Tuesday, March 31, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 6 (Terracotta Warrior and Horse Museum)

*Bercinta aku nak siapkan entry ni tau tak!!Okey, dah habis bebel, moh kite sambung.

Sambungan dari Amazing China 2014 [Beijing-.  an-Chengdu] : Day 5 (Muslim Quarter)

Hello sunshine!! Selamat pagi!!

Bangun..bangun..

Hari ni aku exited. Kita nak pergi tempat yang menyimpan sejarah sejak 200BC lagi iaitu kira-kira 2200 tahun yang lalu. Bagi aku, tinggalan Terracotta Horse and Warrior ni dah sama level macam piramid di mesir dah. Walaupun piramid tu zaman purba, iaitu 2000BC dan teknologi buatannya boleh buatkan scientist dan ahli sejarah speechless, terracotta army and warrior pun tak kurang hebatnya. Sampaikan ada yang gelarkan Terracotta Warrior ni Eight  Wonders of The World.

Waktu penemuannya pada tahun 1974, memang pakar terkejut yang tempat ni boleh tersimpan elok bawah tanah selama 2000 tahun lampau. Di sini lah tersimpannya segala maklumat mengenai sejarah purba China termasuk politik, sistem pertahanan, sains dan seni.

Dah, moh kita bersiap...

Kami sarapan dulu kat lobby. Aku cuma minum horliks  dengan makan biskut je..

Kat Xian ni aku tak sibuk sangat nak makan stock makanan yang aku bawak sebab senang jumpa makanan halal

Dari hotel, kita ke Xian Railway Station dulu. Sebab semalam aku dari sana, jadi aku dah hafal jalan die arah mana. Tapi tak boleh jalan kaki!! Kena naik bas 603, bas pelancong yang dua tingkat tu.

Nak menunggu bas ni pun satu keje jugak, sebab bas takkan berhenti dekat bus stop yang paling dekat dengan hotel, tapi aku kene jalan jauh sikit menyeberang taman yang penuh dengan nyonya-nyonya dok buat tai chi.

Nak pilih bus stop nak tunggu pun aku pening! Sebab aku tak tau mana arah bas tu akan datang dari station dan yang nak ke station.

Akhirnye aku gamble je tunggu bas kat bus stop yang ramai orang menunggu. Nasib baik betul.

Lupe nak cerita, tambang bas kat Xian ni pun RMB2 je untuk ke mana. Tapi untuk bas yang dalam bandar je la..Kalau nak ke luar bandar, lain pulak harganye..Metro/subway pun ade jugak, tapi kurang digunakan untuk tourist. Lagipun tourist attraction for foreigner di Xian ni kebanyakannye duduk dalam area Xian City Wall kecuali Terracota Army Warrior je yang jauh sikit.

Dah sampai Railway station, mak aihh..ramai gile orang..

Turun je bas, orang-orang pakat dok kerumun.

Tapi depa tak kerumun aku, sebab aku kan alien...

Jadi aku sempat le aku pusing kiri kanan nak aim kat tempat nak nak tunggu bas untuk ke Terracota Warrior ni.

Sekeliling aku ramai orang dok jerit "Bing ma yong!!Bing ma Yong!!"

Aku dah dapat agak yang 'bing ma yong' tu maksudnye terracota horse. Kat sini, local people panggil ' terracotta horse' tapi for foreigner, nama 'terracota warrior' ataupun 'terracotta army' lagi popular..

Jadi aku approach sorang makcik ni yang dok sibuk dok jerit 'Bing Ma yong'..Die pun takut-takut tengok aku..

Bile aku tunjuk kat kertas itinerary aku 'bus no 306', die tunjuk arah sana..iaitu betul-betul depan Xian Railway Station.

Jadi, take note ye,kawan-kawan..public transport nak ke Terracotta Warrior ni ialah bas no 306, tunggu depan Xian Railway Station. Tambangnye RMB 7 sorang.

Kene melepasi City Wall ni dulu baru nampak bus station tu. Kat bawah gate ni ramai gile homeless yang duduk Baru bangun tido.

Depan railway station tu memang dah nampak kawasan bas ekspress dok parking, tapi nak naik bas kene beratur di tepi jalan..

Aku pun beratur baik punye sebab aku tengok pak cik makcik semua beratur..

Tapi bile bas 306 dah berhenti, terus pintu bas tu kene kerumun macam semut urung makanan..

Pakcik makcik yang depan belakang aku tadi dah takde dah..Semua meluru ke bas..Barisan yang tadi cantik dah takde!

Tanjat boboi dibuatnye..

Lohh..macam gini susah kita nak naik, Eiza..

Bile bas dah penuh dan nak jalan, pakcik-pakcik yang tak sempat naik bas tu datang balik beratur belakang kami.

Mase tu, ade sorang minah mat salleh ni pun dok mencari mane lane bas untuk penumpang 306. Die pun tercengang tengok aksi berebut naik bas tadi. Aku suruh je minah tu  beratur belakang aku..

