Pagi ni kami bermalas-malasan keluar lepas sarapan.
Asalnya nak mendaki Mt.Halla, tapi kami cancel.
Jadi hari ni kami nak ke arah Seongwipo sahaja untuk pergi ke Udo Island dan Seongsan Ilchubong Peak. Dua tempat ni berada di hujung belah timur pulau.
Kalau nak pergi tempat ni naik bas, ambil masa dekat 2 jam. Sebab tu orang kata kalau nak ronda dalam Jeju Island better sewa kereta sebab kalau naik bas ambil masa yang lama.
Tapi kami no choice, sebab datang berdua, jadi membazir kalau sewa kereta. Jadi hari ni kami terpaksa naik bas untuk jimatkan kos. Nasib baik ada screen ni yang banyak membantu. Bas ke area Seongwipo ni ramai pelancong cina naik sekali jadi punya la bising atas bas. Tapi at least kami tau le mana nak turun sebab konfirm ramai-ramai yang akan turun tempat yang sama.
Sepanjang perjalanan aku dapat tengok view kampung orang yang cantik-cantik. Ecah dah membuta.
Akhirnya bas sampai di simpang Seongsan dan kami berjalan ke jeti. Kemudian kami beli return tiket feri.
Dalam feri.
Udo Island dari atas feri.
Welcome to Udo Island.
Masa awal planning nak ke Jeju, Udo Island memang takde dalam itinerary aku.
Tapi bila dah survey blog- blog orang, aku tengok cantik pulak view pulau ni.
Lagipun sebab keluasannya kecik dan transport untuk pusing pulau pun senang, maka aku insert Udo Island untuk hari kedua di Jeju.
Situated off the eastern coast of Jeju Island, Udo Island was named because it resembles a lying cow. It boasts fertile soil, abundant schools of fish, and scenic sights; local heritages (female divers, stone walls, and stone tombs) as well as natural attractions abound on the island, making it a miniature of Jeju Island. The island is also full of amenities and tourism outlets: fishing, bike trails, sand massages, submarine tours and cruises.
Seobin Baeksa (a white beach designated Natural Monument No. 438) has appeared regularly in films and TV commercials thanks to its breathtaking white sand and emerald sea. The sea around the beach showcases different colors depending on the water level. This makes Seobin Baeksa one of the most popular tourist attractions in Jeju-do, along with Hallasan Mountain.
Standing on Udobong Peak (132.5m), the highest spot on the island, is a lighthouse surrounded by a spacious park. The peak offers outstanding overlooks of the island at a glance.To protect the exquisite nature and promote maritime tourism, Bukjeju County designated two ports on the island (Udo Port and Haumokdong Port) and the sea surrounding it (25,863㎢) as Udo Maritime Park in January 2001. Visitors can appreciate maritime tourism at its best including a trip under the sea by submarine.
Dah sampai pulau, kami melepasi pintu gerbang ade banyak tersusun motor dan mini car untuk disewa.
Pilih je la yang mana berkenan untuk naik dan pusing Udo Island. Aku dah lupa berapa harga sewa tu, tapi kami pilih naik bas je. Aku tak nak hadap angin sejuk naik motor.
Map Udo. Kat Udo ni banyak hotspot view cantik yang kita boleh jumpa. Kalau datang time spring lagi le cantik sebab ade ladang carnola berserta sawah padi yang menghijau. Tapi sebab aku datang time winter, tengok gambar orang lain je laa..
Salah satu location yang terkenal di Udo ialah Udo Peak yang mana ia adalah salah satu oreum yang ada lighthouse dan merupakan landmark Udo. Dalam gambar atas ni Udo Peak yang aku nak pergi. Sebab tak dapat gambar dari atas feri, jadi aku tempek dari Korean Tourism je.
Bas yang kami naik untuk pusing Udo. Ada 4 main pitstop untuk bas berhenti. Bila dah turun dan nak naik balik bas ni just tunjuk tiket je.
Bas akan berhenti di kawasan Udo Peak yang mana ia adalah main hotspot dalam pulau ni. Tapi nak ke Udo peak lighthouse tu kene mendaki lagi. Kami amik feel dulu bersiar-siar kawasan tu sambil tengok tourist lain dok terkial-kial bawak motor.
Udo Peak yang akan kudaki.
Tapi sebelum tu Ecah berkenan nak beli aiskrim walaupun suhu sejuk gila. Sekali bila dah beli baru tau regenye W5000. Masa tanya tadi dengar W2000.
Selain mendaki Udo Peak, kat sini pun boleh naik boat buat putaran alam. Tapi aku tengok pun dah beku kene angin laut, apetah lagi kalau naik boat.
