Hari ni aku keseorangan berjalan sebab Ecah tak nak ikut.
Dah cukup la die cover busan, katanya..
Cuma aku je tak puas. Belum tentu lagi bila aku sampai Busan lagi. Jadi aku gigih jugak berjalan.
Pagi tu selepas breakfast, aku keluar hotel.
Lengang..Sunyi..
Tiada kenderaan lalu lalang, kedai tak buka lagi..
Mana semua orang pergi??
Orang korea nak buat prank kat aku ke?
Aku menuju ke Busan Station. On the way ke station, ramai muka-muka mamat bangla, myanmar dan SEA keluar dari kedai dalam keadaan mabuk.
Uishhh..ape hal pulak ni? Tak pernah pulak aku jumpa orang mabuk kol 8 pagi.
Dah masuk subway pun takde orang.
Ade le 2-3 orang dalam satu coach..hoii..seram pulak aku satu bandar lengang ni.
Lupa nak cerita yang pagi ni aku nak pergI Bokcheon Muzium, jauh dari bandar Busan.
Kemudian sampai di Dongnae station. Pun sama lengang
Dah sampai depan muzium baru aku teringat..
Seollal Day la..Chinese New Year!!
Semua orang die beraya daa...memang le sunyi.
Tapi bukan esok ke CNY? Ke memang orang korea celebrate awal sehari?
Ke kalender diorang lain dengan kalender cina?
Ntah,tak paham..
Atas bas pun ade le 3 orang ajumma tak termasuk aku.
Akhirnya aku turun di Buckcheon museum
Bokcheon Museum, an archaeological museum in Busan, opened its doors to the public on October 5th, 1996 as a tribute to the long-honored history of Busan from the Samhan Era to the Samguk (Three Kingdoms) Era. The museum displays relics and artifacts excavated from the ancient burial ground in Bokcheon-dong. As many as 169 pieces of ancient helmets, diverse types of earthenware and iron-made weapons found in a series of seven excavations are on display throughout the museum. The array of relics and tombs discovered in the Bokcheon-dong ancient burial ground, designated as Historic Site No. 237, are essential to solving the mystery of the Gaya Kingdom, which remains an uncharted, secret land.
Since opening, the museum has been conducting further research at the site of the burial grounds and remains in the local area to better understand the antiquated history and culture of Busan as well as the ancient kingdom of Gaya. The museum, as a reputable venue for historical education and exploration, also holds academic seminars and special exhibitions to share the research results and achievements with scholars and the community alike.
Aku pun tak tau kenapa aku masukan dalam itinerary tempat ni. Padahal aku bukannya suka sangat dengan muzium. Tapi sebab nak pi tengok kubur, aku datang le jugak.
Tengok kubur??
Bokcheon Muzium
Sampai depan muzium, aku tengok kiri ada laluan naik ke bukit.
Aku tengok signboard, die tulis ada North Gate Plaza, Photo Zone dan Jang Young Sil Science Garden. Maka aku terus naik ke atas sebab atas tu ada photo zone.
Ini Jang Young Sil Science Garden. Jang Young Sil ni kiranya lagenda dalam sejarah Korea sebab die merupakan ahli sains dan astronomi di zaman Joseon. Dia banyak cipta alat-alat sains yang jadi pelopor untuk kegunaan orang Korea waktu tu.
Antara alat yang diciptakan , jam matahari, tolok hujan, dan jam. Jadi replika alat yang diciptakan ada diletakkan di park ni. Tapi takde le aku masuk tilik satu-satu. Kalau tengok 2D1N ade diceritakan sedikit pasal Jang Young Sil ni.
Ni pulak gate kubu perang Dongnaeeupseoung(perghh..berbelit lidah den nak sebut)
Dongnaeeupseoung Fortress. Kubu ni wujud dari abad pertama lagi dan tidak dapat diketahui siapa yang bina. Tetapi ia dibaiki dan dibina semula pada tahun 1021 di dinasti Goryeo.
Aku nak masuk gambar ni, tapi sape nak snap gambar aku?sob sob..
Kemudian aku mendaki lagi sikit menuju ke Photo Zone. Di sana tu Gate Dongnaeeupseoung Fortress.
Ini le view yang aku dapat.. Yang bukit-bukit le letaknya tombs yang aku nak pergi tengok tu.
Jang Young Sil Science Park
North Gate plaza of Dongnaeeupseoung Fortress.
Kemudian aku turun untuk masuk ke muzium, jumpa pondok ni. Aku ingatkan pondok, rupanya Muryangsa Temple.
Ada suggestion untuk mereka yang history junkie. Boleh dikatakan keseluruhan kawasan Dongnae ni adalah dipenuhi tempat bersejarah.
