*Aku type entry ni di hari raya korban, sorang diri di rumah sebab tak balik kampung. Kesian aku..Tapi kalau tak, memang lambat la siap entry ni.
Malam tu aku tak berapa tidur nyenyak walaupun katil dan bilik best. Mungkin sebab mind aku terlalu penat, jadi aku tak boleh nak kosongkan minda. Nak buat camane, memang dari dulu aku ade insomia.
Pagi tu, lepas breakfast dengan coffee dan maggi, kami keluar dari hotel.
Plan pagi ni cuma nak jalan-jalan sekitar bandar Chongqing sebelum naik train ke Chengdu.
Disebabkan kebanyakan tourist attraction bandar Chongqing ni lokasi die dekat dengan subway station, aku pun confius nak start mana dulu.
Akhirnye aku decide nak menyeberang Yangtze river dengan cable car dulu.
Keluar dari hotel, baru le aku nampak bangunan hotel ni yang malam tadi buat aku cuak..Rupanya kokak jugak bangunan ni dari luar. Tapi bising dengan aktiviti harian orang-orang kat sini. Rupanya kat sini jugak ade tadika, jadi riuh la dengan suara budak-budak.
Seberang je jalan dari hotel, akan nampak laluan ke subway Jiang ChangKou Station. Untuk pergi ke Yangtze Cable Car, kami perlu ke Xiaoshenzi Station. Sebenarnye satu station je dan boleh je nak jalan kaki, tapi macam biasa, kalau doraemon kaki pendek ni berjalan, mesti sakit kakinya.
Lagipun aku perlu simpan energy, ade 3 national park yang aku perlu cover.
Tambang subway di Chongqing ni bukannya macam Beijing iaitu rate RMB2 untuk kesemua station, tapi ikut jarak..Paling rendah tambangnya RMB2 dan paling tinggi tambangnya ialah RMB4.
Yangtze River Ropeway
Chongqing CBD dari seberang Yangtze River
Actually tempat ni bukan must visit place pun, tapi kalau nak tengok skyscrapers bandar Chongqing, kat sini le tempat die.
Ropeway ni jugak bukan sahaja untuk tumpuan pelancong, tapi menjadi public transport untuk warga Chongqing berulang-alik.
Masa aku naik, ramai orang nak menyeberang nak pergi kerja..
Harga untuk naik ropeway ni die tulis RMB10 (Return). Dah beli tiket, nak masuk gate tu, sepatutnye aku touch je kad tu, tapi guard dekat gate tu amik kad aku, masukkan dalam slot tu. Jadi kad tu aku tak dapat balik..
Ape ke bangang guard tu..Patut le aku ade baca review yang sorang mat saleh tu dok argue pasal tambang ropeway ni dengan guard gate, tapi sebab dok tempat orang die malas nak bergaduh. Jadi terpaksa le bayar RMB10 untuk balik menjadikan harga RMB 20 (return).
Aku pun sama dah terkena camtu, terpaksa jugak keluarkan lagi RMB10 untuk tambang balik.
Dah sampai cable car, mak aihh..kokak gile..boleh sampai ke tak ni??
Tapi aku naik je la, malas nak pikir macam-macam..Aku taknak jadi picky sangat hal ni. Tapi kalau jenis orang yang penakut & cerewet komfirm tak naik punye cable car ni.
Tapi...yang tak sioknye, langit tak cantik..tebal gile jerebu die..
Haish..mana-mana tempat aku pergi kat China ni memang susah nak nampak langit cerah..Asyik kene tutup dengan kabus je..
Aku start dari seberang sana. Ni view yang aku dapat dari other side. Hampeh!!Jerebu manjang China ni.
Bridge. Banyak bridge yang menyeberangi Yangtze river ni..dan design die memang gah punye la..
Ni cable car yang kami naik. Kokak gile!!
Yangtze river ni luas..mase dok kat tengah-tengah tu seram jugak le aku bile dok bayang cable car ni terhempas.
