Thursday, July 6, 2017

Mencari Rangga : Yogyakarta - Pantai Timang


Seminggu sebelum puasa sempat ke Yogyakarta dengan Eiza dan Ecah.

Saje cuti-cuti Indonesia since dah lama tak berholiday tiga orang.

Actually plan untuk bercuti kami bertiga tak pernah menjadi selepas balik dari Sabah.

Pernah plan nak pergi Krabi bertiga, jadi berdua.
Plan pergi Korea bertiga pun jadi berdua.

Jadi trip ke Yogja ni antara satu-satunya trip kami bertiga yang menjadi kenyataan.

Untuk entry ni aku cuma sumbat pasal Pantai Timang je.


Ramai yang dah alert dengan gambar-gambar di sekitar Pantai Timang. Rasanya Pantai Timang ni popular bagi orang muda di Malaysia saje kot. Sebab supir aku tanye, kenapa ramai orang Malaysia yang datang Yogja mesti pergi ke Pantai Timang?

Nampaknya Pantai Timang ni adalah tempat rare dan belum jadi official tourist spot bagi Yogyakarta.

Meh aku nak cerita sikit..

Nak pergi ke  tempat ni hanya boleh dimasuki oleh kenderaan 4 wheel drive or motosikal sahaja. Kedudukannya agak jauh dari bandar Yogyakarta, kira-kira 2 jam perjalanan.

Sape-sape dari awal sewa jeep memang takde masalah, boleh terus sampai ke tepi pantai Timang dengan jeep. Tapi bagi yang guna supir, kenderaan supir takkan masuk hingga ke pantai. Kita kene sewa ojek. Itu pun nasib baik ade inisiatif penduduk kampung yang tinggal dekat dengan pantai ni.

Mula-mula aku ingatkan takde masalah naik ojek ni. Tapi rupanya sakit badan dibuatnya

Tak pernah aku naik moto kene lambung-lambung dek pasal jalan yang berbatu-bata.. Tapi kali ni naik sakit punggung aku dibuatnya.

Dah turun motor pun aku rasa macam dilambung-lambung lagi.

Sehari sebelum ke Timang, kami ke Merapi untuk Lava Jeep Tour. Itu pun sama, kita dilambung-lambung duduk atas jeep, tapi lebih secure sebab dok dalam kederaan.

Tapi ini lain, membonceng motorsikal.. siyes wa sakit buntut wooo...

Dah sampai tepi pantai, ambil masa lama untuk kami decide. Ada gondola dan bridge. Mana satu nak pilih?

Ataupun...Nak menyeberang ke tak nak?

Masa kat Malaysia, kami plan nak menyeberang naik bridge since murah.

Bila landing Jogja, kami dapat tau harga bridge dah naik, terus tak jadi sebab budget dah semput.

Tapi bila dah sampai sini, macam rugi pulak tak menyeberang.

Waktu ni aku berkira-kira nak naik gondola sebab aku dah start gerun tengok ombak yang kuat. Yang penting aku cepat sampai seberang sana.

Tapi BFF aku dua orang ni tetap nak naik jambatan.

Maka aku follow je la since dari Malaysia lagi dah setup nak naik jambatan.

Jadi, marilah kita layan gambar.

Gambar scenery tak banyak sangat sebab lebih banyak gambar kami posing. Lagi-lagi handphone aku guide pegang sebab die photographer kami..

Bila bayar fee naik jambatan, automatic ade guide akan follow. Dan die juga bermurah hati akan jadi photographer kita.


Pulau timang..kita nak menyeberang ke sana

Gondola

Mula-mula aku taknak naik gondola. Tapi bila sampai sini tengok ombak kuat gila, aku prefer gondola dari bridge.  

Nak naik bergambar atas pelantar ni pun kene bayar Rp5000 sorang. 

Ni intro bergambar sebelum menyeberang. Masa ni hp aku dah serahkan pada guide untuk ambik gambar kami semua. Die tanya nak buat video tak?Aku ape lagik, suka la..

Rupanya video tu boleh jadi bukti yang aku lepas ni trauma nak menyeberang jambatan gantung dengan ombak kuat. Sebab aku jalan depan sekali, dari jauh aku nampak ombak yang akan serang kami. Dua orang kat belakang dok pedajal aku hayunkan jambatan ni. huh..Nanti last entry aku tempek video tu.

Ni dah nak sampai ke penghujung. Keadaan aku dah terkawal sikit..Tapi aku basah kene hempas ombak.

Fokus scenery kat belakang kami.