Kemudian kami berjalan ke arah jalanraya. Tadi masa atas bas aku nampak ramai orang berjalan dari arah sini. Jadi maknanya ada laluan untuk ke peak.
Sambil tu layan view tengok sawah padi dan rumah-rumah orang.
Lagi..
Kalau naik motong pusing pulau memang best. Nak je aku naik moto yang tourist ni tinggalkan. Mesti owner die dah naik atas ke Udo peak.
Dah sampai ke entrance laluan ke Udo Peak, aku berkira nak naik ke tak. Gambar tangga ni pun separuh aku dah daki. Terpongeh toksah cakap la..
Bila dah sampai atas je..Wowww..dapat breathtaking view
Akhirnya dapat tengok view dari atas. Tapi terpongeh tak habis lagi. Aku perlukan oksigen.
Dan aku kene tunggu Ecah yang dah terbongkok-bongkok nak naik. Actually bukan die je, hampir semua yang naik tangga tu dah terbongkok-bongkok bila sampai atas.. "Cah, cepat cah..tengok view ni!!"
Kak, amik gambar aku dulu!!
Lagi..Kite rehat kejap sebelum jalan ke peak dekat lighthouse tu.
Di belakang kami nampak lagi view ni. Percayalah, kalau bukan winter mesti cantik gile tempat ni.
Aku pun dah tak tau nak letak caption ape. Tapi time ni kami berjalan slow-slow nak tarik nafas
Kiri view laut kanan view tanah besar.
Lagi..
Lagi
Aku amik gambar Ecah, Ecah amik gambar aku. Gambar Ecah le untung sebab aku snap guna Note2. Kalau guna dslr banyak yang blur, baik gambar hp kokak Note2 pulak yang cantik. Aku pun tak tau ape masalah dslr tu. Trip korea ni beri pengajaran pada aku tak payah susah-susah guna dslr. Guna handphone je puas hati kalau nak bergambar time melancong. Iyela, lagipun kite bukannya photographer yang pandai tukar-tukar setting. Setakat tukar setting kat hp nak bagi muka nampak flawless boleh la..eh..??
Akhirnya sampai di penghujung laluan yang ada tower. Dari sini boleh nampak view penuh tanah rendah dari atas.
Coastal area
Kalau tengok bangunan kat bawah tu, tu le tempat bas berhenti dan kami beli aiskrim tadi.
Kami berjalan lagi ke lighthouse depan tu. Dari sini aku tak tau ape attration yang ada lagi kat depan. Takkan nak patah balik kot, penat mendaki tak habis lagi. Maka aku decide jalan je arah sana dengan harapan nanti jumpa shuttle bas yang kami naik tadi. Sebab dalam perkiraan aku, kalau kita jalan ke arah sana akan jumpa jeti tempat kami naik bas tadi.
Bila dah sampai atas ni ada anjing 2 3 ekor berkeliaran. Si Ecah ni penakut anjing.makin dihalau, makin datang anjing tu kat die. Pastu dok membebel dengan anjing tu. Yang aku heran, anjing tak kacau aku pun. Jenis anjing ni kita jangan kita buat takut dengan dengan die, kita buat bodo je bila tengok die. Nanti die pun tak hiraukan kita.
Statue yang ada di puncak Udo.
Belah kiri nampak view ni. Adakah kita perlu turun ke bawah sana untuk pergi ke tempat shuttle bus tadi?
Aku tengok ada tangga yang disediakan. Oh tidak, malas pulak nak turun ikut tangga. Jadi kami teruskan lagi perjalanan ke depan
Kemudian jumpa laluan bersemak ni. Cuma kami je kat sini. Nak teruskan ke nak patah balik?
Masa kami turun ikut laluan tu, datang seekor anjing. Ecah sibuk dok menghalau anjing tu sebab takut. Aku cakap biarkan je la..die nak tunjuk jalan kat kita tu.
Kemudian anjing masuk semak nak berak. Bagus anjing korea ni,nak berak pun bukan tengah jalan.
Lepas tu die keluar balik jalan seiiringan dengan aku. Asal aku berhenti je, die berhenti tunggu. Bila kami jalan, die jalan balik. Bila dah sampai open area depan sana, anjing tu dah tak tau ke mana dah. "Kan betul akak cakap, anjing tu temankan kita jalan tempat sunyi ni.."
Dan kami sampai di bawah jugak. Tak berapa ramai yang ada kat sini dan kalau ada pun bercouple.
