Tuesday, February 17, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 3 (The Great Wall Mutianyu)

Sambungan dari Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 2 [Niu Jie Mosque]

Hari ni masuk hari ke-3 kami di bumi China, tapi merupakan hari ke-2 kami mulakan pengembaraan.

Plan hari ni, kami akan ke Great Wall..Ini le highlight untuk China. Rata-rata yang sampai ke Beijing, akan jejakkan kaki ke Great Wall.

Ada 9 section tumpuan pelancong kalau nak tengok Great Wall.Tapi kalau yang suka adventure, boleh la hire orang kampung bawak pi great wall yang belum conserve. Time tu kalau terjumpa tulang-temulang manusia, korang boleh la claim dengan pakar arkeologi yang korang dah jumpa rangka buruh binaan yang mati mase buat great wall dulu.

Aku cakap ade 9 section kan? Tapi bagi typical pelancong Malaysia, cuma ada 3 lokasi je yang biasa orang pergi iaitu :-
  • Mutianyu 
  • Badaling
  • Juyonguan Pass

Map tembok china yang menunjukkan section part untuk kita melawat. Source from www.travelchinaguide.com

Biasanya ramai yang akan pilih Badaling dan Juyongguan Pass dan tapi pilihan aku kali ni ialah ke Mutianyu.

Sebab utama aku ke Mutianyu ialah ade slideway untuk turun dari tembok china yang mana kita kene ikut gelungsur. Tapi untuk mendaki, aku plan nak naik dengan cable car untuk elakkan sakit kaki.

Tengok!!Bila aku plan itinerary, perkara utama yang aku cuba elakkan ialah sakit kaki. Nak buat camane, doremon kan kaki pendek.

Pagi ni kami sarapan dulu dengan maggi..Aku nak isi perut dulu, kemudian nak melunaskan panggilan alam. Sebabnya aku takut kene sambut panggilan alam kat public toilet luar sana. Tak boleh bayangkan aku nak kene hadap toilet yang....erk..korang sambung la sendiri.

Jadi, kami takde le keluar hotel awal pagi sangat..agak-agak kol 8.30 pagi, kami keluar, cuaca masih lagi berkabus.

Nak pergi ke Mutianyu dengan bas, ada dua cara:-

1. Naik bas 916 (Ekspress from Dongzhimen to Huairou), tambang RMB13. Turun di bus stop Huairou North Street, kemudian chartered satu minivan direct to Greal Wall dengan harga RMB40-RMB50. Nak naik minivan ni boleh share dengan tourist lain. Kalau taknak naik minivan boleh naik bas H23 atau H24 atau 936 dan turun di station Mutianyuhuandou.Tapi...ade tapinye..nak tau, baca entry ni sampai habis.

2. Kalau tak nak naik bas rakyat, boleh naik bas pelancong no 867 yang akan direct to Mutianyuhuandou. Tapi bas ni akan depart pada jam 10 pg dan 12tghari je.

Kalau boleh aku nak pilih cara no 2 tu, tapi lepas aku baca beberapa review cara tu, kebanyakannya cakap tourist bas tu tak tepat timing die. Dulu katenye bas cuma ada jam 8.00am dan 10.00am je.Tapi sekali bas datang kol 10.00 am. Kesian kat tourist yang menunggu dari kol 7 pagi lagi.

Jadi untuk elakkan tunggu masa yang lama, aku pilih cara no 1 je la.

Dah sampai Dongzhimen Station, kene keluar ikut Exit B, cari Dongzhimen Transport Hub.
Dah keluar, dari Exit B, aku dah lost nak pegi mane..Yang aku nampak, dekat bus stop tu orang ramai beratur tepi jalan tunggu bas nak pergi keje. Aku pegi tengok kat signboard bus stop tu, ade state pasal bas no 916 Dongzhimen-Huairou, so aku masuk le lane untuk bas 916.

Kebetulan time tu ade couple mat saleh yang aku terserempak mase nak keluar hostel, so aku konfident yang ape aku buat ni betul.Rupenye couple tu dari Spain, diorang dah travel start dari Singapore then overland from Malaysia cross Thailand to China..

Berbual kejap dengan die, dan die pun same le ngan kami nak naik bas 916..
Dok menunggu, lambat pulak bas ni datang.

Mari kita berebut bas dengan warga Beijing nak pergi keje, Pakcik yang pegang bendera tu memang die jaga orang nak naik bas.Nak tanya die pun boleh, tapi macam ayam dengan itik le bercakap.

Sekali mamat lelaki tu cuit aku cakap yang maybe kite ni dah salah bus stop sebab kat sebelah kiri tu tu die tengok signboard bangunan Dongzhimen Bus Station. Sepatutnye kami naik bas 916 Ekspress, bukannya bas yang local nak pergi keje.