Dah habis aktiviti naik ropeway, kami pulang ke station hostel balik. Hostel ni dekat sangat dengan CBD, cuma jalan kaki je nak ke Chongqing People Liberation Monument center bandar Chongqing..
Actually AirAsia dah bagi task untuk aku memandangkan ini tiket free. Aku perlu complete kan 20 keping gambar selfie di Chongqing..Iye la, aku pun tau yang die perlukan bahan untuk promote destination ni jugak.
Tapi masalahnye, main attraction bile datang Chongqing ialah naik cruise 3D2N menyelusuri Yangtze River, dan aku tak nak buat bende tu. Aku buat kepala aku sendiri pergi Jiuzhaigou..
Jadi le aku kekurangan bahan untuk selfie.
Nak tak nak, terpaksa la aku cari attraction sekitar bandar Chongqing untuk complete task. Sebab tu la aku datang jugak ke Chongqing People Liberation Monument memandangkan ianya landmark bandar Chongqing
Chongqing People's Liberation Monument
Ini le Chongqing People Liberation Monument
Berdiri kat tengah-tengah bandar ni buat aku sakit tengkuk dok pandang atas. Bangunan kat sini semua tinggi-tinggi.
Adoi..berapa la agak-agak plot ratio diorang ni..rapat-rapat pulak tu..Pastu design megah tak ingat dunia..
Ini baru cebisan je, aku rasa dalam radius 10km semua ada bangunan tinggi-tinggi.
Actually kan Chongqing ni merupakan wilayah yang mana sistem pentadbirannya adalah direct di bawah kerajaan persekutan. Aku nak cerita pun tak berapa pandai sebab aku tak mahir dengan sistem wilayah pentadbiran negara China ni.
Tapi kita sedia maklum yang China besar sangat negaranya dan terdiri dari multiracial walaupun mereka berada di bawah satu title kaum China.
Jadi ia terbahagi pada 23 buah wilayah. temasuklah Taiwan walaupun kedudukannya adalah pulau, bukannya di Tanah Besar.
Lepas tu dari segi pentadbiran pula ia terbahagi pada 3 jenis iaitu autonomous region, municipalities, dan special administrative region.
Bagi autonomous region adalah wilayah yang mempunyai penduduk peribumi yang sensitif untuk dikacau, seperti Xinjiang (yang mana dulunya merupakan pentadbiran Turki, dan sampai sekarang konflik penduduk Islam kat sini tak pernah habis disebabkan mereka ditindas di tempat sendiri).
Hadam la puas-puas peta China ni.
Selain dari tu, wilayah Tibet pun termasuk dalam autonomous region.. Cerita pasal Tibet pun sensitif jugak sebab banyak yang kerajaan China sembunyikan dari pengetahuan umum. Jadi, dua wilayah ni la tempat yang aku nak pergi sangat. Selain dari tu, wilayah lain yang termasuk dalam autonomous region ialah Ningxia, Guangxi dan Inner Mongolia.
Bagi special administrative region pulak ialah Hongkong dan Taiwan. dua tempat ni aku tak payah nak cerita panjang kot sebab umum dah tau yang dua tempat ni maju ke depan dari segi kemasyarakatan diorang memandangkan kesan penjajahan mat saleh masih menebal.
Kemudian bagi municipalities pulak, ada 4 wilayah yang termasuk iaitu Beijing, Shanghai, Tianjin dan Chongqing. Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia ni umpama Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan la...
Kita dah memang tau Beijing dan Shanghai memang terkenal dari dulu lagi merupakan sebuah bandar pusat perdagangan antarabangsa. Tianjin pulak yang mana kedudukannya bersebelahan dengan Beijing, maka ia adalah hasil lambakan pembangunan Beijing. Tapi Chongqing???
Kalau kita hadam peta China pun, kita boleh nampak Shanghai, Beijing dan Tianjin terletak berdekatan dengan dengan laut yang mana mereka memerlukan pelabuhan untuk kegiatan ekonomi. Tapi cuma Chongqing je yang kedudukannya di tengah-tengah tanah besar.