Aku pun couple jugak dengan Ecah. Die amik gambar aku, aku amik gambar die. Tapi aku tempek gambar die sebab gambar aku tak memenuhi kriteria untuk ditempek.
Lagi
Kami berada di tengah-tengah dataran lapang. Mana hala tuju nak pergi ni?
Nak naik ke atas bukit nun? Rasa macam tak payah membazir tenaga kot.
Jom kita ikut couple tu la Cah. Kat sana tengok macam ade orang lagi.
Maju ke hadapan. Tapi rupanya bila kami sampai ke penghujung jalan ni akan jumpa parking area untuk private car. Ada sebuah kedai kat parking ni, kami tanya owner kedai yang jual coklat bas ada datang sini tak?Die kata takde bas ke sini. Maka, kami terpaksa patah balik ke tempat dani. Aduhhhh..
Kami pun patah balik ke tengah-tengah dataran. Kali ni kami amik laluan lain untuk naik ke atas, berjalan ke arah pintu gerbang kecik nun. Di situ ada tourist information pasal Udo.
Tapi bila kami masuk, takde orang pun dalam bangunan tu. Maka kami teruskan perjalanan lagi untuk naik ke light house tadi.
Kat sini aku jumpa riben ni. Maka taulah aku yang kat sini adalah salah satu trail Olle Jeju yang ada di Udo Island ni. Jadi, tak semena-semena aku dah terbuat olle Jeju. Kalau korang nak tau, olle jeju kiranya salah satu aktiviti berjalan yang mana kita boleh menghayati keindahan pulau Jeju. Ada banyak route yang kita boleh pilih.
Kemudian jumpa tangga yang kami tengok dari atas tadi. Kali ni nak tak nak terpaksa jugak la naik tangga sebab nak balik. Sekali lagi mak terpongeh!!
Jumpa lagi view ni. Kali ni aku dah tak menghayati keindahan alam dah. Nak cepat jumpa naik bas je.
Dan berjalan lagi tempat yang kami sampai tadi. Fuhh..kalau buat route patah balik ni yang sakit. Ecah pun time ni la die racun aku..
"Kak, kalau ko panjat Seongsan Peak pun sama jugak view die. Lebih kurang camni jugak, cuma yang ni lagi cantik &kurang pelancong. Jadi aman sikit"
"Hmm..okeyla, kite cancel je la pergi Seongsan, kita balik hotel terus je la."
Dan begitulah Ecah berjaya racun aku untuk aku cancel ke Seongsan Ilchubong Peak. Maklumle, die dah pernah datang Jeju, jadi aku memang akan dengar pendapat die.
Selepas Udo Peak station, kami berhenti di Geomnellae Beach untuk ambil gambar sekejap.
Geomnellae Beach
Geomnellae Beach
Pantai kat sini memang cantik.
Geomnellae Beach lagi
Mula-mula aku ingatkan nama pantai ni. Tapi bila aku gona google translate keluar "If you live properly, you will see the future"
Kemudian kami naik bas lagi dan lalu ikut kampung orang. Walaupun bas berhenti beberapa kali kami tak turun sebab aku dah tak sabar nak balik ke jeti.
Feri dah sampai..jom kita balik..
Sampai di Seongsan Port, kami tunggu bas sebab di pondok pak guard tu ada jadual bas no 710 yang berhenti di port. Pagi tadi, kami naik bas no 701, tu yang kene berjalan dari simpang sana.
Dalam jeti ada banyak coklat jeju yang dijual. Tapi sebab kami dah borong dekat Udo Peak, takde la beli lagi.
Aku sarankan kalau sesape yang suka nature dan hanya ada masa satu hari je di Jeju, korang boleh duduk satu hari di sini sebab pulau yang kecik, tapi semua view dapat.
Nak pantai cantik? - ada
Nak carnola?? - ada
Nak panjat oreum? - ada
Nak bersiar-siar dengan couple naik moto? - ada
*Kecuali air terjun je takde kat sini.
Things to do in Udo Island
Kami sampai hostel dalam jam 3 petang, singgah 7e beli nasi dan keluarkan stock makanan yang ada. Petang tu kami menu lunch kami antara yang termewah selepas ikan bakar dongdaemun. menu sebelum ni kalau tak maggi, nasi pulut, telur pindang & sambal ikan bilis je. Hari ni ade kari ayam dengan rendang.
Selepas makan, kami bermalas-malasan di pc sambil layan internet sampai ke malam.
Jadi jadual hari ni light-light je sebab aku lebih banyak landing atas katil.
Besok pagi kami dah nak ke Busan
bersambung..
No comments:
Post a Comment