Okey, Eiza..kali ni bile bas datang make sure kite berebut macam pakcik pakcik tu jugak!Aku pun ajak minah mat salleh tu join sekali. Die pun angguk kepala..

Bile bas datang, kami pegang tangan masing-masing..

Bas dah berhenti je..."Race start!!!"

Gigih aku berebut, tapi aku tetap kalah..

Yang minah salleh tu pulak camane boleh terlepas dah naik bas, tinggal aku dengan Eiza kat bawah.

Aku risau jugak, kalau aku sorang je lepas naik bas, Eiza pulak tertinggal.

Ade polis kat belakang tu bile tengok alien 2 orang ni, die suruh kaum-kaum die bagi laluan untuk kami naik dulu.

Fuh!!Lega, dapat naik..

Bas 306. Bile bas datang je semua serbu!Takde maknenye ko beratur awal-awal..

Perjalanan nak ke sana hampir sejam jugak. Bas akan berhenti beberapa tempat dulu sebelum last pitstop iaitu Terracotta Warrior and Horse Museum. Jadi sempat le aku tidur..

Baru je nak terlelap, belakang aku ade bunyi..

"Harkkkkk.."

Adoi..die dah mula dah..

Tapi, mane tuiih nye? Tak lengkap tu..patutnye bunyi 'hark tuih!!'

Hisy..geli tekak aku la, korang nih!

On the way ke Terracota Museum, bas lalu kawasan sini. Aku tak pasti tempat ape ni, tapi ramai yang turun kawasan ni. Mungkin salah satu tourist attraction jugak.

Akhirnye sampai jugak depan Terracotta Warrior and Horse Museum ni.

Dah beli tiket, kami menuju ke entrance gate. Mase ni ramai tour guide yang approach aku, tapi dengan bangganya aku tolak.

Bile difikirkan balik, rugi jugak kami tak upah tour guide..Kalau tak, boleh tambah ilmu. Aku tak tau berapa price die, tapi aku sarankan korang amik tour guide ni. Kalau tak kosong je tak tau ape kalau masuk sini.

Aku tak pe lagi, sebab aku memang dah banyak tau pasal terracotta warrior ni sebab dari dulu aku memang suka dok baca sejarah cina. Tapi untuk orang macam Eiza yang bukan history junkie ni, kesian pulak aku tengok die..terlopong tak tau ape..

Dari entrance, nak masuk ke dalam museum ni jauh jugak kene berjalan. Sekali lagi timbul mood aku malas nak jalan kaki, aku naik electric car yang akan hantar ke depan pintu sana dengan RMB5.

Meh aku terangkan sikit pasal kedudukan kompleks ni.

Yang anak panah tu in - out untuk kawasan museum ni. Dah sampai gate depan (kene scan bag dulu), akan nampak Pit 1  kat depan dan sebelah die baru Pit 2 dan Pit 3. Belah kanan pulak ada museum.

Dah..mana aku nak mula ni?

Sebenarnye sebelum masuk sini, aku tak study pun layout kompleks museum ni. Yang aku tau cuma ada Pit 1, Pit 2 dan Pit 3..Pitbull je takde.

Jadi bile dah lepas pintu gate entrance, aku dah bingung mana nak mula sebab dalam kepala aku nak letak Pit 1 adalah yang paling last.

Bila masuk je entrance, akan nampak Pit 1 bangunan paling besar. Belah kanan aku pulak nampak macam museum, jadi aku ambik keputusan nak masuk museum je dulu untuk ambik tambah pengetahuan le sikit-sikit.

Masuk je gate akan nampak bangunan Pit 1 dulu.

Bangunan museum..takde le besar mana museumnye.

Bile dah masuk, rupenye bangunan museum tu tengah buat exhibition pasal Raja-raja Italy!

Aiseyyy..salah masuk daaa..

Ni gambar ape ni? Ni bukan kereta kuda maharaja china tau, ni roda orang zaman rome dulu kala.

Ade le sikit introduction pasal terracota warrior and horse ni..Gambar ni merupakan keadaan asal penemuan kuda-kuda yang bawak maharaja.

Ni kuda terracota, maharaja punye kereta.

Keluar dari bangunan museum tu, aku terus masuk ke Pit 2. Sebenarnye aku nak cari Pit 3, tapi tak jumpa!

Puas aku dok tilik plan kompleks museum ni yang ade kat tiket tu, tapi cinonet sangat, tak nampak!
*Ni aku nak komplen sikit..Tiket nak masuk tempat-tempat menarik kat China memang mahal gedabak, tapi cuma dapat tiket je..Segala maklumat info memang tak provide. Tak macam Jepun, tiket-tiket nak masuk semua murah, siap dengan brochure dan map lagi.

Dah, moh la aku cerita sikit ape bende sebenarnye Terracota warrior ni.

