Hari ni kami akan ke Busan!!
Flight kami jam 10.40 pagi, jadi kami bermalas-malasan di hotel dulu pagi tu. Kalau pergi awal pun tak tau nak buat ape, sebab aku tau airport kecik.
Selepas breakfast kami lepak dulu di kitchen sambil tengok Running Man.
Lupa nak cerita, semalam petang waktu kami berehat di lobby, ada dua orang traveler lelaki dari Indonesia datang bertegur sapa. Sorang dari mereka datang tanya aku ade stok maggi kari ke tak sebab die cakap dah lama teringin maggi kari Malaysia. Jadi aku pun bagi le sebab stok makanan aku pun banyak lagi tak habis. Kemudian, die berbual dengan Ecah sebab aku dah naik bilik.
Pagi ni, terserempak lagi dan diorang pun sama nak naik flight ke Busan pagi tu. Tapi Ecah yang banyak layan diorang sebab Ecah ni budak peramah. Aku pulak bila dah lama dan takut dicop sombong baru join berbual dengan diorang.
*Aku harus cerita perihal diorang ni sebab mereka watak penting journey aku hari ni.
Aku takde le nak offer ajak pergi sekali memandangkan tengok style mereka ni suami orang, jadi aku taknak le lebih-lebih.
Tapi bila syiok sangat berbual dan dah tiba masa nak keluar dari hotel ke airport, diorang pun sama turun sekali. Jadi le kami berempat sama-sama naik teksi ke airport.
Dah sampai airport, baru le tau flight kami ke Busan sama iaitu naik Eastar Jet.
Tambahan lagi flight kami delay satu jam, menjadikan lagi le syiok kami berbual.
Jeju airport..bye Jeju..Nanti aku datang lagi.Ade lagi tempat yang aku sengaja tak cover untuk datang kali kedua.cewahhh..
Aku kenalkan kawan baru kami. Seorang nama Kurnia, lebih kurang baya aku dan sorang lagi kami panggil Pak Saiful sebab umur die dah 40-an. Mula-mula kami panggil Bapak, tapi die suruh panggil abang Saiful je. Ah sudahhhh..
Waktu di airport, aku berbual dengan Kurnia, si Ecah pulak masuk duty shop dengan Pak Saiful.
Kurnia bagitau Pak Saiful tu dah ada dua isteri, jadi tengah cari no 3 dan die suka orang Malaysia..
Haaa....habis la ko Cahhhhh. Aku tak tau..Pastu lama pulak ko menghilang dalam Duty Free dengan dia.
Aku dengan Kurnia cuma duduk kat depan kedai je sebab kami tak banyak duit macam depa. Kurnia cerita diorang berdua ni dah banyak tempat dah pergi antaranya Europe, Australia, Hong Kong, pastu banyak tempat lagi la. Aku pun tak berapa paham ape keje die tapi aku rasa die ni jual insurans atau funds manager kot. Dan Pak Saiful ni maybe investor die, sebab tu die boleh entertaint Pak Saiful sampai boleh ikut melancong ke mana-mana.
Dah puas berborak dengan diorang, akhirnya dapat naik flight. Seat pun dekat, jadi memang tak boleh elak dari diorang bila dah sampai Busan.
Welcome to Busan! Bila flight dah masuk Busan, banyak nampak pulau dari atas.
Keluar dari airport, kami berempat naik train ke city.
Nak pergi ke center city, kami kene tukar lane 2 kali. Leceh pulak aku rasa sebab nak kene pikul tapir kat belakang ni. Tapi sebab jalan dengan diorang ni takde le rasa penat sebab asyik dok gelak dengan Kurnia yang poyo.
Dalam train dari airport, view luar banyak nampak gunung ganang.
Waktu nak tukar lane di Sasang-yeong station, ada satu kejadian yang mana Pak Saiful tertinggal handphone di pintu autogate tiket, tapi bila masuk train die baru perasan. Waktu tu macam drama pulak sebab pintu train dah nak tutup, kami bertiga kat dalam dan dia sorang kat luar. Kurnia sempat keluar dari train, tapi aku dengan Ecah tak sempat keluar. Ada sorang ajjuma dalam train sempat tahan aku tak bagi keluar sebab bahaya pintu dah nak tutup.
Jadi terpisah la kami kat situ tanpa say goodbye.
Dah le no hp tak mintak, fb pun tak add. Padahal Kurnia dah cakap nak follow itinerary kami sepanjang di Busan sebab die tak tau apa attraction di Busan ni.