Maka berlarilah kami masuk bus station tu dan nampak lagi ade signboard bas 916. Jadi memang betul le tu tempatnya. Jadi, untuk korang yang nak naik bas ni, kene beringat yang tempat tunggu bas 916 ni indoor, bukannye tepi jalan.

Nasib baik la mamat tu sempat perasan, kalau tak tengahari le sampai sebab bas 916 (non-ekspress) tu mungkin berhenti setiap bus stop.haha..

Entrance nak masuk bus station ni. Keluar je Exit B, belah kiri akan nampak entrance 

Naik bas je penuh orang, tapi sempat la aku tido kejap. Nak menikmati keindahan pun berkabus..

Dah keluar dari highway, bas berhenti kat satu bus stop yang nama die Qingchun Road. Time ni ramai yang turun, aku ignore je dulu sebab aku tau bukan bus stop ni.

Sekali ade lelaki kat bawah naik bas suruh aku turun.

"Great Wall!!"Great Wall!"

Aku terpinga-pinga lagi sebab mamai..Pastu aku pandang mamat Spain tu, die ngeleng kepala kat aku..

Lelaki tu turun, pastu naik lagi 2-3 orang suruh aku turun ulang banyak kali  "Great Wall here!"

Kebetulan bas pun nak jalan, diorang punterpaksa turun..

Aku jenguk kat bawah ade jugak tourist foreigner kat bus stop tu, then banyak minivan parking tepi jalan dan driver-driver die pun dok cari penumpang.

So aku dapat agak yang kalau nak pergi Mutianyu Great Wall pun boleh turun kat situ, cuma aku tak pasti tambang minivan dari situ murah atau mahal.

Dah sampai bus stop Huairou North Street, kami turun sekali dengan couple Spain tu..

Turun je dari bus stop, kami macam kene kerumun dengan lalat. Aku dah start pening sebab driver-driver minivan dok paksa ambik dengan diorang..

Then awek Spain  tu cakap kat aku yang diorang nak tunggu bas H24 sebab ade sorang traveller kat hostel dah dah pesan kat die, just ignore driver minivan tu dan tunggu je bas H24 tu kat bus stop tu.

Aku no hal je, takde masalah..Lagi bagus sebab tambang naik bas cuma RMB2 je.

Tapi masalahnya, kat situ penuh dengan 'langau'.

Semua driver tu marah kami sebab taknak naik minivan diorang..Siap maki, pastu ngumpat sama-sama depa je..Chong cheng..chong cheng..ape yang dibebel pun aku tak tau.

Lantak korang laaa..bukannye aku paham ape korang cakap pun..

Tapi yang pasti, memang bising!! Aku pun dah naik rimas..

Cuma ade sorang abang ni je dok approach cara lembut dengan kami, takde berebut dan cakap pun tak kasar..

Dah dekat 10 minit, abang tu datang bawak buku ko english, tunjuk part bas H24 tu cuma ada jam 8.00 am & 9.00 am je. Next operation pulak waktu petang.Aku dengan awek spain tu jeling hujung mata je tengok buku tu..kami cuba ignore.

Aku cakap kat couple tu kalau 5 minit lagi bas tak datang, aku nak naik minivan je. Lagipun, kami ade tempat lain nak dituju tengahari nanti. Couple tu pun setuju..

Kemudian abang yang tadi tu cakap die boleh bagi tambang RMB30 sebuah van.

Kami pun ape lagi, naik je minivan dengan abang tu sebab die nampaknye sabar tunggu kami walaupun kami buat muka toya tak pandang die.

Bus stop seberang sane le kami turun. Asal ade bas 916 je, driver-driver tu akan datang kerumun bas.

Dah sampai kat Great Wall, abang driver tu turun temankan kami sampai ke tempat bayar tiket. Si couple Spain awal-awal lagi dah blah taknak bagi abang driver tu follow diorang.

Aku tak tau ape motif abang driver tu. Mula-mula aku ingat nanti die dapat komisen la kalau die bawak tourist masuk. Tapi aku tengok die sekadar tukang cakap kat budak kaunter je berapa tiket nak, pastu lepas kami bayar dan dapat tiket, die terus blah.

Jadi haruskah aku rasa bersalah sebab berprasangka buruk padanya?

Lantak laa...yang penting dapat masuk Great Wall.

Mase aku nak buat decisions nak beli tiket tu, memang abang tu macam konfident je kami akan amik cable car.

Pastu aku cakap "No!!I want this "sambil tunjuk slideway.

Pastu die tunjuk yang aku kene naik cable car yang jenis kaki tergantung kalau nak amik slideway.

Plan aku asalnya nak naik cable car jenis gondola ke tembok paling atas, kemudian jalan kaki turun ke bawah sampai kat gelunsur tu then slide ke bawah..Sebenarnye takde masalah pun aku nak beli buat camtu, tapi harga akan jadi mahal le.

