Tuesday, July 28, 2009

"Energetic" Music Video Released Along with Repackaging News



BoA has finally released her latest single's music video via the Entertainment Weekly website, an American magazine that focuses mainly on entertainment media and critic reviews.

BoA is so "Energetic" in the music video, as she shows off her powerful dancing skills in a club and geared out in her favorite accessories, necklaces, bracelets, and big rings. She is also sporting the same style of makeup and face decoration she had during SF Pride. BoA can be seen wearing a purple corset in her dancing sequences, showing us that BoA's skills can't be restricted by her clothes OR high heeled shoes! Now that's impressive! But what's even more amazing is that the new and extended version of "Energetic" was used in the video. It was the same version BoA performed at SF Pride. With face shots, full body shots, slow motion, mirror imaging, and impressive lighting -- the director certainly knows what he's doing and brought us BoA fans tons of eye candy.

Along with the music video release on Entertainment Weekly, BoA had an interview with the article writer David Yi where she shared some interesting and exciting news. BoA reveals that "...one more song is coming out for [her] repackaged album [to be] released in September — it’s the same as the first album but with added new songs."

A repackaging? You mean with a whole new photoshoot and a brand new, never released song? Yes, please!

Once more information about the repackaged BoA album release, BoAjjang will be the first to know. In the mean time, if you haven't picked up her first release of BoA, buy it now on Amazon or iTunes!

To watch the full music video and interview, check out Entertainment Weekly's site here!

Credits:
Site: http://www.BoAjjang.com
News Update: KayneLee09 (BoAjjang.com), boanjel (BoAjjang.com), Rockwithme192 (BoAjjang.com)
Writeup/Editing: Rockwithme192 (BoAjjang.com), boanjel (BoAjjang.com), Uni (BoAjjang.com)
News Source: Entertainment Weekly
Images Source: Rockwithme192 (BoAjjang.com)

__________________________________________________________________
Cool MV from BoA..Dance step makin byk improvement..Go BoA!!Go BoA!!We support You!!

Lembu Ko Translate from Super Junior MV

Jalan-jalan kat youtube,terjumpe MV Super Junior ni yang dah ditranslate jadi bahase melayu..tapi ape pun aku tak paham..serius lawak gile MV jadiknye..hahahaha..elok plak die hard fans SuJu tak mengamuk..comel plak tengok HeeChul dalam video ni..enjoy..

Lembu ko..lembu ko..mari meh..

yang paling tak tahan,"paksu,wat cawat tiga"
hahahah..lawak guling2..

Chocolate Cake


Chocolate Cake untuk ditempah(toping chocolate)
Size:9'x 3
Berat :1.5kg
Harga :RM 40

Motivation Quote @ Kuala Tahan

Mase jalan-jalan kat Kuala Tahan,snap gamba mural kat sekolah ni..Quote untuk motivation..meh aku salin balik sbb pic ni kurang jelas sikit..
"The journey of thousand miles start with a single step"
"Many receive advice,only the wise profit from it"
"You win not by chance but by preparation"
"Success does not consist in never makin mistakes but in never making the same a second time."
"Great mind have purpose;Other simply have wishes"


Kuala Tahan-26 July 2009

Monday, July 20, 2009

Amalkan setiap pagi bile bangun dari tido

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan
terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan
doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan
mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan
rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan
lupadoakan ibu bapa k ita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,

- rezeki itu bukan kerana ada

sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah

Allahu Akbar !

Monday, July 13, 2009

Quote of the day_Know Your Genius

Everyday start your new life!!

Semalam dah berlalu.Hari ni kita masih hidup.Gunakan masa yang ada sepenuhnya.
Sebelum tido malam tadi, bace buku The Greatness Guide-Robin Sharma.Cukup le bace 1 bab setiap hari.Bace banyak2,tapi tak practice pun tak guna.So,bab yang aku bace semalam"Know Your Genius" akan dijadikan quote motivation aku untuk hari ni.