Bila nak kene tukar station lagi sekali iaitu di Seomyeon Station, kami decide tunggu diorang di platform. Kalau jumpa, tu nasib baik, kalau tak jumpa tu say byebye terus..
Dan nasib baik kami berjumpa lagi.
"Jumpa handphone bang Saiful?"
"Ada..kalau di Indonesia sudah diambil orang ini.."
"Sama la kalo malaysia. Kejap je lesap."
Kami teruskan perjalanan ke hostel. Aku dan Ecah berhenti di Busan Station, tapi mereka berdua turun di Jalgachi Station.
Kurnia cakap nak ikut kami berjalan petang ni jadi aku cakap kita jumpa di Haeundae Beach je la.
Sampai bilik, kami rehat dan landing kejap. Jam 2.30 kami keluar hotel. Tapi sebelum tu aku sempat msg Kurnia cakap kami nak ke Dongbaek Park sebelum ke Haeundae Beach. Kalau die tak nak ke Dongbaek Park pun takde masalah sebab aku pun malas nak tunggu orang time melancong ni.
Dongbaek Park
Park ni terletak sebelah Haeundae Beach. Kalau turun di Haeundae Station, boleh je berjalan kaki ikut walkway tepi coastal tu.
Tapi aku turun di Dongbaek station dan masuk Dongbaek Park dan berjalan hingga ke Haeundae Beach.
3D Map Bandar Busan. A- Dongbaek Park. Dari sini kami akan berjalan hingga ke B-Haeundae Beach. C- Gwangan Bridge Salah satu ikon Busan jugak. Tapi sebab kami sampai Dongbaek Park dah petang, matahari membelakangi bridge ni. Jadi tak cantik la ambil gambar,
Masuk je entrance Dongbaek Park jumpa Busan skycrapper.
Kawasan elit ni banyak bangunan tinggi, sakit kepala aku dongak.
Ecah..tolong tepi sikit
APEC Building. Waktu kami sampai dah tutup, tak boleh masuk. Die suruh naik ke atas untuk masuk ke laluan coastal ke Haeundae Beach.
Maka kami start berjalan dari sini ikut walkway yang disediakan. Time petang-petang ni ramai yang beriadah.
Layan view aje la..
Matahari makin jatuh, hari makin senja
Walkway yang kami lalu menyusuri tepi pantai. Jauh jugak sebenarnya dan banyak tangga. Tapi tak terasa penat sebab banyak topik nak berbual. Biasalaa..pompuann
Lagi..
Dah dekat dahh
Highrise di tanah tinggi. Bagus diorang ni takde tarah bukit.
Haeundae Beach dah nak sampai.
Haeundae Beach
Waktu ni hp aku dah dapat wifi sebab waktu tu dekat dengan hotel. Jadi tumpang wifi hotel kejap dan contact Kurnia tanye die kat mana. Dia kata ada di area haeundae beach..Adoii..Haeundae tu besar amat kokkk.
Tapi sambil tu aku dengan Ecah duduk lepak area sini dulu. Nak jejak pasir, taknak kotorkan kasut, apetah lagi nak gi jejak gigi pantai time sejuk-sejuk ni.
Haeundae Beach, tak ramai orang.
Biarpun si Kurnia dengan Pak Saiful tengah tunggu tepi jalan, kami buat donno dulu. Biarla depa, sapa suruh lambat datang..
Yang penting dapat pose.
Dah malam..mari kita cari diorang
Kurnia kata tunggu tempat bintang. Puas aku pikirkan ape tempat bintang tu. Rupanya kat sini.. Sini adalah dataran untuk mereka yang nak pergi ke Haeundae Beach dan turun naik subway.
Haeundae highrise bila dah malam.
Bila dah jumpa semua kami lepak sekejap dan berjalan di sekitar Haeundae.
Kemudian dah tak tau arah tuju, aku ajak ke area Jalgachi . Jadi kami bergerak ke arah Haeundae Station.
Tapi on the way ke station tu, terjumpa kedai kebab turki, dan diorang pulak lapar. Maka lepak le kami di situ sambil berbual dengan tuan kedai dari Pakistan. Dia kata kat Pakistan dulu die pernah bunuh orang. tu yang lari ke Korea. Tapi katanya die bunuh sebab nak defend diri sendiri. Biasala, negara bergolak, jadi banyak le drama hidup orang. Lama jugak kami lepak kat sini sambil tunggu Kurnia dan Pak Saiful makan kebab.