Kemudian aku tengok muka Eiza, die macam konfius sebab banyak sangat transport nak jelajah Great Wall ni. So aku terangkan kat die..Gini..gini...gini...

Tapi aku perasan, memang wajah die berubah menunjukkan "Taknak!" bile part cable car kaki tergantung tu.haha..sebenarnye aku pun gerun naik cable car jenis tu.

Jadi aku tau le yang pilihan kami ialah naik dan turun dengan gondola.

Fee yang aku bayar ialah RMB135sorang (RMB45-Ticket, RMB 10-Shuttle bas, RMB 80-Cable Car).

 Yang biru atas tu tiket shuttle bus, tengah tu ticket cable car, bawah  tu tiket Great Wall yang boleh buat poskad. Tapi aku lupe nak pos.

 Jalan kaki menuju ke shuttle bus.

Map Mutianyu,. Cable car akan bawak terus ke tower 14. Lepas tu pilih la nak pegi mane.

Maka berjalan lah kami ke shuttle bas sebab nak naik ke main entrance die pun jauh gile. Nak tak nak kene amik shuttle bus jugak. Biase le, bila site 7 wonder of the world ni, memang kene kurangkan tahap pencemaran alam, nanti reput pulak binaan tuh.*Aku balun je ni, jangan percaya bulat-bulat.

Time jugak kami dah terbeli buah berangan RMB30. Aku tak tau le harga tu kelentong ke tidak, kami tapi main bayar je..

Bile kire-kire balik, kire logik la, beli buah berangan kat jusco yang sikit tu pun dah 10inggit. Yang aku beli ni buah die sedap dan fresh, boleh balun makan sampai 3 hari menunjukkan memang banyak banyak buah tu.


Atas shuttle bus.

1/3 dari bukit yang kene daki dari tempat shuttle bus berhenti.

Gondola sudah datang.

Gondola sudah naik.

Tembok China dari jauh

Turun je dari shuttle bus, aku mengeluh lagi tengok bukit yang kene menapak sebelum jumpa cable car.

Akhirnya, dapat jejakan kaki atas Great Wall..ramai gile orang berkumpul. Dengan Travel Agent dok bagi penerangan kat ahli jemaah,

Loh..belum sampai atas tembok china lagi? Jenuh aku bercerita baru sampai kat sini..

Dah keluar gondola, ada dataran sebelum naik naik ke tembok. Kat sini ramai gile orang dok berehat dan kebanyakkannya TA dok bagi taklimat kat ahli jemaah die..Die cerita pasal sejarah tembok china le tewww....

Lain..lai..mari sini saya nak bercerita..

View tembok china dari dataran..Kabus!!

Jadi, sebab aku pun TA pada korang, moh le aku cerita sikit pasal sejarah die sikit-sikit..

Dalam entry awal aku ade cerita kan pasal pemerintatahn dinasti maharaja china dah bermula awal 2000BC lagi. Antara tahun 2000BC hingga ke 221BC, maharaja-maharaja yang memerintah china dah start buat tembok china ni sebagai alat pertahanan diorang. Kemudian, pada 221BC, Maharaja Shih Huang Ti dah menguasai tanah-tanah kawasan sekitar dan meggabungkan kawasan pentadbirannya. Dalam tempoh ni, dia arahkan kerja-kerja membina tembok china digiatkan. Ini menjadikan dia le sebagai pelopor dalam pembinaan tembok china sebab di bawah pemerintahannya, tembok china dibuat secara besar-besaran.

Shih Huang Ti ni memang antara maharaja yang paling berkuasa, bijak, dan paling legend dalam sejarah China. Dia le maharaja yang berjaya menyatukan kawasan penjajahan yang pada waktu tu dalam keadaan berselerak.

Antara kerja-kerja gila yang maharaja ni buat ialah membina kompleks kubur dia sendiri yang mana sekarang dikenali sebagai Terracota Horse & Warrior  Museum. (Benda ni nanti akan aku cerita bila dah sampai Xian).

Selain dari tu, maharaja ni jugak telah menanam hidup-hidup ahli falsafah Confucius dan juga membakar buku-buku mereka. 

Atas tu kawasan pentadbiran sebelum penguasaan Shih Huang Ti.Bawah pulak kawasan penguasaan Shih Huang Ti atau dikenali sebagai Dinasti Qin. Kawasan tembok China yang dibina waktu pemerintahannya adalah bahagian atas je, untuk mengelakkan serangan dari orang Mongolia. Kemudian, bila dah masuk pemerintahan maharaja dinasti lain hingga kurun ke 15, pembinaan tembok china dibuat sebagai menyambung tradisi pemerintahan maharaja sebelumnya. Sebab tu kalau nak cari peta tembok china yang exactly sama amat susah sebab pembinaannya berselerak.

