Wednesday, October 29, 2014

Sneak Peak : Mainland China

Alhamdulillah..

Selamat jugak aku pulang ke tanah air..

Kesian dengan Mak Ayah sebab aku buat diorang risau bila anak dara depa pi berjalan jauh..

Iye laa,sape tak sayang anak..tapi, nak buat camane, kadang-kadang kene ade aktiviti yang boleh menjana minda kita ke arah yang lebih positif. Sebab tu aku pilih nak travel sebagai hobi, bukannye dengan menghabiskan duit kat shopping complex. hihi..

9 hari di China..Cross Beijing-Xian-Chengdu..Route ni hanya untuk amatur macam aku je yang buat..Kalau professional traveler dah pusing China hingga ke Tibet..kalau tak pun terus sampai Cambodia.

My itinerary:- 
Beijing 3D2N  + 1N atas train from Beijing-Xian
Xian 3D2N + 1N atas train from Xian-Chengdu
Chengdu 2D1N


Fuh!!Lebih mencabar dari yang aku jangkakan..

Mental aku boleh breakdown kejap kalau cerita bab nak communicate dengan orang sana..10 kali ganda lebih scary dari Jepun.haha..

Tapi bile dah balik Malaysia masuk hari ke-2, aku dok kenang balik ape yang aku lalui di China, memang berbaloi..memang best...memang banyak yang aku belajar..

Sepanjang 9 hari kat sana, boleh pulak aku kene ulser,bukat setakat kat bibir je, kat gusi pun kene skali..bukan aku sorang je kene, travel mate aku (aku gelarkan die Sizuka la..) pun kene jugak..mungkin salah satu bukti cuaca sana tak kene dengan badan kami..ataupun air pollution sane memang teruk?

Bukan setakat tu, jari kaki aku pun boleh naik kulat air..(aku tak tau nak namekan ape, tapi naik gelembung air kat celah-celah kaki)..kiri-kanan kaki aku kene..sampai sekarang, ibu jari kaki aku belah kanan dok rasa kebas lagi gara-gara kulat air tu.huhu

Kat bawah ni aku tempek dulu gambar-gambar tempat yang pergi..View tak stunning sebab sekarang ni nak masuk autum,so semua tempat kene litup kabus tebal.

Huh!!frust mak tauu..bayar tiket mahal-mahal, jerebu manjang..

Campur pulak dengan camera tak canggih, memang tak hebat la gambar..

Tapi takpa la,ade jugak buat kenangan..

Check it out!!!!

 Summer Palace dari atas boat. Kene tutup dengan kabus..serius sedih gile sebab ini tempat pertama yang pergi bile dah sampai Beijing. Bile ini view yang aku dapat awal pagi, rasa tak berbaloi.huhu...

 Salah satu jambatan cina yang ada dalam Summer palace. Ramai gile orang..memang tanjat boboi la tengok keramaian orang-orang die.


Great Wall Mutianyu..penat mendaki!!Walhal naik cable car trus ke tower paling atas tu.

Beijing Olympic Stadium

Forbidden City

Xian City Wall

Bell Tower

Drum Tower

Terracota Warrior & Horse Museum

Chengdu Panda Research Base 

Jinli Street 

Sebenarnye bila difikirkan balik, mental breakdown tu bukan disebabkan environment & attitude orang dia kat sana..tapi cabaran paling besar ialah bila source pakcik gugel takde bila nak refer internet.

Bayangkan le, google kene block, FB kene block, blogspot kene block,walhal itu le sumber maklumat utama aku. Dan hari nak bertolak, aku cuma ready dengan 50% info yang ade..selebihnye aku plan nak google bila dah sampai China je..tapiiiii kalau dah semua kene block ape boleh buat.

FB kene block, itu aku dah tau awal-awal, tapi aku tak kisah.

Tapi bile google tak dapat, map google pun tak boleh synchronize la..campur pulak internet hotel kelajuannya besamaan siput sedut tersedut-sedut berjalan..

Mula-mula ingat kan hotel kat Beijing je, tapi bile hotel kat Xian & Chengdu pun sama, ini membuktikan mmg wifi hotel seluruh China tak boleh harap.

