Kami nak naik bullet train dari Chongqing ke Chengdu!!
Ini first time aku naik bullet train China..Masa first time datang China sebelum ni aku cuma naik night train dari Beijing - Xian, Xian-Chengdu..
Platform nak naik bullet train. Aku cuma follow je crowded mana nak pergi. Nak harapkan signboard hampeh sebab semua tulisan cina.
Ape perasaan dapat naik bullet train sekali lagi?
Sebab aku tak pernah naik bullet train di Korea dan Europe, jadi aku cuma boleh buat pebandingan dengan Jepun je..
Bagi aku dari segi design, sama je..seat pun lebih kurang sama..
Seat dalam bullet train.
Tapi...
Tahap ekslusif bullet train ni dah hilang..
Bising ya amat...orang belakang dok cakap melaung dengan orang depan..pastu seat berdua tu diorang duduk berhimpit tiga orang dewasa, seat bertiga sumbat duduk lima orang.
Pastu pakcik yang kat depan aku pulak asyik dok toleh-toleh tengok kami..Jakun benar tengok orang cantik agaknya.huh..
Kami duduk di seat bertiga..Si Nobita duduk tengah, lelaki sebelah die pulak dok tengok drama kat hp, pakai earphone. Bile part kelakar, die gelak terbahak-bahak..
Adoi...tak best langsung train ni jadiknye..Nasib baik la dua jam je perjalanan.
Tapi lambat pulak nak sampai Chengdu ni..Tak sabar aku nak jejak kaki ke Chengdu. Aku dah tak selesa dok dalam ni sebab pakcik kat depan aku asyik dok toleh tengok aku. Sambil korek hidung, pastu meludah pulak tu. haishh..
Si Nobita kat sebelah dah mebuta..
Sampai je Chengdu Railway Station, kami keluar..Sepanjang perjalanan dari keluar dari train nak keluar station, ade la aku jumpa 3-4 orang mak suruh anak die yang kecik kencing kat tiang, dinding bangunan lorong..masalahnye tempat laluan orang yang baru keluar train okey..nampak sangat tahan kencing atas train..
Keluar station, kami terus ke ke subway station yang mana kedudukannya keluar dari Chengdu Railway Station.
Kami naik subway ke Huaxiba station. Kalau dari railway station tu direct je, tak perlu nak tukar line.
Okey, mana halatuju kami kali ni?
Gini..
Misi utama untuk ke Chengdu adalah sebab nak naik bas ke Jiuzhaigou. Tapi masalahnye tiket bus aku tak beli lagi.
Kebetulan tarikh aku nak pergi tu 30 April, yang mana esoknya adalah hari cuti am 1st May, jadi aku risau kalau tiket bas tu habis. Jadi aku nak cari info/agent kat sana mintak tolong belikan aku bas.
Masa dok merayau-rayau kat FB ni, aku terjumpa la sorang ni yang memang duduk kat Chengdu. Rupenye die student University Sichuan...Nama die Wana.Jadi aku mintak tolong die untuk belikan tiket.
Lepas berkenalan, rupenye die pun orang Kelantan jugak. Jadi macam biasa le, bile Kelate jupo Kelate, makin rancak le..
Sebelum pergi, aku offer die kot-kot nak kirim ape-ape since aku dapat free luggage 40kg (2 orang).
Jadi die pun kirim le barang-barang yang susah nak dapat kat China..yang pasti budu mesti ada.
5 hari sebelum aku datang, die try nak beli tiket bas ke Jiuzhaigou, tapi kaunter tak boleh jual lagi..cuma sehari sebelum je baru tiket dijual..Jadi nampak gaya, better aku beli sendiri je. Tapi sebab aku dah bawak barang kiriman Wana, jadi aku kene jumpa die jugak. Die pun dah janji nak bawak kami jalan-jalan.
Bile sampai di Chongqing, aku cuma dapat whatsapp Wana guna wifi hostel..Kami janji nak jumpa di exit C, Huaxiba Station, jam 4 ptg.