Jadi moh le kite naik tangga yang menuju ke atas tembok tu. Kecik je pintu muat untuk sorang je kalau orang tu style merangkak naik tangga.

Dah sampai atas tembok je aku dah ade sikit mengah, belum jelajah antara tembok china yang panjang tu. Skala anak tangga tu untuk saiz gergasi kot..tinggi lain macam.

Dah sampai atas tu, aku amik jalan ke kanan sebab view belah kiri tak nampak apa. Berkabus!!

Ni yang buat frust ni,datang jauh-jauh kene tutup dengan kabus.



Tower.

Menurun
Turun lagik


Dalam tower
 Tembok China dari dalam tower.
Menurun..

Nak turun tangga ni memang curam..Nampak je macam tangga biasa, tapi seriau jugak le aku.


Dah lepas 2 buah tower dan dapat view cantik, kami duduk menikmati alam, posing dengan penuh gaya cik kiah.

Nyonya, amoi yang lalu lalang pun kami buat tak nampak je..

Ade sekali tu, baru je aku nak posing ala Fazura, ade orang pegang bahu aku, kemas pulak tu.
Terkejut aku dibuatnye sebab si Eiza kat depan aku tukang amik gambar, jadi sape pulak yang kenal aku kat sini?

Rupenye nyonya ni dah mengah sangat mendaki, bile die rasa nak tumbang, aku yang paling dekat dengan die, tu yang die berpaut pada aku je..

Pastu aku tengok geng die yang taraf nyonya pun sama, satu geng dah mengah!

Kemudian, straight je die jalan, takde say excuse me, sorry or angkat tangan pun kat aku.

Okey, aku paham semua tak cukup oksigen nak nak bercakap...

Then aku sambung posing..

Menurun...aku dah tak mau nak turun lagi dah sebab pikir nak patah balik pergi kat cable car kene mendaki pulak.

Jadi, moh le kite berehat



 Tembok China lagik..
Aku dan tembok China

Ada meriam..Fungsinya?Mestilah untuk serang orang..

Lagi..Tembok China

Melihat mereka mendaki..gigih!!Aku jugak la yang kebal nafsu nak mendaki.

Lepas tu kami berehat. Penat cik kiah berposing Semah..

Waktu tu,dari jauh aku tengok macam kelibat yang aku kenal..makin dekat ,aku dah cam..

Rupenye couple Spain tadi..Si mamat kat depan, si minah kat belakang..

Diorang tinggal one piece dah,jacket dah bukak, peluh dah berjurai..

Cepat betul diorang mendaki!!

Aku tanye "where you come from?"

Sambil kekurangan oksigen die jawab "From tower 4!"

Dengg!!Umpama peluh die terpercik kat muka aku..Malu siot..Gigih betul diorang mendaki.
Yang kami ni cuma dok cari port nak posing pun dah penat, apetah lagi nak mendaki..

Dah!Eiza!Jom kite kite beransur ke tower 14 balik..Tercabar ni!!

Dah sampai ke pintu exit nak turun ke cable car, aku pandang ke hadapan..Ada view cantik lagi..
Mase mula sampai, kabus tebal sangat, sekarang kabus dah kurang aku nak pi ambik gambar lagi..

Tapi..

Tapi...

Tapi...

Pandangan aku rosak..

Ramai orang dok berehat kat area situ..

Mereka berehat..tapi...

Tapi diorang buat shooting bikini.

OMG!!haruskan aku rasa beruntung?Tidak sekali.Menyemak ade la..

Ko dah kenapa time sejuk ni nak promote bikini?

Ramai amoi-amoi yang pakai bikni, pastu cuma tutup dengan winter jacket je. Bile nak posing, taraaa!!Die bukak jacket tu..

Sia-sia aku posing ala Fazura tadi!!

Ramai gile..dari tempat aku berdiri sampai ke bawah.Tu semua geng die.Dari belakang tengok bertutup, dari depan, taraaa!!

Tempat yang diorang nak posing tu dekat dengan main entrance/exit dari dataran tadi. Means orang dari dataran akan mendaki naik tangga. Then, ade sorang abang tengah mendaki tangga tu, elok pulak si amoi tu buat taraaaa bukak jacket, abang tu baru nak mendongak amik oksigen. Terjegil bijik mata die sambil terpinga-pinga..Aku tak tau perasaan abang tu bersyukur ke tidak dapat free show. Tapi yang pasti muka die blurr tengok amoi tu.

Dah!!Dah!!

Jom kita turun. Rosak mata dok tengok pompuan seksi pakai bikini.

Masa nak turun tu, di bahagian bawah tembok ade satu laluan, dan ramai berjalan dari arah situ. Aku tak tau ade apa kalau ikut arah situ, so aku cuma pose-pose manja kat depan tu je..


