Nak share cerita umrah kami sekeluarga pada Feb 2017. Jadi Info & cerita valid untuk sekitar waktu ni sahaja. Tahun depan, cerita lain. Banyak perubahan yang berlaku pada Masjidil Haram kalau nak dibandingkan waktu kami pergi pada 2013. Jadi, kalau pergi tahun depan pun, banyak lagi yang berubah. Lagi-lagi masjid tengah construction yang dijangka siap 2020.
Kali ni aku akan share terus dalam satu entry, jadi aku nak inform awal-awal, kalau kedekut data, jangan scroll.
Aku ralat jugak travelog umrah yang lepas tak dapat habiskan, maklumle banyak episod. Jadi kali ni aku buat lumpsum terus, jadikan die cerekarama je.
Kali ni aku pergi dengan agent Tiram Travel.
Ye, aku guna khidmat Tiram lagi, walaupun sebenarnya aku tak berapa puas hati dari segi service die. Tapi kalau nak dibandingkan dengan agent lain, bagi aku tiram lebih berbaloi.
Maklumle, aku nak yang murah dan konfirm sampai tanpa masalah sangkut dan visa tak lulus. Jadi bagi aku tiram adalah yang tepat.
Aku cuba bandingkan dengan pakej agent lain, tapi sebab faktor utama pilihan kami ialah MURAH dan KONFIRM SAMPAI, end up dengan Tiram jugak. Harga pakej yang kami ambil ialah RM5190 dan kali ni kami bawak anak sedara aku, Irdina yang umurnya 3 tahun. Untuk budak 3-12 tahun, cuma tolak RM600 untuk duit makan je.
Dan nasib baik kami amik pakej ekonomi, duduk hotel yang jarak 350m dari masjidil haram, dapat le kami duduk di Makkah 7 hari dan Madinah 3 hari. Kebanyakan pakej di hotel mahal (di clock tower/hilton) offer 5 hari Makkah, 5 hari Madinah. Jadi, sebelum pilih pakej, hal ni mesti korang selidik dulu.
Macam kami, kami memang taknak lama duduk Madinah sebab ape yang penting dapat solat di Masjidil Haram. Tapi ade jugak sesetengah orang lagi suka duduk di Madinah lebih lama. Itu pilihan masing.
Kalau nak lebih puas hati, buat umrah DIY. Boleh decide berapa lama nak duduk Mekah & Madinah.
Aku memang plan nak buat DIY kali ni, tapi biasala bile bawa orang tua ni, aku tak dipercayai oleh bapak aku. Jadi terpaksalah aku mengalah guna agent jugak.
Ape yang penting mereka selesa buat ibadah.
Baik, aku akan tempek banyak gambar dan akan selitkan cerita dan sedikit untuk dijadikan panduan korang. Kalau larat, scroll je la sampai habis.
Journey KL-Madinah
Family potret sebelum berlepas di KLIA2. Adik aku yang pompuan & husband die tak ikut kali ni. Kesian die, kene tinggal.
Kami pergi naik AirAsiaX. Bagi aku okey je naik AAX walaupun perjalanan 9 jam. Maklumle, kami memang dah biasa naik budget airline ni. Kalau orang yang dah biasa naik flight mahal, boleh mencebik jugak naik AA. Kalau pergi dengan agent, complete dapat 2 kali makan. Pilihan makanan atas agent yang pilih. Macam kami, pergi balik makan nasi lemak & sate. Entertaiment & bantal? bawak sendiri ye. Sebab aku dah biasa, aku dah download siap upin ipin,didi&friends untuk Dina. Kalau tak bising atas flight dok kacau aku. Untuk diri sendiri pulak, biasanya aku akan download movie. Tapi sebab nak ke tanah suci, tak sesuai la layan movie. Lebih baik study ape yang patut dan mengaji.hihi..