Dalam entry Great Wall aku dah cerita sikit pasal Maharaja yang boleh dikatakan paling gila dalam sejarah tamadun china Maharaja Shih Huang Ti a.k.a Qin Shi Huang ataupun digelar The First Qin Emperor. Kekejaman die dah sama dengan Firaun, cuma die memerintah sekejap je iaitu selama 36 tahun.

Kompleks makam ni mengambil masa 38 tahun untuk dibina. Qin Emperor naik takhta pada umur 13 tahun dan selepas 9 bulan dilantik, dia mengarahkan membina makam die sebab die percayakan kehidupan selepas mati. Die nak, selepas mati, kehidupan die sebagai maharaja tetap berjalan seperti biasa. Jadi, segala profesion dikerah untuk membina komples makam ni. Sebuah tempat dipilih untuk dijadikan makamnye iaitu Mount Li.

Kawasan ni dikorek dan dibina lengkap dengan semua keperluan maharaja di waktu pemerintahannya atas muka bumi.
" They dug through three layers of groundwater, and poured in bronze for the outer coffin. Palaces and scenic towers for a hundred officials were constructed, and the tomb was filled with rare artifacts and wonderful treasure" 
Itu quote dari Sima Qian (145-90BC) , yang merupakan sejarawan terkenal dari zaman Dinasti Han lagi.

Tak dapat aku bayangkan macam mane kedudukan sebenar kompleks istana bawah tanah yang sebenarnye.

Tapi kalau korang nak bayangkan jugak, boleh tengok The Mummy : Tomb of The Dragon Emperor.
Kalau betul ape yang movie tu bayangkan, memang hebat teknologi zaman dulu.

Untuk membina kompleks makam ni, seramai 700,000 kerahan tenaga telah digunakan.

Bukan setakat istana je yang dibina, tapi maharaja tu nak ade dengan orang-orang kanan seperti pak-pak menteri dan general-general die sekali.

Tak cukup dengan tu, die nak askar-askar die pun ade sekali dalam kubur tu.

Tak cukup lagi? Die nak ade jugak golongan artis-artis masuk sekali dalam kubur untuk hiburkan die di kala kesunyian..Tapi tak sempat buat, die dah mati.

Maka dengan itu, die mengarahkan rakyat-rakyatnya membuat patung-patung dari tanah liat yang menyerupai bentuk asal manusia dengan skala 1:1. Bukan skala je sama dengan manusia asal, tapi pangkat, pakaian, rupa bentuk manusia pun dibuat sama. Kalau ade sorang je menteri kewangan, maka, patung akan dibuat dan diukir mengikut rupa asal menteri tu.

Kalau ade 10,000 orang termasuk pak menteri dan askar-askar? mesti le tukang ukir tu ke ne buat exactly sama dengan bentuk asal.

Kalau ada tentera berkuda pulak?Harus la kudanye kene buat sekali..

Jadi bayangkan le kerja-kerja tukang nak buat tu.

Middle ranking officer

High ranking officer. . Salah satu dari 7 'general' yang dijumpai dalam pit. Tengok pakaian pun dah tau pangkat tinggi ke rendah. 

Cavalryman and the war horse.

Kneeling Archer. Ahli pemanah yang dah bersiap sedia untuk memanah. Sebanyak 160 kneeling archer dijumpai dalam pit 2 ni.

Ni askar prebet paling bawah..kesiannn...pakai baju pun lusuh benau..orang lain pakai baju perisai bagai..

Ahli sejarah menyatakan tiada satupun wajah patung-patung ni adalah sama. Jadi, mungkin sewaktu tukang nak ukir patung sekian, orang tu kene datang diri depan tukang untuk tukang ukir muka yang sama dengan tuan asal.

Kalau ahli pemanah, tukang akan buat patung yang menunjukkan kedudukan ahli pemanah bersedia  nak memanah.

Kalau askar prebet paling bawah?dibuatnya dalam keadaan bersedia untuk menyerang.

Pendek kata, patung-patung ni disusun dalam keadaan strategi yang dah bersiap sedia untuk berperang supaya di alam sana nanti maharaja berperang seperti sediakala seperti di atas bumi.

Meh nak cerita pasal pit pulak..

Bila kompleks ni dijumpai oleh seorang petani pada tahun 1976, arkeologi telah menjumpai askar terracota yang banyak tertanam yang mana  pit 1 dan pit 2 merupakan tentera-tentera yang dah bersedia untuk berperang. Manakala pit 3 pula merupakan tempat untuk pegawai-pegawai berbincang untuk bagi arahan pada tentera yang berada di pit 1 dan pit 2.

Sebenarnye patung asal terracotta ni telah dicat dengan warna dan ada sesetengah warnanya masih belum luput hingga sekarang. Camane tu? 2000 tahun yang lalu pun dah ada teknologi yang boleh buatkan warna kekal tak dimamah tanah.