Kenapa?
Sebenarnya Choongqing menjadi wilayah munipalicities hanya pada tahun 1997. Sebelum tu Chongqing hanya sebuah tempat yang biasa sahaja. Maka sejak itu, kerajaan China melaburkan banyak infra dan pembangunan untuk Chongqing.
Jadi bila aku sampai sini, memang terserlah pembangunannya terlalu hebat, tapi tak seiring dengan masyarakat kat sini.
Camane aku nak describe pun tak reti..tapi aku boleh rasa 'soul kemodenan' untuk rakyat Chongqing tak seiring dengan pembangunan fizikal sekeliling.
Korang boleh refer kat sini kalau nak lebih memahami kenapa aku cakap camtu.
Tapi aku tak nafikan yang kemajuan infrastructure dan bangunan dalam bandar Chongqing ni memang hebat. Korang bayangkan le, jejantas pun selamber je berada ketinggian bangunan 6-7 tingkat. Rel keretapi dan jalanraya pulak dibina setinggi 50m tu adalah perkara normal. Terowong jalanraya yang membelah gunung-ganang sepanjang 30km-40km juga adalah benda biasa.
Dah, panjang gile aku cerita pasal Chongqing ni. Tu yang lambat siap entri ni.
*eh..sebenarnye malas!!
Bile nak sorting gambar, baru aku perasan, banyak betul gambar selfie kami kat sini. Nak selfie pun satu hal, ramai yang jakun gile tengok monopod tu. Aku pulak guna sportscam yang kecik tu, lagi la diorang jakun. Yang Nobita pulak selfie dengan handphone & cliplens die tu, itupun diorang jakun. Siap jenguk lagi kat screen handphone tu keluar ape.haishhh...
Sekitar kawasan tu... Banyak butik mewah area ni. Sape banyak duit best la shopping.
Lagi..
Dan lagi..cuaca dah start panas dah time ni. Aku ingatkan sejuk lagi sebab baru habis spring, tapi dah panas.
Dah habis bergambar sekeliling, aku dah tau nak kemana dah. Actually banyak je tempat nak pergi sekeliling menara ni. Tapi aku takut tak sempat nak balik hotel untuk ke stesen keretapi memandangkan train aku ke Chengdu jam 2ptg. Tapi sebelum tu nak kena ambil tiket train dulu. Jadi aku kene pergi sekurang-kurangnya 3 jam awal.
Kemudian kami balik ke hotel, untuk barang-baring. Yelah, check in dekat jam 2pagi, bayar mahal-mahal baik aku duduk dalam hotel je.
*mati la berkira, mak..
Bangunan yang ade kubah kat atas tu le bangunan masjid.
Sepanjang jalan nak ke hostel tu banyak la kedai-kedai shopping. Sape yang memang kaki shopping best la duk sini.
Dalam jam 11 lebih kami checkout dan terus ke Chongqing North Railway Station.
Dah sampai sini, macam biasa ramai gile orang dengan bawak guni-guni besar overweight.
View camni hanya boleh tengok di China je.
Yang si Nobita ni tak habis-habis mulut die mengomel, 'tak boleh lawan jepun laa'..
Aku malas nak layan.
Kalau nak tau pompuan ni pergi Padang-Bukit Tinggi pun sibuk dok bandingkan dengan Jepun
Cepuk baru tau..
"Ko tau tak kalau orang takde duit dengar akan cakap yang ko ni belagak gila, pompuan?"
"Ala..aku cakap depan ko je.."
*sekali lagi aku malas nak layan.
Dah sampai railway station, aku berdiri kat tengah-tengah dunia. "Mana aku nak pergi ni???"
Keluar dari subway station tu nampak dataran luas..tapi aku tak tau mana hala nak tuju.
Bila ke kiri aku nampak bangunan seolah-olah railway station, jadi aku ke kiri je nak masuk.