Flight kami turun di Madinah. Untung le sekarang dah boleh landing ke Madinah. Kebanyakan pakej sekarang offer KL-MED-JED-KL atau sebaliknya. Dah takde dah KL-JED-KL. Jadi jimat le 8 jam duduk dalam bas nak pergi ke airport. Gambar ni masa sampai di airport Madinah.Bagi aku airport Madinah lagi selesa nak dibandingkan airport Jeddah.
Madinah - Masjid Nabawi
Panoramic view Masjid Nabawi. Masa aku datang dulu, tak puas duduk di Madinah sebab hari ke-3 dikira perjalanan naik bas nak ke Jeddah. Sebab tu aku cakap untung airport Madinah dah dibuka, jadi jimat perjalanan bas 8 jam. Waktu sampai tengah malam, sejuk ya amat..tambah pula dengan angin yang kuat, masyaAllah..tak sangka jugak Madinah boleh sejuk camgini.
Panoramic view inside Masjid Nabawi.
Tunggu turn nak masuk ke raudhah. Tempat yang ada lampu banyak tu le raudhah dan dibezakan dengan karpet hijau. Aku sempat masuk ke raudah 2 kali. Kali pertama, waktu pagi selepas ziarah keliling masjid. Dah habis ziarah, mutawif berhenti depan pintu masuk muslimat ke raudhah. Die suruh kami masuk. Nasib baik, waktu kami masuk, memang turn warga Malaysia/Indonesia. Jadi takde le tunggu lama dan aman je dan kurang tolak menolak. Waktu tu dalam jam 10 pagi. Kali kedua, aku pergi waktu malam, lepas waktu Isyak, aku balik makan dulu di hotel. Time ni memang hebat la tolak-menolak berlaku. Memang menguji kesabaran la kalau nak deal dengan orang-orang arab dan seangkatannya.
Nampak tak jemaah yang berdiri tu? Itu le kaum arab/Turkish/India/Pakistan & seangkatannya yang sibuk nak potong que masuk raudhah. Beza dengan kita (jemaah M'sia & Indon) ni, kite ni kaum penyabar. Suruh duduk kita duduk, suruh tunggu kita tunggu & takde nak berebut pun. Tapi kaum depa ni memang main lanyak je, potong barisan la, tolak & tonyoh kepala orang la. Polis pompuan tu pun tak reti nak marah camana dengan orang depa ni. Aku pernah dengar cerita, yang Imam masjid Nabawi pernah marah dan bagi arahan tutup raudhah untuk kaum wanita masuk sebab terlalu taksub & tolak menolak sampai partition yang hadang lelaki/wanita tu jatuh.
Tapi meh aku bagi tips sikit nak masuk raudhah. Waktu untuk kaum wanita masuk raudah selepas subuh & selepas Isyak. Selepas Zuhur aku tak berapa pasti ade ke tak, sebab aku pernah dengar die buka tapi time aku datang die tak buka lepas zuhur. Lepas Subuh/Isyak tu korang balik le hotel untuk makan dan rehat dulu. Sebab kalau pergi tunggu turn pun, kaum kita akan diberi masuk terakhir sekali lepas kaum depa habis. Sekitar waktu 10 pagi / 10malam, korang pergi balik ke raudhah dan masuk dalam group orang kite. Macam ziarah kami tahun 2013 dulu, lepas Isyak kami terus pergi tunggu turn masuk raudhah, siapnya dekat jam 12 malam. Kesian Tok aku yang kebuluran sebab tak makan.
Masjid Nabawi dari Gate 25. Time ni waktu aku baru keluar dari Raudhah..Bagi aku view Masjid Nabawi cantik dari arah sini bila waktu malam.
Gambar ni waktu ziarah keliling Masjid Nabawi. Payung tak dibuka time ni. Aku dengar kata rosak, tapi sebab cuaca sejuk, takde le panas terik sangat.