Nak beli simcard data 3G pun rasanya macam tak berbaloi..Akhirnya hadap je la map & information yang kami print dari Malaysia..

Nasib baik whatsapp depa tak block. Hanya itu je la pengubat rindu keluarga kat kampung..cewahh....

Itu pun aku kene tidur dulu baru siap download segala mak nenek gambar & video.hahaha

Walau apepun, China memang best..banyak tempat sejarah depa yang masih dipulihara. Walaupun kene hadap rakyat die yang 'bersopan-santun', tapi dari segi sistem & teknologi, depa lebih maju dari kita.

When you travel, remember that a foreign country is not designed to make you comfortable. It is designed to make its own people comfortable.
-Clifton Fadiman-

Friday, October 17, 2014

Intro : Mengembara di bumi ciptaan Nya,hanya kerana Nya

Dah lama tak update..itu ayat streotaip..

Ayat yang sebenarnye, kau dah lupakan blog ko kan?

Ade betul jugak, aku hampir lupe yang aku ade diary online ni..hihi..sorry la alam maya..nak wat camane,menghadapi dunia realiti lagi mencabar dari menghadap alam maya.

Okey,next!!!

Erm...nak bagitau yang entry ni ditaip waktu aku dalam bas dari TBS ke KLIA 2..untuk menyetelkan lagi satu sessi Pengembaraan Doraemon..tapi kali ni bukan dengan dengan Nobita, tapi kawan Doraemon, karektornye aku boleh kategorikan sebagai Sizuka,sebab die bukannye follower tegar macam Nobita.hikhik..

Takpe la, asalkan jangan kene travel dengan orang yang karekter macam Giant dah..Memang masak la aku dibuatnye..

Kali ni nak ke mana?Mungkin ade yang dah tau aku nak pegi mane,mungkin ade yang tak tau..

Kali ni aku nak jadi history junkie..tempat ni  dah ramai yang pergi sebab tempat ni merupakan  typical tourist attraction..

Satu dunia akan datang tempat ni untuk tengok salah satu 7 wonder of the world..

Iaitu Beijing..

Beijing jaaa...itu lah tempat orang macam aku mampu pergi.Nak pergi Europe tunggu aku jadi CEO ye..hikhik...

Tapi aku nak lengkapkan route journey hingga ke Chengdu..

Ye la,alang-alang beli tiket murah, baik terus shoot membelah tanah China kan..

Tapi sebelum sampai Chengdu, kami akan singgah di Xian kejap, nak tengok Terracotta Army Warrior, yang merupakan pelengkap arkeologi pada Great Wall.

Okey, malas nak cerita panjang,aku harap sepanjang journey aku di China selama 9 hari ni berjalan lancar tanpa ada masalah..

Dan yang penting, pasang niat, aku mengembara untuk melihat bumi allah yang maha luas ini hanya kerana Allah, bukannya untuk seronok semata-mata...Seandainya Dia ambil kite sewaktu mengembara, biarlah dalam keadaan kita mencari ilmu..Aminn...

P/s: nak keluar rumah baru aku perasan yang IC aku dah tak tau kemana..haisyy...macam-macam hal la..nasib baik pasport ade

Abby dan Memey kembali bergabung.Nantikan kemunculan mereka di episod akan datang!!hahaha

Friday, May 30, 2014

Tak sepatutnya update ; Tapi nak update jugak!!

Dah lama tak update blog..

Aku sibuk nak menstabilkan diri  & lifestyle di tempat baru..Almaklumle, dari JB pindah ke KL..Dari environment dalam rumah, tempat keje, traffic jammed, menu makan, sistem kewangan...semuanya berubah.
Cultural shock le jugak..mane taknye, dulu nak pergi keje tak sampai 5 minit nak sampai office, sekarang dekat 1 jam..Dulu takde jammed, sekarang ade jammed.

Walaupun pindah dalam negara je, tapi banyak aspek jugak nak kene sesuaikan diri..Itu belum pindah Jepun lagi..mesti lagi banyak mental & fizikal nak kene prepare...

Lagi satu, aku dah terkena demam Korea..demam Jepun..demam China..demam HongKong

Habis semua drama 4 negara tu aku marathon..