Ape yang cuba diceritakan oleh penulis dalam bab ni ialah:
Focus on any area or skill with relentless devotion to daily improvement and passion for excellence and within three to five years, you will be operating at levelof cometence (and insight) such that people call you genius.

yes!!betul tu..jika diingatkan balik,dari awal permulaan aku buat blog ni, corak penulisan aku adalah more 'dicrect point' dan gaya penulisan pun seolah caca merba.Tapi jika setiap hari masukan entry, setiap kali tu jugak buat improvement, bagi masa dalam kurang @ lebih dari 3tahun,insyaallah aku akan dilabelkan genius dalam bidang ni.ekeke..

same jugak mase mula-mula belajar autocadd dulu.mula2 buat kerja macam budak 2 tahun bace ABC. Tapi selepas setiap hari buat kerja yang same & buat improvement dalam skill & knowledge, dan diberi masa dalam tempoh 2 tahun,alhamdulillah aku dah mahir guna skill autocadd. Dan sekarang,setelah mahir,cari satu lagi ilmu baru untuk aku lebih mahir lagi.

so,ape yang dapat disimpulkan dari bab 'Know your Genius" ni ialah:-


Percayalah..kita boleh menjadi genius in anything area & skill yang kita buat sekarang jika diaplikasikan formula di atas.

Jika tidak,Lakukan Perubahan!!Tinggalkan area & skill tersebut,mulakan satu baru.Kerana 'sesuatu yang baru' itu lebih mudah untuk difahami & lebih indah untuk di'explore' dengan lebih lanjut lagi.

Sekian quote of the day pada hari ini..

Prince turn into frog & The good old days

&


Tadi balik umah jap tengok The good old days yang tengah tayang kat ntv7 jam 1.30tgh.Baru le aku terperasan yang muka hero dan heroinnye ade persamaan dengan hero-heroin Prince turn into frog. Bagi sesape yang memang layan soap opera ni & fanatic chinese & taiwan drama mungkin kenal ke-4 pelakon ni. Tapi ini pada pandangan mate aku je la..Pandangan mate orang lain,tak tau le plak..hihi..

Steven Ma Jing Tao (The good old days)& Ming DaoPrince turn into frog)Qiao En(Prince turn into frog) & Amy Chan(The good old days)

Dah le kedua-dua drama ni buat aku demam.Walaupun satu tayang time zaman internet blum berkembang,1 lagi tayang time aku tengah gile surf internet,tapi penangan die tetap same.Kedua-dua couple citer ni ade chemistery.Cuba nak dolak dalik yang diorang bercinta.Sampaikan kene menjauhkan diri dari masing2 untuk elakkan gossip di kalangan peminat.err..ke aku ke yang nampak persamaan uke diorang ni?..ataupun kat forum dah kecoh bende ni,just aku je yang tak tau?ekeke..

Sunday, July 12, 2009

Quote of the day_Take a risk

Tibe-tibe hari ni malas nak buat keje.bukan setakat keje ofis,tapi bisnes skali.huhu..
mb sbb dapat virus-virus yang menghalang aku untuk meneruskan perjuangan.Takut untuk turun ke medan perang.Dengan kata lain, takut jika aku gagal.so aku letak quote ni just untuk pedoman diri sendiri:-

"Salah satu sebab kenapa orang dewasa berhenti belajar adalah kerana mereka menjadi semakin kurang bersemangat untuk mengambil risiko terhadap kegagalan"-John Gardner



Fighting!!

Wednesday, July 8, 2009

Tersebutlah kisah 1 cerita..

Bosannye petang ni..nk masuk entri baru,no idea..nak borak kat forum,tak tau nk lepak board mane..masuk blog orang asyik jadik silent readers je..
kat tangan aku ni ade buku Billie Lim_Hikmah kegagalan. Dah kali ke berape aku bace buku ni..tapi tak pernah pun nak sharing kat sini.So hari ni aku share kan satu cerita di zaman dulu kala.
*all the story is credit to him(Billie Lim).

Pada satu ketika, seorang raja yang sedang belayar dengan kapalnya telah dilanda ribut kencang. Salah seorang daripada hambanya yang tidak pernah ke laut mula menangis disebabkan ketakutan. Tiada seorang pun dapat tenteramkannya sehingga tangisannya menjadi semakin kuat.
Raja menjadi marah lalu bertitah "Tiadakan sesiapa di dalam kapal ini yang boleh mententeramkan si pengecut ini?"Semua penasihat raja tidak sanggup menyuarakan pendapat walau sepatah pun.