Madinah - Ziarah luar Masjid Nabawi
Di Madinah sekarang dah takde peniaga tepi jalan yang akan jual lepas solat fardhu. Sekarang semua kene berniaga dalam lot kedai dalam bangunan. Maka kalau on the way balik solat ke hotel, ramai le tokey-tokey kedai ajak masuk bangunan dan bagi namecard untuk pergi ke kedai mereka. Kesian pun ye jugak kat peniaga-peniaga ni sebab dalam bangunan tak ramai yang masuk. Orang lagi suka shopping tepi jalan. Tapi masa kami ziarah keliling Masjid Nabawi, terjumpa khemah ni yang mana peniaga kecil dikumpulkan satu tempat kat sini. Memula kami ingat nak datang lagi tempat ni sebab mutawif dah berjalan ke depan, tak sempat nak shopping. Tapi jangan harap la nak mai lagi..nak sampai sini pun umpama keliling Masjid Nabawi yang besar tu. Baik kami simpan tenaga untuk umrah je.
Sokaifat Bani Saedah, tempat sahabat-sahabat bermusyawarah selepas kemangkatan Rasulullah untuk melantik siapa khalifah seterusnya. Dan ketika itu Saidina Abu Bakar dilantik untuk menjadi khalifah.
Kubah hijau, yang menandakan makam Rasulullah SAW. Waktu kami datang ziarah & mutawif tunjuk makam nabi, polis-polis datang untuk melarang kami berdoa menghadap kubah hijau ni. Padahal kami tak berdoa pun, sekadar berhenti tengok je. Nanti nak balik baru ziarah selamat tinggal untuk Rasulullah. Kalau nak ziarah makam, perlu masuk ke dalam, tempat raudhah. Tapi untuk kaum wanita, memang susah le nak masuk raudhah.
Kubah hijau lagi. Nampak pintu yang bawah kubah tu?Itu pintu keluar kaum lelaki selepas ziarah makam. Kaum wanita tak boleh masuk.
Panoramic view Masjid Nabawi.
Waktu sebelum kami berangkat ke Mekah selepas solat zuhur, payung ni baru bukak. Selama ni katanya dah lama tak buka. Aku tak pasti tak buka sebab tengah musim sejuk ataupun rosak. Tapi kami beruntung le dapat tengok payung ni terbuka.
Madinah - Ziarah sekitar Madinah
Ladang kurma di Madinah. Kurma kat ladang ni mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan yang jual kat area hotel/ jabal uhud/ masjid quba. Tapi beza die, fresh dengan tak. Jadi, pandai-pandai le pilih.
Masjid Quba.. Masjid ni adalah masjid yang terawal dibina di Madinah. Rasulullah SAW pun selalu solat di masjid ni. Dan sebelum datang sini, disunatkan berwudhuk dulu di hotel untuk dapatkan pahala seumpama buat umrah. Tapi masjid ni ade kenangan dengan keluarga kami. Tahun 2013 dulu waktu ziarah masjid ni, duit adik pompuan aku, si Nobita kene seluk dengan jemaah India. Hilang dekat RM400 duit M'sia pulak tu..mewah la orang yang dapat tu.. Kenapa aku boleh cakap jemaah India? Sebab pintu masuk solat jemaah wanita ni kecik je & kesesakan nak masuk tu memang dasyat. Waktu kami masuk, kami bertembung dengan jemaah India yang nak keluar. Adik aku gantung beg kat leher, tapi waktu tu badan die ke depan, tapi beg die masih sangkut kat belakang. Bila dah solat, baru perasan wallet die takde. Jadi untuk sesape yang nak ziarah ke sini, beringat le jaga barang berharga sebab mutawif pun cakap kat sini memang dah banyak kes kecurian berlaku.