Nak masuk ke Bokcheon Museum. Masa nak masuk tu ada sorang jaga. Die senyum kat aku, mengalu-alukan kedatangan tourist. Tapi muka die bosan gila. Terserlah muka monyok tak dapat bercuti balik kampung. hahahanat..
Aku masuk muzium dan sepertibiasa, takde le aku tilik satu persatu item yang dipamerkan. Ni section tanah kubur raja dulu-dulu.
Ni pun sama, section kubur. Kubur nak ada section daa
Model rakyat buat kerja.
Dah habis pusing dalam muzium, aku keluar.
Sejak aku sampai hingga sekarang, aku hanya jumpa 3 orang je yang datang area sini. 2 orang masa kat area photo zone, lepas tu budak jaga muzium.
Korang rasa ape perasaan aku waktu tu?
Macam nak balik kampung peluk mak tak?
Tapi aku still gigih..menuju ke kubur.
Eh??
Nah, ini le kubur die. Kubur raja mana aku pun tak tau. Raja kapurrr...
Bukannya aku gigih nak melawat kubur pun, tapi sebab nak tengok landskap tempat ni. Aku tengok gambar tempat ni time summer boleh tahan cantik sebab rumput menghijau. Tapi time ni rumput semua mengering, pokok togel, jadi takde le landskap cantik. Actually tempat ni pun tempat riadah jugak. Ada 2-3 orang pakcik dok berjogging keliling kubur time aku datang. Ko hado??
Aku takde le pusing kawasan ni sebab besar gila. Jadi aku patah balik ke tempat aku turun bas tadi dan naik bas ke Dongnae Station.
Haedong Yogungsa Temple
Seterusnya aku nak ke Haedong Yogungsa Temple. Jadi dari Dongnae Station aku ke Haeundae station. Dari sini aku naik bas.
Nak pergi ke Haedong Yogungsa Temple ni pun jauh dari bandar Busan jugak.
Naik atas bas ni nasib baik ramai pelancong cina yang nak pergi tempat sama. Jadi takde le aku sunyi keseorangan macam drama korea yang heroin sedih mengenang nasib putus cinta.
Turun bas aku cuma ikut crowded jalan. Dari simpang depan ni hingga ke main entrance jauh jugak nak menapak. Okey, jauh tak kisah, tapi mendaki tu aku kisah.
Apa yang specialnya temple ni?
Aku nak pergi tempat ni sebab ia terletak di tepi pantai sedangkan kebanyakan temple lain terletak di atas gunung.
Haedong Yonggungsa Temple is situated on the coast of the north-eastern portion of Busan. This superb attraction offers visitors the rare find of a temple along the shore line; most temples in Korea are located in the mountains. Haedong Yonggungsa Temple was first built in 1376 by the great Buddhist teacher known as Naong during the Goryeo Dynasty.Kat sini tourist ramai datang, tak seperti di Bockcheon Muzium.
Aku malas nak cerita panjang, kita layan gambar je la.
Dari main entrance tempat parking, akan jumpa stall jual barang souvenir. Kene menapak lagi hingga ke hujung pantai.
Dan akan jumpa dereta patung buddha ni. Mula-mula aku ingat patung replika pahlawan ke ape. Tapi aku tengok ade orang semayang kat patung ni. Nampak tabung kat depan tabung tu?tempat mintak hajat kottt...
Ada pagoda sebelum masuk ke kawasan temple.
Kemudian masuk ke laluan bertangga. Kat sini dah bunyi pecahan ombak..
Dan kemudian akan jumpa ni. Inilah Haedong Yogungsa Temple.
Aku tak pergi ke arah temple, tapi aku ke area tebing yang boleh nampak temple dari sisi kiri.
Haedong Yogungsa Temple
Layan..
Lagi..
Lagi..
Dah puas susuk kat tempat tadi, aku naik menuju ke jambatan ke arah temple. Tapi aku jalan setakat jambatan ni je, tak masuk temple pun. Dah dapat view coastal area dengan temple dah cukup le.
Kawasan aku berdiri tadi, tempat patung buddha kuning tu.
Sebelum keluar kene gelek perut dulu.. nyaimsomm matakajii semati leppp
Centum City
Seterusnya aku naik bas ke Haeundae. Waktu aku google no bus 181, aku tengok route bas ni akan lalu ke Centumn City.
Jadi aku gamble je duduk atas bas ni dan on GPS. Kalau bas ni lalu centum City, aku turun. Kalau tak, aku turun kat mana-mana subway station.
Nasib baik, bas ni lalu depan Centum City. Jadi aku turun.
Centumn City ni kiranya bandar IT la. Banyak new architecture dengan design futuristic dibina kat kawasan ni. Kawasan ni besar, tapi aku tak cover semua. KAt sini aku malas nak keluarkan handphone, jadi aku snap guna sportscam je. Jadi gambar tak cantik. haihhh
Shinsegae Mall. Aku nak masuk, tapi rupanya hari ni tutup.haihh..