Akhirnya seorang pendita yang turut menumpang kapal tersebut berkata, "Patik rasa, patik sanggup mententeramkannya dengan syarat patik diberikan kebenaran penuh untuk berbuat apa saja yang patik fikirkan betul."

Dengan perasaan ingin tahu apakah yang akan dilakukan oleh pendita tersebut, Baginda pun bertitah,"Baiklah,Beta benarkan."

Pendita itu kemudiannya memanggil beberapa orang askar dan memerintahkan mereka untuk menghumbankan hamba tersebut ke laut...

kenapa?kenapa perlu buang hamba tu?????.............................

......apabila tercampak ke laut, sang hamba yang malang itu pun menjerit, ketakutan dan menerajang liar dengan kaki dan tangannya untuk cuba berenang. Tetapi beberap ketika kemudian, sang pendita itu pun memerintahkan askar-askar itu untuk menarik semula hamba tersebut ke dalam kapal.
Sekembalinya ke atas kapal, sang hamba itu terbaring letih,ketakutan dan senyap-sesenyapnya. Raja menjadi hairan dengan perubahan sang hamba lalu bertanya untuk mendapatkan jawapan.

Pendita itu menjawab,"kita tidak pernah sedar betapa untungya kita dalam satu keadaan sehinggalah kita berada dalam keadaan yang lebih buruk."

___________________________________________________________________


Sekiranya anda berasa susah untuk tidur malam ini, ingatlah tentang keluarga tidak berumah yang tidak mempunyai katil tempat berbaring..

Sekiranya anda tidak bernasib baik di tempat kerja, fikirkanlah tentang mereka yang tidak bekerja bagi tempoh 3 bulan yang lalu..

Sekiranya anda kecewa dengan perhubungan makin buruk, fikirkanlah tentang mereka yang tidak pernah tahu tentang apa rasanya untuk menyayangi dan disayangi.

Sekiranya anda merungut kerana tidak mempunyai sepasang kasut baru pada tahun ini, fikirkanlah tentang seorang yang tidak mempunyai kaki.

Sekiranya anda berasa kekurangan dan terfikir apakah sebenarnya hidup ini;apakah matlamat hidupku; bersyukurlah..kerana masih terdapat mereka yang tidak hidup lama untuk menikmati peluang tersebut..

BERSYUKURLAH...

Tuesday, July 7, 2009

Majlis pengebumian Jacko



PERARAKAN kereta mengiringikenderaan yang membawa mayat Jackson keluar dari kawasan tanahperkuburan Forest Lawn Mortuary untuk menghadiri upacara penghormatankepada Michael Jackson di Staples Center, Los Angeles, semalam. –REUTERS

LOS ANGELES 7 Julai – Upacara pengebumian Michael Jackson dimulakandengan keluarga Raja Pop itu berkumpul mengadakan majlis khas untukmemberi penghormatan terakhir kepada Jacko, sebelum mayatnya dibawa kearena sukan Staples Center, di sini untuk menghadiri satu upacarapenghormatan kepada Raja Pop itu.


Ketua Polis Los Angeles, Bill Bratton mengesahkan mayat Jackson akandibawa ke arena sukan itu selepas keluarganya mengadakan majlis khasuntuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.

Di Staples Center keranda Jackson diletakkan di tengah-tengah pentasyang akan menyaksikan bintang-bintang seperti Stevie Wonder, MariahCarey dan Lionel Richie mengadakan persembahan bagi memberipenghormatan kepada ikon pop itu.
Keluarganya mencadangkan supaya mayat Jackson dibawa ke StaplesCenter dengan helikopter bagi mengelakkan kesesakan jalan raya,diiringi pasukan SWAT daripada Jabatan Polis Los Angeles.


Barisan kenderaan kereta limosin hitam dan Range Rovers, diiringiPasukan Peronda Lebuhraya California yang akan mengiringi kenderaanyang membawa mayatnya, memenuhi kawasan perkarangan rumah keluargaJackson sejak sebelum pukul 8 pagi lagi.

