolak-tolak..hasiyh..sampai pinggan mee terbalik, air tumpah..Serius takde sikap muslim sejati yang bakal mengerjakan umrah.huhhh

Pakaian
Memandangkan aku ni tergolong dalam golongan special (tak cukup ketinggian dan bahu kecik!!), pencarian jubah kat kedai adalah tidak digalakkan. Kalau aku cari jubah kat kedai pun, kene repair kecik dan potong lagi. Akhirnye mak aku borong kain kat Jakel, buat jubah untuk semua orang. Terima Kasih Mak!!

Aku just listkan ape yang aku prepare ye..
Jubah - 4 helai
Baju Kurung - sepasang
Telekung - 2 helai(tampa kain)
Tudung-Yang tudung ni memang pening aku nak bawak berapa helai.
Baju nak tidur-pandai-pandai le budget
Stokin, sarung tangan, kain dalam (yang seluar punye tauu)
Kasut bertutup dan selipar
Sunglasses 
Toiletries
Charger Tab, Phone, Camera.(kalau korang takde gadget bagai tu lagi bagus, senang sikit nak packing. Aku punye charger je dah masuk satu beg kecik. Dengan earphone laa..kepala pug laa..adik aku tumpang charger iphone die laa..ayah aku tumpang charger note die laa...memang penuh)

Duit
Pertukaran duit dari RM ke SDR ni tak le merumitkan sangat. sebab nilainye adalah lebih kurang sama je.
Tapi mase aku nak pergi tukar tu 1riyal=0.86sen. Then aku pun tukar le..
Pastu adik aku pulak kat KL jumpe 500 riyal= RM420.
terus aku tukar lagi untuk mak, ayah dan tok aku..
Mase tengah packing baru aku perasan yang aku simpan duit Riyal dengan Rupiah sekali. dan aku nyaris-nyaris ambik Rp5000 letak dalam beg & 500Riyal tu aku simpan kat umah.Hasiy..nasib baik..

Ilmu Pengetahuan
Ilmu pengetahuan ni le yang paling penting.Kalau semua siap bagai, tapi dalam still  lagi dok buat dosa, tak tau den nak cakap apa. Panduan untuk mengerjakan umrah tu jangan risau. Pihak agent akan kasi buku panduan. Kalau pengguna android @ smartphone  tu boleh download app kat kedai die. Aku banyak dapat info dari M-Umrah. Ade banyak lagi apps lain, tapi kalau download, tak bace pun tak guna jugak kan..

Hari ni jugak aku akan berangkat ke KL dari JB. Tiket flight ke KL nasib baik le aku sempat grab mase promo.Dapat dengan harga RM29, terime kasih pakcik Tony.
Aku akan berangkat ke Mekah esok,1/3 hingga 12/3

Semoga selamat perjalanan kami sekeluarga di sana dan kami dapat menunaikan ibadat dengan jayanya.Aminn...

*Thanks to blogger ustaz-ustaz &travelog blogger yang lain kerana banyak memberi maklumat untuk perjalanan umrah di sana.

Monday, February 4, 2013

Minang Kau Bau : [Bukit Tinggi - Padang] Part 4

Day 4 in Bukit Tinggi

Adeh..dah hari yang keempat ek?Malasnye nak balik.Dan malas jugak nak habiskan entri untuk Padang Bukit Tinggi ni..Akan ku kuatkan semangat..

kejap..kejap..nak refresh balik ape yang jadik di hari yang ke-4 ni..serius tak ingat..
*layan gambar dulu
Boleh dikatakan setiap rumah di bukit tinggi ni ada sawah padi dan kolam ikan depan rumah masing. Even kadang-kadang kubur pun ade tepi rumah. Kat sini bukannye macam M'sia,kalau nak kebumi, kene tanam kat tanah perkuburan. So, tanam tepi rumah je la.Tapi tanah perkuburan still ada lagi disediakan untuk penduduk yang takde tanah.
Kalau kolam ikan tu pulak, diorang gilir-gilir, lepas hasil padi dituai, diorang buat jadikan tapak sawah tu kolam ikan pulak. Dan lepas tu diganti pulak dengan sawah padi.