Tak cukup dengan tu, documentary pasal negara diorang pun aku pulun.

Sampaikan aku pun dah lupa ade blog..

Sampaikan aku pun lupe ade FB..Main update je, tapi langsung tak amik tau update status terkini kawan-kawan aku..hahaha..Sampai ade kawan aku cakap aku merajuk dengan die. Bukan merajuk, tapi aku memang tak reti nak melawat rumah kawan-kawan kat FB tu..aku dengan dunia aku je..

Tak tau nak cerita pasal ape, so tempek le ni..

Aku tengah dok baca pasal Empress Orchid ni..Biarpun dah dekat 2 bulan tak habis-habis lagi dok baca..Aku suka buku ni sebab cara penceritaannye terlalu detail..dari susunan kedudukan hiasan dalam istana hingga ke cara die nak mandi & berak pun diceritakan jugak..

Tibe-tibe aku dok terminat dengan sejarah China yang kite tau peradaban diorang dah start sejah 2000 abad lalu..

Tak cukup dengan tu, aku layan pulak A Step Into The Past walaupun dulu dah layan sebab Louis Khoo, tapi kali ni layan sebab nak menelaah pasal Shih Huang Ti, manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah peradaban dan bertanggungjawab membina Great Wall & Terracotta army yang menjadi kekaguman orang-orang yang minat sejarah ni..

Cerita ni pasal Louis Khoo(zaman moden) kene pergi zaman purba untuk amik gambar perlantikan maharaja Shih Huang Ti. Tapi masalahnye, die terpelanting 2 tahun lebih awal. Jadi sebab nak balik zaman moden, die kene usahakan Shih Huang Ti tu dilantik sebagai maharaja jugak. So dari sini le banyak sejarah  yang aku tahu sebab peranan Louis Khoo ialah wujudkan maharaja Shih Huang Ti  tanpa rosakkan sejarah asal yang tertulis di zaman modern.


Tak cukup dengan tu, aku layan lagi cerita pasal Empress Dowager & Concubine..cerita pasal gundik-gundik maharaja China yang berebut dan akhirnya jadi maharani..banyak betul nak korek pasal sejarah China ni...makin, korek, makin banyak bende yang perlu dikorek..

Dah..yang penting, kene amik feel...askar-askar terracotta sedang menanti tu..

Thursday, April 17, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 7 [Part 3] ; Kyoto [Arashiyama]

Sambungan dari Day 7 (Part 3) ; Kyoto (Fushumi Inari)

Fuhh...

Aku harapkan ini entry last Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun.

Sebenarnya aku dah kene virus M.
Aku dah start pandang sepi entry ni yang terperuk dalam draft..

Kalau ikut hati aku nak sumbat gambar, biar korang cuci mata puas-puas..
Tapi kalau ade intro, mesti ade penutup, ye dokkk..tu yang nak kene finalized jugak citer pasal Jepun.

Nanti cikgu karangan bebel pulak..

Lai..lai...meh sini vitamin Rajin..biar aku rajin sumbat karangan tahap darjah satu ni.

Eh..kita kat mana dah ni??

Okeh..tadi kita pergi Fushumi Inari kann??

Sekarang ni kita nak ke mana?

Yeahh..ada lagi satu destinasi yang belum complete sebelum kita jumpa abang pilot Air Asia yang nak terbangkan kita balik kampung...

Nama tempat tu Arashiyama.

Ada apa di sana?Apa yang menarik kat situ?

Ada 4 main attraction yang jadi hotspot tourist bila pergi ke Arashiyama.
1) Bamboo Groove
2) Torishiyama Bridge
3) Tenryuji Temple
4) Sagano Romantic Train

Nak kene bayar ke masuk semua tempat tu?

Nak masuk Tenryuji Temple je kene bayar ¥500. Yang lain tak perlu bayar.

Eh..
Kalau nak naik Sagano Romantic Train tu pun kene bayar..takkan naik free pulak.

Dah sampai station JR Arashiyama, nak berjalan ke tempat tu pun jauh jugak.

"Lightooo..straightoo...leftoo..."

Itu je yang aku paham bila makcik tuan kedai tunjuk arah..