Bukan setakat askar-askar terracota jugak yang dibuat, tapi sejata-sejata juga telah ditanam sekali bersama-sama dengan patung askar tu. Lebih 40,000 alat sejata dijumpai seperti pedang, lembing, anak panah, dan macam-macam lagi yang aku tak reti nak sebut.

Apa yang menariknya, pasal alatan senjata ni, ia disalut dengan chrome-saline oxide  yang berfungsi untuk mengekalkan ketajaman dan terus berkilat tidak berkarat. Saintis menemui permukaan pedang dan alatan senjata ni disalut chorium yang mana teknologi ni hanya digunakan di German pada tahun 1937! Tetapi Emperor Qin telah menggunakannya sejak 2200 tahun yang lampau.


Adeh..penat la aku nak cerita pasal maharaja ni..jom le kite masuk. Kat mane tadi? Pit 2 kan?

Pit 2 ni memang banyak lagi yang belum digali dan banyak lagi yang masih tertanam. Tapi unit tentera dalam pit 2 ni lebih complete jika nak dibandingkan dengan Pit 1 kerana di sini letaknya kedudukan askar dari perlbagai ranking, tentera berkuda dan tentera pemanah .

Pit 2 ni gelap malap sikit. Bawak pulak camera tak canggih. Lagi malang baru beli camera sebelum naik flight, memang takkan terrer le aku nak tukar setting. So hadap la gambar kelam..Kalau gambar cantik tu, maknenye aku snap guna handphone.

Pit 2 lagi..tu semua belum digali lagi tu.

Gambaran keseluruhan pit 2. Kesemua barisan belah atas adalah kedudukan tentera berkuda. Bahagian bawah kanan adalah kedudukan askar dan kneeling archer. Dikatakan kedudukan ni semua merupakan strategi peperangan. 

Dah habis pusing Pit 2, sebelum keluar dari pintu akan ade tempat bergambar. Tapi berbayar..Nak snap gambar patung tu pun tak boleh.huh!

Jangan tanye aku ni sape, tapi ni gambar dari tripadvisor. Kalau nak amik gambar kat sini kene bayar.. Mula-mula macam membazir, tapi bile dah balik rumah tengok balik, aku rase tak rugi pun..buat kenangan..

Kemudian kita ke Pit 3. Ini pit paling kecik yang menempatkan tempat untuk high ranking bermesyuarat untuk bagi arahan pada tentera-tentera yang berada di Pit 1 dan Pit 2.

Pit 3. Ini je yang ada..patung-patung masih belum dicantum sepenuhnya lagi.


Dah habis pit 3, baru le kami menuju ke pit 1.

Exited ni!!Sebab aku tak sabar nak tengok terracotta army yang banyak-banyak tu.

Masuk je entrance pit 1, penuh orang. Mula-mula sekali aku tengok ade model kompleks museum terracotta beserta dengan makam maharaja sekali. Lama jugak aku menilik model ni yang besar gile..

Dah puas tilik,baru le aku masuk ke pit 1..

waaaahhhh...besar gile!!!Dan ramai gile!!!

Aku tak nampak  lagi patung terracotta yang banyak tu sebab ramai orang duduk kat tempat hotspot tu.

Terpaksa le aku menyelit di celah-celah orang ramai. Akhirnye aku berjaya jugak.

Kompleks ni sebenarnye besarrr gile..Besar maksud aku ni bile dah gabung dengan kubur Maharaja Shih Huang Ti. Kubur die ni bukan sebarang kubur, tapi merupakan sebuah bukit. Untuk pergi ke kubur maharaja tu ade bas disediakan. Mula-mula aku plan nak pergi jugak, tapi bile dah masuk tengok askar-askar tu semua, aku rase dah tak perlu dah.
A - Kompleks museum terracotta warrior and horse.
B - Kompleks makam Qin Shi Huang
C - Lokasi tempat kesemua tukang dan pembuat makam maharaja ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan orang luar jumpa mayat maharaja.

Dan..taraaaaa....inilah die pit 1 yang penuh dengan askar-askar  dan kuda terracota.hanya 1/3 je yang dah siap digali dan dicantum balik. Moh kita pusing pit 1

Penuh dengan askar-askar..tapi aku tak sempat nak tilik muka patung tu satu persatu, nak tengok muka same ke tak.



Pit 1 dari sisi bucu.

Ingat senang ke nak amik gambar dapat background terracota warrior dalam pit 1? Bayangkan orang die ramai bersesak-sesak dan tolak menolak perkara biasa. Nasib baik aku ade monopod & camera wide lens je. Tu la, sape suruh pandang pelik bile aku keluarkan monopod..kan aku dah dapat, korang tak dapat..

Close up sikittt..

Lagi....Dalam pit 1 ni juga ada dinyatakan sebelum tempat ni digali pada tahun 1976, masyarakat kat sini jadikan kawasan ni sebagai kubur. Ade dijumpai kesan kubur orang-orang lama dalam kawasan ni.

Ade yang takde kepala..kesian..

