Monday, December 3, 2012

Salah masuk kedai orang

1.12.12
Cantik tarikh tu.
Tp lagi cantik kalau ade sejarah di hari tersebut.
Lagi cantik kalau sejarah tu manis,bukannye pahit.
Tp hari ni aku ade sejarah.walaupun bukan sejarah pahit,bukan juga yg manis.tp yang sedang2 aje.

Setelah sekian lama aku tak buat facial,ade le dekat setahun..hari ni aku dah berkobar nak wat facial.nak ilangkan daki-daki kesan sunburn snorkling kat sabah itu hari.
Appoiment dah dibuat.kali ni aku nak buat kat dermalogica since kak mawar,kak ug & kak elen pun recommend tmpt tu.aku pilih nak buat branch kat taman molek.hari jumaat aku dah call Jenny.dah set date app aku kol 10.30.
Act aku nak wat ahad minggu lepas lagi.tp sbb dah full,die suggest wat minggu ni.tp time ni aku tak bercakap dengan Jenny.aku deal dgn amoi lain.tp kak mawar suggest aku amik dengan Jenny.

Okey,di hari kejadian,semangat aku bangun pagi di hari minggu.(Ko ingt aku mampu bangun dr katil weekend camni?)
Dah bersiap,trus g Tmn Molek.
FYI kat sini teramatlh byk saloon & spa yg buat facial treatment.ade clinnique,m**L**,b* & byk lagi tp tak reti sebut sbb name sume ala-alam france noks..kedudukannye pulak adalah berderet.
Sampai sane,aku konfius jap,kat mane kedai dermalogica ni?
Call k.mawar,die cakap.
"Alaa..deret cimb,maybank..dekat ngan watson tu.die ade tulis DM2"
Aku jawab."Haaa..yg colour grey tukan.."
Then aku cucuk duit dulu kat cimb.sbb aku tau,kalau aku guna kad plastik,mesti aku terdedah pada promo pakej2 die tu.
Lepas cucuk,dgn semangatnye aku masuk saloon tu.
Walopun takde  signboard derma,aku masuk jugak sbb aku pikir mungkin ade kat dalam.
Bile masuk,trus ke recept.ade mamat cina yg tunggu kat kaunter.dengan muka pelik die sambut aku.
Dengan konfidentnye aku cakap kat die.
"I ade appoiment utk facial dengan Jenny"
Die buat muka pelik lagi.
"Facial?"Sambil semak buku.
"Tp sepatutnye takde appoiment kat sini.Jenny pun takde sini"
Then aku tanye balik
"Ini bukan Dermalogica ke?"
Die jawab"oooo..derma kat bawah sana.."Sambil tunjuk deret kedai belah kanan.

                                                Kedai ni le yang aku masuk..huh
DUSH!!!
Amek kau..
Dengan muka tebal,aku keluar.
Aku jalan menuju ke deret kedai sebelah kanan CIMB tu.kali ni aku amik jalan selamat,aku seberang jalan sbb nk tengok signboard kedai.
Iye la,tadi aku jalan ikut korridor kedai,mmg le tak nampak signboard tu.
Rupenye dermalogica tu terletak selang 4 kedai dari CIMB.dan antara kedai tu semua saloon!!demn..camne la aku tak konfius.
Ok,masuk sini,aku cakap dah buat appoiment.Dengan happynye aku cakap kat die sbb dah exited dah nak buat..
Yeayeaa..akak dapat wat facial noks.
Amoi tu masuk dalam cari Jenny.
Bile Jenny keluar,Jenny cakap..
"Fizaaa..u punye app patutnye esok maa..bukan hari ni.."
Aku tercengang.ape nih!??
Aku tengok buku list die,mmg nama aku sepatutnye esok.dekat buku amoi lg sorang pun nama aku patutnye esok.



                                                Sepatutnye aku masuk Molek De Beaute tu..

Demn!!
Camne aku boleh ingat hari ni?Miscommunication ke??
Dengan hampanya aku keluar.
Jenny pujuk aku."Esok u datang balik ye.."
Aku keluar sambil menangis..punah harapan akak nak wat facial,noks..
Punye le semangat keluar hari ni sampai tak pakai bedak secalit pun sbb aku tau muka aku nak dibelai kejap lagi.
Tp bile gini le keadaannye, aku lepak je umah makcik aku je la yang dok kat area sini.
So,tu le sejarah aku first day in December tahun ni.
"Hampa,sedih,tragis,ku menangis..."