Aku dengan Ecah pulak sibuk tolong mamat baju merah tu panggil customer. Die jual jelly dalam mangkuk kertas. Banyak topic yang kami interview diorang camane diorang hidup kat Korea ni. Kesian jugak dengan diorang. Walaupun tak dapat banyak untung, tapi terpaksa jugak survive untuk hidup di negara orang. Lepas tu aku tanya lagi orang korea punya layanan okey ke dengan muslim? Die kata tak jugak. Korean ni actually amatlah prejudice dengan muslim dan mentality diorang pun lebih kurang sama dengan China mainland. Tapi berbeza dengan masyarakat Jepun, yang lebih open terima kedatangan orang luar.
Haeundae Traditional Market
Selepas makan kebab, kami menuju ke Haeundae station. Tapi sebelum sampai, kami nampak pintu lorong market dan secara automatic kami masuk since banyak lagi kedai buka.
Maka kami berjalan sambil tengok barang-barang yang dijual dan kebanyakannya seafood yang rare dan pelik. Ralit jugak la kami tengok aquarium yang diletakkan depan kedai tu.
Lorong ni jugak banyak restoran.
Potato
Goreng-gorengan
Sambil berjalan tu sambil bercerita. Banyak yang kami borak.
Tapi yang aku tak boleh blah bila si Kurnia ni hasut kami beli handphone secondhand.
Pak Saiful ni hobi die bila melancong beli hp secondhand lepastu bila balik Jakarta jual balik. Kurnia cerita lagi Pak Saiful dah beli refurbished samsung note 3 di Jeju. Harganya bagi aku memang murah sebab waktu tu note3 masih advance lagi.
Bila die tau handphone Ecah dah retak seribu screen dah tak boleh on, lagi la die hasut Ecah join sama beli dengan die. Aku pun sokong je, sebab aku yang jadi punca retak. Nanti aku tambah la duit kalau tak cukup.
Topik beli handphone ni sebenarnya start dari airport Jeju hingga ke Haeundae tak habis-habis.
Aku pun dah penat dok melayan diorang pasal handphone.
Tapi...
Bila dah sampai penghujung market tu, diorang nampak kedai handphone.
Okey, ni starting kisah mereka mencari handphone.
Note2? Note 3? Note 4? S6?
Mana yang diorang rasa berbaloi brand samsung, semua diorang tanya.
Aku pulak jadi tukang translate sebab hp aku ade download google translator.
Masuk kedai mintak password wifi, pastu communicate dengan tuan kedai. Sampai aku surrender nak follow diorang keluar masuk kedai.
Akhirnya aku berjalan sorang-sorang kat luar kedai dan patah balik. Itu pun tak selesai jugak..
Perghh..tak pernah aku buat datang melancong tempat orang pi survey handphone.
Ecah pun sama naik melayan diorang survey handphone. Iye la, orang dah takde handphone mesti teruja tengok handphone kan. Aku suruh je Ecah beli kalau jumpa yang die nak, nanti aku topup le sebagai ganti handphone rosak tu. Tapi die taknak.
Dalam banyak-banyak kedai, kedai ni paling lama. Aku pun dah panas punggung duduk kat kerusi menunggu diorang deal harga handphone. Korang boleh bayangkan la camane ayam dengan itik deal harga kan?Aku dari jauh gelak je tengok sistem komunikasi diorang ni.
Diorang bertiga dok tawar harga dengan mamat pendek tu sampai mamat tu dok merayu taknak harga murah. Actually mamat tu lembut, jadi Kurnia dan Ecah sibuk dok mengacau die. Yang aku dengan mamat baju biru dok gelakkan diorang. Lastnye tak beli jugak handphone tu. Mati-mati aku ingat diorang akan beli lepas deal harga dekat sejam. Tapi rupenye tak beli jugak. Mesti mamat tu maki gila kat kami. hahanat
Dekat sejam diorang duduk kat kedai handphone hujung tu.
Diorang pi masuk kedai depan pulak sambung lagi.
Tapi mamat kedai ni serius je mukanya. Dia pun cerdik bila nak communicate guna translator kat monitor komputer tu. Jadi diorang pun takde nak deal main-main.
Mamat tu siap type lagi "Faster please, I need to close the shop".
hahaha..Aku bantai gelak gila time ni.
Bila jumpa handphone dengan harga yang diorang deal tapi time bayar duit tak cukup pulak..
Terpaksa la Pak Saiful dengan Kurnia pergi bank nak cucuk duit tinggalkan aku dengan Ecah kat kedai ni.
Kiranya aku dengan Ecah jadi guarantor la..Cess...
