Monday, March 31, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 4 [Part 1] ; Osaka [Osaka Castle]

Dambungan dari Day 3 [Part 3] ; Tokyo [TMG Building]

Selamat pagi..

Waktu aku siapkan draft entry ni, aku baru je beli tiket ke Beijing. So mood aku sekarang ni dah melayang ke Beijing..

Kene panggil mood Jepun balik nih..

meh sini..meh sini...mood Jepun!! Aku nak bercerita panjang ni..

Pagi hari ke 4 ni aku lewatkan sikit waktu bangun pagi sebab aku perlu cukup rehat.

Lagipun itinerary hari ni aku cuma plan untuk round-round sekitar Osaka so tak perlu nak terkejar-kejar ambil shinkansen awal pagi.

Tapi walaupun plan nak keluar lewat, tetap keluar dari hotel jam 6.30 pagi berjalan ke Shin Osaka.

Misi kami awal pagi ni nak beli Osaka Unlimited Pass yang valid untuk sehari dengan kos ¥2000.

*Osaka Free Pass ada juga untuk 2 hari yang mana kosnya ¥2700.

Pass ni valid untuk kegunaan subway dalam Osaka (tapi tak termasuk JR train), serta termasuk tiket-tiket masuk pusat tumpuan utama di osaka seperti Osaka Castle, Umeda Sky Building, Tempozan Wheels dan banyak lagi tempat menarik. Selain dari tu, ada juga diskaun untuk certain tempat seperti Universal Studio & Kaiyukan Aquarium dan jugak restoran-restoran dalam Osaka.

Tapi masa aku datang ni, aku tak boleh naik Tempozan Wheels sebab ditutup untuk maintainance. Sebenarnya aku dah sedia maklum yang time aku datang ni peak winter, angin kuat.Sebab tu le tutup.

Frust!!

Aku sampai di Shin Osaka lebih kurang 7pagi, terus melilau cari Tourist Information Centre untuk beli Osaka Fee Pass. Tapi tak jumpa..Cari TIC pub dah buat aku penat. 

Akhirnya aku ambil keputusan nak beli pass ni dekat Osaka Station je sebab aku dah buang masa melilau dalam Shin Osaka Station hampir setengah jam.

Nak naik JR train ke Osaka Station ni pulak satu hal, penat aku dok memusing cari track. Selama 3 hari duduk di Osaka, aku cuma jadikan Osaka ni pusat persinggahan je. Shin-Osaka ni pulak aku cuma tahu guna track shinkansen je.

Tu pasal le nak naik JR train kat Osaka ni boikot aku kot sebab aku asyik dok pandang shinkansen je...huhu..

Dah sampai Osaka Station, sekali lagi melilau cari TIC. Ke kiri,ke kanan, ke depan...akhirnya aku lost jugak. 

Time ni aku dah start stress sebab kaki aku dah sakit..Belum lagi start berjalan, tapi die dah mula tunjuk belang..

Akhirnya setelah penat berpusing, baru lah jumpa Tourist Information Centre ni. Aku pun tak tau kenapa luck aku pagi tu kurang menyengat, padahal TIC ni senang je nak cari. Tapi kalau cari sambil stress tu yang tak jumpa agaknya.

Lepas beli Osaka Unlimited Pass tu, barulah mission yang sebenarnya bermula. 
Ini le tiket Osaka Unlimited Pass
Selain tu jugak kita akan dapat guidebook dan kupon tiket free & kupon discount untuk masuk ke tempat-tempat menarik di Osaka.

Kalau ikutkan jadual aku hari ni pack dengan semua tempat di Osaka. Aku kene cover semua attraction place di Osaka in one day!!

Tapi sebab aku dah buang masa dok mencari TIC plus dengan kaki aku dah start berdenyut,so plan terpaksa ubah sikit.

Osaka Castle-Umeda Sky Building-USJ-Tempozan Ferris Wheel-Sumiyoshi Shrine-Shinsekai Market-Dotonbori.

Yes!!!Aku tau yang aku tak sempat nak cover semua, tapi aku skip mana yang tak penting.

Dah dapat Osaka Unlimited Pass tu baru le aku terfikir, kenapa la aku tak beli semalam atau hari sebelum ni. Jadi pagi ni aku cuma aktifkan je..huhu..

Dah dapat pass ni, kite mulakan langkah.

First, kite akan ke Osaka Castle.

Nak ke Osaka Castle ni perlu naik train JR Osaka Loop Line di Osaka Station ke Osakajakoen Station.

Awal-awal pagi dah terpaksa guna lift untuk turun naik ke track menunggu train. 