Thursday, November 29, 2012

Gempar Penemuan di Palekbang, Tumpat,Kelantan

Ada berita yang aku dapat page FBI love Kelantan

Dikhabarkan, seorang kontraktor bersama rakan-rakan mereka menjumpai 'satu terowong' rahsia disana ketika kerja-kerja pembinaan disana.
Bomba, orang ramai, polis mula memenuhi tempat kejadian ? Terowong apa yang dijumpai tersebut , yang pasti ia amat berkait dengan sejarah Melayu Kelantan.

Dan ade update dari pihak admin dari maklumat penduduk sekitar

Dikhabarkan, seluruh kawasan terlibat di Palekbang ditutup rapi oleh pihak polis sekarang ini. Semua kawasan dipagar. Polis dan beberapa jabatan kerajaan mula berkampung disini sejak kelmarin kerana ia amat penting dalam menjaga kerahsiaan tempat ini. Berikut merupakan mitos mengenai terowong ini.

- terowong rahsia yang sangat panjang merentasi Sungai Kelantan
- kubu bawah tanah Tentera Jepun
- Kota Purba Raja siam + harta karun
- Tempat simpanan emas Kerajaan Melayu Purba

Isu Palekbang semakin panas.

Dan ini pulak cerita sebenar yang aku dapat dari salah sorang commenter

FLOW PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 1
Bermula dengan aduan oleh kontraktor yang membina jambatan baru di depan Tesco KB.
“Kenapa tak siap2 jambatan ini?
Ada tiang yang ‘bermasalah’…..

Tidak jauh dari situ ada kapal korek yang menyedut pasir di Sungai Kelantan. … mereka menemui sesuatu.
Sesuatu yang pernah diceritakan oleh orang tua tetapi tidak dipedulikan hinggalah 3 hari lalu, tiba2 kawasan itu dikepung oleh tentera. …..

Ada 2 bahagian:
- zaman purba
- zaman moden

telah banyak kali berlaku kejadian di mana mangsa lemas di sungai seoleh2 ghaib dan mayatnya timbul di tempat lain. Jika anda tanya orang Kelantan, mereka mesti pernah mendengar. seolah-oleh ada terowong dalam sungai tersebut. Tetapi orang kampung cuma cakap: antu air kot atau penunggu. Ini bukan jawapan yang kita nak dengar.
FLOW PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 2
1) Palekbang merupakan suatu lokasi di Tumpat tetapi bertentangan dengan Bandar Kota Bharu. Dipisahkan oleh Sungai Kelantan. Di sinilah terletaknya Kg Laut, famous dengan Masjid Kg Laut yang dibina oleh Wali Songo (Wali 9).
2) Telah dijumpai pintu masuk ke ‘ruang bawah tanah’yang luas. Lokasi di belakang Balai Polis Palekbang.
3) Cerita orang tua-tua ada menyatakan terowong ini amat panjang. Pihak penjajah British tahu mengenai terowong ini namun tiada apa2 tindakan.
4) Tentera Jepun yang datang sebagai spy telah mendapat tahu mengenai terowong ini. Mereka menggunakannnya sebelum Perang Dunia II.
5) Orang Jepun pada masa itu agak ramai di Tumpat kerana orang Jepun mengusahakan lombong bijih besi di TEMANGAN. Bijih ini dieksport ke JEPUN melalui pelabuhan di PANTAI SRI 7. Sebenarnya ini merupakan sebahagian daripada pengintipan Jepun sebelum Perang Dunia II.
6) Kita dikhabarkan bahawa EMAS dan PERALATAN PERANG telah dijumpai di lokasi tersebut.
7) Apa yang manarik berkenaan EMAS tersebut, ada pihak syak bahawa askar Jepun telah menemui kota purba di hulu Kelantan. Mungkin emas itu merupakan harta karun yang cuba diseludup pulang ke Jepun tetapi gagal.
8) Terdapat lombong emas di anak sungai Kelantan di hulu Kelantan sejak zaman British lagi.
9) Kawasan ini dikenali dengan nama Tanah Merah sejak zaman purba lagi, kerana kaya dengan emas.-via This is Kota Bharu