“Jangan kita kene scam dengan diorang dah le, Cah. Buatnya diorang tak datang balik, pastu mamat tuan kedai ni suruh kita bayar handphone sudah..”
Dalam kedai terakhir selepas kedai oppa gangnam style. Kali ni dapat oppa busan style pulak. Muka seriuss.. |
Dah settle beli handphone di kedai tadi, kami keluar naik train dan menuju ke Jalgachi.
Actually hal tadi tak settle lagi sebab Pak Saiful tak boleh keluarkan duit dari ATM dan terpaksa guna duit Kurnia. Jadi lepas bayar handphone je misi draw duit dari ATM pun bermula.
Asal jumpa bank je masuk. Asal jumpa convenience shop yang ada ATM je masuk.
Aku pun dah tak tau pukul berapa dah waktu tu, tapi hari dah makin lewat bila kami sampai di area Jalgachi.
Setelah beberapa kali cubaan draw ATM tak berjaya akhirnya mereka berputus asa.
Waktu ni bagi aku memang kelakar sebab aku dan Ecah dah kira follower diorang, mengekor je mana diorang pegi sebab aku dah penat.
Diorang dok tinjau-tinjau makanan warong di sebalik dinding plastik. Menu warong ni jual sate cucuk-cucuk ala fish cake, tempura dan ade lagi beberapa menu.
Sebab aku selalu tengok drama korea, jadi aku familiar dengan menu-menu ni. Tapi aku takde hingin la nak masuk makan sebab bagi aku amat mustahil untuk aku masuk makan.
Tapi bila dok tinjau di satu pintu masuk warong ni, ajjuma tuan kedai tu panggil masuk. Memandangkan die amat peramah, maka mereka berdua masuk dengan konfident.
Dalam hati aku waktu ni dok kata "Biar betul diorang ni nak makan."
Kemudian si Kurnia dan Pak Saiful ni sibuk interview ajjuma bahan-bahan setiap makanan yang display.
"Makan tteokbukki je la. Kalau yang ni konfirm boleh makan. Kalau tak pun fish cake tu je.." aku bagi suggestion.
Tapi diorang ignore ape yang aku cakap, still nak tanya ajjumma tu jugak mana satu makanan yang ada daging, mana satu seafood.
Dah puas tanya satu persatu makanan, diorang dok cari gimbap pulak sebab hari ni tak makan nasi lagi..
Lepas tu diorang suruh ajjuma tu buat gimbap baru sebab nak make sure ajjuma tu tak letak apa-apa bahan terlarang dalam gimbap tu.
Ko rasa ajjuma tu akan sabar melayan kerenah diorang tak?
Haruslah tidak..
Orang Korea ni bukannya macam orang islam yang ada tahap kesabaran yang tinggi.
Dalam sekelip mata peribadi ajjuma tadi yang peramah terus jadi bengis. Dihempas-hempasnya barang-barang die sambil buat kerja. Belum kira lagi die membebel.
Tapi gentleman dua orang ni muka toya je. Aku dengan Ecah pulak serba salah.
Waktu tu aku dengan Ecah dah order siap-siap tteokbukki sebab aku malas nak mencari makanan lain.
Kemudian kami duduk di meja hujung dan tak lama lepas tu ajjuma datang letakkan makanan atas meja sambil hempas pinggan tu.
Hookeyyyy....Gitu layan customer noks..
Tapi Pak Saiful tak serik lagi, die bangun lagi pergi dekat ajjuma tu mintak sos lain sebab sos yang ajjuma bagi bagi tak kena dengan tekak die. Hahaha..Memang dasar muka tebal diorang ni.
Yang ajjuma tadi, sambil buat kerja, sambil dok maki-maki kami. Setiap customer yang masuk kedai tu die dok cerita kuat-kuat sambil dok tunjuk kiteorang.
Helloo makcik..aku tau ko sedang bengang sebab dapat customer macam kami, tapi toksah la dok heboh bercerita dengan customer lain.
Tapi ada sorang pakcik ni yang duduk minum soju berdekatan dengan kami, dok sound ajjuma tu..
Aku tau die cakap "Dah dah la tuhh.."
Lepas tu aku dok berborak dengan pakcik tu memandangkan die pandai sikit-sikit speaking sebab die bekas askar. Sekarang ni die dah buka restaurant bbq dan malam ni mood die nak mabuk sorang-sorang tanpa gangguan famili die. Tu yang die datang kedai ni.
Pakcik ni pun tau jugak yang kami ni muslim dan tak boleh makan pork. Dan die pun tau kenapa kami picky pasal makanan tadi. Pastu die cakap kalau tak die dah ajak pegi makan kat restaurant die dah.