Istana Silinduang Bulan - Istana ni aku tak pergi melawat mase trip kali ni. Tapi pict atas aku pergi 2007. Disebabkan waktu ni Istana Pagar Ruyung baru je terbakar, jadi Istana Silinduang Bulan sebagai ganti tempat lawatan kami waktu tu.


Okey,sambung balik.Pagi-pagi lagi TA kami, Anang dah tercegat depan hotel. Die risau sangat kalau ade ape2 yang berlaku di hari ketiga kat kami. Sebabnye, in case kalau jadi ape-ape, die yang akan dipertanggungjawabkan. So bile die dah pastikan takde ape-ape yang berlaku, lega la diee...

Hari ni kami angkut semua beg dan check out. Dah tiba masanya kami tinggalkan Bukit Tinggi.
Tapi sebelum tu kita akan pergi ke Danau Singkarak dulu. Maksudnya laluan kami ke Padang bukannye ikut laluan yang kami datang itu hari. Tapi kami pusing Gunung Merapi.Senang cerita, tengok map je laa..

1st day, kami dari padang ke Danau Maninjau, 2nd & 3rd day pula kami di Bukit Tinggi, dan hari ke-4 ni kami ke Padang melalui Danau Singkarak.(tapi kami akan singgah di Pagar Ruyung)

Sebenarnye berat hati rasa nak balik dari Bukit Tinggi ni. Mungkin sebab kat sini sejuk,nyaman terserlah suasana kampung walaupun kami dok kat hotel tengah bandar Bukit Tinggi, ditambah dengan penduduk kat sini yang ramah-tamah..sobsob..

Okeyla, berbalik pada journey  kami pada hari ni, mula-mula lagi TA bawak kami ke kedai sulaman.*lagikkk..
Tapi kali ni tempatnye murah sikit. Disebabkan kami dah borong habis-habisan kain sulam semalam, jadi takde le nafsu kami nak beli. Cuma sempat beli kemeja batik untuk ayah je.

Tapi depan kedai ni, kami terpandang stesen radio tempatan. Nah!!Tu diaaa...amek kauu..bangsal buruk pun boleh jadik stesen radio..terbaek laaaa

Name stesen radio ni Lita FM.

Selepas tu, kami pergi ke tempat sulaman Hjh. Rosma. Die ni memang femes even dekat Malaysia. Sebab die buka kelas menjahit sulaman dan sulaman die mamang berkualiti tinggi. Mak aku yang tukang jahit pun mengakui yang sulaman die memang berkualiti. Kalau nak tau, student dari Malaysia pun ade belajar kat sini.Kerajaan Kelantan pun pernah hantar budak perempuan yang menganggur belajar menyulam kat sini.
 
Banner Kelantan pernah hantar budak perempuan ke Pusat Sulaman Hjh. Rosma. Kalau sesape yang minat menjahit tu boleh le datang sini untuk belajar. Sekali kelas akan ambil mase 6 bulan.
Kelas menyulam,kak kiah..

TA kami pun ade cakap, kalau mengikut adat minang, anak lelaki memang digalakkan merantau untuk berniaga,anak perempuan pulak dok kat rumah menyulam. Sebab tu kalau kite tengok, kat Malaysia susah nak jumpa orang perempuan  Minang ni jadi pembantu rumah, orang lelaki pulak berniaga kat Malaysia ni. Sebab diorang memang dah ajar mindset anak diorang cantu.'Dari kau jadi orang gaji, baik kamu menyulam di kampung'. Dan sebab tu kelas sulaman Hjh Rosma ni memang femes di kalangan ahli sulaman.