Jabal uhud, tempat berperang yang mana satu-satunya perang yang mana tentera Islam kalah. Kat sini ada perkuburan syahid yang gugur waktu perang uhud. Dan letaknya kubur Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah SAW yang mana dia adalah penghulu syahid. Sejarah perang uhud ni check sendiri le, aku malas nak cerita pasal peperangan ni sebab sebagai umat Islam wajib tahu sejarah perang ni. Tapi yang aku ingat, perang ni di pihak musuh waktu tu diketuai Khalid Al-Walid. Selepas perang ni, baru Khalid Al-Walid masuk Islam. Aku pernah baca yang Allah SWT memang jaga gelaran Khalid Al-Walid (pedang Allah) yang mana kalau dia ketuai peperangan, tak pernah kalah. Dan Khalid Al-Walid pun bukan mati disebabkan peperangan, tetapi dilucutkan jawatan oleh khalifah Umar Al-Khatab (kalau tak silap) sebab ramai yang terlalu taksub dengan kehebatan Khalid Al-Walid. p/s: kalau salah cerita ni harap betulkan, sebab aku pun ingat-ingat lupa. Malas nak buka buku balik kekdahnya.
Panoramic view Jabal Uhud. Barang kat sini lagi murah. Cuma kurma-kurma tu terdedah sikit la..
Panoramic view sekitar luar Masjid Nabawi. Bangunan-bangunan hotel mengelilingi masjid. Di Madinah kedudukan bangunan dan jalan lebih teratur. Tapi yang kurangnya dah takde peniaga tepi jalan, jadi untuk beli-belah aku rasa tak syiok. Nak cari aiskrim pun tak jumpa, tapi nasib baik cuaca sejuk, tak de le kempunan ais krim.
Mekah - Masjidil Haram
Kaabah..Tak perlu cerita panjang, sesiapa yang sampai sini mesti rasa syahdu. Waktu kami sampai adalah malam jumaat, orang terlalu ramai setiap malam jumaat. Waktu kami datang ni kebetulan Iraq tengah cuti sekolah, jadi sebab tu bertambah ramai.
Kalau dulu tahun 2013 kami datang boleh le solat menghadap kaabah sebab tingkat atas tu ada beberapa section yang dikhususkan untuk kaum wanita solat direct nampak kaabah. Tapi kali ni banyak kerja-kerja renovation dibuat dan banyak section diubah. Bagi kaum wanita, dah tak de yang direct nampak kaabah, cuma kaum lelaki je boleh. Hari pertama sampai, berpusing-pusing aku mencari location yang sesuai nak solat, iaitu tempat berkarpet dan nampak kaabah,tapi tak jumpa. Akhirnya jumpa jugak la level ground tapi tak dapat nampak kaabah. Bagi kaum wanita, kalau nak solat direct nampak kaabah tempatnya menghadap hijir ismail. Tapi kene cepat la, dan biasanya kaum yang asyik dapat ialah orang India/Pakistan. Sebab depa ni ramai berkampung dalam masjid.
Bukit Safa dari tingkat 2.
Irdina posing depan kaabah dengan tok ayahnya. Bawak budak-budak ni memang best sebab die jadi perhatian. Tapi kene beringatle, depa ni juga jadi punca kalau kite tak dapat solat di masjid. Maklumle, budak-budak ni senang demam, jadi stok ubat tu kene siap sedia. Orang-orang arab memang suka budak-budak sebab sunnah cium diorang ni. Si Dina memang kerja die collect coklat, kacang & kurma. Sampaikan kadang-kadang die boleh tunggu orang tu bagi something kat dia padahal orang tu cuma nak cium je.
Antara port nak solat yang kami dapat di level ground, berdekatan dengan laluan untuk pergi tawaf. Tapi kene sampai awal, sekurang-kurangnya sejam awal sebab kami ni bertiga, pastu nak locate Dina lagi dan tak boleh menyelit dan berpisah. Kalau sorang-sorang takpe lagi, boleh menyelit tempat yang ada. Tapi biasanya port yang baik dan berkarpet ni kaum India/Pakistan/Bangladesh dah kongker awal-awal sebab diorang ni ramai berkampung kat masjid. Terus terang la cakap, memang kaum depa ni menguji kesabaran kita, terutamanya time tawaf. Kaum arab boleh tahan lagi, tapi kaum depa ni memang kite kene banyak bersabar.
Tempat saei..