Kebetulan kami sampai di station Huaxiba tu jam 4.10 ptg, aku tak nampak bayang pun pompuan bertudung..Aku risau kalau Wana dah balik kot-kot kami lambat sampai.
Aku nak cuba telefon guna public phone, tapi tak pandai guna..Caranya nak guna kene masukkan kad..Tapi bile aku pergi kedai nak tanye, langsung tak paham. Die tak paham ape aku nak, aku tak paham die cakap..
Sebenarnye dari pagi aku usaha nak beli simcard china ni. Tapi tak dapat..masuk 3-4 kedai handphone, semua tak faham..nak masuk China Mobile, besar sangat.Kang silap-silap aku ter register postpaid pulak..
Lastnye tercongok la kami dua orang duduk kat tangga pintu masuk ke subway tu. Tak berani nak pergi jauh-jauh, risau nanti Wana tak nampak.
Dah dekat 4.30ptg tu, aku rasa dah tak boleh jadi ni..Camane pun aku kene cari wifi jugak nak contact Wana. Jadi aku buat keputusan pergi ke hostel terus.
Kali ni aku duduk di Mr. Panda Hostel.
Aku rasa hostel backpackers ni yang paling dekat dengan Xinanmen bus station iaitu bus terminal yang akan ke Jiuzhaigou.
Dah sampai sini baru le aku tau, yang hostel ni jugak asalnya adalah Traffic Inn Hostel..Aku tak tau macam mana boleh jadi Mr. Panda boleh ambil alih tempat asal Traffic Inn..Kalau nak tau cerita lanjut, boleh baca kat entry aku pasal Chengdu.
Dah dapat internet, baru le aku dapat whatsapp dari Wana. Die cakap tak dapat keluar lab..Jadi memang nasib baik la aku terus ke hostel..
Dan kami janji dekat-dekat jam 6ptg, die datang ke hostel kami. So sempat le kami berehat kejap..
Nak review hotel jugak ke?
ermm..bagi aku okey la..tapi sebab malam sebelum kami dah duduk kat hostel yang bilik die selesa dan lengkap, jadi le aku tak berapa selesa jugak dok sini..
Salah satunya sebab aku terambil shared bathroom, jadi nak mandi, membuang, ambik air semayang kene keluar..
Bilik aku di Mr Panda Hostel. So far okey. Tapi sebab ambik shared bathroom, yang jauh kene keluar, tak best nak 'buat keje'.
Dah dekat jam 6 ptg, Wana sampai..Akhirnye ketemu jugak dengan die. Lega aku..
Kami terus ke Xinanmen bus station untuk beli tiket. Wana yang uruskan semua, kami ngekor je..
Lagipun Wana nak test tahap communication bahasa cina die dengan local people kat sana. Jadi aku bagi duit je kat die, die yang tukang beli.
Dah dapat tiket bas untuk ke Jiuzhhaigou, die ajak kami ikut jalan belakang dan masuk pasar awam.
Aku lagi suka, sebab time ni la boleh tengok aktiviti local people..Wana dah biasa masuk pasar ni sebab kat sini le die beli barang-barang nak masak.
Masuk pasar, kami beli buah-buahan untuk makan dalam bas esok hari. Sebabnye aku tau bas mesti berhenti makan kat tempat non-halal punye.
Dah habis berjalan dalam pasar, kami keluar makan mee tarik yang letaknya tepi jalan, dekat dengan entrance Sichuan University. Masa jalan kaki nak ke hostel dari subway station tadi, aku memang dah perasan yang ade satu kedai muslim kat sini.
Ini map yang kami lalu petang tu.
Dapat jugak aku makan mee tarik kat China ni. Mase buat itinerary, aku memang dah plan taknak masuk restoran sebab nak save budget. Iye la, trip Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou ni takde dalam wishlist aku, jadi aku memang target nak spend minima budget je. Tapi tup-tup, Wana belanja daa..Die kate,"bile lagi nak merasa duit kerajaan Malaysia".hahahaha..
Sate kambing!!favorite aku ni. Lepas balik dari Xian, aku sentiasa terngatkan sate ni. Wana order 10 cucuk..puas hati aku makan hari tu.