Bile dah jalan sampai belakang, nampak patung-patung yang dah siap dicantum dan disusun sebelum ditempatkan di tempat yang sepatutnye.

Team kurator memang buat keje pembaikan patung terracota ni dalam pit 1 jugak, belah belakang. Jadi boleh le tengok diorang buat keje. Mase aku sampai sini time lunch. Staff tengah beratur bukak uniform dan scan barang sebelum keluar. Bayangkan mase diorang jalan keluar tu terlanggar patung-patung yang bersusun..OMG, kesiannnn..Aku bayangkan je....

Lokasi tempat team kurator buat keje.

Patung yang baru siap, dilabelkan..so far, ini le patung yang paling dekat boleh tengok oleh visitor. Patung lain cuma boleh pandang dari jauh je..Yang kat luar museum tu banyak, dalam hotel pun ade patung terracotta ni. Tapi tak special..Yang special bile die ditanam 2000 tahin dulu dan dicantumkan balik..*matila antu patung askar ikut balik.

Lokasi kerja-kerja pemulihan.

Dah habis pusing,kami keluar menyelusuri lorong tepi bangunan pit 1. Kat lorong ni ade dipamerkan gambar-gambar sejarah penemuan terracota warrior dari 1976 hingga sekarang.

Termasuk jugak le pemimpin terhormat dunia yabg datang melawat ke sini.

Bill Clinton pun dapat turun pit 1 tengok terracota warrior dari dekat. Ramai lagi orang terpenting dunia yang dapat turun ke pit 1. Kalau malaysia, yang aku tengok ex-Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan je.

Akhirnye kami jumpa gate keluar..

Tapi kene melalui deretan kedai-kedai yang jual souvenior..Aku tak tau nak kategorikan FM & souvenior lain mutah ke tak..Tapi aku rase lebih kurang sama je kalau pandai tawar.
Tapi kalau nak lagi best, rasenye better shopping kat Muslim Quarter.Cuma kat Muslim Quarter tu korang kene pandai cari lorong yang jual souvernior..Kalau tak asyik jumpa makanan je..

Layang-layang panjang ni la yang ramai orang main kat dataran dekat dengan Bell Tower tu. Kalau ade anak buah lelaki, aku fah beli dah..tapi alangkah bagusnye takde..Jadi selamat duit aku.muahaha...

Dah melepasi kedai-kedai jual souvenior, kene melalui deretan restoran pulak. Asal visitor lalu je, tukang tarik mee sibuk tunjuk kehandalan. Pastu makcik waiter pulak terpekik suruh orang masuk restoran die..Kelakar aku tengok semua restoran dok berebut customer..Kalau orang tu tak jadi masuk, dimakinye orang tu pulak. Dan sekali lagi aku bernasib baik sebab alien..haha

Akhirnye, sampai jugak pintu keluar..kami terus ke tempat bus stop tadi..Mase ni terjumpe minah salleh yang naik bas pagi tadi..So kami gerak sekali je..

Die pun lone ranger, pakwe die di Shanghai tengah study..Tapi pakwe die tak nak ikut. Petang ni die naik bullet train ke Beijing pulak untuk cover great wall. Sebab tu die kejap je kat Terracotta Warrior..

Kami?

Kami pun sekejap jugak sebab petang ni nak cover Bell Tower, Drum Tower, Masjid Xian dan yang paling best, nak pergi Muslim Quarter lagi..

yeah!!!

Tapi sebelum tu kami pergi hotel untuk lunch kat restoran depan hotel dan kemudian solat dulu sebelum keluar.

bersambung..

Sunday, March 29, 2015

JBT sebagai pakej pelancongan pilihan ke Jepun



Entry ni khas untuk contest yang Japan Budget Trip anjurkan bagi merebut hadiah utama pakej percutian ke Jepun.

Kenapa aku gigih sangat nak masuk contest ni??

Yaa!!Sebab demam Jepun aku tak pernah surut..

Banyak kali aku tengok tiket KL-Seoul..Tapi end up, hati aku terdetik, "baik ko gi Jepun!"

Jadi banyak kali aku tanamkan impian ke Korea, tapi aku sentiasa semai impian ke Jepun.

Cewahhh!!!Jiwang tu!.

Sakitnya tuh di sini!!

Okey,dah!!

Meh sini nak cakap,jalan-jalan kat Jepun memang le teramatlah senang.

Tapi ianya senang bagi orang yang berjiwa kental.

Senang bagi orang yang cepat update dengan situasi sekeliling.

Senang bagi mereka yang tak cepat panik bile tak jumpa jalan a.k.a lost..

Senang bagi mereka yang tekaknya boleh terima apa macam rasa makanan tak kira tawar, manis, masin..

Tapi kalau rasa anda jenis takut nak berjalan-jalan first time di negara orang..

Kalau anda jenis orang yang bila tiba waktu lunch, anda tak boleh skip lunch..

Kalau anda jenis malas nak pening kepala cari direction, malas nak bercommunicate bahasa ayam-itik dengan local...