Untuk pengetahuan korang, kat Jepun ni lift di train station disediakan khas untuk OKU, warga emas dan parents yang bawak stroller baby. Walaupun sama je dengan LRT KL, tapi kat Jepun ni memang betul- betul orang gunakan lift hanya golongan tersebut sahaja.

Orang-orang yang segar bugar takkan gunakan lift. Jadi bila orang anggun macam kami ni guna lift, jatuh le maruah.

Tapi terpaksa guna juga lift tu sebab adik aku ada masalah besar bila nak turun tangga.

Dari Osakajakoen St. ke Osaka Castle ni pun satu hal jugak perlu menapak!!

Ada le dekat 1km!!

Tasik yang mengelilingi Osaka Castle
togel..

Tapi takpe la, kita jalan slow-slow..

Sepanjang jalan ke Osaka Castle, perlu melalui Osaka Park yang teramatlah besar. Kalau spring, mesti cantik gile tempat ni dengan sakura.Tapi sebab aku datang winter, semua pokok togel.

Sini aku nampak ramai orang Jepun yang jogging dengan attire umpama musim panas.Diorang just pakai tracksuite & tshirt je. Oii..korang ni tak sejuk ke?

Tak cukup dengan tu, ade lagi segerombolan budak-budak sekolah rendah yang just pakai seluar track merah +tshirt putih duduk berkumpul. Aku tunggu jugak ape aktiviti diorang kat situ.

Korang tau ape??
Gigil..

Lumba lari!!

Aku nampak budak-budak tu duduk sambil menggigil kesian sangat. Sahkan aku pakai baju 4 lapis ni pun dok menggigil, apatah lagi diorang pakai one piece.

Tapi bile tibe masa budak-budak tu berlari, wahh..semua macam palesit!!

Barulah aku faham kenapa diorang ni semua jalan laju. Sebab dari kecik lagi diorang dah create aktiviti untuk budak sekolah lari marathon time winter dengan one piece.

Cuba kalau buat practice ni kat Malaysia,nescaya kejap je cikgu tu kene saman masuk paper depan sebab dera anak-anak kecik tu berjemur bawah suhu 2 degree.Kann???

Tapi itulah realitinya di Jepun, generasi budak-budak dah dilatih sejak dari kecik untuk jadi generasi cergas di masa depan.
ke tepi..ke tepi..
Misi kami untuk lawan Usain Bolt

Akhirnya sampai jugak di Osaka Castle..


Osaka Castle

Dibina pada tahun 1583 oleh Toyoyomi Hideyoshi pada zaman Sengoku.

Ada banyak castle dalam Jepun, boleh dikatakan setiap satu wilayah akan ada castle. Di Osaka, Himeji, Hiroshima, Hikone dan banyak tempat lagi di serata Jepun.

Tapi castle yang biasanya jadi tumpuan pelancong luar ialah Osaka Castle (sebab Kansai area memang jadi tumpuan pelancong). 

Selain dari tu, ada lagi satu castle paling femes iaitu Himeji Castle yang merupakan castle paling cantik, paling besar dan satu-satunya castle original yang masih tak pernah musnah. *Kebanyakan castle ni dah dibina/ dibaiki semula setelah musnah akibat kebakaran/peperangan/gempa.

Osaka Castle ni dikelilingi dengan tasik dan dan masuk ke area castle kene melalui gat. Ada lebih kurang 4 gate. Aku masuk sebelah tepi iaitu Aoya Gate.

Kalah nak masuk ikut Osaka Castle Park, kene masuk ikut depan melalui Sakuramon Gate.

Nak masuk ke dalam bangunan Osaka Castle ni kene bayar, tapi kalau ada Osaka Unlimited Pass, tak perlu bayar.

Tapi aku tak masuk, cuma berlegar-legar kat luar je..

Kat luar ni pun ramai group pelancong luar,mula-mula aku ingatkan pelancong Jepun, tapi rupanya ramai China & Korea le..patut le 'gege' lain macam..Kalau group pelancong dari Jepun, behave je diorang tak kira la sama ada muda,tua or budak kecik.

Nah..layan gambar Osaka Castle

Kagum aku tengok hasil binaan orang dulu-dulu buat bangunan camni.



Kat depan Osaka Castle ni, ade gerai jual makanan..

Aku jeling....

Ada sweet potato!!

Teringat aku makan sweet potato kat Hakone smalam di kala suhu membeku ni..

Apa lagik, terus beli..
Oh!!Heaven gile makan bende ni bila die baru keluarkan dari steamer tu..Abaikan kuku wa yang tak cantik.Balik dari Jepun memang teruk jari jemari hasil panahan winter.Baru dok 7 hari dah teruk,camane nak bermastautin kat sini?

Jom keluar dari sini..kita nak naik sky building pulak ni...