Busan International Film Festival. Sebenarnya ini tempat yang aku nak pergi. Sebab aku memang follower hal ehwal korean drama/movie/variety, jadi tempat ni tak asing bagi penonton TV. Setiap tahun akan ada festival film Busan jadi ramai artis akan berkampung kat sini.
Open area macam stadium ni tempat peminat bertemu artis-artis yang datang.
Kemudian aku masuk bangunan ni, dan naik tingkat atas. Rupanya ada cinema kat atas. Hari ni tak ramai yang datang tengok wayang.
Ground level bangunan.
Bangunan Busan International Film Festival versi camera hp. Sumpah lepas balik dari Korea, aku guna camera handphone je kalau melancong. Penat handle camera banyak-banyak, lastnye gambar kat camera handphone jugak yang berguna.
Dah habis pusing area Centum City, aku dah tak tau ke mana dah.
Sebenarnya mood aku untuk explore Busan dah habis. Maybe sebab hari ni banyak tempat tutup dan tak meriah, jadi aku mati kutu.
So aku balik hostel je since Ecah dah panggil aku balik ajak lunch. Kami nak kene habiskan lagi stok makanan yang ada.
Bila dah petang, waktu Ecah untuk naik train dah tiba. Jadi aku hantar Ecah ke Busan Station.
Busan Station, menjadi saksi perpisahan kami berdua..bwekkk..Padahal kat M'sia jumpa balik.
Selepas hantar Ecah, aku ke Gukje Market lagi. Tapi kali ni aku tak masuk market, tapi aku pergi BIFF Square. Kat sini ada banyak stall jual makanan.. Serius wa terliur..Lastnya aku beli jugak bun telur ni since ada budak Indon yang tukang masak. Budak tu tegur aku dulu, jadi bila tau die Indonesian, aku confident la beli.
Bau aku tak boleh tahan.
Lagi-lagi sotong makcik ni..nampak sedap
Banyak lagi yang depa jual. Kebab arab pun ada 2-3 stall. Jadi tak kisah makan le kat BFF Square ni.
Dah habis pusing BFF Square, aku masuk underground Jalgachi station. Dari sini aku berjalan hingga ke Nampo Station.
Bila aku masuk underground je, mak aihh..penuh foreigner kat sini dan kebanyakannya orang Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Philipines. Orang Malaysia aku tak jumpa pulak..
Rupanya hari ni kan diorang semua cuti. Tibe-tibe aku rasa macam ChowKit pun ada. Baru aku tau ramai yang datang kerja sini, sama macam Malaysia jugak.
Okey, kat sini la aku terasa double standard layanan orang Korea dengan orang SEA ni. Memang diorang ni nak taknak layan orang muka kita. Barang pun hempas-hempas, pandang sinis..
Aku yang tourist pun terkesan sekali. Tapi bila orang die masuk kedai, wah..senyum sampai telinga. Layanan first class..Tibe-tibe teringat aku makcik tokey warong yang halau kami malam tu...Hanat makcik tu..
Selama ni aku dengar jugak sisi gelap rakyat korea yang diorang ni racist dan akan pandang rendah pada orang SEA. Hari ni memang terbukti depan mata aku.
Jadi bende ni buatkan aku lagi tak sabar nak balik Malaysia. Nak balik peluk orang kampung, nak cakap walaupun korang pun kategori racist jugak, tapi racist korang tak seteruk orang Korea. Korang racist camane pun tapi tetap layan customer berbudi bahasa, tetap layan jiran tetangga dengan baik.
Tapi Korea tidak..
Walaupun aku sakit hati dengan layanan tuan kedai kat aku, tapi aku tetap terbeli periuk masak.
Harga pulak boleh tahan murah, W5000 je. Kalau kat Goshop mau dekat RM350.
Dan periuk ni tahan sampai sekarang dan goreng ape pun tak hangus..
Dah dapat periuk, aku terus balik. Aku tak sabar nak kemas packing bag untuk balik esok.
Di hotel, kali ni aku ade roomate gantikan Ecah. Hari ni budak Vietnam masuk, jadi ade le teman berbual.
Masa packing tu aku sedekahkan semua stock maggi yang ada pada die.
Day 10
Pagi-pagi lagi aku bangun ke airport. Aku dah tak sabar nak tinggalkan bumi korea..
Dah rasa homesick dah ni.
Aku nak cuaca panas, nak makan ayam goreng, nak makan masak lemak..nak peluk cium mak..
Hoii..baru 10 hari ko dah merana??Buat malu orang kampung laa..
Nasib baik hari tu flight tak delay, jadi takde le aku kebosanan menunggu di airport.
Di airport , aku tapau banana uyu bawak balik Malaysia.
a
Bye Busan..Bye Korea..
-END-