Thursday, November 29, 2012

Gempar Penemuan di Palekbang, Tumpat,Kelantan

Ada berita yang aku dapat page FBI love Kelantan

Dikhabarkan, seorang kontraktor bersama rakan-rakan mereka menjumpai 'satu terowong' rahsia disana ketika kerja-kerja pembinaan disana.
Bomba, orang ramai, polis mula memenuhi tempat kejadian ? Terowong apa yang dijumpai tersebut , yang pasti ia amat berkait dengan sejarah Melayu Kelantan.

Dan ade update dari pihak admin dari maklumat penduduk sekitar

Dikhabarkan, seluruh kawasan terlibat di Palekbang ditutup rapi oleh pihak polis sekarang ini. Semua kawasan dipagar. Polis dan beberapa jabatan kerajaan mula berkampung disini sejak kelmarin kerana ia amat penting dalam menjaga kerahsiaan tempat ini. Berikut merupakan mitos mengenai terowong ini.

- terowong rahsia yang sangat panjang merentasi Sungai Kelantan
- kubu bawah tanah Tentera Jepun
- Kota Purba Raja siam + harta karun
- Tempat simpanan emas Kerajaan Melayu Purba

Isu Palekbang semakin panas.

Dan ini pulak cerita sebenar yang aku dapat dari salah sorang commenter

FLOW PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 1
Bermula dengan aduan oleh kontraktor yang membina jambatan baru di depan Tesco KB.
“Kenapa tak siap2 jambatan ini?
Ada tiang yang ‘bermasalah’…..

Tidak jauh dari situ ada kapal korek yang menyedut pasir di Sungai Kelantan. … mereka menemui sesuatu.
Sesuatu yang pernah diceritakan oleh orang tua tetapi tidak dipedulikan hinggalah 3 hari lalu, tiba2 kawasan itu dikepung oleh tentera. …..

Ada 2 bahagian:
- zaman purba
- zaman moden

telah banyak kali berlaku kejadian di mana mangsa lemas di sungai seoleh2 ghaib dan mayatnya timbul di tempat lain. Jika anda tanya orang Kelantan, mereka mesti pernah mendengar. seolah-oleh ada terowong dalam sungai tersebut. Tetapi orang kampung cuma cakap: antu air kot atau penunggu. Ini bukan jawapan yang kita nak dengar.
FLOW PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 2
1) Palekbang merupakan suatu lokasi di Tumpat tetapi bertentangan dengan Bandar Kota Bharu. Dipisahkan oleh Sungai Kelantan. Di sinilah terletaknya Kg Laut, famous dengan Masjid Kg Laut yang dibina oleh Wali Songo (Wali 9).
2) Telah dijumpai pintu masuk ke ‘ruang bawah tanah’yang luas. Lokasi di belakang Balai Polis Palekbang.
3) Cerita orang tua-tua ada menyatakan terowong ini amat panjang. Pihak penjajah British tahu mengenai terowong ini namun tiada apa2 tindakan.
4) Tentera Jepun yang datang sebagai spy telah mendapat tahu mengenai terowong ini. Mereka menggunakannnya sebelum Perang Dunia II.
5) Orang Jepun pada masa itu agak ramai di Tumpat kerana orang Jepun mengusahakan lombong bijih besi di TEMANGAN. Bijih ini dieksport ke JEPUN melalui pelabuhan di PANTAI SRI 7. Sebenarnya ini merupakan sebahagian daripada pengintipan Jepun sebelum Perang Dunia II.
6) Kita dikhabarkan bahawa EMAS dan PERALATAN PERANG telah dijumpai di lokasi tersebut.
7) Apa yang manarik berkenaan EMAS tersebut, ada pihak syak bahawa askar Jepun telah menemui kota purba di hulu Kelantan. Mungkin emas itu merupakan harta karun yang cuba diseludup pulang ke Jepun tetapi gagal.
8) Terdapat lombong emas di anak sungai Kelantan di hulu Kelantan sejak zaman British lagi.
9) Kawasan ini dikenali dengan nama Tanah Merah sejak zaman purba lagi, kerana kaya dengan emas.-via This is Kota Bharu

Bandung Soda Part 5



Day 4 kami di sini

Bangun pagi-pagi, lokasi seterusnya ke Pasar Baru lagik..
Aku pun tak tau kenapa nak kene repeat ke sini
tapi sebabkan jalan-jalan kat FO di Jalan Riau & Jalan Dago takde pun aku jumpe barang aku,so aku decide shopping kat Pasar Baru je la..
Akhirnye aku beli jugak le kain cotton Jepun.Lalu kot lorong-lorong, terjumpe satu kedai ni..sebab lokasi kedai ni kat lorong, so kedai die bukan jadi tumpuan orang...
Aku berkenan dengan cotton jepun ni..lastnye aku beli untuk mak, adik, ayah ngan aku sediri.



kain-kain dalam Pasar Baru.Pening mak tengok,nyah...