Kalau anda jenis malas nak buat research sebelum pergi bercuti..

Dan yang paling penting, anda memang tak confident langsung nak survive di negara orang tanpa bantuan orang berpengalaman..

Aku bagi pesanan, hire le guide untuk ke sana..

Aku tak pernah perkecilkan golongan orang camni..sebab aku pun bukannye high survival sangat..cuma kelebihan aku ialah cepat adapt dengan situasi semasa dan juga aku rajin buat research..

Dan in case kalau aku ditugaskan bawak satu rombongan cik kiah ataupun bawak orang tua, aku pun akan hire tour guide untuk uruskan segala urusan di negara orang..

Lagi-lagi ke Jepun...Negara yang boleh dikatakan err..susah jugak le nak survive memandangkan penggunaan bahasa ibundanya yang amat meluas.

Jadi, kalau malas nak pening kepala, aku rekemenkan korang amik je pakej on the ground kalau nak jimat. Tiket flight korang grab sendiri masa promo..kalau rasa banyak duit sangat, pergi le MATTA Fair, amik pakej all in include flight.

Jepun ni korang toksah bimbang..sebab agent memang takkan bawak korang ke kilang kain la..kilang teh la..kilang buat cincin laa macam agent di China, Vietnam, Korea dll.. Sebab Jepun ni terlalu banyak tempat yang boleh dilawati yang bersumberkan alam semulajadi, artifak sejarah dan cultural.

Lagipun, tipping adalah diharamkan di Jepun, dan tiada pemaksaan dan urusan jual beli..Jadi tak perlu nak pening kepala hadap agent-agent kejar nak komisen.

Kalau nak rasa feel lifestyle rakyat Jepun yang setiap hari laju je jalan kaki naik turun train, boleh lah hire agent/ guide yang akan bawak anda semua jelajah dengan konsep half backpackers..apasal aku cakap half?bukannye full backpacker?

Sebab kalau full backpackers korang kene survive sendiri laa..no need travel guide.haha

Nak sewa sebuah bas/minivan ala-ala melancong kat Indonesia? Aku tak pasti berapa harga, tapi aku pasti ia amatlah mahal. Sedangkan tambang naik train/subway pun Y200(RM8), apatah lagi kalau naik teksi dan sewa minivan..

Lagipun, pengalaman naik public transport di Jepun amatlah satu kemestian untuk kita sebagai rakyat Malaysia merasai sendiri kehebatan kemudahan fasiliti di sana.

Jadi, aku sarankan korang kalau nak cari agent, pilihlah yang sediakan service bergerak ke satu-satu tempat guna public transport.

Baru real, beb!!

Jadi, straight to the point, my recommendation going to Japan Budget Trip

Ok, bye!!


Haha..kejam gile cara aku nak promote..

Meh aku citer panjang lagi kenapa aku rekemenkan korang agent ni..

The reason. Kenapa Japan Budget Trip?

Pengasasnya adalah seorang rakyat Malaysia yang pernah duduk di Jepun dan sekarang ni merupakan full time agent ke Jepun. Dia sendiri la yang akan bawak ahli rombongan ke sana, yang akan jaga makan, minum, penginapan dan juga urusan naik turun public transport. Starting point di airport Malaysia dan berakhir juga di Malaysia.

Tiada orang tengah!

Jadi, bila dah kate takde orang tengah ni, takde le masalah si X kat KL kate pakej include itu ini..Tapi nape si Y kat Jepun tak include plak?

Antara ahli jemaah rombongan yang turut serta dengan trip JBT

Tak kira peringkat usia, semua boleh turut serta.

Kalau dah nama pernah duduk di Jepun, jadi takde masalah dari segi nak communicate dengan orang sana kan..Silap-silap ahli rombongan ade peluang berborak minum kopi dengan local people kat sana.

Lagi satu, bila dah ada orang yang faham cara hidup Jepun, pemilihan makanan pun jadi senang. Nak order makanan pun lagi le senang sebab ade orang tolong translate.

Sushi tu boleh makan tak?

Onigiri ni inti ape?boleh makan tak?

Noodle ni boleh makan tak?

No need to peningkan kepala masing-masing la..Korang cuma jadi follower tegar je.

Selain tu bile orang Malaysia sendiri yang dah duduk Jepun ni, dia dah tau mengenai cultural Jepun.

Kenapa orang Jepun camgitu?Kenapa Jepun gini?Kenapa jadi begitu? Kenapa jadi begini?

Mesti ade orang yang tolong informkan korang.
Jadi sepanjang perjalanan korang takde le kosong kalau tuan rombongan akan bercerita face to face dekat dengan telinga korang sendiri..

Berbeza dengan naik tour agent yang chatered sebuah bus/minivan..cakap guna speaker..bagus memang bagus, tapi aku pasti ramai yang akan tidur. Kalau tak pun tak paham slang english depa kan..