Aku dah sedia maklum yang masuk station keretapi kat sini kene check passport dan scan beg.
Dah le beratur panjang!!
Dah sampai kaunter, pegawai tu cakap aku tak boleh masuk sebab aku cuma ada booking confirmation ticket je. Loh..aku lupa nak masuk kene ade tiket.
Masa kat Beijing dulu agent terus hantar tiket train aku ke hotel, tapi kali ni aku kene terus ambil kat kaunter tiket. Tapi aku dok bayang kaunter tiket dok dalam satu bangunan, rupenye tidak!!
Sudahnye aku kene halau, tapi die tak cakap kat mana perlu collect ticket.
Melilau le aku tanye polis & orang-orangan kat situ. Tapi langsung tak membantu.
Lastnye aku pergi balik tempat aku keluar dari subway tadi, tanye orang di kaunter simpan luggage. Tapi nak tunggu jawapannya adalah dalam 6-7 minit menunggu.
Hello...saya kesuntukan masa ni...
Die tunjuk arah belah kanan, tapi yang aku nampak cuma convenient store je. Puas mata aku aku dok cari signboard ticket counter, yang nampak cuma signboard subway and taxi je.
Lastnye aku main jalan je ke arah kanan...
Yang Nobita kat belakang pulak dok bebel..
"Kita nak pergi mana ni Along.."
Die dok mengeluh sebab beg tarik yang die bawak tu tak smooth nak tarik dek pasal aku isi semua stock makanan dalam tu.
Aku dah start berpeluh sebab cuak, tapi aku diam je..
Akhirnye jumpa jugak bangunan 'Ticket Counter' yang kedudukannya belah kanan bila keluar dari subway station.
Heran aku camane tak nampak..Tapi aku lagi heran orang-orang cina yang langsung tak membantu sebab tak faham bile aku tanye 'counter ticket' walaupun terpampang besar kat bangunan tu tulisan roman 'ticket counter'.
Fuh!!Lega aku..
Tapi kelegaan aku tak habis kat sini.
Bile dah dapat collect ticket tu, pompuan kaunter tu dok bebel kat aku dalam bahasa china.
Ah sudah...ape pulak ni..macam ade masalah je.
Banyak kali die cakap kat aku, tapi aku tak boleh nak faham. Bile die dah mengeluh, die suruh aku ke tepi, pergi kaunter hujung. Pastu die jerit kat kawan die suruh explain kat aku.
Yang kawan die pulak merangkak jugak la nak explain dalam english..seriously banyak buang masa kat situ untuk aku faham ape die nak cakap.
Tau ape masalah aku kali ni??
Aku dah salah station!!Dan kene pergi ke station lain!!
Adoi!!Lagi la aku berpeluh!!
Dah aku nak pergi station mana ni?Naik apa?
Aku memang dah double check sebelum datang sini yang Chongqing ni cuma ade satu je railway station. Sebab tu aku confident datang sini terus.
Pompuan tu macam nak marah aku sebab aku dah start panic tak tau nak pergi dengan ape. Masalahnye aku tak tau kat mana station tu.
Pastu die cakap "Bus??Taxi??"Then die tunjuk nama station yang terpampang kat ticket aku tu.
Dah, sekali lagi aku berlari.
Nobita yang kat belakang tengah sibuk amik gambar terpinga-pinga..
"Apa dia?Kenapa?Apasal??"
"Kita dah salah station laa.."
"oooooooooo..."
Dalam hati aku geram jugak laa dengan pompuan ni..sebab die tak tau betapa urgent situasi sekarang ni. Betapa die tak tau yang risiko tertinggal train kat china lebih tinggi kalau kita datang lambat...Possibility nak beratur panjang untuk scan beg nak masuk station tu amat tinggi. Perkara tu la yang guide selalu pesan sekurang-kurangnya sampai di station 2 jam awal.
Tapi waktu aku sekarang ni cuma ada 1 1/2 jam je...dengan keadaan tak tau kat mana station yang perlu dituju menjadikan aku lebih panik.