Misi kami kat sini cuma nak pergi ke Arashiyama Bamboo Groove je since temple aku dah banyak cover di Kyoto.

Masa plan awal-awal, aku nak naik Sagano Romantic Train..

Tapi..die tak beroperasi di musim winter...

Arghhh...

Stresss..

Nak nangis pun tak gunaa..Sape suruh datang time winter..

JR Arashiyama Station.
Deretan kedai di Arshiyama
Kat area sini abang beca ramai yang aktif nak tarik penumpang..Kat tempat tourist yang lain aku nampak abang beca tarik banyak berehat. Tapi kat sini diorang boleh banyak dapat duit. Mungkin sebab Arashiyama ni besar, dan jalan lengang takde kereta, so ramai tourist nak gunakan khidmat diorang.
Nak masuk ke Bamboo Groove

Dah dekat setengah jam berjalan, sampai jugak depan bamboo groove..

Exited nak masuk ni..nak tengok buluh..Nasib baik nak masuk tak kene bayar..

Tapi, camera buat hal...Semua gambar yang aku snap jadi blur.Tak cukup dengan DSLR, digicam, Note II, dengan iphone adik aku..semua blurr bile amik gambar area pokok buluh ni..

Aku pun tak faham apa masalah kat sini..dah puas godek..

Akhirnya aku pasrah... Mungkin hantu buluh tu tengah meroyan,tu yang tak bagi kami snap kat situ.

Stress aku dibuatnya...terus hilang feel nak bergambar.Nak explore area bamboo groove pun aku dah takde mood..

Jadi kami patah balik keluar dari bamboo groove tu.

Bamboo blurr
Bamboo bambino
Aku cuba snap banyak kali,ini le satu-satunya gambar aku yang tak blurr..tapi ada entiti pulak terkandung dalam gambar ni..aku pasrah..

Kalau ikut plan, lepas pergi bamboo groove aku nak balik Kyoto Station terus sebab nak shopping & habiskan baki duit Yen yang ada..tapi aku tak puas hati dengan apa yang aku dapat di Arashiyama..

Misi aku ke Arashiyama cuma untuk bamboo groove je,temple & bridge tu tak pergi pun tak pe.

Tapi bile bamboo groove dah tak mencapai tahap kepuasan aku, so aku perlu cari objek lain untuk penuhkan memory card ni sebelum balik.

Jadi dalam kepala aku dah nampak Tenryuji Temple..Tapi aku masih berbelah bahagi lagi nak masuk sebab Nobita dah takde mood nak melawat apa-apa tempat sekalipun. Muka die pun dah jadi macam Sinyu..Aku tak tau hati dia dah sampai mana, mungkin dah sampai Malaysia kot..Tapi buat kepala aku sendiri, sikit demi sikit aku approach nak masuk Tenryuji Temple.

Akhirnya sampai jugak depan Tenryuji Temple.


Pintu masuk ke Tenryuji temple..
Masuk gate paling depan
Chokushi Gate ni adalah struktur tertua dalam komplek Tenryuji Temple ni. 
Sepanjang jalan masuk ke Tenryuji Temple, sebelah kanan ada banyak gate masuk ke hall yang juga sebahagian dari kawasan Tenryuji Temple. 
Lagi satu gate..
Aku tak tau boleh masuk tak ke dalam. Aku cuba jalan masuk sikit, tengok garden yang ada ni memang lawa. Kalau ikut hati aku memang nak masuk lagi, tapi sebab Nobita dah sound aku & buat muka 'cepatla nak balik wei.." so aku tak jadi nak amsuk.

Akhirnya sampai le bangunan hall ni yang dipangil The Teaching Hall a.k.a Sermon Hall.


Tenryuji Temple ni boleh dikatakan kompleks temple yang besar di mana ia menempatkan anak-anak temple yang lain. Ada bangunan untuk meditasi, quarters tok sami, ade bangunan untuk melukis dan banyak lagi bangunan yang aku pun tak tau ape kegunaan die.

Tapi mata aku cuma terarah padah Main Hall Tenryuji Temple je sebab hall ni memang femes dan pernah digunakan dalam cerita Hana Yori Dango SP.