Pastu die cakap lagi.."Takde nikmat la korang tak boleh makan babi"
Haha..ape-ape la pakcik..tak terliur pun dengan babi.
Tengah syiok berborak dengan pakcik tu, ajjuma tadi datang dok halau kami even belum habis makan lagi.
Suruh keluar dengan cara kurang hajar hokeyyyy..siap tarik badan kami dan angkat pinggan makanan.
Pastu pakcik tu sound makcik tu lagi, suruh biarkan je kami. Dan lepas tu die bertekak pulak dua orang.
Pakcik tu defend kami, makcik tu pulak maki kami non-stop. Aku rasa makcik tu lagi bengang sebab kami takde order soju kot. Sebab tu die halau tak bagi duduk lama. Memang culture korea ni kalau duduk dalam warung harus minum soju, jadi boleh le duduk berejam.
Sebab kami malas nak layan makcik tu, kami makan cepat-cepat dan keluar.
Sebelum keluar, aku siap pesan kat pakcik tu.."Jangan layan customer pakcik macam makcik tu. Very the hahanat tauuu.."
Pastu die bantai gelak..di jawab "okey..okey.."
Dah la makcik hanat. Kami pun tak teringin nak duduk kedai makcik lagi.
Makcik adalah contoh terbaik dalam drama korea yang aku selalu tengok. Memang style orang dia kalau marah bercakap gegak gempita dan tonyoh kepala orang. Cuma kami bernasib baik tak kene tonyoh kepala je tadi. hahahanat..
Aku rasa orang kita ni even dapat customer cerewet pun takde le sampai halau dengan cara kasar camtu sekali. Lagi-lagi dengan pelancong.
Maka betullah telahan aku yang warga korea ni lebih kurang warga cina mainland jugak yang jenis kurang beradap.
Setelah selesai peristiwa kene halau tu, aku dengan Ecah mintak beransur dulu nak balik hotel.

Warung-warung yang ada kat tengah jalan sepanjang deretan kedai.
Makanan yang warung-warung ni jual. Tapi ni bukan kedai ajjuma bengis tu. Ni jiran-jiran die, cuma jiran die buat donno je bila kami jenguk.
Makanan yang dua gentleman order. Telur, fishcake, sotong dan udang celup tepung. Plain gimbap tu yang ajjuma terpaksa buat lain. Sos kicap tu rasa die pelik, jadi Pak Saiful mintak sos merah tu.
Tteokbukki yang kami order.
Ni watak utama cerita kami hari ni, Pak Saiful dengan Kurnia. Actually kami panggil Abang Saiful, sebab die suruh kami panggil abang. Tapi masa nak update cerita ni tak sanggup pulak aku bahasakan abang. Macam tak respect pulak sebab die dah berusia..hahaha
Watak paling penting dalam drama kali ni, ajjuma tuan kedai ni. Masa ni die buat kerja sambil mulut die membebel dok bercerita pasal kami dekat customer lain. Siap tunjuk-tunjuk lagi. Pakcik pakai jacket hitam tu pulak macam polis sentri. Tu die dok belek handphone nak tunjuk gambar restoran dengan anak pompuan die.
Setelah selesai peristiwa kene halau tu, aku dengan Ecah mintak beransur dulu nak balik hotel.
Mental dah penat sebab jumpa makcik hawau tadi. Balik tidur lagi bagus.
Jadi kami say babai dan Kurnia cakap esok nak join kami ke Gamcheon Village.
Ape-ape la Kurnia oii..tapi aku tak rasa pun yang korang boleh bangun awal pagi untuk ikut jadual kami.
Lagipun die kata die taknak balik hotel lagi, nak sambung usaha draw duit di ATM..

Jadi aku tak letak harapan yang tinggi untuk diorang join kami esok.
Kalau diorang muncul esok di Gamcheon Village, ade la..Kalau takde, kami teruskan ape yang kami plan.
Btw, sekali sekala jumpa traveler jenis macam diorang ni syiok jugak sebab diorang jenis main redah dan muka tebal. Peduli hapa local people nak maki pun janji aku dapat ape yang aku nak. hahahanat..
Tapi kala 10 hari travel dengan diorang ni boleh naik stress aku dibuatnya.
Dah, aku nak rehatkan minda aku yang penat gila ni. Pergi China pun tak pernah kene halau tau takkk??hahahanattt
bersambung...
haahahahhaha....
ReplyDeletemmg tebal gila muka depa dua org....salute