Panoramic view bukit Safa, tempat bermulanya saei. Kalau atok nenek yang tak larat nak habiskan saei, jangan risau. Ade je tukang offer khidmat tolak wheelchair, SAR50 hanya untuk saei. Kalau amik dari luar masjid lebih kurang SAR 300 include tolak untuk tawaf sekali. Almaklumle, untuk tawaf kene tolak dari tingkat atas dan radius pusingan besar. Kalau nak jimat, boleh amik wheelchair dari hotel yang mana ramai dah tinggalkan untuk dijadikan wakaf dan tolak sendiri. Kalau nak lagi best, boleh naik tingkat atas sekali, ade motor khas untuk saei, harganya tak salah aku SAR80.
Area King Fahd, satu-satunya section yang proper masih ada tiang dan ukiran siling yang cantik seperti aku datang pada 2013. Kawasan lain di sekeliling kaabah sedang renovation, jadi tiada tiang dan siling cantik. Area ni jugak yang ada frekuensi terjemahan khutbah jumaat dalam bahasa melayu.
Panoramic view kaabah dan tower clock
Lagi..Kaabah dan tower clock.
Saei dengan budak-budak ni best..sebab die boleh bebas berlari. Tapi itu pun kalau die nak berjalan sendiri la..kalau datang mood die nak dukung, memang masak laa bapak die kene dukung. Stroller tak boleh bawak masuk dalam masjid ye, jadi solution die bawak le wheelchair dari hotel. Tapi kalau nak tawaf guna wheelchair, cuma di tingkat atas sahaja, tak boleh tawaf di bawah. Jadi radius pusingan besar sikit.
Mekah - luar Masjidil Haram
Burung-burung merpati di sekitar masjid. Aku pun baru tau yang sunnah bagi burung ni makan sebab burung ni yang melindungi Nabi SAW yang bersembunyi dalam gua sebelum berhijrah ke Madinah. Jadi memang burung-burung ni attraction budak-budak dan jugak orang tua untuk bergambar.
Umat Muhammad SAW baru balik solat Isyak, view dari tingkat atas menghadap hilton hotel.
View dari luar kawasan saei. Biasala, mak jadi model.
View dari Ajyad road menghadap bangunan clock tower dan hotel hilton. Belah kanan tu kalau nampak dinding penghadang, tu gate King Aziz yang ditutup untuk renovation. Bila gate King Aziz ni ditutup, maka ia menyumbang kerumitan untuk jemaah yang biasanya yang jadikan Gate King Aziz landmark keluar/masuk.
Peniaga yang berniaga tepi jalan selepas solat ni ada lepas solat subuh dan solat isyak je. Waktu tengahari jarang ada sebab polis berkeliaran. Kalau beli dengan diorang ni murah sikit, tapi kene sediakan duit kecik siap-siap sebab kalau polis datang diorang terus cabut lari. Kalau die tak sempat nak bagi duit balance kat korang tu nasib la..
Kedai-kedai ni ade tepi jalan Ajyad road. Gambar ni aku nak cakap yang kedai Kamal Mahmood tu aku selalu beli barang runcit. Boleh dikatakan kat sini murah sikit. Kurma dalam kotak pun murah sikit kalau nak dibandingkan di Madinah. Tapi kurma timbang mahal sikit kalau nak dibandingkan Madinah.
Makan nasi arab di food court Safwa Tower. Rupanya ade banyak food court area masjidil haram ni. Ada di safwa tower, ade di menara jam dan ade di hilton hotel. Pilih pintu masuk yang betul, salah pintu sampai le food court menara jam, macam kami.hihi..kalau di clock tower tu harga die mahal sikit nak dibandingkan di safwa tower. Di safwa tower letaknya Felda D'saji, satu-satunya tempat kalau nak cari selera melayu. Makan nasi arab kat sini memang style lambak nasi aras meja, takde pinggan. Die akan bagi plastik untuk lapik. Suka le budak-budak boleh makan bersepah.
Mekah - ziarah luar
Jabal Tsur, tempat Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar melarikan diri sewaktu kaum musyrikin Mekah nak bunuh Nabi.