Tapi...aku panik sorang-sorang je..Nobita kat belakang dok mengekor tak faham ape yang terjadi.
Aku teringat ade nampak signboard taxi mase nak cari kaunter ticket tadi, jadi aku terus meluru ke situ nak amik taxi.
Yang Nobita pulak terkial-kial dok heret beg tarik yang tak stabil tu..
Dah sampai area hall taxi/subway tu, hall die pulak besar gile!!
Maka berlari-lari anak la aku dengan bagpack atas belakang menuju ke tempat taxi yang jauhnye dekat 50m tu..
Si Nobita kat belakang dok kejar aku,..
"Aku tak faham laaa....kita nak pergi mana ni sebenarnye?"
Dah aku malas nak layan ko. Yang penting aku dapatkan taxi dulu.
Nak dapatkan taxi pun satu hal, ramai yang taknak amik aku sebab foreigner.
Lastnye aku pergi kaunter polis yang mana polisnye langsung takde fungsi. Dok tengok drama la pulak...
Aku mintak die tuliskan nama station yang aku nak pergi tu dalam tulisan cina sebab nama station kat tiket dalam tulisan china kecik je. Tulisan roman pulak besar.. Aku tau pakcik teksi malas nak baca kalau bukan tulisan roman.
Dah dapat tu, aku pergi tunjuk kat driver teksi yang muda. Aku malas nak cari driver tua sebab aku tau depa malas nak baca.
Kemudian baru le kami dapat teksi..Aku tunjuk kat driver tu time train aku berlepas, maka dia pun drive dengan laju dan jayanya...
Jadi pengajaran untuk korang yang nak naik taxi kat china ni, korang kena tulis tempat yang dituju dalam tulisan cina. Tapi itu pun belum tentu cukup lagi..Seeloknya kalau ade gambar lagi bagus, tunjuk terus kat driver tu sebab diorang malas nak baca!!
Dah sampai station tu, nasib baik la lengang tak ramai orang..
Kat sini baru le aku faham ape yang terjadi..
Chongqing Railway Station yang mula-mula aku masuk kena halau.
Kaunter ticket.
Cerita benarnya..aku dah booking bullet train daaaa...
Camane la aku boleh lupa..
Chongqing pulak baru je asingkan station untuk bullet train dan train biasa. Waktu aku sampai, banyak lagi tengah contruct dan kedai pun banyak tak buka lagi. Sebab tu agent guide yang aku beli tiket tu takde mention aku ape-ape pasal station ni.
Nasib baik orang tak ramai, dapat le aku masuk dengan aman. Pegawai yang cek tiket tu pulak bila nampak aku, laung kat kawan die yang tukang scan beg minta guidekan kami sebab kami kan makhluk asing..
Nasib baik ade masa, sempat le aku rehat kat hall tu untuk amik nafas..
Masa ni Nobita tanye aku..
"Aku nak tanye ni, camane ko tau tempat tunggu taxi tu kat situ tadi?"
Aku terdiam tak tau nak bagi response camane. Samada aku terlebih alert atau dia yang terlebih blur.
Ingat ye, kalau naik bullet train, naik di ChongQingBei station.
Departure Hall.
Dah tiba masa nak naik train, kene beratur dulu. Nak masuk train pun aku rasa macam nak masuk training askar sebab polis datang cek satu-satu muka dan beg masing-masing dah letak sticker belum. Haish..rumit nye..betul la, aku pun rindu Jepun jugak, Nobita.
Dalam 2 1/2 jam lagi kami akan sampai di Chengdu. Untuk Chengdu ni aku tak berapa nak pikir sangat sebab dah pernah sampai dulu, dan ade sorang kawan menunggu kami kat sana.
Dah!! Penat aku nak sambung cerita..Ingat nak sekalikan terus satu entry pasal Chengdu, tapi otak aku dah penat mengarang. Dah le tak boleh balik kampung raya ni.
bersambung...