Next destination!!!

Bersambung.....

Sunday, March 30, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 3 [ Part 3] ; Tokyo [TMG Building]


We're heading to Tokyo metropolitan Government Building.

Dari Shibuya Station, kami ke Shinjuku Station dengan JR Yamanote Line.Sebelum sampai di Shinjuku, train akan berhenti di Harajuku Station dulu kemudian baru Shinjuku.

Keluar dari train, kami perlu cari Tokyo Metropolitan Government Building (TMG).

Setahu aku, dari Shinjuku Station, ade satu laluan bawah tanah yang direct ke TMG tapi masalahnya signboard die aku tak jumpa..

Akhirnya menyerah kalah pada abang guard yang sememangnya banyak berdiri di tepi-tepi koridor untuk mereka menjadi rujukan bagi mereka yang lost direction.

"Leftoo..straghtoo..righttooo..." Itu la yang aku pahamm

Akhirnya jumpa jugak dengan walkway bawah tanah ni..

Pajanggg walkway tu, aku tak nampak penghujungnya..

Kami jalan slow-slow jah sebab si Nobita dah sakit kaki.Kaki aku masih boleh bertahan lagi walaupun urat betis dah menyeringai bagi hint.

Dah separuh terkangkang berjalan, baru aku perasan yang belah kanan tu ade walkway escalator..

Cess...

Habis tenaga aku tau tak!!Kalau aku tau dari awal lagi guna bende ni. 

Gunalah kemudahan yang disediakan!Ade sorang pakcik tu siap tidur sambil berdiri lagi atas bende ni.


Nak naik bangunan ni kene beratur dan security akan check beg. Nasib baik masa kami sampai tak ramai orang beratur.

Tokyo Metropolitan Government Building satu-satunya sky building di Tokyo yang korang boleh naik free.Terbahagi pada dua tower dan kedua-duanya boleh naik free dari waktu pagi sampai malam.

Ada lagi 2 lagi sky building yang korang boleh naik iaitu Tokyo Tower dan Tokyo Sky Tree tapi kalau nak naik yang tu, kene sediakan duit la..

Walaupun aku exited dapat tengok bandar Tokyo yang padat dari atas di waktu malam, tapi apa yang aku tak puas hati ialah camera.

Semua gambar yang yang aku ambik ada reflection cermin.

Puas aku godek,guna camera hp pun still sama jugak.

yelaa..yelaa..memang aku buta photography, sebab asyik amik gambar selfie je..lepas ni aku aku amik kelas photographer la..








Tengok!! Siap menonggeng!!Bukan salah diorang nak menonggeng tau,tapi sebab nak elakkan reflection, hasilnye kene tunjit buntut sikit.
Kat dalam ni ada tempat jual souvernior..mula-mula aku tak berminat.Tapi.....
Tapi bila nak turun tu, aku tengok ade tempat stamp cop..alaa..poskad yang aku beli kat Miyajima tu tertinggal kat hotel.So kami patah balik kat tempat souvernior tadi nak beli poskad untuk dapatkan stamp cop TMGB.

Inilah dia rupa bangunan TMG

Dah puas duduk dalam TMG, kita balik.

Nak balik ke Osaka ambil masa 2 jam setengah, nak berjalan balik ke Shinjuku Station pun makan masa jugak.

Kali ni kami pilih nak lalu luar bangunan untuk ke Shinjuku station.

Tengok le signboard direction di Shinjuku Station ni. Gile banyak!! 
*Tolong abaikan si Nobita. Aku suruh die ke tepi, dia cakap tak mampu nak bergerak dah.

Waktu kami sampai di station ni,ramai gile orang..kami terpaksa jalan bahagian tepi sebab takut kene rempuh. Jalan kami pun dah start terhinjut-hinjut dah..

Urghh..baru hari ketiga dah jadi camni kaki aku..esok camne?

Dari Shinjuku Station, kami ke Shinagawa Station untuk ambil shinkansen.

Kat sini kami jumpa farmasi, dengan terhinjut-hinjutnya kami masuk, terus berdiri depan kaunter.

Tiba-tiba ada bunyi gagak..

Senyap...

Dia tengok aku, aku tengok dia..
Dia senyum,aku pun senyum..
Dia tak tau nak speaking, aku pun xtau cakap Jepun.

Akhirnya aku undur diri bile tengok ade pelanggan lain belakang aku.
Aku survey ubat & koyok kaki pun tak tahu nak ambik yang mana sebab semuanya tulisan Jepun.

Akhirnya dengan terhinjut-hinjut kami keluar balik farmasi terus ke kaunter shinkansen.

Sedih..aku nak mengadu kat doktor farmasi tu yang aku sakit kaki,tapi tak terluah..huhu..