Masuk ikut Main Entrance Gate, akan jumpa zen rock garden dan Main Hall dulu.

Kemudian boleh le nak pusing keliling zen garden ni. Memang cantik..Aku rasa antara Zen garden yang aku pergi di Kyoto ni, garden di Tenryuji Temple paling cantik.

Kalau aku datang semalam, mungkin aku tak dapat feel konsep zen garden ni sebab kene tutup dengan salji. Tapi hari ni sebab salji takde, jadi aku dapat tengok sendiri betapa kemas dan telitinya diorang jaga garden ni.

Masuk dari main entrance akan jumpa Main Hall (Hojo)

Zen rock garden yang ada depan Hojo.
Hojo (Main Hall)
Hojo (Main Hall)
Kemudian kami jalan mengelilingi Sogen Garden..Cantik!!Cuma pokok je togel takde daun.
Penuh dengan moss
Walk path
Sebahagian Sogen Garden
Sebahagian Sogen Garden
Sebahagian dari sogen garden
Shoin drawing room.
Kalau ikut laluan berbumbung boleh pergi ke dewan-dewan yang lain seperti bangunan tea house.
Dah habis pusing Sogen Garden, membawa kami ke bahagian belakang Main Hall tadi yang ada kolam yang telah diuruskan sejak 700 tahun lagi. View kat sini memang cantik.
Gambar 4 season di Sogen Garden

Dah habis jelajah sebahagian Tenryuji Temple, kami pun balik..Tak jalan habis pun sebab ada orang dah rimas nak balik..

Die kata semalam dah jumpa snow kat Kyoto dah cukup puas..So dia malas nak buat aktiviti lawatan budak sekolah..Dia nak buat lawatan kat shopping complex pulak..

Iyo laa...iyo laaa..tau le duit Yen banyak lagi..Kot ye pun jimat laa..

Kami balik ke Kyoto Station, pusing-pusing sekitar shopping complex underground sambil-sambil cari restoran yang aku berani masuk. 

Tapi lepas tanye semua restoran, semua ade menu pork, so memang takde rezeki la nak makan dalam restoran Jepun.

Lastnya masuk balik Kyoto Station, shopping di mini mart yang ada. Teh uncang, coklat, cikedish...semua aku borong...

Sebelum naik train direct ke airport, kami beli set bento dulu. Sebab ralat tak boleh makan dalam restoran, so kali ni set bento kami taknak share.. 

Tibe-tibe angin tamak datang..maklumle, exited nak balik...

Dari Kyoto Station, kami naik Haruka Limited Express yang mana train ni cuma berhenti di beberapa main station je.Nasib baik le bila naik train ni boleh makan..Ala-ala shinkansen jugak..So dapat le kami makan atas train...

Tapi bento tak habis!!..aku dah puas sumbat nak habiskan. Rugi pulak beli dua set..Kalau tau beli satu set je..

Tu laa...

Tamak lagi...

Nobita punye set bento Y1000

 Aku punye set bento Y880..Kotak die pun cantik.Nak makan pun sayang..
Pramugari airport sedang berdiri tunggu announcement sebelum kaunter bukak. Bila dah abis announcement, tunduk hormat then baru bukak kaunter. 

Dah sampai airport, kami terus hantar luggage..Bila aku timbang beg aku, dah kurang 3kg dari aku datang itu hari...Nampak sangat nak datang penuh bawak makanan je..

Dah settle semua, aku masuk toilet sebab nak tukar baju biasa..panas pulak duduk dalam airport ni. Jadi long john dan segala mak nenek barang winter dah boleh sayonara..

Bila dah pakai one piece ni, aku perasan yang jeans aku dah hampir terlondeh, baju aku pun dah longgar..
Aku pun tak tau berapa berat badan aku dah hilang..

Exited!!Happy!!

Tak sangka 8 hari kat Jepun boleh buat aku turun inch..

8 hari kat Jepun juga aku sempat cover 4 main hotspot : Hiroshima-Tokyo-Osaka-Kyoto.

Siap bonus dengan Fukuoka, Hakone, Kobe & Nara..Cuma Hokkaido je aku tak sampai lagi.