Makcik letih mendaki..

Seterusnya kami naik balik cable car ke bawah..

Dah sampai ke bawah, tempat entrance mula-mula masuk tadi, kami dok berkira nak tunggu bas ataupun nak hire minivan lagi. Alih-alih datang abang driver yang hantar kami pagi tadi.Rupanya die dok cari orang jugak. Malas nak pikir panjang, kami naik minivan die je. Tapi kali ni tak boleh tambang RMB30 dah, die letak RMB40 jugak. Takpe la, aku dok pikir die pun cari rezeki jugak, so aku accept je la..

Dah sampai bus stop Huairou, die suruh lintas jalan tunggu bas 916 balik..

Next destination, Beijing Olympic Stadium.

Bersambung..

Thursday, February 12, 2015

Tribute to Tok Guru

Mula-mula target hari Jumaat ni aku nak siapkan entry sambungan Amazing China 2014.

Tapi malam tadi lepas terima berita ketiadaan Tok Guru Nik Aziz, terus aku takde mood.

Sampai ke pagi, setiap kali aku buka feeds FB, air mata bercucuran laju tengok update news terkini dari perkarangan Masjid Pulau Melaka.

Bumi Kelantan menangis lagi. Belum kering airmata banjir besar melanda Kelantan, kini  Kelantan kehilangan Murabbi Ummah pula.




Bagi orang luar Kelantan, panggilan Nik Aziz lebih dekat. Kalau nak formal, akan dipanggil Datuk Nik Aziz.

Tapi bagi kami penduduk Kelantan, lebih mesra dengan panggilan Tok Guru yang mana boleh digunakan semua peringkat.

Bagi aku pula, Arwah Tok Guru dekat dengan keluarga kami walaupun aku cuma sempat berjumpa dan cium tangannya masa umur 8 @9 tahun dulu. Itu pun ayah aku paksa aku menyelit di celah orang ramai untuk bersalam dengan Tok Guru.

Bila dah besar, dari hari ke hari kami nak pi melawat ke rumahnya di Pulau Melaka, tapi tak pernah berkesempatan. Baik sedara-mara aku yang jauh pulak boleh pergi ke rumahnya. Kami yang dekat ni tak sempat pun.. Bila Tok Guru dah takde, sedikit terkilan dalam hati ni.huhu...

Arwah Tok Guru merupakan sahabat baik Arwah To'oki aku waktu mereka belajar bersama-sama di Pondok Tuan Guru Haji Abbas, Besut. Walaupun arwah cuma setahun je belajar di situ, tapi arwah Tok Guru dan arwah To'oki bersahabat baik hingga ke tua.

Antara cerita yang arwah To'oki sempat ceritakan pada cucunya ,Tok Guru ni anak orang kaya, keluarga dia bagi kuda waktu di pondok. Jadi bila nak ke kelas, Jadi bila nak ke kelas, Tok Guru akan tumpangkan To'oki naik kuda tu sama-sama.

Bila nak tidur, arwah berdua akan berkongsi bantal. Sebab keluarga Tok Guru ni golongan berharta, jadi keluarga dia mampu hantar Tok Guru menuntut ilmu agama di India. Disebabkan keluarga To'oki miskin, jadi terpisahlah mereka berdua.

Ade banyak lagi yang arwah To'oki cerita, tapi sebab masih budak-budak, aku dah lupa..Lagipun, sejak aku habis SPM, merantau keluar menuntut ilmu, dah kurang dengar cerita-cerita zaman Jepun dari mulut arwah To'oki aku. Bila die dah takde, rindu pulak nak dengar cerita dia.

Ada sekali tu, arwah Tok Guru datang ziarah arwah To'oki aku di Besut yang mana waktu tu Tok Guru kebetulan ade program dekat dengan Besut. Tapi waktu tu, kami satu famili berada di Johor dan  ralat sangat bile dengar Tok Guru datang rumah To'oki, takde sorang pun adik-beradik ayah aku yang ada. Kebetulan waktu tu semua pergi kerja, yang ada cuma To'oki dan Tok perempuan je.

Lepas Tok Guru pulang, Tok aku cerita kat ayah yang Tok Guru peluk To'oki lama, sambil menangis. To'oki aku waktu dah sakit tua, telinga kurang dengar dan mata kurang nampak.

Hari ini, tanggal 12 February 2015, Tok Guru meninggalkan kita semua. Arwah To'oki aku pula meninggal pada 7 Nov 2011(Raya ke-2 AidilAdha). Pemergian Tok Guru betul-betul mengingatkan aku pada arwah To'oki..Kedua-duanya aku anggap atuk dalam hidup aku. Dua orang yang sama saiz fizikal badanya, ilmu agama yang tinggi, garang & tegas dalam bab agama.

Semoga roh kedua-dua insan yang aku sayangi dicucuri rahmat.