Lepas reserve tiket, on the way nak cari platform, aku nampak ramai orang berebut nak beli set bento untuk makan atas shinkansen. 

So aku keluarkan kamus peribahasa yang aku prepare awal-awal dari rumah lagi yang tulis
"I'm. allergic with pork and alcohol"..& "I'm vegetarian".

Dan aku tunjuk kat makcik tu kedai tu. Kemudian ada sorang budak lelaki yang lagi muda datang untuk tolong makcik tu.

"No 8 ok?? " 
*no 8 tu merujuk pada set menu yang aku tengok cuma ada shrimp & sayur je.

"Haitt..eighto.Ok!!"

Mudah!!

Tak perlu ko nak banyak tanye guna minyak apa serbuk apa...sebab perut ko memang perlu tenaga.Kalau tak gastrik menanti.Cukuplah kaki aku je yang sakit sekarang ni.

Atas shinkansen tu, berkelah le kami dengan satu set bento, tapi berebut sebab lapar sangat..Dah le shrimp ada 3 ekor je, nasib baik ada ikan sardin penyelamat.
Bento shrimp & sayur yang harganya Y800.Standard harga set bento antara Y800-Y1200

Dah kenyang, apa lagik..tidur laaa...

Walaupun tidur atas train, tapi aku rase time tu nyenyak gile tidur. Sedar-sedar dah nak sampai Kyoto,lepas tu shinkansen akan tamatkan service die di Shin Osaka.

Sampai hotel, lepas berendam dalam bath tub sekali kami lagi melantak maggi sebab tak cukup makan set bento tu..

Lepas stretching & sapu minyak gamat & yoko-yoko, terus tidur..

Tapi si Nobita kat sebelah ni dok gelisah tak boleh tidur..

Aisy...aku baru je terlelap time tu, skali die mendengus kuat sampai aku tersedar.

"Apasal?"
"Tak boleh tidur."
"Sakit kaki ke?"
"Tak le..ntah nape.."
"Dah, baca ayat kursi banyak kali sampai tertidur."

Tak sampai 10 minit, die dah berdengkur!!Aku pulak yang terkebil-kebil!!

Jam time tu dah 12.00 mlm..

Baru je nak terlelap, ade bunyi siren..Tapi bukannya siren polis.

Aku dah rasa tak sedap hati dah. Aku cuba nak tidur & ignore bunyi tu, tapi tak boleh..

Lastnya aku bangun, jenguk kat tingkap.

Dari atas, aku nampak ade orang berlari-lari anak..

"Tsunami kah? Tadi siren tsunami ke?"

Aku dok ingat map hotel aku, dekat dengan pantai ke tidak.

Masa ni aku aku berderau satu badan..

Aku tilik lagi, orang-orang kat bawah tu berlari anak ke arah mana...Tapi masalahnya diorang berlari bukan satu arah..bersimpang-siur..Kalau berselisih pun diorang tak bertegur sapa..Pastu ada yang berlari masuk bangunan..

"Kalau tsunami, mesti semua lari satu arah kan??"aku dok berpikir lagi.

Setelah dekat 15minit doh dok perati orang-orang kat bawah, aku dapat simpulkan yang diorang ni bukannya berlari, tapi diorang berjalan laju! Kalau dari atas, nampak diorang ni berlari!!

Huh!!buat berdebar aku je.

Sudahnya dekat jam 1.30pagi baru aku dapat tidur.

Camane nak kumpul tenaga ni kalau tak cukup tidur??

Nasib baik itinerary esok nak jalan di sekitar Osaka je, jadi dalam kepala aku dok bayang mesti tak banyak pakai tenaga.

Tapi...sebaliknya....

Bersambung..

Thursday, March 27, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 3 [Part 2] ; Shibuya Crossing

Sambungan dari Day 3 [Part 1] ; Hakone

Dah habis melawat Hakone, kita nak gi mana?

Awat yang loghat sangat nak balik dari Hakone?Day pass tu valid untuk 2 hari, yang hangpa guna separuh hari tu apasal? Orang lain datang keHakone mesti tidur & berendam dalam air panas.Tapi kami tak..

Sebabnya alang-alang dah sampai dekat dengan Tokyo, baik kita cover Tokyo terus.

First, kami ambil shinkansen dari Odawara ke Shinagawa Station. Kemudian, tukar pada JR Yamanote Line untuk turun di Shibuya Station.

Dah sampai Shibuya station aku blurr kejap..

Orang-orang di Tokyo ni lagi loghat bila berjalan dari dari orang Osaka.

Tambahan pulak si Nobita ada masalah nak turun tangga, silap langkah kene rempuh dengan orang-orang dia. Aku terpaksa cover Nobita dari belakang time nak turun tangga.