Jabal Rahmah, di Padang Arafah. Tempat Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah dikeluarkan dari syurga. Sekarang ni ada speaker yang dengarkan khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW sewaktu mengerjakan haji dalam bahasa melayu.
View clock tower dan masjidil haram dari Kampung Kelantan di Jabal Ajyad. Alhamdulillah, kali ni kami dapat sampai di Kampung Kelantan, selama ni dengar nama je. Kat sini ramai orang Kelantan dan orang selatan thai duduk. Waktu kami sampai, tengah azan maghrib. Masya Allah, cantiknya dapat dengar azan dari bukit ni sebab sekitar sini ada lebih kurang 5 masjid termasuk Masjidil Haram yang akan laungkan azan.
Masjidil Haram dari Kampung Kelantan. Kaabah memang tak nampak dari sini cuma nampak cahaya lampu masjid je. Kalau nak datang sini dari Al-haram kene naik lebih kurang 500 anak tangga dan lalu kampung-kampung orang.huh..aku dengar pun dah gigil. Tapi kami datang naik teksi, tambang SAR30. Mana taknya, walaupun belakang hotel, umpama keliling kota Mekah nak boleh sampai.
Famili kami bergambar berlatarbelakangkan clock tower dan cahaya masjidil haram. Nasib baik ade sedara aku yang duduk sini, boleh le sampai jugak tempat ni.
Kami dijamu dengan nasi arab, daging kibas..fuh..sedap betul makan... Kebetulan sedara aku ni bela kibas untuk jemaah-jemaah yang bayar dam. Dapat le merasa daging kibas. Daging unta je tak sempat rasa.
Mekah - kaabah
Gambar multazam, yang paling dekat aku sempat ambil. Selain dari tu, aku malas nak keluarkan handphone, fokus!! Disebabkan kudrat kaki aku mengizinkan, aku cuba tawaf dekat dengan kaabah, jadi dapat le radius pusingan pendek. Tapi aku tak berapa suggest untuk mereka yang lemah, sebab tolak-menolak memang kuat. Yang ramai buat tawaf dekat dengan kaabah adalah golongan arab dan india. Sebab diorang ni expert bab nak redah orang.hihi.. Macam ayah aku dan adik ipar aku yang mengandung, tawaf jauh sikit dari kaabah. Tapi terpaksa le bersesak dengan jemaah group Indonesia/Turki/Bangladesh. Team diorang ni kalau tawaf satu group, taknak berpecah/berpisah. Habis semua diredahnya, peduli ape yang tua, yang uzur ke..haha.. Masa ni la nak jumpa umat Muhammad SAW seluruh dunia. Macam-macam orang kita boleh jumpa.
Kaabah..Biasanya waktu lengang ialah pagi, sekitar jam 9 pagi hingga 11 pagi. Bila dah dekat Zuhur tu ramai balik orang walaupun cuaca terik. Bila dah dekat waktu solat fardhu tu, kaum lelaki dah siap buat saf, jadi akan jadi makin sesak.
Panoramic view kaabah dan clock tower.
Mencuci kawasan tawaf
Lagi..mencuci kawasan tawaf.
Aksi Dina depan kaabah, aku pun tak tau mana die belajar buat mimik muka mencebik tu. Waktu ni aku temankan die sambil tunggu ayah dan umi die buat tawaf. Si Dina ni memang kami tak bawak tawaf time cuaca terik untuk elakkan demam.
Gambar family dengan background kaabah sebelum buat tawaf wida jam 11 malam. Polis yang offer ambikkan bila tengok kami bergilir nak snap gambar. Hajat aku nak turun bawah, bergambar betul-betul depan kaabah, tapi sebab Dina dah tidur atas wheelchair, jadi le bergambar kat atas je. Siap je tawaf wida, aku tengok ramai askar tengah beratur kat luar masjid. Aku ingatkan diorang nak tukar shif, tapi bila dah sampai Malaysia baru tau yang diorang tengah tunggu Raja Salman dan Erdorgan untuk tawaf. Fuh..kalau tak boleh tawaf sekali.hihi..