Laluan bebas kenderaan ditutup pada waktu puncak di Los Angelesuntuk memberi laluan kepada perarakan kenderaan yang mengiringi keretamembawa mayat Jacko untuk dibawa ke tanah perkuburan Forest LawnMemorial Park di kaki bukit Hollywood untuk upacara pengebumian yangdiadakan secara tertutup.

Ketiga-tiga anak Jackson, Paris Michael, 12 Paris, 11, dan PrinceMichael II, 7, tidak kelihatan, tetapi ibu bapanya, Joe dan Katherine,kelihatan berjalan memasuki bangunan itu bersama-sama adik-beradikJackson yang lain.

Sementara itu, di pinggir bandar Los Angeles seolah-olah ‘sepi’ kerana bersedih sempena pengebumian Jackson.
Polis menutup jalan-jalan utama dan menasihati mereka yang tidakmempunyai tiket supaya tidak mendekat arena sukan tempat upacarapenghormatan kepada Jackson diadakan.

Tidak jelas ke mana mayat Jackson akan dibawa selepas upacarapenghormatan itu, walaupun besar kemungkinan ia akan dibawa ke tanahperkuburan di Forest Lawn untuk dikebumikan.


Lebih satu bilion orang mengikuti upacara penghormatan kepada Jackson di Staples Center melalui Internet.
– AGENSI
___________________________________________________________________
*dalam majlis tersebut, keranda tidak dibuka.kebiasaanye dalam majlis pengebumian agama kristian, pintu keranda akan dibuka dan wajah mayat akan dapat dilihat. Jadi timbul persoalan betul ke jenazah ade dalam keranda tersebut.
*more picture:-

Anak beliau, Prince Michael dan Paris yang tiba dengan neneknya.
Abang beliau, kesemuanya memakai white sequinned glove. Dari kiri: Randy, Tito, Marlon, Jackie and Jermaine
Mariah Carey yang 'seksa' dengan Trey Lorenz.They performed Jackson's 1970 hit "I'll Be There"
Queen Latifah : "In Birmingham Alabama and Birmingham England, we are missing Michael Jackson"
Budak yang peling kecik tu adalah anaknye yang sering ditutup dengan kain & sering dikejar paparazzi.
Paris Katherine Jackson(MJ's daughter) speaks bout her dad:"I just want to say, ever since I was born, Daddy has been the best father you could ever imagine. I just want to say I love him so much."Here the video.I'm crying..huhu..



The last part is semua yang hadir menyanyikan lagu 'We are the world"..


R.I.P Michael Jackson..U r the one..

Korean Drama : Everybody Cha Cha Cha ( 다함께 차차차 )

Dah lame rasenye tak tengok citer korea.kalo dulu pantang ade drama baru,mesti nk follow up.sekarang ni macam dh ketinggalan sikit pasal K-Drama ni.So, mase dok mencari citer ape yg nak tengok,bace sinopsis drama ni not bad jugak le..Tapi masalahnye citer ni 100++ episod.tunggu chanel u s'pre tayang le jawabnye..hihi..

_____________________________________________________________________

Title: 다함께 차차차 / Everybody Cha Cha Cha
Chinese Title : 一起恰恰恰
Also known as: Jolly Widows / All of us, Cha Cha Cha
Genre: Family
Episodes: 100+
Broadcast Network: KBS1
Broadcast period: 2009-June-29 to 2009
Air time: Monday to Friday 8:25 PM

Synopsis

Two women became widows on the same day, same hour. Ha Yoon-jeong becomes the matriarch of the family of her husband. Yoon-jeong supports them because she feels guilty about her husband’s disappearance. Oh Dong-ja, Yoon-jeong’s sister-in-law, has been living with Yoon-jeong’s help as well. After the terrifying day of losing their husbands, the two women have been living as each other’s good companions. However, now they become implacable enemies because of their children! What would happen if their daughters rival each other in love? What would happen if Yoon-jeong’s husband, who everyone thought was dead, appears before them as the future father-in-law of Dong-ja’s son? Could Yoon-jeong and Dong-ja’s relation go back to the good old days?