Tapi satu je aku puji dengan orang Jepun ni yang mana orang dia memang jalan laju, tapi tak pernah nak berlanggar or bersentuh bahu dengan orang. Pandai pulak tu diorang mengelak.

Dah sampai Shibuya Station ni, kalau boleh nak mengelakkan dari ulang alik cari exit yang betul sebab silap arah, makin lenguh la kaki dok main sesat dalam station je.

Tapi nasib baik le aku ternampak sign Hachicko Exit, so aku pasti itu le arah yang aku nak pergi.


Kita nak pegi mana ni,akak??

Kita nak pergi main-main lintas jalan, adek....

Yang paling beruntung si Nobita la, bukannya dia tau aku nak pergi mana. Alih-alih die die bersorak sebab dari cermin die dah nampak Shibuya Crossing!!

"Alonggg!!!!bestnyaa...Ini le tempat yang aku nak pergi sangat ni!!!"

Remuk hati aku!!Selama ni ko tak tau le yang aku dok pening cari direction mana nak pergi?

"Itinerary baca tak?"

"Aku baca,tapi tak tau la tempat ni nama Shibuya Crossing"

*pitam

Shibuya Crossing ni la salah satu icon bandar metropolitan Tokyo sebab kat sini jadi tumpuan warga Tokyo yang sibuk berjalan yang aku pun tak tau mana diorang nak pergi.

Keluar dari Shibuya Station ni ada satu intersection yang mana bila lampu merah, semua akan berpusu-pusu lintas jalan.

Dan ia dipanggil Shibuya Crossing. Kesibukan pejalan kaki kat sini adalah yang tersibuk selepas Time Square, New York.

Main exit ke Shibuya Crossing

Waktu aku sampai sini, bukannya peak hour dan weekday. So kesibukannya takde le nampak sangat, tapi manusia tetap ramai.

Dah sampai sini, ape lagi, kita main lintas-lintas jalan laa sambil menonton gaya, syle & kekalutan orang Jepun berjalan yang macam palesit.

Lampu hijau, macam anak lipas melintas, bila lampu merah takde orang..tak sampai 5 minit, penuh balik tepi jalan..

Oi Jepun, korang ni nak pegi mana haaa???



Gambar ni aku ambil dari Starbucks, cuma nampak ada 3 je crossing, tapi sebenarnya ada 6 crossing kat sini.
Starbucks itu le tempat yang strategik nak tengok orang melintas di Shibuya Crossing



Lagi satu spot untuk tengok Shibuya Crossing dari atas ialah bangunan jejantas yang cross jalan sebelah kanan. Nak pergi ke situ rasanya boleh masuk dari bangunan 'Tokyu' tu.

Okey, mari kita main lintas-lintas jalan sambil tengok macam-macam fesyen orang Jepun.




Selepas puas tengok ragam orang, kami masuk Starbucks yang mana kat sini le view terbaik kalau tengok Shibuya Crossing ni.

Maka beristeri rehatlah kami sekejap sambil legakan lutut yang dah longgar dan tapak kaki yang makin sakit. 

Sedar tak sedar rupenye dah dekat jam 5 ptg duduk kat sini.


Kat sini aku sempat borong  3 tumbler starbucks sebagai ole-ole dan dapat free 3 voucher air starbucks. Voucher ini le yang aku guna untuk tapau sepanjang kat jalan-jalan Jepun.

Jom...kita ada satu tempat lagi nak pergi ni.

Masa nak balik, aku baru teringat yang ada lagi satu icon Shibuya yang belum jumpa lagi iaitu Hachicko Statue.

Ada apa dengan Hachiko?Masa nak keluar dari Shibuya Station pun follow signboard Hachicko Exit.

Sebenarnya, sebelum Shibuya ni femes dengan intersection, Hachicko yang femes dulu. Shibuya ni dah jadi tempat tumpuan warga Tokyo dah lama dah,sejak tahun 1950-an lagi yang mana di Hachicko statue ni akan jadi meeting spot diorang kalau nak berjumpa.

Hachicko ni sebenarnya seekor anjing belaan yang hidup dari tahun 1923-1935 dibela oleh sorang lelaki yang merupakan profesor di Universiti Tokyo. Setiap petang dia akan menunggu tuan dia balik dari kerja di depan station Shibuya.

Satu hari, tuan dia tak pulang-pulang sebab meninggal dunia di tempat kerja. Dan sejak hari itu, setiap hari Hachicko akan menunggu di depan station selama 9 tahun hingga Hachiko mati. Hachiko dikenali oleh orang-orang yang lalu lalang di sekitar station dan cuba bagi makan pada Hachiko.