Fleksibel...Bukan setakat naik public tranport je, peluang naik basikal pun ade..Based pada tempat yang akan dilawati. 


Bab nak solat

Don't worry.

Sebab die dah tau selok belok kat sana, die dah tau kat mana sesuai nak bentang sejadah, kat mane tak sesuai..itinerary pergi ke Masjid pulak dah tentu termasuk dalam list. Peluang berbual dengan muslim Jepun lebih tinggi kalau ade orang yang boleh communicate bahasa die.

Aku pernah baca yang ada satu famili ni nak solat kat ruang tangga dalam museum, kejap je lepas tu ade security datang check..So, nampak tak tak semua tempat kite bebas bentang sejadah..

Lagi-lagi sekarang ni musim ISIS. Ade sorang traveler pompuan Malaysia kat sane pernah kene hambur dengan sorang pakcik tua yang mabuk pasal orang Islam ni pengganas. Ni semua gara-gara rakyatnya yang pernah jadi mangsa pembunuhan ISIS. Tapi nasib baik ade budak muda ni tolong explain kat pakcik mabuk tu.

Tapi don't worry..Kerajaan Jepun berusaha gigih untuk bagi kefahaman pada rakyatnya pasal perbezaan ISIS dan Islam. Buktinya, kebanyakan tempat tumpuan pelancong telah disediakan Pray Room. Kefahaman tentang makanan Halal juga turut diberikan pada pengusaha restoran. Jadi, sebab tu bila dah ade orang Islam Melayu yang jadi tour guide kita ni, takde masalah bab menunaikan kewajipan.

Ahli rombongan JBT yang bersolat di tempat awam..

Bab makan dan minum

Pakej yang JBT provide ni sememangnya tak termasuk meals. Tapi ketahuilah anda kalau pakej termasuk meals, harga akan terus jadi mencanak naik. Sebab makanan di sana teramatlah mahal. Bayangkan kalau nak makan nasi goreng pun dekat Y1000=(RM30++)..

Jadi pihak JBT dah sediakan option sama ada nak makan cara budget (sekadar beli onigiri kat Family Mart then makan dengan tempura atau brahim) ataupun makan secara proper masuk restaurant. Kalau nak cara mewah, boleh la masuk restoran pak arab..tapi sediakan duit je la..Ape pun, ikut citarasa ahli jemaah rombongan masing-masing. 

Makan ikut selera ahli jemaah rombongan. Lain tekak, lain penerimaannya..Kalau tak boleh telan makanan Jepun, guide akan cuba cari tempat makanan yang kene dengan selera kita. Kalau nak lagi selamat, bawak bekal Brahim.

Accommodation

Pihak JBT akan cari penginapan yang sebudget dan selesa mungkin untuk ahli rombongan.
Antara pilihan nya ialah hotel budget ataupun homestay mengikut kesesuaian dan juga availability.

Kalau dapat homestay lagi bagus..boleh main masak-masak pastu bawak bekal..Kan..Janet kannn..kann..kannn...

Transportation

Untuk bergerak antara satu tempat ke satu tempat? Anda akan bergerak dengan public transport sama ada train/subway ataupun public bus. Lost direction?Cara nak beli ticket? Don't worry..Tour guide tu sendiri yang akan uruskan semua tu.

Ade lagi yang best pasal bergerak dengan public transport ni , tapi meh aku cerita dulu bab pakej-pakej yang ditawarkan oleh Japan Budget Trip ni.

Pakej lawatan 

Pakej-pakej yang JBT tawarkan ni aku boleh katakan ianya lain dari yang lain.

Mane yang lainnye?

Kebiasaannya, travel agent yang lain akan offer pakej lawatan kawasan menarik di sekitar region tu sahaja. Sebagai contoh, kalau turun di Kansai, lawatan hanya bertumpu di Osaka-Kyoto sahaja. Kalau termasuk Kobe dan Nara, itu dah kira bagus le tu. Kalau turun di Tokyo pulak, pakej akan include Tokyo-Disneyland & Mt.fuji (Kawaguchiko).Harga??toksah cakap la...takde RM3k-4k, telan air liur je la..

Tapi melalui pakej JBT, dengan harga yang tak cecah RM2k, korang boleh pergi ke tempat yang luar region. Kalau landing di Kansai, pakej akan include ke Himeji, yang mana letaknya kira-kira 100km dari Osaka. Kalau landing di Tokyo pulak, boleh pergi Gala Yuzawa untuk main ski yang mana letaknya leih kurang 200km dari Tokyo.

Yang paling best, korang berpeluang naik shinkansen!!

Bukan sekejap tau, lama!!

Memang puas hati la kalau dapat naik shinkansen. Orang kata tak sah kalau datang Jepun tak naik shinkansen. Tapi tiketnya teramatlah mahal..Bayangkan kalau nak naik shinkansen dari Tokyo ke Osaka pun tambang die lebih kurang Y14400(RM430) sehala..Nak paling budget, boleh try route Osaka-Kyoto. Itupun duduk kejap, tak sempat panas buntut dah kene turun.