Dengan budget yang ciput, aku pun tak sangka dapat cover semua tempat tu..

Berbaloi sakit kaki..
Berbaloi jalan terkangkang..
Berbaloi stock ubat yang aku bawa semua habis..
Berbaloi dengan kulit muka & jari aku menggelupas..
Berbaloi dengan kuku aku rosak dek suhu yang over sejuk..
Berbaloi tak cukup zat makanan..
Pendek kata segala kesengsaraan aku sepanjang pengembaraan ni terbayar dengan apa yang aku dapat.

Terharu...

Bangga..

Gembira..

Sedih nak tinggalkan negara matahari terbit ni...

Dan..jam 11.30mlm, flight bertolak balik ke Kuala Lumpur..

Bye Jepun!!Seribu kenangan denganmu takkan kulupakan..

Nanti aku datang lagi..

Sayonara...

Sunday, April 13, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 7 [Part 2] ; Kyoto [Fushumi Inari]

Sambungan dari Day 7 [Part 1] ; Kyoto [Kiyomizudera]

Keluar dari Kiyomizudera, kami naik bas ke Kyoto Station balik.

Kita nak satu lagi tempat yang dikategorukan must visit when u're in Kyoto.

Shrine!!kategori temple jugak..

Temple lagi? Tak habis-habis dengan temple budak dua orang ni..

Nak wat camane, Kyoto ni terkenal dengan binaan temple & shrine yang ratusan tahun dan masih preserved hingga sekarang.

Srine yang kita nak pergi ni namanya Fushumi Inari.

Dari Kyoto Station ke Inari Station cuma selang sebuah station je.

Disebabkan hari ke-3 kami dah pernah naik train menghala ke Nara dengan train dari Kyoto Station, so aku dengan berlagaknya terus naik train menghala ke Nara sebab dalam map aku tengok nak ke Fushumi Inari, train ke Nara akan lalu station Inari.

Tapi rupanya  aku silap..train yang aku naik tu adalah train ekspress yang mana die akan berhenti di certain station je.

Bila train lalu station Inari, aku mampu tengok je..takkan nak suruh train berhenti..ingat naik bas ke?

Aku cakap, tak pela, next station die berhenti aku turun le..

Lepas satu station..next station..next..next...dan aku pun lupe dah lepas berapa station, baru le train yang aku naik ni berhenti..

Aisyhehh...train express betul yang aku naik ni..

Maka, lepas turun kat station yang memang terserlah kekampungan station tu, baru le aku tukar train untuk ke Inari.

Aku pernah jugak baca yang dah ramai silap naik train yang mana diorang terlepas satu station dari Inari St.
Tapi masalahnya train yang aku naik tu double ekspress. Lepas 4-5 station dari Inari St baru die berhenti..

Oh..sedihnya..

Akhirnya sampai jugak ke Inari Station..

Keluar je dari station, aku dah nampak Tori Gate..

Bersedialah untuk pinarkan anak mata tengok warna merah..

Dah sampai Fushumi Inari ni, apa yang specialnya?

Tori Gate pertama yang menyambut kedatangan pegunjung.
Giant tori Gate kedua sebelum masuk ke shrine.
Kedai-kedai yang jual souvenir. 

Meh sini nak cerita pasal Fushumi Inari ni..

Fushumi Inari ni adalah sebuah shrine.

Apa beza temple dengan shrine?

Aku rasa dah ada cerita dekat  entry belakang sana,takpe..sebab aku rajin aku cerita lagi sekali.
*bak upah..

Temple adalah tempat untuk penganut Buddha manakala Shrine adalah untuk penganut Shinto.
Haaa..tu je nak cerita..padan muka..mesti korang ingat panjang berjela kann..

Layan je la gambar..
Romon gate untuk amsuk ke shrine..aku pun tak tau konsep diorang menyembah ni camane..ada banyak tempat menyembah dalam satu-satu shrine..Sama le jugak dengan temple..temple dalam temple, shrine dalam shrine..
Tori gate sebelum jumpa tori gate banyak-banyak..yang depan pakai baju merah tu pun sama le jugak konsepnya dengan tiang tori tu.
Sekali lagi jumpa tempat menyembah..