Satu hari, salah seorang student tuan Hachiko datang dan tengok keadaan Hachico. Dia juga yang terbitkan artikel pasal kesetiaan Hachicko menunggu tuan dia yang takkan pulang. Sejak dari tu, populariti Hachicko meningkat hingga peringkat national.

Tapi Hachicko tetap setiap setia menunggu tuan dia di station Shibuya. Akhirnya pada tahun 1935, Hachiko ditemui mati dan disahkan oleh saintis yang penyebab kematian adalah disebabkan cancer.

Hachiko dijadikan lagenda oleh orang Jepun sebagai contoh teladan untuk kanak-kanak.

Kemudian patung Hachicko diletakkan di depan Shibuya Station dan sejak itu Hachicko Statue popular dan dijadikan meeting point untuk warga Jepun.

Cerita Hachiko ni dah banyak dibuat movie, malah mat saleh pun ade buat cerita ni lakonan Richard Gere. Aku dah banyak kali nak tengok movie Hachicko ni, tapi aku tak sanggup sebab mesti sekotak tisu habis. Buat penat emosi je..baca sejarah Hachiko pun aku dah sedih, apatah lagi tengok movie.

Dah, tak payah bazirkan emosi lagi..kita datang Jepun nak suka-suka, bukannya nak sedih bagai..
Hachiko Statue

Moh kita gerak..ada tempat lain lagi nak pergi.

Dari Shibuya station, kita pergi ke Shinjuku station.

Masa dok plan itinerary ni, aku paling seriau dengan Shinjuku Station sebab station ni diiktiraf sebagai station yang paling sibuk di dunia!!!

Dan station ni saje ada hampir lebih kurang 200 exit!!

Kalau silap gaya, korang boleh bersiar-siar satu hari suntuk dalam station ni saje.

Dah sampai Shinjuku Station, mana kita nak pergi?

Bersambung...

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 3 [Part 1] ; Hakone

Sambungan dari Day 2[Part 3] ; Kobe

Ohioo....

Hari ni hari ketiga kami di Jepun.

Pagi ini bangun dengan penuh kesegaran..

Sebab apa??Sebab malam tadi sebelum tidur buat stretching dulu & tidur dengan koyok-koyok yang ditampal kat kaki dengan punggang.

Tak cukup dengan tu, yoko-yoko satu badan aku sapu.

Nak sapu minyak gamat, aku tengok minyak gamat tu dah beku umpama simpan dalam peti ais.

Otot-otot perlu diberi belaian sebab itinerary pack bangang..Tambahan pula bila berjalan kaki kita akan bersaing dengan orang Jepun yang jalan macam palesit. 

Jadi takde masa ko nak mengaduh lenguh kaki nak duduk rehat kecuali atas train. Ko paham tak!!

Kalau aku tak buat stretching malam tadi, ada harapan aku bangun pagi tu jadi nenek bongkok tiga.

*tips ni aku ambik dari Girls Generation yang mana die bagitau golongan dancer ni kalau hardcore practice,sebelum tidur diorang stretching untuk legakan otot-otot.

Lagi satu, lupa nak cerita yang semalam si Nobita pinjam kasut Sketches yang aku beli khas untuk jogging. Aku bawak konon untuk memudahkan berjalan sebab itu kan kasut sports.

Sekali amik ko!!

Itu kasut untuk jogging laa...bukannya untuk walking. Kat tengah tapak kasut tu kan ada bonjolan untuk selesakan tapak kaki kita bile berlari. Tapi bile berjalan, tapak kaki akan mendatar je laa...So bonjolan tu la yang sebabkan tapak kaki die sakit. (korang paham ke tak ni?Kalau tak paham lantak laa)

Padahnya korang tau ape die?

Time nak turun tangga, die akan jadi orang tua sebab urat kat lutut die teramat sakit. Tapi time naik tangga, laju pulak die!.Heran aku!!

Panjang cerita pasal sakit kaki ni,dah berbalik pada mana kita pergi hari ni.

Pagi-pagi lagi dah bangun mandi. Jam 5.30 pg dah siap keluar hotel..

Lepas Subuh, terus keluar jalan kaki ke Shin Osaka untuk amik shinkansen menghala ke Tokyo.
Sebab pagi ni banyak tenaga lagi, kami try untuk berjalan ke Shin Osaka,nanti dah terdesak kaki sakit, baru le kami akan naik subway.

Sebenarnya jarak dari hotel dekat je..dan ramai je yang berjalan ke Shin Osaka.

Dah sampai Shin Osaka, kami masuk kaunter shinkansen untuk reserve tiket.

Hari ni kita nak pegi tengok Mt. Fuji di Hakone.