Dan sebenarnye Hjh. Rosma ni teramatlah berusia.Dah kategori nenek bongkok tiga dah. Mungkin dalam lingkungan 80-an. Mase aku pergi tu die duduk je kat kerusi sambil tengok student die menyulam. Tapi die boleh nampak & tegur kesalahan student die menyulam. Mana-lubang-lubang sulaman yang halus pun die boleh nampak lagi.
Salah satu hasil sulaman yang dihasilkan Hjh. Rosma
Kasi close-up sikit

Kemudian kami menuju ke Istana Pagar Ruyung. Laluan menuju ke istana kami, kami akan lalu ikut kaki Gunung Merapi. Bile dengar Gunung Merapi ni aku gerun jugak sebab gunung berapi ni masih aktif lagi. Tapi masih ramai lagi penduduk yang tinggal di kaki gunung ni. Al-maklum, tanah kat sini memang subur. Tengok je la sawah padi bercerun yang dibuat penduduk kampung ni. Semuanya dibuat secara tradisional tau,dengan menggunakan kudrat manusia. Sebab tu mak aku cakap,kalau nak tengok Malaysia saman 70-an,ini la die. Menjamu mata sawah padi yang tak terbentang luas, tapi mengikut cerun kaki gunung, rumah-rumah tradisional minang, memang menyejukkan mata memandang.

Kemudian, kami singgah lagi tempat membuat pisang salai sambil minum teh buatan tempatan. Teh ni baik untuk orang sakit darah tinggi dan kencing manis. Ape lagi, ayah aku pun beria le sebab die ade penyakit darah tinggi tu..
Buat pisang salai


Shopping kerepek,pisang salai dengan teh ubat.

Kemudian, sampailah kami ke Istana Basa Pagar Ruyung. Basa kat sini maksudnya Besar.

Pagar Ruyung merupakan pusat pemerintahan Kota Kerajaan Minangkabau di abad ke-14. Setelah kedatangan Islam ke sini, pusat pemerintahan Minangkabau menjadi semakin hebat. Kalau nak tahu, Istana ni dah mengalami 2 kali kemusnahan. Kali pertama pada tahun 1804 yang dimusnahkan oleh penjajah Belanda. Kemudian replika istana ni dibina semula pada 1976 dan dibuka sebagai Muzium.Tapi  pada tahun 2007, Istana ni musnah dijilat api kerana disambar petir.

Sebenarnye ade cerita di sebalik kemusnahan istana ni, tapi aku pun dah lupe cerita die. Menurut TA aku, sehari sebelum kemusnahan istana ni dijilat api, penduduk tempatan nampak serangga macam lebah keluar dari istana ni. *Dah ade petanda yang istana ni akan musnah.

Dengan kemusnahan istana ni, ia meninggalkan kesan untuk penduduk sekitar. Mana taknye, Istana ni menjadi ikon bagi pengunjung yang melawat ke Sumatera Barat. Jadi penduduk sekitar mencari makan dengan menjual bahan cenderamata dan makanan untuk pelancong. Tapi dengan kemusnahan istana ni, pelancong tak akan datang ke sini lagi. Jadi, penduduk tempatan memang dah tak ade sumber pendapatan lain selain dari bertani.

Ape yang aku tulis ni sebab aku pernah datang ke sini tahun 2007 selepas kebakaran istana ni. Mase tu team lecturer aku bawak datang ke sini. Apa yang aku nampak cuma padang jarak,padang terkukur. Dengan panas terik takde satu pun pokok,kami turun melawat tapak.Memang panas ya amat..Mase ni jugak ade segerombolan makcik-nenek datang merayu kat kami menjual kerepek.

Tapi disebabkan aku naif time tu,(ye la, time tu student) geng kami lari dari nenek-nenek tu tak nak beli. Bile dah naik bas, aku nampak nenek-nenek tu kesat air mata. Time tu aku rase bersalah sangat tak beli. Lepas tu baru le lecturer tu cerita yang memang diorang takde pendapatan bila tiadanya istana tu.

