Thursday, November 29, 2012

Gempar Penemuan di Palekbang, Tumpat,Kelantan

Ada berita yang aku dapat page FBI love Kelantan

Dikhabarkan, seorang kontraktor bersama rakan-rakan mereka menjumpai 'satu terowong' rahsia disana ketika kerja-kerja pembinaan disana.
Bomba, orang ramai, polis mula memenuhi tempat kejadian ? Terowong apa yang dijumpai tersebut , yang pasti ia amat berkait dengan sejarah Melayu Kelantan.

Dan ade update dari pihak admin dari maklumat penduduk sekitar

Dikhabarkan, seluruh kawasan terlibat di Palekbang ditutup rapi oleh pihak polis sekarang ini. Semua kawasan dipagar. Polis dan beberapa jabatan kerajaan mula berkampung disini sejak kelmarin kerana ia amat penting dalam menjaga kerahsiaan tempat ini. Berikut merupakan mitos mengenai terowong ini.

- terowong rahsia yang sangat panjang merentasi Sungai Kelantan
- kubu bawah tanah Tentera Jepun
- Kota Purba Raja siam + harta karun
- Tempat simpanan emas Kerajaan Melayu Purba

Isu Palekbang semakin panas.

Dan ini pulak cerita sebenar yang aku dapat dari salah sorang commenter

FLOW PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 1
Bermula dengan aduan oleh kontraktor yang membina jambatan baru di depan Tesco KB.
“Kenapa tak siap2 jambatan ini?
Ada tiang yang ‘bermasalah’…..

Tidak jauh dari situ ada kapal korek yang menyedut pasir di Sungai Kelantan. … mereka menemui sesuatu.
Sesuatu yang pernah diceritakan oleh orang tua tetapi tidak dipedulikan hinggalah 3 hari lalu, tiba2 kawasan itu dikepung oleh tentera. …..

Ada 2 bahagian:
- zaman purba
- zaman moden

telah banyak kali berlaku kejadian di mana mangsa lemas di sungai seoleh2 ghaib dan mayatnya timbul di tempat lain. Jika anda tanya orang Kelantan, mereka mesti pernah mendengar. seolah-oleh ada terowong dalam sungai tersebut. Tetapi orang kampung cuma cakap: antu air kot atau penunggu. Ini bukan jawapan yang kita nak dengar.
FLOW PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 2
1) Palekbang merupakan suatu lokasi di Tumpat tetapi bertentangan dengan Bandar Kota Bharu. Dipisahkan oleh Sungai Kelantan. Di sinilah terletaknya Kg Laut, famous dengan Masjid Kg Laut yang dibina oleh Wali Songo (Wali 9).
2) Telah dijumpai pintu masuk ke ‘ruang bawah tanah’yang luas. Lokasi di belakang Balai Polis Palekbang.
3) Cerita orang tua-tua ada menyatakan terowong ini amat panjang. Pihak penjajah British tahu mengenai terowong ini namun tiada apa2 tindakan.
4) Tentera Jepun yang datang sebagai spy telah mendapat tahu mengenai terowong ini. Mereka menggunakannnya sebelum Perang Dunia II.
5) Orang Jepun pada masa itu agak ramai di Tumpat kerana orang Jepun mengusahakan lombong bijih besi di TEMANGAN. Bijih ini dieksport ke JEPUN melalui pelabuhan di PANTAI SRI 7. Sebenarnya ini merupakan sebahagian daripada pengintipan Jepun sebelum Perang Dunia II.
6) Kita dikhabarkan bahawa EMAS dan PERALATAN PERANG telah dijumpai di lokasi tersebut.
7) Apa yang manarik berkenaan EMAS tersebut, ada pihak syak bahawa askar Jepun telah menemui kota purba di hulu Kelantan. Mungkin emas itu merupakan harta karun yang cuba diseludup pulang ke Jepun tetapi gagal.
8) Terdapat lombong emas di anak sungai Kelantan di hulu Kelantan sejak zaman British lagi.
9) Kawasan ini dikenali dengan nama Tanah Merah sejak zaman purba lagi, kerana kaya dengan emas.-via This is Kota Bharu

1 comment:

  1. smlm time pegi tgk,org yg jga kwsn tuh ckp it just telaga sbb dulu kat situ pelabuhan.keretapi turun. dlu keretapi guna wap air ntuk bergerak,so that bnyk la telaga yg dia org gali..

    tapi yg pelik,if it just telaga,knp xnk bg msuk kwsn tuh? mungkin sbb org tahu jepun ad tinggal brg n xnk bg org awam msuk ambek.

    ap2 pun,kt xtolak kmgkinan yg khazanah zmn jepun msh lg trsimpan d situ..

    ReplyDelete