Ada banyak location di Jepun untuk tengok Mt. Fuji,salah satu yang popular dengan kedatangan pelancong ialah Hakone. Selain tu boleh juga tengok di Lake Kawaguchiko yang mana lagi dekat view nya.

Dari Shin Osaka, sepatutnya aku pergi ke Odawara Station untuk ke Hakone.

Tapi shinkansen pagi tu yang menghala ke Tokyo tak berhenti di Odawara Station, sebaliknya aku perlu turun di Shinagawa station dan patah balik ke Odawara Station.

Masa nak reserve tiket kat kaunter tu, aku cakap "Shinagawa station, 2 person, Mt. Fuji side"

Dan taraaa..dapat reserve tiket.

Kalau nak tau dari atas shinkansen ni pun dapat tengok Mt. Fuji. Tapi aku dengar tak ramai orang yang berpeluang tengok Mt. Fuji bila naik shinkansen sebab kabus tebal cuba tutup Fuji-san.

Naik shinkansen, rutin biasa ialah breakfast dulu. Pagi ni menu kami still roti gardenia last stock dengan air coffee beli di mart.

Dalam shinkansen ada tempat nak gantung coat.
Sessi menghabiskan stock roti gardenia.

Dan korang jamu le mata dengan view yang aku sempat capap dari Osaka ke Tokyo hari tu.

Sungai yang bersih dan hampir membeku.
Ladang..ataupun sawah padi??


Dah sarapan,mata aku jadi mengantuk.Nak tidur, aku takut terlepas tengok Fuji.

Akhirnye aku terlelap sekejap.

Bile bukak mata, terkejut aku tengok Fuji depan mata..
sekali signboard daaa...

Waktu tu dah lepas Nagoya Station, jadi aku tau yang Fuji dah dekat.

Tapi aku tak boleh tahan mata aku ni..dah kuyu sangat dah.

Bila aku hampir terlelap, adik aku kejutkan aku.

"Along!!Fuji!!"

Terus aku capap camera.

kecekikk..kecekik..kecekik...

Bukan aku punye camera bunyi camtu..Tapi camera orang lain atas train. Ingatkan aku je yang jakun dengan  Fuji, rupanya orang die pun sama naik jugak dengan aku..

Dari jauh, umpama aiskrim coklat yang disalut cream. Seketul sahaja gunung kat situ, takde anak-anak dia.
sungguh hebat ciptaanNya.

Subhanallah...

Nah, inilah die hasil capapan mesra camera aku dengan Mt.Fuji.

1
 2
3
4
5
6

Kalau aku tengok peta shinkansen, laluannya akan mengelilingi hampir separuh dari Mt. Fuji.

Jadi lama jugak dapat tengok Mt. Fuji dari atas shinkansen.

Dah tengok Mt. Fuji ni sebenarnye tak payah la ke Hakone sebab dah jumpa kann..

Tapi kalau dah dasar degil, pegi le jugak..

Sampai di Odawara Station, aku masuk Tourist Information sebab nak beli Hakone 2 Day Pass yang harga die Y3900.
*kalau beli di Shinjuku Station harga pass nia ¥5000.

Panjang gile budak tu explain pasal kat mana nak guna pass ni. Padahal bende yang aku dah tau sebab aku dah survey awal-awal lagi.
Tapi bile nak beli, die bawa aku pegi kat machine tiket yang letaknya kat luar.

Loh..kalau camtu awak tak payah buang air liur, cuma tolong saya belikan tiket je..Kesian saye tengok awak terbelit lidah nak speaking dengan saye.

Dah dapat tiket ni, first sekali kami naik train Hakone Tozan Railway ke Hakone Yumoto Station dan kemudian tukar train ke Gora Station.

Hakone Free Pass.Valid untuk 2 hari.
Hakone Tozan Railway

Sampai di Gora Station turun lagi untuk naik Cable Car.

Masa atas cable car ni orang ramai sangat, tambah pulak suhu makin sejuk.

Aku dah sedia maklum yang kat sini suhu makin drop sebab dekat dengan area gunung.

Tapi makin ke atas, aku tengok ade banyak putih-putih..

Salji kah iteww??

Makin ke atas, memang komfirm itu adalah salji.

Waaahhh..Aku makin exited!!!

Tapi makin beku!!!

Aku perasan orang keliling aku pakaian semua umpama nak main ski. 

Tapi kami??

Attire kami hari tu, cuma pakai longjohn, tshirt & winter coat. Ko mampu hidup di bawah suhu below 0°c??

Cable Car untuk naik ke Gora Station.

Dah sampai Gora Station, sebelum naik gondola ropeway, kami masuk toilet dulu untuk tampal hotpack kat badan sebab time tu aku memang dah rasa tak tahan sangat dah.