 
 Aku beli kain cotton jepun yang macam kat atas ni untuk mak dan adik aku

dah siap shopping kain,duit pun dah nak abis,kami pun dah nak balik
bile nak cari jalan keluar tu baru le terjumpa kedai untuk tempahan coat.
hish,duit dah habis,baru le jumpa kedai ni..
mase mula-mula tak plak jumpa..
padahal aku datang Bandung ni mmg itu le tujuan aku,nak tempah coat!!!

nak taknak,aku tempah jugak walaupun duit dah semput-semput taik ayam
dah pilih kain, buat ukuran, total die RP750k..die cakap esok pagi die hantar ke hotel..


View petempatan sekeliling Pasar Baru dari atas. Padat!!itu la yang aku nak cakap..



Dah keluar Pasar baru, pegi lagi di Jalan Cihampelas..
Adeh,shopping lagi..aku dah penat nak cerita pasal shopping ni.
Sana shopping,sini shopping,situ shopping...
Kali ni aku belikan baju untuk adik lelaki aku since si Kymunk ni beria nak singgah butik Badger.
katenye Zizan suka pakai brand ni..aku layankan aje le sebab si Kymunk asyik dok T-up je..
so aku pun terbeli le sweater untuk adik lelaki aku..

 

Dah siap shopping, diorang ni sibuk plak nak pegi spa nak berurut..aku,Eiza & adik die tak mau berurut..
sebab kami kan muda belia & gagah lagi..buat ape nak berurut..urut-urut ni hanya untuk orang tua je..haha
*mati la aku kalau lepas ni aku sakit badan....Tu makan dieeee!!!

Kami jalan-jalan sekitar Jalan Dago..
Terjumpa outlet Kartika Sari, kami masuk sini. Ape yang aku boleh cakap.."Apa ni?takkan yang diorang dok berebut ni brownie,kek& biscuit je??"
Ape yang aku nampak masing2 beria dok berebut kek-kek tu..
Nak tak nak sebab dah sakit kaki berjalan sampai sini,aku amik le jugak pisang molen sbb orang dok cakap pisang molen ni best.*tapi sebenarnye tak heaven sangat laaa



Dah abis jalan-jalan sekiar sini, agak2 diorang pun dah abis berurut, kami jalan kaki nak pergi ke tempat parking supir kami.

Odw ke tempat parking tu, nampak ade warong usang yang berniaga kat tepi jalan.Hanya bertutupkan dengan kain kanvas,ade meja panjang untuk orang minum. Sebenarnye warong ni boleh dikategorikan daif kat M'sia..mase melintasi warong ni, aku nampak pakcik ni tengah bakar pisang. Teringin pulak nak makan pisang keju. Aku tanye pakcik tu pisang keju ade tak?pastu die cakap "Ada,sebentar ye nak.."sebab time tu die tengah buat pisang keju untuk couple yang tengah minum kat warong die tu..
Lepas tu baru die siapkan pisang keju yang kami punye..
harga pisang keju rp7k,aku kasi rp8k..balance aku je pakcik tu..alaa..ape la sangat rp1 k tu..kalau kat M'sia 40sen jee..
tapi pakcik terima dengan terharu amat.."terima kasih,nak..terima kasih,nak.."beria die ucap terima kasih..
Ya Allah..serius aku sedih sangat time tu..rasanya aku dah menolong orang yang betul2 dalam kesusahan.
Kalau ikut hati, nak je aku derma lagi rp10k kat die..tapi apekan daya,duit aku pun dah kering sbb dah abis shopping lagi..huhu
In syaa Allah,pakcik,panjang umur sye datang Bandung sye datang lagi warong pakcik.

Dah siap diorang berurut & shopping, kalau ikut plan nak g Kampung Daun, tapi sbb dah gelap,terpaksa le cancel..
tapi supir kami bawak pegi makan kat kedai makanan Acheh..nama restoran ni Gampoung Acheh..sebab utama kami dibawa ke sini ialah kerana kat depan restoran ni ade jual perfume since kami tak sempat nak borong perfume lagi..Borong perfume dengan mamat ni rasenye lagi murah kot dari tempat lain since kat sini untuk penduduk tempatan beli perfume..sbb aku tengok banyak motor yang singgah topup perfume.kalau kat FO tu plak khas untuk tourist.
ade 30ml-rp30000, 40ml-rp40000,50ml-rp50000..
Sementara mamat ni isi perfume dalam botol, kami pi makan dulu..
Die pun pening sbb tibe-tibe terima pelanggan yang macam langau ni.haha...

 deretan botol perfume
  dalam restoran
  menu kat Gampoung Acheh
 kat sini kami order Mee goreng pedas..memang pedas nokss..tapi menyelerakan..
total keseluruhan kami makan untuk 3 orang malam tu rp67000.kalau kat M'sia komfirm dah boleh masuk Metro ni.haha..

seterusnya kami balik hotel,terus tidur..

bersambung...

Wednesday, November 28, 2012

Sneak Peak Sabah bah

Lama tak update..bukannye taknak update..tapi mood takde..
awal November hari tu aku dah pegi Sabah.So layan je dulu gamba Sabah ni

 
Gunung Kinabalu



 Perumahan kaki Gunung Kinabalu


Pulau Manukan