Tapi bile aku datang tahun 2011 ni, istana pun dah siap dibina semula, pelancong pun dah ramai yang datang. Walaupun time aku datang ni istana ni tak siap lagi, tapi bentuk istana yang gah ni dah nampak sepenuhnye. Kami cuma bergambar kat depan je.Sekarang ni mungkin dah siap sepenuhnya dan dah dibuka untuk pengunjung.

Gambar atas ni Istana Pagar Ruyung sebelum terbakar di tahun 2007. Pinjam dari seorang blogger yang sempat ke sini tahun itu jugak. [source]

 Istana Pagar Ruyung yang dah siap pembinaannya time aku pergi,tapi belum bukak lagi.Sekarang ni dah dibuka untuk pengunjung.


Banyak sebenarnye sejarah Pagar Ruyung ni. Dari pagar ruyung jugak le wujudnya ciri-ciri bumbung Minangkabau yang bentuknye macam kerbau tu.

Lepas tu kami dibawa ke  rumah makan ni. Aku pun dah lupe ape tempat di. Tapi nak makan atas kolam ikan sambil layan view sawah padi, terasa suasana kampung.


 menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah tepi sawah ni.


Kemudian, kami menuju ke Danau Singkarak. Danau ni merupakan yang terbesar sekali kat Sumatera Barat ni. Sebenarnye takde ape pun kat sini.Tapi kami berenti untuk minum air sambil layan view danau. Macam biasa, TA kami pun ade cerita pasal cerita dongeng Singkarak ni, tapi kami tak ingat.

Kat sini, kami minum kopi sambil layan lagu Ayam Den Lopeh..memang nostalgia..
 Tasik Singkarak
 Adik-adik oi..len kali nak mandi tu tutup le ape yang patut.*Sebenarnye ahkak jeles sebab kecik2 dulu akak tak boleh berendam tempat camni.ahaks...

 

Sambil minum lepak-lepak,melayan kerenah Naufal yang time ni hyper pulak die nak gelak.Ape lagik, snap le gambar die..banyak lagi gambar die tengah mengekek..tapi yang ni paling comei.




Kemudian, dah minum tu kami terus menuju ke Padang.
Padang ni merupakan ibu negeri Sumatera Barat dan juga boleh dikatakan bandar paling membangun di kepulauan Sumatera ni.

Dah sampai bandar Padang ni, kami sightseeing dari atas bas je. Kami round-round ni kawasan jambatan Siti Nurbaya, kawasan China town, dan jugak meninjau kesan gempa bumi besar yang melanda sumatera tahun 2009. Memang kesan keretakan nampak sampai sekarang.

Lepas tu TA drop kami di shopping complex Matahari. Kat sini, ape lagik, kami borong 3 in 1 Tora Bika Cappuccino untuk bawak balik Malaysia. ahaks..

Sepatutnye plan kami check in hotel dulu,pastu keluar makan malam balik. Tapi disebabkan ade kejadian tak diingini berlaku,kami terpaksa tukar plan.

bersambung...

Friday, February 1, 2013

Rupa ibu-ibu time bapak-bapak solat jumaat

Entri ni dedicated untuk ibu-ibu yang happy go lucky bile dapat keluar tanpa handbag(anak-anak)

Kalau korang nak tengok warga wanita yang senyumnya lebar sampai ke telinga dan keluar dengan kawan-kawan sambil berjalan sambil borak,sambil gelak-gelak...korang pegi le Plaza Angsana waktu kaum lelaki solat jumaat.

Time tu korang akan tengok betapa heaven kaum mak-mak ni makan dan shopping dengan amannye.
Sambil tu sempat le bergossip pasal dunia hiburan ni..
Kat bawah ni salah satu contoh le..



Kalau nak tengok lagi, datang le time sembahyang jumaat. kohkoh...
Kalau korang yang lelaki tu datang jugak,maknenye korang ponteng solat jumaat le tewwww