kat tangan aku ni ade buku Billie Lim_Hikmah kegagalan. Dah kali ke berape aku bace buku ni..tapi tak pernah pun nak sharing kat sini.So hari ni aku share kan satu cerita di zaman dulu kala.
*all the story is credit to him(Billie Lim).
Pada satu ketika, seorang raja yang sedang belayar dengan kapalnya telah dilanda ribut kencang. Salah seorang daripada hambanya yang tidak pernah ke laut mula menangis disebabkan ketakutan. Tiada seorang pun dapat tenteramkannya sehingga tangisannya menjadi semakin kuat.
Raja menjadi marah lalu bertitah "Tiadakan sesiapa di dalam kapal ini yang boleh mententeramkan si pengecut ini?"Semua penasihat raja tidak sanggup menyuarakan pendapat walau sepatah pun.
Akhirnya seorang pendita yang turut menumpang kapal tersebut berkata, "Patik rasa, patik sanggup mententeramkannya dengan syarat patik diberikan kebenaran penuh untuk berbuat apa saja yang patik fikirkan betul."
Dengan perasaan ingin tahu apakah yang akan dilakukan oleh pendita tersebut, Baginda pun bertitah,"Baiklah,Beta benarkan."
Pendita itu kemudiannya memanggil beberapa orang askar dan memerintahkan mereka untuk menghumbankan hamba tersebut ke laut...
kenapa?kenapa perlu buang hamba tu?????.............................
......apabila tercampak ke laut, sang hamba yang malang itu pun menjerit, ketakutan dan menerajang liar dengan kaki dan tangannya untuk cuba berenang. Tetapi beberap ketika kemudian, sang pendita itu pun memerintahkan askar-askar itu untuk menarik semula hamba tersebut ke dalam kapal.
Sekembalinya ke atas kapal, sang hamba itu terbaring letih,ketakutan dan senyap-sesenyapnya. Raja menjadi hairan dengan perubahan sang hamba lalu bertanya untuk mendapatkan jawapan.
Pendita itu menjawab,"kita tidak pernah sedar betapa untungya kita dalam satu keadaan sehinggalah kita berada dalam keadaan yang lebih buruk."
___________________________________________________________________
Sekiranya anda berasa susah untuk tidur malam ini, ingatlah tentang keluarga tidak berumah yang tidak mempunyai katil tempat berbaring..
Sekiranya anda tidak bernasib baik di tempat kerja, fikirkanlah tentang mereka yang tidak bekerja bagi tempoh 3 bulan yang lalu..
Sekiranya anda kecewa dengan perhubungan makin buruk, fikirkanlah tentang mereka yang tidak pernah tahu tentang apa rasanya untuk menyayangi dan disayangi.
Sekiranya anda merungut kerana tidak mempunyai sepasang kasut baru pada tahun ini, fikirkanlah tentang seorang yang tidak mempunyai kaki.
Sekiranya anda berasa kekurangan dan terfikir apakah sebenarnya hidup ini;apakah matlamat hidupku; bersyukurlah..kerana masih terdapat mereka yang tidak hidup lama untuk menikmati peluang tersebut..
BERSYUKURLAH...

No comments:
Post a Comment