Cast

Shim Hye-jin as Ha Yoon-jung
Park Hae-mi as Oh Dong-ja
Kim Young-ok as Park Jung-nyeo
Oh Man-suk as Han Jin-woo
Lee Chung-ah as Han Soo-hyun
Park Han-byul as Han Jin-kyung
Hong Yo-seob as Kang Shin-ok
Lee Eung-kyung as Na Eun-hye
Jo An as Kang Na-yoon
Suh Ji-hee as Kang Na-jung
Lee Jong-won as Lee Joon-woo
Lee Jong-soo as Lee Hwal
Lee Joong-moon as Lee Han
Kim Bo-mi as Jung-sook
Choi Joo-bong as Lee-jang
Kim Byung-man

Monday, July 6, 2009

Keputusan bedah siasat Jacko bocor



LOS ANGELES - Keputusan bedah siasat yang dibocorkan kepada media menunjukkan Raja Pop, Michael Jackson amat kurus dan kepalanya hampir botak, lapor sebuah akhbar semalam.

Berat badan Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika masih hidup ialah 50.8 kilogram dan perutnya hampir kosong kecuali mengandungi beberapa pil yang sudah larut.

Menurut keputusan bedah siasat itu, pinggul, peha dan bahunya dipenuhi dengan kesan jarum dipercayai akibat suntikan ubat penahan sakit.

Dia yang meninggal dunia ketika berumur 50 tahun memakai rambut palsu ketika dia didatangi anggota-anggota perubatan, kata laporan itu.

"Dia kurus kering, rambutnya gugur dan dia tidak menjamah makanan tetapi pil ketika meninggal dunia," kata satu sumber yang rapat dengan penyanyi itu kepada media.

Jacko meninggal dunia pada Khamis lalu di rumah yang disewanya di sini selepas diberikan ubat penahan sakit oleh doktor peribadinya.

Dia meninggal dunia selepas degupan jantungnya terhenti.

Menurut laporan bedah siasat itu: "Kesan suntikan terdapat di seluruh tubuhnya dan kecacatan itu disebabkan oleh pembedahan plastik yang dilakukan sejak bertahun-tahun lalu.

"Terdapat empat suntikan baru di sekitar jantungnya, kemungkinan daripada percubaan untuk mengepam adrenalin ke dalam jantung untuk menghidupkannya," kata laporan itu.

Tiga daripada suntikan itu sudah menembusi dan merosakkan dinding jantungnya manakala suntikan keempat di tulang rusuk.

Menurut laporan bedah siasat itu lagi, beberapa tulang rusuknya patah ketika usaha menyelamatkannya dilakukan pada Khamis lalu.

Penyanyi itu mempunyai lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering serta di belakang badannya kemungkinan menunjukkan dia pernah terjatuh.

Terdapat parut di kulitnya dekat telinga kirinya dan bahagian itu botak sepenuhnya. Parut itu mungkin wujud berikutan kemalangan ketika dia menjalani penggambaran iklan Pepsi pada 1984.

Dalam penggambaran itu, rambutnya terbakar.

Keluarga Jacko meminta bedah siasat kedua dilakukan selepas bedah siasat pertama tidak menunjukkan bahawa dia meninggal dunia kerana perbuatan khianat. - Agensi

Hantu Jacko di Neverland?


GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan lembaga hitam di rumah di Neverland Ranch, milik Jacko di Santa Barbara.

LOS ANGELES - Peminat-peminat Raja Pop, Michael Jackson kini berdebat sama ada satu bayang seperti lembaga hantu yang muncul ketika satu siaran stesen televisyen CNN disiarkan secara langsung itu merupakan roh penyanyi berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.


Satu lembaga dilihat bergerak di koridor rumah Michael iaitu Neverland Ranch di Santa Barbara di sini tetapi ketika itu ia tidak disedari oleh jurukamera dan pengacara siaran CNN.

Lembaga itu kemudian hilang ketika stesen televisyen CNN membuat liputan berhubung rumah Michael itu.

Liputan itu berjudul Inside Neverland yang menyiarkan temu ramah dengan abang Michael, Jermaine Jackson.

