Day 4
Bangun pagi,dalam jam 4pagi,kami sekeluarga trus ke masjid untuk bawak ayah dengan tok buat tawaf dan saei.
Sebenarnya kalau ikut plan, kami sekeluarga nak pergi Tana'im sebelum Subuh nak bermiqat. Tapi sebab ayah, Tok dan TokSu belum habis lagi buat umrah yang semalam, jadi kami batalkan je program tu.
Kali ni kami dah plan betul-betul ayah pergi buat dengan toksu,aku plak akan bawak tok.Mak dengan adik cuma tunggu untuk solat Subuh je.Kami tak nak peristiwa semalam berulang lagi.
Jadi kat sini aku boleh buat tawaf sunat.
Dah siap tawaf,aku dah janji dengan ayah nak jumpa dekat Bukit Safa untuk ayah pulak bawak tok untuk saei.
Aku pikir jugak nak buat saei sunat,tapi bile pikirkan tapak kaki yang sakit ni,aku tak jadi buat.
Sebelum tu aku sempan pesan kat ayah,kalau tibe time solat subuh jemaah,ayah solat kat kawasan saei je dan ambik saff belakang sebab kalau camtu tak perlu berpisah dengan tok.
Alhamdulillah,umrah ayah,tok dan toksu pagi tu berjalan lancar.
Selepas subuh hari ni takde
aktiviti ziarah.aku pun sebenarnya nak sambung tidur je kat bilik.Tapi
lepas kene bebel dengan tok sebab tak shopping ape-ape lagi,kami bersiap
le keluar.ahaks..
Tok aku ni memang kaki shopping.Tak kisah le penat ke tak,yang penting dapat shopping.Aku rasa kalut peristiwa semalam pun kami tak habis lagi.Tapi dia rileks je nak pi shopping.haha
So kami sekeluarga keluar le shopping.Mula-mula kami masuk bazaar dalam tower clock tu.
Tapi harga mak aihh...jauh beza kalau nak dibandingkan dengan peniaga yang jual tepi jalan lepas balik solat.
*setiap kali lepas solat fardhu,memang akan banyak peniaga jalanan yang akan jual lambak tepi jalan.dengan diorang ni memang murah.tapi nak kene berhati-hati sikit sebab polis selalu buat rondaan.Kalau kene tangkap,polis akan rampas barang jualan diorang.Kadang-kadang tu,diorang tak sempat nak bagi duit baki kat pembeli,bile polis datang,diorang terus lari dengan duit pembeli tu skali.Sebab tu kalau boleh nak beli dengan diorang,better sediakan duit kecik.
Tok aku ni memang kaki shopping.Tak kisah le penat ke tak,yang penting dapat shopping.Aku rasa kalut peristiwa semalam pun kami tak habis lagi.Tapi dia rileks je nak pi shopping.haha
So kami sekeluarga keluar le shopping.Mula-mula kami masuk bazaar dalam tower clock tu.
Tapi harga mak aihh...jauh beza kalau nak dibandingkan dengan peniaga yang jual tepi jalan lepas balik solat.
*setiap kali lepas solat fardhu,memang akan banyak peniaga jalanan yang akan jual lambak tepi jalan.dengan diorang ni memang murah.tapi nak kene berhati-hati sikit sebab polis selalu buat rondaan.Kalau kene tangkap,polis akan rampas barang jualan diorang.Kadang-kadang tu,diorang tak sempat nak bagi duit baki kat pembeli,bile polis datang,diorang terus lari dengan duit pembeli tu skali.Sebab tu kalau boleh nak beli dengan diorang,better sediakan duit kecik.
Dah selesai jalan,kami amik keputusan pegi shopping kat area hotel since kat situ ade bazaar yang lagi worth it nak beli.
Hari ketiga ni aktiviti macam biasa,menunaikan solat fardhu di Masjidil haram.Kalau orang lain yang suka berjalan, boleh le amik teksi pergi mendaki Gua Hira' atau pun kalau ada sedara-mara sekitar Makkah, boleh le berjalan-jalan.
Dari kiri: Tower Clock dari pandangan King Aziz Gate. Atas,kanan: Hotel yang dah siap sebelah Tower Clock. Bawah,kanan: Hotel Hilton di sebelah Tower Clock
Jalan-jalan shopping dalam bazaar kat dalam bangunan Tower Clock tu..Mahall..dok kejap je terus balik.lastnye kami shopping kat kedai yang deret dekat dengan hotel tu..
Kedai dalam bazaar..Jubah-jubah memang cantik.tapi sebab kami ni golongan XXXS dari saiz arab, jadi malas le nak beli.hahaha..
Kedai-kedai yang berderet di tepi jalan dekat dengan hotel. Harganya mungkin lagi berpatutan untuk orang yang yang macam kami.hihi
Day 5
Hari ni program kami akan melawat Hudaibiyah, salah satu tempat yang merakamkan peristiwa sejarah bermulanya kebangkitan Islam di bumi Makkah.
Seperti sedia maklum, Rasullullah SAW cuba menyebarkan agama Islam di bumi Makkah terlebih dulu. Tetapi disebabkan kekangan dan dan siksaan dari orang kafir di Makkah, maka umat Islam sepakat berhijrah ke Madinah dan Islam diterima baik di Madinah sehingga kerajaan Islam pertama berjaya ditubuhkan di Madinah.