Sebab tu aku kate, bile ade agent yang offer pakej include naik shinkansen, dah kira murah dah tu.

Nak rasa feel naik shinkansen camane? Boleh baca sini

Contoh Pakej ke Tokyo:- 
Tentative Itinerary (Haneda Airport)
Day 1 : Arrived at Haneda Airport. Airport transfer to hotel
Day 2 : Tokyo Free & Easy
Day 3 : Tokyo Disneyland
Day 4 : Day Trip to Gala Yuzawa (Ski Resort/Shinkansen)
Day 5 : Day Trip to Karuizawa Shopping Plaza (Shopping Plaza/Ski Resort/Shinkansen ride)
Day 6 : Tokyo : Free & Easy & Airport transfer via Haneda Airport
Tentative Itinerary
 Day 1 : Arrived at Kansai Airport. Kyoto
Day 2 : Kyoto
Day 3 : Himeji
Day 4 : Osaka
Day 5 : Osaka
Day 6 : Osaka. Depart via Kansai Airport

Untuk tambah info tempat-tempat menarik yang biasanya tour guide akan bawak, boleh refer sini. Aku dah listkan most interesting place yang tourist akan pergi.

Selain dari tu, ade jugak pakej-pakej lain yang mana aktiviti tengok para-para sakura dan autum in my heart..Tepulang pada minat masing-masing..Tapi aku boleh cakap yang tempat JBT bawak adalah rare, bukannye typical tourist asing yang pergi..Kebanyakannya adalah pilihan local, tapi viewnya adalah menakjubkan.

Contoh Pakej Spring
JBT Hana Trip 2015 (Updated on 13 Jan 2015)

(Early Bird Discount (RM100) for 5 earliest participant to register for Trip B ONLY)
Average 8 participant per trip --> Booking early for RM100 discount

Trip A1 (25 April - 3 May : RM3,690) - LIMITED SEAT
*Osaka/Tokyo/Mt.Fuji/Shibazakura Festival/Ashikaga Flower Park

Trip A2 (28 April - 3 May: RM2,590) - LIMITED SEAT
*Tokyo/Mt. Fuji/Shibazakura Festival/Ashikaga Flower Park

Trip B (5 - 10 May: RM2,590) 
*Tokyo/Mt.Fuji/Shibazakura/Festival/Ashikaga Flower Park

Contoh Pakej Autumn in Kanto
JBT Kanto 2015 Autumn

Package JBT Kanto 6D5N (13-18 Oct 2015)Price : RM1,990 (EARLY BIRD PROMO : register by 30 April 2015 ; Normal RM2,090)
Package JBT Kanto 7D6N (12-18 Oct 2015) : maximum 6 participant onlyPrice : RM2,490 (EARLY BIRD PROMO : register by 30 April 2015 ; Normal RM2,590)


Trip info:

1) Tokyo City Tour
2) Tokyo Disneyland
3) Karuizawa Shoping Plaza
4) Shinkansen Experience
5) Hitachi Seaside Park
6) Mt Fuji (Package 7D6N only)
7) Grape Fruit Picking (Package 7D6N only)
8) Lake Kawaguchi (Package 7D6N only)

Kebiasaannya sebelum bertolak, team leader a.k.a tourist guide a.k.a owner  sendiri akan buat perjumpaan dengan ahli rombongan untuk sessi berkenalan,  taklimat dan sharing beberapa info penting. So takde le di hari kejadian nanti semua jemaah terpinga-pinga dekat airport.

Harga

Don't worry la, memang dah kategori murah sangat la tu. terlalu berbaloi dengan ape yang korang akan dapat kalau nak dibandingkan dengan pakej-pakej tourist agent lain.

Sini jugak aku tampal sekali review salah seorang bekas ahli rombongan yang pernah menggunakan khidmat JBT. Bila dah ade good review, baru le korang konfident sikit agent mana yang mampu menjadikan percutian korang lebih indah kan...

Banyak lagi good review dari ex-customer JBT. Boleh jenguk sendiri kat FB die.

So, camane?Ade berminat?

For those yang memang berminat nak tau lebih lanjut, boleh contact terus owner merangkap person incharge nye, En. Rafidi. Trust me, service die memang tiptop.

Ni detail info mengenai JBT:-

Whatsapp  : 013-3417178
Facebook  : https://www.facebook.com/japanbudgettrip
Instagram  : @japanbudgettrip
Blog          : http://ayaharif.blogspot.com
Email        : japanbudgettrip@gmail.com

Dan...kalau nak hire En Rafidi as a private guide untuk team korang sendiri pun boleh..

Tentatif? Accomodation? Budget?

Don't worry..

Semuanya boleh dibawa berbincang.

Apa yang penting??

D..U..I..T

p/s; gambar-gambar ni semua aku cedok dari album JBT.

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie

Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan
  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30