Peminat-peminat Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika diamasih hidup berdebat di laman web sama ada hantu

Raja Pop itu yang berjalan menuju dalam rumah itu atau ia cuma merupakan bayang-bayang.

Salah seorang peminat Jacko berkata dalam satu laman web: "Ia pastinya bukan satu bayang-bayang, Tidak ada sesiapa pun di sana (rumah Jacko) yang membuat bayang-bayang."

Seorang lagi peminat memberitahu: "Kemungkinan ia (lembaga itu) ialah Michael bagi memberitahu kita bahawa dia masih lagi bersama kita tetapi dalam bentuk roh."

Bagaimanapun, terdapat peminat yang tidak mempercayai kewujudan hantu Jacko.

Menurut seorang lagi peminat, lembaga itu terlalu tinggi untuk kelihatan seperti Jacko.

Imej itu turut disiarkan di laman web YouTube sekali gus tersebar dengan cepat di Internet.

Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah yang disewanya di sini selepas degupan jantungnya tiba-tiba terhenti.

Jenazahnya akan dikebumikan pada hari ini di Hollywood Hills. - Agensi



_________________________________________________________________

kalau betul le itu roh MJ,kesian kat arwah.camne le beliau nak RIP.bile dah takde baru le rata-rata shopping complex,kedai & mane2 tempat nak mainkan lagu diorang..dah seminggu lebih pun, masih tak kebumi lagi..itu pun ade orang kate otaknye dikeluarkan untuk research..so kesian..

Motivational Quote_About Dare

Dah lame tak update pasal motivational Quote. Hari ni aku paste quote about 'DARE'
______________________________________________________________

Soren Kierkegaard

To dare is to lose one's footing momentarily. Not to dare is to lose oneself.
Dale Carnegie
Take a chance! All life is a chance. The man who goes farthest is generally the one who is willing to do and dare.
Vincent van Gogh
One must work and dare if one really wants to live.
Richard M. DeVos
It is impossible to win the race unless you venture to run, impossible to win the victory unless you dare to battle.
Mary Kay Ash
Most people live and die with their music still unplayed. They never dare to try.
Winston Churchill
This is no time for ease and comfort. It is time to dare and endure.
Seneca
It is not because things are difficult that we do not dare, it is because we do not dare that things are difficult.
___________________________________________________________________
p/s: bile talk about 'dare' ni, salah satu buku yang jadik favorite aku ditulis oleh Billie Lim-Dare to Fail..boleh dikatekan buku tu le yang menjadi insipirasi aku untuk memulakan sesuatu yang baru dalam kehidupan aku.

Thursday, July 2, 2009

Jackson dikebumi cara Islam


PEMINAT dari Iran memberi penghormatan terakhir kepada Jackson di luar kediaman keluarga penyanyi itu di Encino, California.

Keluarga tunaikan hasrat Mikaeel, majlis pengebumian 7 Julai

LOS ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam.

"Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.

"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.

Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya.

Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.

Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu.

Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.

Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles.

Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.

Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam.

Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989. - Agensi

*credit to cari.forum

___________________________________________________________________

Akhirnya,keputusan telah dibuat.MJ @Mikaeel akan dikebumikan dengan cara Islam..Al-fatihah..

beliau yang juga seorang mualaf telah pergi pada hari jumaat,iaitu penghulu segala hari..semoga rohnya dicucuri rahmat..

perginya seorang lagenda yang sukar dicari ganti..

Lirik lagu Sengeh

Ade org mintak lagu ni..memandangkn aku ingat gile lagu ni sbb bagi memori yg sangat indah untuk aku,aku letak le kt blog ni..

SENGEH SEINDAH SURIA..
YANG MEMBAWA CAHYA
SENGEH LAH DARI HATI..
DUNIAMU BERSERI..

SENGEH UMPAMA TITIAN..
DALAM KEHIDUPAN..
KAU TERSENGEH..
KUTERSENGEH..
KEMESRAAN MENGUNTUM..

SENGEH..
KEPADA SEMUA...
SENGEHANMU..
AMATLAH BERHAGA..
SENGEH..
MEMBAHAGIAKAN..
DENGAN SENGEHAN..TERJALINLAH..
IKATAN...

*original song perkataan SENGEH tu sebenarnye SENYUM..