Mee tarik.walaupun kedai mee tarik dah berlambak kat KL sekarang ni, tapi environment makan mee tarik kat China lagi best woo...
Menu die.
Dah siap makan, kami berjalan masuk ke dalam Universiti Sichuan, tempat Wana belajar..
Tapi sebab kami sampai sini hari dah gelap, tak nampak landskap & view kawasan universiti yang cantik. Walaupun dalam gelap, tapi aku boleh nampak design bangunan dalam kawasan universiti ni old school punye style. Jadi, kalau sape suka architecture, boleh le masuk kawasan ni untuk tengok tempat landskap yang cantik.
Kami ngekor je Wana mana die nak pergi. Aku pun tak ambik port mane lorong-lorong die masuk.
Akhirnya jumpa subway station yang kami turun petang tadi.
Destinasi kami seterusnya ialah ke Tianfu Square. Dulu aku dah pernah datang sini, tapi waktu siang..Kali ni kami datang waktu malam. Dari Tianfu Square , kami menuju ke masjid Chengdu.
Kedudukan masjid ni letaknya bahagian atas restoran tempat aku makan masa first time datang Chengdu. Tapi dulu aku tak jumpa pintu masuk masjid. Rupanya nak masuk masjid kene naik ke tingkat atas, dan pintu masuk die dekat lorong ,bukannya menghadap jalan besar.
Takde ape-ape pun kat sini. Tapi untuk rileks kat tengah-tengah bandar Chengdu, kat sini le tempatnye.
Banyak arca simbol ni kat Tianfu Square
Center of Chengdu City
Tianfu Square. Memang besar dataran ni, kalau nak save energy kaki, toksah le tawaf kat sini, baik pergi turun bawah dataran ni, ade mall bawah tanah bersambung terus dengan subway station.
Jam dah menunjukkan 9 malam. Sebenarnye aku dah penat dah waktu tu. Kalau ikutkan hati, aku nak balik hotel dan tidur je..
Tapi bile aku tengok Wana beria-ia nak bawak kami ke satu tempat lagi yang katenye 'shopping mall terbesar di Asia', aku layankan je. Tapi masalahnye location tempat tu jauh iaitu 2 station terakhir dan mungkin makan masa setengah jam naik subway dan mall tu pulak tutup jam 10 malam. Jadi kami gamble je untuk sampai situ. Kalau mall tutup, kite balik je la.
Dari station Tianfu Square, kami naik subway ke Jincheng Plaza (Tapi aku tengok dalam google maps, nama station die Ocean Park Station).
Sebab aku ngekor je Wana, aku takde alert sangat location & exit pintu mane. Yang aku tau,kami dah berdiri depan shopping complex ni.
Memang besar gile!!sakit kepala aku dongak..Kagum aku dengan bangunan besar yang tersergam depan mata dan penuh dengan lampu-lampu.
Terus tenganga mulut dan bulat mata aku tengok lampu-lampu bangunan tu.
Ape lagi, aku dengan Nobita sibuk terus nak setting camera untuk ambil gambar. Tapi hampeh, sebab aku cuma bawak sports cam dan handphone je takde le cantik gambarnye. DSLR pulak aku tinggal kat hostel.
Wide lens sportscam aku tak boleh nak cover kelebaran fasad bangunan ni.
Ni gambaran 3D Global Mall yang aku amik dari Google.
Ini le view mall yang aku nampak malam tu.
Tengah kami sibuk-sibuk nak snap gambar, Wana cakap.."Jom masuk bangunan, sebab takut nanti diorang tutup."
Waktu tu jam aku dah 9.45 malam..
Masuk je mall tu..
Mak aihh...lagi aku tenganga aku tengok betapa mewah, megah dan hebatnye interior die.
Ini le view yang mula-mula aku nampak bile masuk mall ni. ape yang buat hebat ialah lantai marmar die tu.
Aku dengan Nobita masih lagi ternganga-nganga macam rusa masuk kampung bile masuk mall ni.