Dan untuk Tok Guruku sayang, jasamu dalam mengembangkan ilmu agama di bumi Kelantan amatlah dihargai. Jika tidak kerana aku dibesarkan di bumi Kelantan, mungkin aku pun hidup dengan lalai nikmat dunia.

Terima Kasih, Tok Guru.




Ramai yang datang untuk bagi penghormatan terakhir pada Tok Guru. Tengok gambar-gambar ni aku terfikir, "Adakah bila aku pergi nanti akan mendapat penghormatan yang sebegini rupa?" 

Gambar arwah To'oki diapit cucu-cucunya.


Ayat ni aku #Report from IG @fedtriyahya
Tanggal 23 Rabiul Akhir 1436 Hijri bersamaan 12 Februari 2015 Masihi, perginya seorang lagi ulama pemimpin ummah.
Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat.
Pemergian tokoh ulama seperti Ayahanda Tuan Guru sememangnya meninggalkan ruang kosong dalam masyarakat yang memerlukan ulama dalam memandu kehidupan mereka.
Satu soalan yang perlu direnungi di sini ialah mengapa kematian para ulama disebut sebagai satu ujian kepada kita?
Bagi menjawab persoalan ini, saya mengajak para pembaca merenungi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari:
Dari Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan.
Imam Ibnu Hajar menyatakan di dalam Kitab Fathul Bari bahawa dari Abu Umamah r.a, ketika mana Baginda SAW menunaikan Haji Wida’ Baginda SAW bersabda: Ambillah ilmu sebelum ia dicabut atau diangkat.
Maka para sahabat bertanya: Bagaimana ilmu itu diangkat?
Jawab Baginda SAW: Ketahuilah, bahawa perginya ilmu itu dengan perginya orang yang menanggungnya - iaini ulama.
Pemergian seorang ulama tidak sama seperti hilangnya seorang doktor, arkitek, peguam mahupun seorang pemerintah. Bukan bertujuan mahu memperkecilkan peranan orang lain, namun setiap manusia punya ‘gelanggangnya’ sendiri.
Masyarakat yang kehilangan ulama seumpama masyarakat yang hilang arah pedoman hidup.
Tiadanya ulama menandakan titik permulaan kehancuran dalam masyarakat. Ketiadaan ulama sebenarnya adalah alamat kepada berlakunya hari kiamat.
Hadiahkan Al-Fatihah untuk Ayahanda Tuan Guru. Semoga tenang disana.
Takziah untuk seluruh ahli keluarga beliau.
Dari Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali. Wallahua'lam.

Sunday, February 8, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 2 (Niu Jie Mosque)

Sambungan dari Amazing China : Day 1 [Summer Palace]

Okey, Next Destination!!

Plan kami seterusnya ke Beijing Olympic Stadium..
Duduk dalam subway tu dok berkira-kira nak turun kat station mana, sebab kalau tengok map, turun di St. Olympic Sports Center yang dekat. Tapi aku konfius, sama ada main entrance untuk tourist kat situ ataupun dekat St. Olympic Park.

Kami buat keputusan turun je dekat St. Olympic Sports Center. Mase ni kaki aku dah start lenguh sebab atas train tak dapat tempat duduk pun.

Satu perkara yang aku perasan, orang Cina dalam subway bila dah tengok ade orang bangun dari tempat duduk, terus depa pi berebut kat tempat orang tu. Takdenye nak pandang kiri kanan kot-kot ade orang tua ke, orang mengandung ke..janji 'aku dapat duduk'. Kesimpulannya, orang kat sini lagi pelahap tempat duduk berbanding dari orang KL naik train. So memang aku takde can le nak duduk..

Mane tadi? kat St. Olympic Sports Center kan?

Dah sampai sini, kami keluar train, tengok ramai orang-orang yang berpeluh ala-ala atlit pakai pakaian sukan..

Ramai gilee!!

Aku dah rasa tak sedap hati.Mesti ade acara ape-apa kat sini ni..

Keluar dari station, komfirm!!

Ade larian marathon daaa..Sedar-sedar kami berdiri kat tempat orang dok sambut pelari marathon tu..semua bersorak lempar reben pastu terkam pelari tu bagi bendera & air..

Habis tu, kami nak terkam  ape?

Aku cume nampak Stadium tu dari jauh je. Nak masuk memang tak boleh le sebab gate entrance ke stadium tu dah dijadikan lane penamat.

Huhu..sedih..

Nampak gayanya kita dah salah timing la Eiza..Moh le kite keluar dari sini.

Aku nampak stadium dari jauh. Itu le gate kalau nak masuk kawasan stadium, tapi aku tak boleh masuk sebab atlit Marathon tu keluar ikut gate tu.


Masuk balik subway station, mula-mula hajat nak pergi ke next station, St. Olympic Park. Mana tau, kot-kot situ le tempatnye untuk tourist masuk.