Bila dah naik ropeway dari Sounzan Station ke Owakudani Station, makin terserlah salji-salji di bukit-bukau..

Tapi kene sorokan exited tu sebab dalam gondola ropeway tu ramai lagi pelancong Jepun yang agak sopan semuanya.

Jadi kami nak amik gambar tak senonoh pun agak segan.

Ropeway untuk ke Owakudani St.



Bawah tu ialah lurah gunung berapi yang dah tak aktif. Banyak asap keluar. Kalau summer, aku difahamkan kawasan sini akan keluarkan bau sulfur yang amat kuat.

Akhirnya sampai di Owakudani.

Apa ada kat sini??

Kat sini le letaknya bekas lurah gunung berapi yang dikenali sebagai Hell Valley dan di sini lah kalau nak beli telur yang direbus dengan sulfur dan telur rebus tu berwarna hitam.

Aku tak beli telur tu sebab malas nak menapak keluar dari bangunan. Sejuk ya amat sangat. Tak pernah aku rasa sejuk camgini, jari aku pun beku dah dibuatnya.

Kat sini, kami keluar nak snap gambar, then masuk balik..Pastu keluar balik ,pastu lari masuk balik...

Agaknye kalau guard tengok kat cctv ni, mesti die cakap dua orang ni gile.

Lepas tu bile nak beli sweet potato di gerai mamat yang muka macam bangla, baru nak cakap beli satu,tapi masalah nak keluarkan duit pulak..Lari balik masuk dalam panaskan badan dan keluarkan duit siap-siap. Pastu keluar balik beli sweet potato.

Makan sweet potato panas-panas di bawah suhu sejuk ni memang heaven gile tak terungkap. Potato panas ni le yang jadi heater untuk kami yang dah beku hari tu.

Aku tanye mamat yang jual potato, tu die kate pagi tadi suhu kat situ drop -7°c!!.

Giler!! Patutla kami dah hampir beku!!




Kalau ikut hati, nak je aku berjalan hingga ke bangunan nun.Aku rasa kat situ le jual telur rebus hitam, tapi berdiri kat sini pun aku dah beku, apatah lagi berjalan ke sana.

Dah habis membekukan diri di Owakudani, kami naik balik ropeway untuk ke Ubako Station pulak. Dalam ropeway kali ni nasib baik guard Jepun tu paham yang kami perlukan privacy so die bagi kami berdua je naik..

So bila dah duduk berdua dalam ropeway ni,ape lagi,posing sakan laa..

Di Ubako Station ni, gondola berhenti kejap untuk ambil penumpang. Dan yang naik itu adalah satu group dari Malaysia..Ini le first time aku jumpa orang Malaysia sepanjang 3 hari duduk Jepun.

Sweet potato & Mt. Fuji
 Ropeway dah start turun ke Lake Ashi
 Nampak tak Mt.Fuji kat belakang tu?kabus cuba tutup Mt.Fuji.Nasib baik dah tengok awal-awal atas shinkansen,jadi takde le ralat sangat.
Mt. Fuji

Itulah dia Lake Ashi. Kat situ kita akan naik kapal lanun untuk menyeberangi tasik ni.

Akhirnya sampai di pitstop terakhir untuk ropeway iaitu Togendai-Ko Station. Kat sini, kami perlu tunggu untuk naik cruise menyeberangi ke Lake Ashi.

Naik cruise ni ambil masa 40 minit dan boleh pilih nak duduk open deck kat atas atau dalam cruise.

Aku tak mampu duduk kat luar memandangkan angin sepoi bahasa jepun akan menampar pipi yang dah hampir beku ni.

Seperti di Owakudani, kami keluar nak bergambar, pastu masuk balik. 
Keluar then masuk balik..

Akhirnya cruise ni berhenti di Hakonemachi-ko.

Belakang tu pirate cruise yang kami naik.
Sebuah pirates cruise yang berlabuh.
Hello Mr.Captain.
Debush!!
View Lake Ashi

Seterusnya kami tunggu bas untuk ke Hakone-Yumoto station.

Sepanjang atas turun bukit ikut lereng-lereng, memang cantik sebab dahan kayu dan bumbung rumah kebanyakkannya dilitupi salji.

Tapi macam biasa la, asal aku keluarkan camera, tak jumpa view cantik, bile simpan camera balik, jumpa pulak..stress mak!!


Di Hakonemachi-ko,mencari bas untuk ke Hakone Yumoto.

Akhirnye jam 2.30ptg kami tiba di Odawara station.

Tak sangka journey kami sepanjang di Hakone memang ikut itinerary sebab kami tak berhenti makan even berak.huhu.

Next destination!!

Bersambung...