Sambil-sambil tu sibuk nak gambar, tapi Wana dah ke depan naik escalator nak pergi ke tingkat paling atas.
Wana sibuk suruh kami cepat, nak pegi mana aku pun tak tau..Aku ngekor jugak la naik escalator..Sedar-sedar tu escalator paling tinggi kat situ yang menghubungkan dari ground floor direct ke 5th floor..
Aish..aku gayat naik escalator la..nak-nak kalau tinggi camni..
Takde orang..sebab dah nak tutup..best le main lari-lari dalam ni.
Level paling atas.
Sampai 5th floor, aku dengan Nobita dok sibuk nak snap view interior mall ni..Tapi si Wana dah ke depan, sibuk dok panggil kami berdua..
"Meh sini, cepat!!"
Bile dah sampai dekat dengan Wana, baru le aku tau ape yang Wana beria-ia nak tunjuk dekat kami.
Rupenye glass floor skywalk yang terus nampak ground floor!!!
Mak aihhh..sekali lagi kami ternganga..
Wahh...kami exited..
Tapi si Wana tak pijak glass floor tu sebab takut. Aku dengan Nobita je exited terus pijak dan selfie.
Aku datang sini dengan selipar jepun je. Jadi tak cantik le nak tunjuk gambar aku pijak glass wall dengan selipar selekeh tu. Nobita la untung, die pakai kasut.
Mula-mula gayat jugak,tapi lama-lama aku boleh berdiri tegak kat tengah-tengah. Tapi lemah longlai jugak le lutut aku ni.
Elok je kami berjalan atas skywalk tu untuk menyeberang ke sebelah sana, datang pakguard tutup section untuk berjalan atas skywalk. Jadi le kami orang terakhir yang selfie kat situ.Nasib baik cepat!Nasib baik Wana beria suruh kami ikut die,kalau tak memang tak merasa la kami naik skywalk ni.
Selfie selagi boleh. Balik dari Chongqing, baru aku tau, trend orang selfie atas glass floor ialah sambil baring. Aishh..kalau aku tau, aku dah selfie sambil baring tau tak.
Ini le die Wana. Muka die tengah menahan gayat tu.
Dah habis bergambar kat situ, Wana ajak turun pulak. Dari atas, aku nampak ade indoor theme park. Dah sampai bawah baru aku tau ade Paradise Island Waterpark. Berlegar-legar lagi kami area theme park ni. Sebab dah takde orang, lagi best kami dok sini. Cuba membayangkan kekasih hati sewa mall ni khas untuk proposed.pergghhhh!!!
Kalau tak pun cuba membayangkan kite ni ahli Running Man yang tengah buat mission dalam mall yang takde orang ni.
Ni area waterpark
Lagi..
Tempat nak main ice skating.
Dah habis ronda kat area water park, kami naik level atas balik, nak pergi area cinema. Sebab kiteorang berkenan dengan decoration kayu tu.
Dah habis bersuka ria dalam mall ni, kami pun keluar.
Puas hati aku sekarang. Mata yang tadi mengantuk terus segar dapat masuk mall ni.
Kalau ikutkan memang aku tak minat nak masuk shopping mall bile pergi negara orang. Sebab bagi aku, kalau nak masuk shopping mall, baik dok kat Malaysia je.
Tapi bile Wana bawak masuk sini, aku happy gile. Mungkin sebab tak perlu nak bersesak-sesak dengan warga China yang sentiasa ramai. Ataupun mungkin disebabkan sejak sampai dari Chongqing semalam luck aku tak berapa cantik, jadi bile sampai sini aku enjoy sepuas-puasnya.
Credit to Wana sebab bawak kami ke sini.
Sampai hostel, Nobita cakap kat aku " Setakat ni mall tadi je yang paling best aku pergi. Yang lain tak best!"
"Iye la nokk..ni baru hari pertama.ade 5 hari lagi"
*eh..aku baru cerita hari pertama eh..sebulan jugak nak habiskan cerita untuk Day 1 ni.hikhik...bertabahle menunggu.
bersambung..