Tapi melihatkan keramaian orang kat dalam station tu, dengan masing-masing berpeluh menitik, tak jadi le aku nak pergi..

Lastnye kami plan ke next destination kami, Niu Jie Mosque.

Atas train tu, camane ntah aku boleh ubah fikiran. Jom kita balik hotel dulu la..perut aku nak membuang plak rasenye..Rupenye Eiza pun same, nak sahut panggilan alam jugak. Maka kami terus ke hotel. Waktu tu jam baru 1.30 tghari.

Sampai je hotel, aku tanye receptionist tu kalau nak pergi Beijing Olympic Stadium, turun kat station mana.

So die jawab Olympic Park St.

Komfirm!!Kami dah salah turun tadi.

So plan nak Beijing Olympic Stadium kite tangguhkan keesokan hari je.

Dah dapat check in bilik, memang tanjat le boboi bile tengok bilik tu.

Bukannye bilik kami bersepah, tapi dinding toilet tu dari siling ke lantai ialah jenis cermin. Jadi nampak la kalau nak menyahut panggilan alam dalam toilet tu.

Haish!!!Dah le perut dah tak tahan..

Dah satu keje aku carik paper tampal kat dinding cermin tu.

Dah le suratkhabar takde, penyudahnye aku tampal kertas map & subway yang ade..kertas booking hotel untuk Xian & Chengdu pun aku guna sekali.

Senang cerita, aku tak recommend hotel ni kalau korang nak ambik private room. Kalau amik dorm maybe boleh lagi sebab aku masuk shared bathroom die level bawah tu okey lagi.

Dalam bilik. Sorry la, bersepah..takde mase nak snap dulu awal-awal masuk bilik. Maklumle, beberbut nak masuk toilet.haha...sekali....!!!

Tengok dinding toilet dari atas sampai ke bawah tu cermin..nampak bayang orang kat dalam wooo...takde mase nak berimaginasi lebih-lebih!!Akhirnye tampal dengan segala kertas yang ade.

Dah settle semua termasuk solat, aku terlelap kejap.

Sedar-sedar dah jam 4ptg..

Huh!!Bazir masa tau..Ni yang malas kalau balik hotel time tengahari ni, mesti kalah tengok katil.

Tapi takpe le, dapat rehat kejap..lagipun malam tadi tak dapat tidur proper kat airport, so ini le gantinye.

Kami keluar dari hotel dan terus ke St.Zhangzhizhonglu ..Destinasi kami seterusnya ialah Niu Jie Mosque.

Untuk ke Niu Jie Mosque, station subway yang terdekat ialah Chaishikou St.

Keluar dari station ni, nak mudah kami kene naik bas no 41,  aku dah pening mana arah nak tuju sebab betul-betul di simpang 4 yang mana jalannya adalah 8 lane.

Dan semua penjuru tu ade pintu exit dari subway station. Sekarang ni aku keluar dari exit pintu C tapi aku dah konfius kat mana nak tunggu bas no 41 tu.

Rupenye kalau nak naik bas tu kene keluar subway station ikut Exit A. Sebab aku malas nak cross bawah tanah, kami menyeberang je jalan 8 lane tu.

Fuh!!Memang adventure habis.

Ade zebra crossing pun tak guna. Lampu hijau untuk pejalan kaki pun tak guna. Siap kene berebut dengan kereta time nak melintas tu. Aku follow je pakcik depan melintas..kalau aku ikut peraturan jugak, memang sampai ke malam le aku kat situ.

Aku pun pening dengan sistem jalanraya kat sini..Bile lampu merah, kereta yang nak belok ke simpang tu boleh berhenti kat tengah-tengah persimpangan empat tu dan kereta still akan jalan jugak walaupun lampu merah..betul-betul aku konfius.

Dah naik bas no 41, agak-agak jumpa kawasan orang ramai pakai kopiah, aku turun le..Sekeliling banyak kedai Halal..

Tapi masalahnye nak cari masjid pulak kat mane..

Aku tau kami dah dekat dengan masjid, tapi nak cari entrance die tu tak jumpa.

 Bila dah nampak signboard kedai camni, tahulah aku ini le kawasannya untuk turun dari bas.
Tempat parking basikal.

Pintu masuk ke masjid terletak sebelum simpang sibuk ni. Seberang sana, banyak restoran halal yang mewah..

Sedar-sedar aku dah duduk kat area belakang masjid dah..

Dari luar pagar, aku nampak pompuan bertudung masuk kawasan solat. Tapi kami kat luar tak boleh masuk..

Aku tanye pak guard kat situ, die tunjuk aku kene masuk ikut depan. Jadi patah balik le kami..

Sampai entrance depan, elok-elok orang dah azan maghrib.