Dalam pada waktu itu, umat Islam di Madinah masih lagi menerima serangan dari puak kafir Makkah. Antara peperangan yang yang sering diceritakan ialah perang badar dan perang uhud.
Namun pada tahun ke-6 hijrah, umat Islam Madinah menuju ke Madinah untuk menunaikan ibadah haji. Mereka pergi tanpa membawa sebarang senjata. Apabila puak musyrikin tahu, wakil mereka datang berjumpa Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan umat Islam. Maka Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan kedatangan mereka pada wakil pihak musyikin.Pada waktu itu, umat Islam yang menunggu di Hudaibiyah amat marah dah telah bersumpah untuk memerangi Musyirikin Makkah. Allah SWT mencampakkan rasa gerun terhadap orang musyrikin Makkah dan akhirnya mereka bersetuju untuk membuat perjanjian. Antara perjanjiannya adalah :-
Genjatan Senjata 10 Tahun :
- Mereka bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan sebarang peperangan selama 10 tahun.Dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh bermusuhan.
Musyrikin Makkah Menganut Islam Mesti Dihantar Balik :
- Sesiapa di antara orang Musyrikin Quraisy yang menganuti agama Islam tanpa izin walinya iaitu ibu bapa atau penjaganya hendaklah dikembalikan kepada kaum keluarganya atau kembali kepada agama asalnya.
Orang Islam Memihak Kepada Musyrikin Tidak Perlu Dihantar Balik :
- Pihak Musyrikin tidak perlu mengembalikan semula andainya terdapat di kalangan umat Islam yang memihak kepada golongan Musyrikin atau menganut agama lain.
Suku/Kabilah Arab Bebas Meyokong Islam Atau Musyrikin :
- Setiap orang tahu kabilah bebas sama ada hendak menyokong kaum Musyrikin Makkah atau pihak Islam.
Ibadat Umrah Boleh Dilakukan Tahun Berikutnya :
- Umrah bagi umat islam pada tahun 628 Masihi itu ditangguhkan ke tahun hadapannya dengan syarat tidak membawa senjata dan hanya dibenarkan tinggal di Makkah tidak lebih daripada tiga hari.
Okey, kat sini pun kami boleh niat untuk umrah. Hari ni cuma aku dengan adik je yang buat umrah sebab kiteorang dah plan nak buat lagi umrah jam 1 pagi. Jadi mak dengan ayah aku tak buat sebab kalau diorang buat, maka tok aku pun skali akan buat umrah. Kami taknak die buat umrah time siang sebab kiteorang tau, nanti die cepat letih.
Kawasan Masjid Hudaibiyah.Kami kat sini tak sempat nak solat sunah ihram sebab jemaah Turki terlalu ramai.Mutawif diorang ni ceritakan sejarah perjanjian hudaibiyah dekat kawasan masjid.Beza dengan mutawif kita, yang ceritakan sejarah ni atas bas on the way ke sini. Sebab tu kawasan ni terlalu padat dengan orang die.
Masjid Hudaibiyah dari jauh.
Ladang Unta
Kemudian on the way balik tu bas singgah di ladang unta. Lalu ikut padang pasir, nampak le khemah-khemah kaum badwi (kaum yang berpindah randah dan banyak yang memelihara unta). Dari jauh dah boleh nampak kelompok-kelompok khemah puak badwi dan ladang unta ni.
Situasi khemah dan ladang unta di tepi jalan sepanjang highway merentasi padang pasir.
Mase kiteorang sampai tu, kami tengok unta-unta dulu..Mula-mula semua sombong tak layan kami. Lepas tu ade sekor unta ni datang kat group kami. Jinak unta ni, bile bergambar, senyap je die..ramai pulak tu yang berebut gambar dengan die..Nasib baik le ko bersih, boleh le usap..hihi
Ni le orang Badwi, gembala unta dan menjual susu unta. Ada yang menyatakan Nabi sayang denan kaum ni sebab kaum ni jenis ikut perintah.Diorang ni kebanyakannya golongan hamba..sampai sekarang diorang hidup berpindah randah,takde kediaman yang tetap.
Jemaah tengah beli susu unta. Sebotol SDR5.Susu unta ni baik untuk perut. Tapi mutawif aku cakap kalau kite minum susu unta banyak-banyak, esoknya cirit birit le..sebab die membersihkan anasir-anasir dalam perut kite..acehhh..hihihi
Khemah orang badwi.tak perlu permohonan pendirian bangunan ye..
Ni le unta yang cakap tu..siap senyum lagi..smilee.....
Ayah dan untanya..aku lupe nak tilik bulu mata unta yang dikatakan lebat bagi menghindari pasir-pasir yang halus di gurun.
Balik daripada ziarah tu, aku dan adik terus pegi selesaikan tawaf dan saei sebab kami berdua masih dalam ihram. Lepas zuhur je, kami dah siap, nalik hotel sempat lagi tidur..Nak simpan tenaga pulak sebab kol 1 pagi tu kami sefamili nak buat umrah lagi.
bersambung..