Dah sampai pulau, guide tu duduk rehat kejap menunggu kami turun jambatan. Nak turun pun lembap sebab masing-masing dok gelakan aku yang jiwa kacau naik jambatan. Hangpa tak tau aku terkejut kene hempas ombak dowhhh..aku kat depan yang sengsara, korang kat belakang dok buat dajal.cesss...

Kat sini kebetulan ade geng aunty & uncle chinese dari Malaysia. Jadi kami bergambar dulu dengan diorang sebelum buat sessi fotografi.

 Sebelum bergambar ni, aku sibuk dok perah stokin & kasut aku yang lencun basah kene ombak. Uncle & aunty semua ni dok cakap "waa...kamu banyak ong woo...kaya..kaya.." Iyola pakcik makcik oi..jantung aku tak habis terkejut lagi kene pukul ombak tadi.

Lepas tu masing-masing posing taknak kalah..

Nasib baik ade tukang ambik gambar

Kasut & stokin aku jemur atas batu. Dah nak seberang balik, stokin & kasut pun kering. Nampak tak teriknya matahari time tu. 

Salah satu gambar candid yang aku suka

Pose sampai puas.

Dapat abang guide yang suka melayan ambil gambar.

Bila nak transfer gambar, ada dekat 400 keping gambar yang die snap. Belum masuk video lagi..Sampai penuh memory hp aku guide tu pulun. 

Banyak pulak gambar kami pose yang aku tempek. Tapi kalau dah dekat 400 keping gambar kami je &  no scenery view, terpaksa la aku tempek jugak.

Bergambar dengan guide a.k.a photographer kami. Dah habis posing & kasut, stokin aku pun dah kering..Kami ke pulang ke pangkal jalan. Kali ni aku suruh budak dua orang tu jalan depan sekali.Tapi diorang bukan rasa ape yang aku rasa sebab jalan pulang tak nampak ombak. Ombak tu yang buat aku gerun. Ombak jahat.

Naik ojek untuk pulang. Ni jalan paling elok. Bila tiba part jalan berbatu-batu tu camera aku dah tak boleh nak capture sebab tak  aku tak boleh duduk statik, sakit punggung dilambung-lambung atas ojek tu. Video naik ojek tu pun ade kat bawah.


Scenery Timang dari tanah besar.

Menyeberang naik jambatan. 
Minit 01:30 Ombak dah start datang nak hempas batu, tapi ni ombak pertama, tak kuat lagi. Time tu aku dah gerun tengok hp aku yang guide tu pegang. Buatnya kalau jatuh ke laut, menangis tak berlagu la aku dibuatnya.
Minit 01:46  Ombak kedua datang, dan kali aku dah lencun. Tapi dalam kepala aku dok fikir 'hp aku selamat tak?'
Seterusnya aku nak cepat sampai je. Tapi sebab guide ni kat depan dok ambik video, aku tak boleh nak jalan laju. Yang budak dua orang kat belakang ni nok hayunkan jambatan sambil dok gelakkan aku. Serius, kalau aku tau baik naik gondola. Takde le lencun aku dibuanya. Jiwa pun tak kacau.


Naik ojek keluar dari pantai timang.
Lepas jiwa kacau kene pukul ombak, sekali lagi terpaksa redah dilambung-lambung atas motor. Sakit pinggang, sakit punggung, semua ada. 
Jadi sebab tu supir tak rekemenkan bawa orang tua dan budak kecil ke sini. 

Setelah jiwa kacau dan penat dilambung atas motor, perut mintak diisi.

Biasanya tourist Malaysia datang sini pegi makan udang galah.. Tapi kami rasa tak perlu since Ecah tak makan udang,dan aku pun rasa tak perlu berhabis duit makan mewah time berholiday.

Mula-mula kami nak makan nasi padang since dah berapa hari makan nasi kering, tak jumpa kuah. Tapi sebab dah lewat tengahari, restoran nasi padang banyak dah habis lauk, sudahnya kami makan kat sini je la. Aku lupa apa nama restoran ni, tapi start dengan SS. bukan SS2 Murni tu tau.. Sambal die pedas gila, tapi sedap.. Aku rasa ayam penyet wong solo pun kalah..Makanan Jawa ni kebanyakkannye kering-kering. Hari pertama kedua boleh lagi le aku makan, tapi masuk hari ketiga, boleh tercekik jugak makan takde kuah. Sebab tu cari nasi padang..


Habis cerita pasal Timang Beach. Nanti rajin sikit aku cerita pasal Borubodur & Merapi Tour.

Kalau rajin laa....