Akhirnye dapat jugak aku dengar Cina Muslim melaungkan azan. Diorang tak guna speaker pun,cukup je laungkan dekat centre kawasan lapang tu.

Sebab hari dah senja, cahaya matahari ade lagi, kami round dulu dalam kawasan masjid sebelum masuk solat.

Ada rumah imam, bilik mesyuarat, tempat masak, kelas iqra'..besar jugak kompleks masjid Niu Jie ni.

Pakcik yang depan sekali tu le yang bagi azan.
 Rumah/bilik yang ade dalam kawasan masjid ni. 

Lorong menuju ke Main Hall masjid

Ini mungkin pejabat masjid kot.

Yang aku tanda biru kotak tu sepatutnye main entrance die. Tapi sebab dah uzur pintu gerbang die agaknya, kene masuk kat aku tanda merah tu. Tu pasal aku terlepas sampai ke belakang masjid tu. Yang ruang paling besar tu ialah main hall masid, kawasan lelaki. Hall untuk perempuan pulak atas sekali belah kiri.

Sikit sejarah pasal masjid ni.

Masjid ni merupakan masjid tertua di Beijing, dibina pada zaman Liou Dynasty, tahun 996M dan dibesarkan di bawah dinasti Qing di bawah pemerintahan Maharaja Kangxi.

Dah!Tu je aku nak cerita..haha

Kami nak masuk solat jap..Cari bilik wudhuk, memang terasing dengan hall solat.
Dah le sejuk dengan air, nak berjalan pi hall solat tu rumit jugak le sebab kaki aku kesejukan malas sarung kasut.

Dah habis solat, kami keluar dari masjid, pergi hall solat untuk kaum lelaki. Kat sini besar sikit ruang die..Mula-mula aku takut nak masuk hall tu mane tau tak boleh masuk. Tapi tengok pak-pak imam kat situ ignore je kami, menandakan pelawat perempuan boleh masuk le tu..

Sempat le aku teliti binaan Cina zaman dlu.. Memang teliti ukiran khat die..

Hall solat untuk wanita

 Belah kiri yang ade kakak tu tempat ambik wudhuk. Kalau kat Malaysia aku tak kisah pun..Tapi kat China ni, dengan suhu drop to 8 degree bile dah malam, aku jadik kisah sebab air nak amik wudhuk pun dah sejuk.hihi..

 Dalam tempat solat

 Siling

  Belah kiri tu ade banyak kerusi meja untuk hafizah hafal quran.

Main hall, ruang solat untuk lelaki.

Kemudian kami keluar dari Niu Jie Mosque, nak cari restoran nak makan.. Aku memang dah target nak makan kat sini sebab sini le boleh jumpa restoran muslim.

Tapi masalahnye aku tengok setiap restoran tu besar dan aku tengok cina-cina yang makan dalam tu umpama makan besar famili.

Jadi aku takut nak masuk sebab aku boleh agak, harga die mesti mahal..

So aku berhenti beli roti goreng kat tepi jalan tu, aku tanye makcik penjual tu..Bukak apps kamus, aku tunjuk 'restoran' 'noodle' dalam pinyin..

Lepas tu die masuk, amik namecard..

Ah sudahh..ape pulak die nak berbisnes ngan aku ni...

Rupenye die tunjuk nama kedai tu..die suruh jalan straight, belok ke kanan..

Laluan yang die tunjuk tu memang laluan aku nak ke subway station. Maka kami ambik keputusan berjalan kaki je la ke subway. Kalau jumpa restoran tu, kami berhenti makan , kalau tak terus balik hotel je la jawabnye.

Gigih aku hafal tulisan cina bile tilik signboard setiap kedai..Akhirnya jumpa jugak kedai tu..

Masuk je, semua pandang..pastu lelaki pelayan tu suruh kami duduk kat satu tempat yang selesa sikit..

Aku pi beli mee tarik kat tempat casher tu..aku tanye kot ade mi fan (nasi), die jawab takde..cuma ade mee je..
Pastu aku tengok orang sebelah aku amik daging slice..so aku pun order sekali..

Makan le kami mee tarik original cina..

Tapi Eiza tak boleh telan, tekak die tak terima. Jadi le aku je yang gigih makan mee tarik dengan daging tu..

Dalam kedai. Kalau nak beli makanan, kene amik sendiri kat belakang nunnn,tempat pakcik baju putih berdiri. Kat situ nampak le orang buat mee.

Mee tarik dengan daging slice. Daging tu masin sikit, perit lidah aku..Kalau nak pedas, tambah je sambal dalam mee.

Dah siap makan, kami pulang ke hostel..

Kalau nak masuk toilet, mesti ade pesanan, "kite nak masuk ni, jangan tilik cermin ni eh.."

Haish..memang seksa la guna toilet cermin.haha..

Bersambung...