Ape lagi ye info aku nak insert sebagai panduan korang ye..meh le aku bagi ape yang aku ingat.
- Kalau nak bawak anak-anak ke sini, ape yang penting ialah ubat-ubatan diorang. Kalau diorang sakit, demam mak bapak jugak susah nak buat ibadah. Bukan kanak-kanak je, orang tua pun sama. Paling utama, ada ubat sakit tekak.
- Kalau untuk niat buat umrah bagi kanak-kanak, better tanya mutawif. Macam kami, berniat ramai-ramai atas bas. Mutawif tolong guide niat umrah bagi wanita uzur la, untuk anak la, niat umrah untuk keluarga yang dah meninggal la..
- Kalau nak shopping barang-barang, bagi aku di Mekah lagi murah.Tapi bukan dalam tower tau, di kedai-kedai tepi jalan balik ke hotel tu yang murah. Tapi kalau nak pilihan jubah yang cantik-cantik better cari di Madinah. Kalau nak cari kurma dan kacang timbang pun di area hotel di Madinah. Kurma di Mekah kurang fresh sikit kalau nak dibandingkan Madinah.
- Kalau nak solat dalam hijir ismail, boleh cuba berdiri di pintu masuk hijir. Nanti ade le orang tolak korang dan tak semena-mena korang dah berada dalam kawasan hijir. Tapi make sure kaki korang kuat dan takde semput or masalah susah nak bernafas. Sebab korang akan tenggelam di dalam kesesakan masa tolak menolak tu. Ibu mengandung tak payah le cuba nak masuk. Macam adik ipar aku cuba nak masuk tapi tak tahan dengan aksi tolak menolak. Nasib baik die takde ape-ape.
- Kalau nak cium hajar aswad, memang susah. Kaum lelaki pun susah, apetah lagi perempuan. Aku pernah dapat offer dari orang Indonesia untuk bawak pegi cium hajar aswad tapi aku tolak. Ada orang kata diorang minta caj mahal, ade pulak yang minta seikhlas hati. Tapi bukan itu yang menjadi faktor aku tolak, tapi sebab aku tau untuk dapat cium hajar aswad tu die akan tolak muka & badan jemaah lain. Rasa berdosa pulak aku nanti sebab jadi punca dia buat camtu. Aku pernah cuba beberapa kali untuk pergi cium, tapi tak berjaya. Tolak-menolak tu lagi dasyat berbanding masuk raudhah walhal aku waktu tu dikelilingi jemaah wanita. Kalau jemaah lelaki, lagi teruk aku kena lanyak. InsyaAllah kalau ada rezeki datang Mekah lagi, akan kucuba cium hajar aswad ni.
- Air zamzam sekarang ni cuma dapat 5 liter sorang. Masa tahun 2013 kami dapat 10liter, mewah le nak minum. Jadi kalau nak bawa balik banyak, bungkus siap-siap dalam botol dan masukkan dalam luggage. Time kami balik, kami isi jugak air zamzam nak bawak naik flight,gamble je kalau kene buang takde rezeki. Sekali die tak buang botol-botol air tu.
Itu je yang aku mampu share, kalau ade lagi nanti aku tambah le.
Dan semoga aku dapat sampai ke Mekah lagi. Korang juga aku doakan dapat sampai ke sini.
Ayah cakap, qalbu setiap manusia ada di kaabah, sebab tu bila kita sampai sini seolah-olah kita pulang pada tempat asal kita. Jadi, kalau ada rezeki terlebih tu, pergi le ke Mekah.
Balik dari Mekah aku ambil masa yang lama nak move on. Virus demam toksah cakap la, dekat seminggu baru hilang. Virus jiwa merindu pada Mekah lagi lama nak hilang. Tidur pun aku mengigau buat tawaf, bila bangun je habis semua bantal dan selimut jatuh katil. Penangan balik Mekah ni lagi hebat dari penangan kita balik melancong tempat lain.
Okeyla, sampai sini saja.
END