Bila berada di shrine ni, ikon utama shrine ialah tori gate..

Memang banyak tori gate di seluruh Jepun, malah aku pun dah jumpa tori gate dalam air di Miyajima masa 1st day hari tu.

Tapi kat sini special sikit tori gate nye sebab die banyak..

Sebab banyak??tu je??

Ye laa...sebab banyak laa..bile banyak, tu yang menjadikan faktor die lagi cantik dowhhh...

Setiap tori gate tu kosnya amatlah tinggi hingga boleh cecah RM500k..Kesemuanya dibuat dengan hasil duit derma mereka-mereka yang kaya. Bila dah derma tu, nama mereka akan dicatit pada tiang-tiang tori gate tu.

Dan diingatkan kalau korang nak datang sini,jangan pakai baju warna merah..nanti tak boleh beza mana satu tiang,mana satu korang.

Mula-mula kita akan jumpa susunan tori gate yang besar gedabak dulu..

Dalam 100m jalan, akan jumpa lagi tori gate kecik yang terbahagi pada 2 laluan hiking trail yang akan sampai ke atas bukit.

Aku cuma sikit jalan di tori gate yang kecik sebab nak save energy. Rasanya tak perlu le aku menapak sampai atas sebab kat atas pun takde view stunning.

Big Mama tori gate
Susunan big mama tori gate..Manusia yang pakai baju hitam tu bukan kategori nig mama ye..
Tulisan yang tercatit setiap tiang tu dikatakan nama-nama dermawan untuk bina tori gate.
Di sinilah hiking trail tu bermula. Boleh pilih nak masuk laluan yang mana..Ia dinamakan Senbon Tori
Sekali lagi senbon tori..
Dalam path tori gate ni memang cantik sebab dia susun rapat-rapat. Kena la pulak dengan modelnya..haha..sorry la weh, bila balik Malaysia, aku tilik gambar kat sini, setiap gambar penuh dengan model pakai baju hitam dengan merah..

Lepas puas bergambar dengan tori gate, kita turun...Tak boleh lama-lama kat sini. Ada lagi satu tempat yang belum complete..

Turun dari tori gate, melalui kedai-kedai yang jual souvernir..Lama aku dok tilik FM yang bentuk tori gate. Nak beli ke tak...Semalam dah borong habis FM dah..harga dia dalam Y500-Y800..Aisyh..mahal le pulak...

Dah tak jadi beli, kami pergi gerai takoyaki. Masa mula-mula sampai tadi aku tengok ramai beratur nak beli takoyaki ni, so time balik ni bila takde orang, kami beli le..

 Ada sapa-sapa nak pergi sini tak?Aku nak kirim FM yang bentuk tori gate tu..Sampai sekarang aku ralat tak beli..huhu..
Sinchan tersesat..
Takoyaki..hangpa tengok octopus die tu saiz apa...
Cara-cara nak buat takoyaki..tuang tepung, letak octopus, tabur sayur kobis & lobak, tuang lagi tepung,kemudian golek-golek...
Taraaa...inilah hasilnya..takoyaki yang besar bapak..Y500 (lebih kurang RM20)

Bila dah siap,nak makan pun panas gile...Aku taknak peristiwa lava meletup makan takoyaki kat Osaka hari tu berulang..Jadi kami tapau je dulu..

Seterusnya balik semula ke Kyoto Station dan kat sini le aku makan takoyaki sambil tengok orang lalu lalang.

Ohh..feelll...

Next!!!!

*tibe-tibe ade dengar suara mak bebel..

Uisy..tak habis berjalan lagi budak 2 orang ni. Tak reti nak balik ke??

"Kalau boleh taknak balik,Makk..Hatiku tertinggal di Jepun dah ni."

Ada lagi satu tempat yang belum complete di Kyoto.Tempat ni jauh sikit dari central Kyoto. Kalau naik bas pun, Kyoto City Day Buss tak cover kawasan ni. Jadi kene bayar tambang ikut rate biasa.

Tapi biasanya yang jadi pilihan tourist ke tempat ni dengan menggunakan train sama ada JR atau lagi satu line.

Sebab kami ada JR Pass, so kami pilih naik JR train..

Bersambung...